You are on page 1of 17

Topik

8 X Tafsir Ayat-

ayat Akidah

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan maksud ayat 1-5 Surah al-Baqarah, Ayat 138-141 Surah


al-Baqarah dan Ayat 11-19 Surah al-Anaam;

2.

Menerangkan sebab-sebab kenapa ayat-ayat tertentu diturunkan; dan

3.

Membincangkan pengajaran daripada ayat-ayat yang dipelajari serta


kaitannya dengan isu semasa.

X PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan mendalami pentafsiran beberapa ayat al-Quran. Ayat
yang pertama ialah ayat 1-5 Surah al-Baqarah. Kemudian kita akan
membincangkan pula pentafsiran 138-141 Surah al-Baqarah dan diikuti pula
dengan ayat 11-19 Surah al-Anaam. Perbincangan juga akan difokuskan kepada
huraian ayat dan sebab penurunan ayat-ayat tersebut. Di samping itu,
penekanan juga akan diberikan terhadap pengajaran ayat dan isu-isu semasa
yang berkaitan dengan ayat-ayat yang dibincangkan.

146

X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

8.1

AYAT 1-5 SURAH AL-BAQARAH

=t9$$/ t t%!$# z)F=j9 W |=u =tG69$# y79s $!9#


!$tu y7s9) t& !$o3 t t%!$#u t) u%yu $u n4n=9$# t)u
y7s9'&u ( n/ i W 4n?t y7s9'& t% / tzF$$/u y7=7s% t&
s=9$#
(a)

(b)

Maksud Ayat
1.
Alif, Laam, Miim.
2.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang


datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertakwa;

3.

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib,


dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan
(mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan
kepada mereka.

4.

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang


diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang
diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya)
hari akhirat (dengan sepenuhnya).

5.

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan
merekalah orang-orang yang berjaya.

Huraian Ayat
Allah s.w.t telah memulakan surah al-Baqarah ini dengan al-huruf almuqattaah (), yang menunjukkan bahawa betapa al-Quran ini
mengandungi ijaz, dan mengesahkan bahawa kalam Allah ini diturunkan
dengan menggunakan huruf dan bahasa Arab yang diketahui oleh orang
Arab sendiri. Namun begitu, mereka yang menentang al-Quran tidak
mampu untuk mendatangkan ayat seumpama al-Quran.

TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W

147

Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya telah mendatangkan pandangan para


ulama yang menyatakan bahawa sesungguhnya digunakan al-huruf almuqattaah di permulaan surah adalah bertujuan sebagai penjelasan
terhadap ijaz al-Quran. Iaitu seluruh makhluk tidak mampu
mendatangkan seumpamanya walaupun ayat al-Quran itu mengandungi
huruf-huruf hijaiyah yang sudah menjadi kebiasaan bagi orang Arab
untuk menggunakannya dalam pertuturan mereka.
Nabi s.a.w telah menyatakan dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan
oleh Imam al-Tirmidhi:


.
Maksudnya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah,

maka baginya kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan pahala sebanyak


sepuluh kali ganda, aku tidak menyatakan alim lam mim ( )itu satu
huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.
Seterusnya, Allah s.w.t telah menyatakan bahawa al-Quran ini merupakan
kitab yang benar yang tidak perlu ada sebarang keraguan padanya.
Terdapat tiga sifat bagi al-Quran:
(i)

Sebuah kitab yang lengkap dan sempurna.

(ii)

Tidak ada keraguan bahawa ia datang daripada Allah.

(iii) Kitab yang menjadi sumber hidayah dan petunjuk bagi orang yang
bertakwa iaitu orang yang melaksanakan segala perintah Allah dan
meninggalkan laranganNya.
Kemudian, melalui ayat seterusnya Allah telah menyenaraikan empat sifat
bagi orang yang bertakwa yang dapat mengambil manfaat daripada
petunjuk al-Quran iaitu:
(i)

Orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib yang telah


diceritakan di dalam al-Quran seperti hari Akhirat, titian sirat, syurga,
neraka dan sebagainya.

