You are on page 1of 14

SET 1 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu

BAHAGIAN A
[25 markah]
1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.
(i)
Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka
mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.
___________________________________________
(ii)
Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para
pelanggan sempena cuti sekolah.
___________________________________________
(iii)
Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan
manggis.
___________________________________________
(iv)
"Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi
kepada murid-murid Kelas Tingkatan Tiga Kreatif.
___________________________________________
(8 markah)
2

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang-benderang.
__________________________________________
(ii)

Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.
__________________________________________

(iii)

Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa
ibunda mereka.
__________________________________________
(3 markah)
3

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
(i)
Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.
Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.
_______________________________________________
_______________________________________________
(ii)
Pulau peranginan itu cantik.
Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.
_______________________________________________
_______________________________________________
(iii)
Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran.
Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.
_______________________________________________
_______________________________________________
(iv)
Saya ada masa pada hujung minggu ini.
Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.

(v)

_______________________________________________
_______________________________________________
Azwana membaca surat.
Afifah membaca surat.
Surat dikirim oleh Bhaga.
_______________________________________________
_______________________________________________
(10 markah)
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuaidengan
gambar tersebut.
(i)

_____________________________________________
(ii)

_____________________________________________
(4 markah)

BAHAGIAN B
[30 markah]
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh paksapaksa. Adik
meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya garang." Begitulah lontaran ayat
adik. Selamba.
"Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan tidur, makan
tidur? Sanggup turun ke bendang? Sanggup menoreh? Atau lebih berminat nak jadi kutu
merewang?"
"Hoi... Kak Cik apa tau? Orang dah malas nak belajarlah. Malas. Tak fahamkah? Lagi
pun, kilang kan banyak? Susah apa?" jerkah adik biadab.
Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban.
"Adik... sedarkah keputusan ini boleh menghancurkan masa depan adik? Hanya orang
berilmu dipandang mulia, nak." Sopan berhikmah pujukan bonda.
Adik mendengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai tanda
protes.
Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar adik
ke sekolah agama setelah adik menamatkan sekolah rendahnya. Bonda mahu adik bergelar
Ustaz Mohd. Harraz. Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda
mahu adik berjuang hingga Jiang syahid seperti arwah ayahnya.
(Dipetik daripada cerpen Mutiara Bonda oleh Siti Hajar Mohd Zaki,
antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga harapan bonda terhadap adik.


(3 markah)

_______________________________________________
_______________________________________________
(ii)

Huraikan perwatakan adik yang negatif berdasarkan petikan di atas.


(3 markah)

_______________________________________________
_______________________________________________
(iii)
pada

Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan murid suka ponteng sekolah
masa ini?
(4 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
6

Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SAJAK LAUT
Laut ini begitu biru
laut ini begitu luas
laut ini begitu indah.
Betapa bahagianya hati
laut ini membuatku bahagia
laut ini begitu tenang
begitu kaya.

Kulihat pasir putih


kulihat kerang
kurasakan ombak menyapa kaki
dan kurasakan
angin pantai membelai.
Seorang nelayan jauh di sana
berdiri di atas perahu kecil
menebarkan jala
mencari ikan untuk keluarga.
Burung laut menari-nari di sana
mengepak-ngepakkan sayapnya
begitu gembira mereka bernyanyi
bagai berlumba
dengan nyanyian ombak.
Setengah matahari kulihat di seberang
di seberang laut biru ini
bagai malu-malu ia mengintip
namun dengan setia
memberi sinarnya.
Hai, laut biru
hari ini juga aku nyatakan
kau adalah saudaraku!
ISMAIL SHARIF
(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius,
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka
(i)

Bagaimanakah keadaan laut yang digambarkan oleh penyajak?


(3 markah)

(ii)

(iii)

_______________________________________________
_______________________________________________
Nyatakan contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Sajak Laut.
(3 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
Pada pendapat anda, apakah perbuatan negatif yang telah dilakukan oleh manusia sehingga
menjejaskan laut?
(4 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji diTingkatan
3.
(i)
(ii)
(iii)

6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim


Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman
Merenang Gelora karya Ruslan Ngah

Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut. Berikan satu contoh bagi setiap latar masyarakat tersebut.
(10 markah)
BAHAGIAN C
[15 markah]
8 Lihat gambar Kempen Kitar Semula di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Kitar Semula Bermula daripada Anda!

KEBAIKAN AMALAN KITAR SEMULA

Mewujudkan Persekitaran yang lebih Bersih


Mengurangkan Ancaman Alam Sekitar
Menjimatkan Kos Penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sampah
Mengurangkan Kuantiti Sampah
Menyelamatkan Hutan

BAHAGIAN D
[30 markah]
9

Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.

(i)

Andaikan anda ketua pengawas. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan
yang diadakan untuk meraikan anda.
Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

(ii)