(ii)

Golongan yang mendirikan solat dengan sempurna iaitu dengan


memelihara rukun dan syaratnya, serta khusyuk dalam
mengerjakannya.

(iii) Mereka yang membelanjakan harta di jalan


mengeluarkan zakat, bersedekah dan sebagainya.

Allah

seperti

148

X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

(iv) Golongan yang bertakwa juga merupakan golongan membenarkan


apa sahaja yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dan yang
diturunkan kepada para rasul yang terdahulu, dan mereka juga yakin
tanpa sebarang keraguan tentang hari akhirat.
(c)

Pengajaran Ayat
Mereka yang mentadabbur kitab Allah akan mendapati bahawa perihal
takwa merupakan antara perkara yang paling banyak diperkatakan di
dalam al-Quran.

Asal takwa ialah mencegah, iaitu melakukan pencegahan terhadap


diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang:
1.
2.
3.

Mencegah daripada syirik


Mencegah daripada terjebak dalam dosa-dosa besar
Mencegah daripada terus berada dalam dosa-dosa kecil

Takwa merupakan semulia-mulia perkara yang sepatutnya setiap


muslim berusaha untuk mendapatkannya walau terpaksa menghadapi
pelbagai kesusahan dan rintangan.

Apa maksud takwa? Terdapat pelbagai definisi


diketengahkan oleh para ulama. Antaranya ialah:

takwa

yang

.
Maksudnya: Sesungguhnya takwa itu ialah mentaati Allah dengan

tidak melakukan maksiat padaNya, mengingatiNya dan tidak lupa


padaNya, mensyukuri nikmatNya serta tidak mengkufuriNya.

. :
Maksudnya: Takwa ialah meninggalkan sifat yang berkekalan dalam

maksiat (dosa kecil atau besar) dan menjauhkan daripada tertipu


(berasa hebat) apabila melakukan ketaatan.

.
Maksudnya: Hendaklah Allah tidak melihat anda berada dalam
keadaan dan suasana yang dilarang oleh Allah

TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W

149

Daripada definisi-definisi takwa yang telah dikemukakan, boleh dibuat


kesimpulan bahawa takwa mengandungi perkara-perkara berikut:
1.

Menjauhkan daripada sebarang dosa sama ada kecil atau besar.


Sekiranya berkekalan dalam dosa kecil, maka ia akan membawa
kepada dosa besar.

2.

Berhati-hati dalam setiap perkataan dan tindakan seumpama


orang yang berhati-hati ketika melalui tempat yang berduri.

3.

Jangan memandang remeh terhadap perkara-perkara kecil.

Takwa telah disimpulkan dalam rangkap puisi berikut:

Maksudnya:

Tinggalkan dosa sama ada kecil atau besar, itulah takwa,


Buatlah seperti orang yang berjalan di atas tanah berduri, melihat
(berhati-hati) dan berwaspada,
Jangan memandang remeh pada sesuatu yang kecil, sesungguhnya
gunung berasal daripada batu yang kecil

Menurut ayat ini, terdapat lima sifat bagi orang bertakwa iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.

Beriman dengan perkara ghaib


Mendirikan solat
Membelanjakan harta di jalan Allah
Beriman dengan wahyu yang diturunkan Allah kepada para rasul
Beriman dengan hari Akhirat

150

X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

Rajah 8.1: Sifat orang bertakwa

AKTIVITI 8.1
Bincangkan dengan rakan anda isu-isu semasa yang boleh dikaitkan
dengan amalan orang yang tidak bertakwa.

8.2

AYAT 138-141 SURAH AL-BAQARAH

$ot_!$ys?r& % t7t &s! twu ( Zt7 !$# |mr& tu ( !$# st7


r& t= s9 twu 3=yr& 3s9u $o=yr& !$os9u 6/uu $u/u uu !$#
r& # (#%x. x$t7F{$#u U)tu Yys)u y)u zt/) ) t9)s?
3 !$# y yyx ztGx. n=r& tu 3 !$# r& n=r& Fr&u % 3 3t|t

TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W

$ 3s9u Mt6|x. $t $om; ( Mn=yz s% & y7=?

151

t=ys? $t @t/ !$# $tu

=yt (#%x. $t t=t? u ( F;|x.


(a)

Maksud Ayat

Ayat 138: (Katakanlah wahai orang-orang Yang beriman: "Agama Islam,


yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan
seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih
baik celupannya daripada Allah? (kami tetap percayakan Allah) dan
kepadaNyalah kami beribadat".
Ayat 139: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum
Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap Kami mengenai pilihan
Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan
kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal
kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan)
ikhlas kepadaNya;
Ayat 140: "Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan
Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya,
mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama
mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian
itu)?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih
mengetahui atau Allah? dan siapakah yang lebih zalim daripada orang
yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan
Allah kepadanya?" dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa
yang telah kamu lakukan.
Ayat 141: Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi
mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula
(balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau
dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.
(b)

Asbab Nuzul
Berkata Ibnu Abbas: Golongan Nasara (Kristian) apabila mendapat
cahaya mata baru, maka mereka akan menunggu selama tujuh hari.
Setelah itu, mereka akan mencelup bayi tersebut dengan air yang
khusus
dipanggil
sebagai
al-mamudi,
bertujuan
untuk
membersihkan bayi tersebut. Apabila mereka melakukan sedemikian,
maka mereka menganggap bahawa bayi tersebut akan benar-benar
menjadi seorang Kristian yang tulen. Lalu, Allah menurunkan ayat 138
daripada surah al-Baqarah.

152

X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

(c)

Huraian Ayat
Allah s.w.t telah menjelaskan betapa keimanan kepada Allah merupakan
perkara yang amat penting dan berharga dalam diri seseorang. Apakah
terdapat acuan atau celupan yang lebih baik daripada apa yang
disediakan oleh Allah? Sudah tentu jawapannya, tidak! Allah yang
menentukan bagi hambaNya agar mengambil celupan Islam dan Iman
yang dapat menyucikan diri daripada sebarang perkara syirik kepada
Allah. Justeru, adalah dilarang sama sekali mengikuti golongan pendeta
Nasrani dan mereka yang syirik kepada Allah.
Allah s.w.t telah mengurniakan nikmat yang cukup banyak, dan nikmat
yang paling berharga serta paling bernilai ialah nikmat Islam dan nikmat
hidayah, dengannya kita dapat menjadi hamba Allah dengan sebenarbenarnya, ikhlas beribadah kepadaNya yang Maha Esa. Oleh itu, jangan
terpedaya dengan golongan yang merosakkan agama dengan menambah
atau mengurang apa yang telah disediakan oleh syarak, menghalal apa
yang diharamkan atau mengharamkan apa yang dihalalkan, apatah lagi
meninggalkan arahan Allah, sebaliknya menggantikan dengan perbuatan
syirik kepada Allah.
Seterusnya, Allah menyuruh nabiNya menyatakan kepada ahli kitab
apakah mereka mahu membuat bantahan terhadap agama Allah lalu
mendakwa bahawa agama yang benar itu adalah Yahudi dan Nasrani?
Apakah mereka mahu menyatakan bahawa agama mereka yang benar
sedangkan mereka melakukan syirik kepada Allah? Sebenarnya,
tanggungjawab sebagai manusia adalah sama iaitu mengabdikan diri
kepada Allah, kerana Dialah Yang Mencipta manusia, dan Allah akan
menghitung setiap amalan manusia untuk diberikan pembalasan di Hari
Akhirat kelak.
Dakwaan golongan tersebut yang menyatakan bahawa Nabi Ibrahim, dan
Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya,
adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, adalah merupakan dakwaan
yang batil. Sebenarnya, golongan pendeta ahli kitab amat mengetahui
tentang kebenaran Islam, namun mereka sengaja menyembunyikan fakta
dan kebenaran demi menjaga kepentingan duniawi mereka. Justeru,
mereka merupakan golongan yang zalim.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa jua yang dilakukan
oleh manusia sama ada mereka menerima keimanan kepada Allah atau
menjadi golongan yang syirik dan sesat. Setiap manusia akan menerima
balasan terhadap apa yang mereka lakukan di atas dunia ini. Dalam ayat di
atas, dinyatakan beberapa kali bahawa Allah Maha Mengetahui terhadap
apa yang mereka lakukan. Hal ini sekali gus merupakan amaran dan

TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W

153

ancaman kepada orang yang engkar bahawa mereka akan diadili seadiladilnya di akhirat kelak.
(d)

Pengajaran Ayat
Ajaran Islam adalah merupakan ajaran yang fitrah bersih daripada
sebarang perkara syirik dan perkara khurafat. Sesuatu yang paling
bernilai dalam kehidupan manusia ialah apabila mengikuti manhaj
yang disediakan Allah dengan mentauhidkanNya, dan melaksanakan
pengabdian kepada Allah dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah dalam surah al-Rum ayat 30:

e$!$# 9s 4 !$# ,=y9 7s? 4 $pn=t }$9$# tss L9$# !$# |Nt
tn=t $9$# usY2r& 3s9u hs)9$#
Maksudnya: (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah

menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya)


untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada
ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui.

Sesungguhnya roh kepada agama itu ialah tauhid dan asasnya ialah
Ikhlas. Inilah dakwah yang dibawa oleh para rasul keseluruhannya,
dan Nabi s.a.w merupakan pelengkap iaitu meneruskan agenda
mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah dengan penuh
keikhlasan.

Segala hujah yang dikemukakan oleh golongan Yahudi dan Nasara


adalah batil dan sesat dan ia merupakan penipuan dan pembohongan
yang nyata . Hasilnya mereka telah mensyirikkan Allah, walau pun
mereka ahli kitab yang telah menerima wahyu, namun mereka memilih
kesesatan dengan menolak wahyu Allah.

Setiap manusia akan menghadapi Hari Pembalasan. Pada waktu itu,


setiap amalan manusia akan dihitung oleh Allah dan akan diberi
pembalasan. Justeru, para ulama telah menyatakan bahawa syarat
amalan diterima oleh Allah ialah:
(i) Benar
(ii) Bertepatan dengan syarak
(iii) Ikhlas

154

X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

Sekiranya salah satu daripada perkara di atas tidak wujud pada


seseorang, maka segala amalannya tidak diterima; sebaliknya ditolak
oleh Allah walaupun ia berupa kebaikan dan kebajikan.

Rajah 8.2: Syarat amalan diterima Allah

AKTIVITI 8.2
Bincangkan dengan rakan anda mengenai perbuatan syirik yang berlaku
di tempat anda dan cara-cara untuk mengatasinya.

8.3

AYAT 11-19 SURAH AL-ANAAM

$ yj9 % t/js39$# t6)t %x. y#2 (#$# O F{$# (# %


t 4n<) 3yyfus9 4 sym9$# t 4n?t |=tGx. 4 ! % ( F{$#u Nuy9$#
$t &s!u * s |r& (#yz %!$# 4 |=u yu)9$#
$s $|9u Br& !$# uxr& %

=y9$# 9$# uu 4 $p]9$#u 9$# zs3y

t tr& 2r& r& N& o) % 3 y u uu F{$#u Nuy9$#


z>#xt n1u M|t ) %s{r& o) % t.9$# z s6s? u ( zn=r&

TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W

155

79$# x9$# y79su 4 ymu s)s 7tt t u 5t Bt


e. 4n?t us 9s2 y7|t )u ( u ) &s! y#%2 s 9h/ !$# y7|t )u
>x r& % 7s:$# 3pt:$# uu 4 $t6 ss $s)9$# uu s% &x
/ .uT{ #u)9$# #xy n<) zr&u 4 3ot/u _t/ 7y ( !$# % ( Zypy t9.r&
u $y) % 4 pr& H % 4 3tz& y9#u !$# yt r& tptFs9 3r& 4 xn=t/ .tu
t.@ $e t/ _)u nu s9)
(a)

Maksud Ayat

11.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka


bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang
menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."

12.

Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Hak milik siapakah segala yang


ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik
Allah. ia telah menetapkan atas dirinya memberi rahmat. Demi
sesungguhnya ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang
tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri
sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka
(dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

13.

Dan bagi Allah jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang;
dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

14.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Patutkah Aku mengambil


(memilih) Pelindung yang lain daripada Allah Yang Menciptakan
langit dan bumi, dan ia pula Yang Memberi makan dan bukan Ia
Yang diberi makan?" katakanlah: "Sesungguhnya Aku diperintahkan
supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada
Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan
sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. '

15.

Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada


Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)".

156

(b)

X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

16.

Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka


sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah
kejayaan yang jelas nyata.

17.

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya


bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya
melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan)
engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.

18.

Dan Dia lah Yang berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir
dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta amat mendalam
pengetahuanNya.

19.

Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar


persaksiannya?" (bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi
saksi antaraku Dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku al-Quran
ini, supaya Aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga
(kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan al-Quran itu.
Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa
tuhan yang lain bersama-sama Allah?" katakanlah: "Aku tidak
mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan
Yang Maha Esa, dan Sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang
kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

Asbab Nuzul
Sebab turun Ayat 13: al-Kalbiy meriwayatkan daripada Ibnu Abbas,
bahawa pada suatu ketika golongan kuffar Quraisy telah datang
berjumpa dengan Nabi dan mereka berkata: Wahai Muhammad! Kami
dapat rasakan seolahnya kamu berdakwah kepada agama baru ini
kerana kamu berhajat kepada sesuatu. Justeru kami akan menjadikan
engkau orang yang paling kaya dan yang paling banyak harta dengan
syarat engkau meninggalkan dakwah yang engkau bawa ini, lalu
turunlah ayat ini.

Sebab turun ayat 19: Berkata al-Kalbiy: Segolongan pimpinan Quraisy


telah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w: Wahai Muhammad!
Kami dapati tiada seorang pun yang membenarkan dakwah yang
engkau bawa, dan kami telah bertanya tentang engkau kepada Yahudi
dan Nasrani dan mereka juga mendakwa bahawa tidak terdapat dalam
kitab mereka tentang engkau, oleh itu sila tunjukkan bukti siapakah
yang boleh menjadi saksi bahawa engkau ini rasul sebagaimana yang
engkau dakwa? Lalu, Allah menurunkan ayat ini.

TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W

(c)

157

Huraian Ayat
Dalam ayat 11, Allah s.w.t meminta kepada nabi Muhammad s.a.w agar
menegaskan kepada golongan kuffar agar mereka berfikir dan melihat
sendiri bagaimana golongan yang telah dihancurkan dan dibinasakan oleh
Allah akibat keengkaran mereka. Sebagai contohnya ialah kebinasaan yang
menimpa kaum Ad, Thamud, Firaun dan kaumnya, kaum Lut dan
sebagainya. Justeru, jadikanlah pengajaran terhadap kebinasaan yang
menimpa menimpa mereka di dunia dan azab Allah yang menunggu
mereka di akhirat kelak.
Dalam ayat yang seterusnya, sekali lagi Allah meminta kepada Rasulullah
agar mengajak kaum musyrikin untuk berfikir tentang kejadian langit dan
bumi. Golongan musyrikin sendiri mengetahui bahawa Allah yang
mencipta segala langit, bumi dan segalanya, namun mengapakah mereka
masih engkar dan tidak mahu taat kepada Allah.
Sepatutnya golongan musyrikin itu taat dan menyembah Allah, apatah lagi
sifat rahmat yang wujud pada Maha Pencipta. Di antara sifat rahmat Allah
ialah Dia menyediakan pembalasan di Mahsyar kelak. Oleh itu, manusia
yang mengetahui apa yang menunggunya di Mahsyar sudah tentu akan
melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Sekiranya balasan azab
tidak ada di akhirat, nescaya dunia ini akan dipenuhi dengan kezaliman
dan kerosakan, dan masyarakat akan hancur. Justeru, amaran Allah
tentang pembalasan di akhirat merupakan salah satu tanda rahmat.
Golongan yang mendapat kerugian ialah mereka yang tidak beriman dan
tidak percaya kepada Hari Kebangkitan dan Hari Pembalasan. Allah s.w.t
menguasai segala-galanya iaitu setiap apa yang ada di langit dan bumi
semuanya di bawah penguasaan dan pengetahuan Allah.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar serta Maha Melihat walau
terhadap seekor semut kecil yang berwarna hitam, dan yang berjalan di
atas batu hitam di waktu malam hitam yang gelap. Jelasnya, Allah Maha
Mengetahui segala-galanya.
Seterusnya, Allah juga meminta agar Rasulullah menyatakan kepada
golongan yang engkar mengapakah mereka tetap degil sedangkan Allah
yang menciptakan langit dan bumi untuk mereka. Allah jua yang
memberikan rezeki berupa makanan, minuman dan sebagainya. Allah
tidak meminta daripada makhluk sebarang rezeki, sebaliknya Allah yang
memberikan rezeki kepada manusia.
Sehubungan dengan itu, tidak ada alasan untuk manusia terus
mensyirikkan Allah, sebaliknya mereka wajib taat dan mentauhidkan Allah
dengan menyembah kepada Allah yang Maha Esa.

158

X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

Golongan yang beriman dengan Hari Kebangkitan dan Hari Pembalasan


sahaja akan sedar betapa mereka wajib melaksanakan ketaatan sebagai
hamba Allah di atas muka bumi ini demi kehidupan yang sejahtera di Hari
Akhirat yang kekal abadi.
Seterusnya Allah menerangkan bahawa saksi terhadap kebenaran Nabi
sebagai utusan Allah ialah Allah sendiri. Oleh itu, apakah mereka golongan
musyrikin perlukan kepada penyaksian yang lain daripada itu
sedangkan penyaksian Allah itu merupakan penyaksian yang Maha
Sempurna. Ayat al-Quran ini menjawab dengan tegas persoalan golongan
musyrikin yang meminta daripada Nabi s.a.w untuk mendatangkan saksi
bagi membenarkan dakwah yang dibawa oleh Nabi itu.
Seterusnya, Allah menyatakan tugas Nabi sebagai utusan Allah iaitu
menyampaikan wahyu Allah iaitu al-Quran kepada semua manusia. Nabi
membawa berita gembira dengan balasan syurga bagi golongan beriman
dan amaran azab neraka bagi golongan yang kufur.
(d)

Pengajaran Ayat
Sejarah merupakan bukti nyata dan jelas. Justeru, apabila seseorang itu
merenung kepada sejarah umat terdahulu seperti kaum Ad, Thamud,
kaum Lut dan sebagainya yang telah dibinasakan Allah akibat
keengkaran mereka yang tidak mahu tunduk dan menyembah Allah,
maka ia merupakan suatu pengajaran yang amat berguna.

Masyarakat manusia pada zaman moden ini pun sewajarnya merenung


hal ini. Mengapakah akhir-akhir ini begitu banyak kerosakan, bala,
penyakit berjangkit dan seumpamanya yang berlaku? Bukankah ini
juga merupakan amaran Allah terhadap manusia yang makin rakus
menentang serta mensyirikkan Allah? Berlakunya ombak besar
Tsunami, gempa bumi berlaku di merata tempat, penyakit berbahaya
yang semakin banyak yang tidak pernah diketahui pada zaman dahulu
seperti selesema babi atau Influenza A H1N1 dan sebagainya lagi.

Ayat-ayat yang kita bincangkan ini sebenarnya menekankan dengan


begitu jelas persoalan tauhid dan akidah terutamanya yang berkaitan
dengan Hari Kebangkitan di akhirat kelak. Keimanan begitu mudah
diperoleh sekiranya seseorang itu merenung pada penciptaan Ilahi
pada langit, bumi dan sebagainya.

Allah memberikan rahmat yang banyak kepada umat Nabi Muhammad


s.a.w. Sehubungan dengan itu, balasan segera tidak ditimpakan
kepada mereka yang syirik dan pelaku maksiat, sebaliknya diberi
peluang untuk bertaubat selagi nyawa dikandung badan.

TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W

159

Allah mencela golongan yang tidak menggunakan akal dan ilmu untuk
mencari kebenaran dan iman yang sahih serta beristiqamah dalam
melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Setiap manusia hendaklah takut dan gerun dengan azab dan seksa yang
dijanjikan Allah kepada manusia yang engkar dan degil.

Allah membekalkan kepada Nabi s.a.w pelbagai mukjizat sebagai bukti


sokongan kepada kenabian Rasulullah. Mukjizat yang paling besar
dikurniakan kepada Rasulullah ialah mukjizat al-Quran al-Karim.

Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab soalan
berikut. Selamat Mencuba!

SEMAK KENDIRI 8.1


1.

Apakah mukjizat terbesar yang diberikan kepada Rasulullah?

2.

Apakah sebab utama seseorang itu engkar kepada Allah?

SEMAK KENDIRI 8.2


1.

Nyatakan maksud takwa.

2.

Jelaskan ciri orang yang bertakwa.

3.

Terangkan syirik kepada Allah.

4.

Huraikan maksud celupan Allah.

5.

Bincangkan pengajaran ayat 11-19 surah al-Anaam.

160

X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

Ayat 1-5 surah al-Baqarah menjelaskan ciri-ciri orang yang bertakwa.

Mereka yang mentadabbur kitab Allah akan mendapati bahawa perihal


takwa merupakan antara perkara yang paling banyak diperkatakan di
dalam al-Quran.

Menurut ayat 1-5 surah al-Baqarah, terdapat lima sifat bagi orang bertakwa
iaitu:

Beriman dengan perkara ghaib

Mendirikan solat

Membelanjakan harta di jalan Allah

Beriman dengan wahyu yang diturunkan Allah kepada para rasul

Beriman dengan Hari Akhirat

Dalam ayat 138-141 surah al-Baqarah, Allah s.w.t telah menjelaskan betapa
keimanan kepada Allah merupakan perkara yang amat penting dan berharga
dalam diri seseorang. Allah yang menentukan bagi hambaNya agar
mengambil celupan Islam dan Iman yang dapat menyucikan diri daripada
sebarang perkara syirik kepada Allah.

Manakala dalam surah al-Anaam ayat 11-19, antara perbincangannya ialah


menekankan dengan begitu jelas persoalan tauhid dan aqidah terutamanya
yang berkaitan dengan Hari Kebangkitan di akhirat kelak. Keimanan begitu
mudah diperoleh sekiranya seseorang itu merenung pada penciptaan Ilahi
pada langit, bumi dan sebagainya.

Abbas, Fadl Hasan. (1990). Khumasiyat Mukhtarah fi Tahzib al-Nafs alAmmarah, Dar al-Basyir, Jordan.
Al-Naisaburi, Abu al-Hasan Ali Bin Ahmad al-Wahidi. (1990). Asbab al-Nuzul,
Matbaah al-Halaby, Mesir.
Ibnu Kathir. (1990). Tafsir al-Quran al-Azim, Dar al-Khayr, Beirut.
Manna Qattan. (1992). Mabahith fi Ulum al-Quran, Maktabah al-Maarif Li alNasyr wa al-Tauzi, Riyadh.

TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W

161

Al-Sabuni, Muhammad Ali. (1985). al-Tibyan fi Ulum al-Quran, Alam alKutub, Beirut.
Al-Tabari, Ibnu Jarir. (1992). Jami al-Bayan fi Tawil al-Quran, Dar al-Kutub alIlmiyyah, Beirut.
Al-Zuhayli, Wahbah. (1991). al-Tafsir al-Munir, Dar al-Fikr, Beirut.

You might also like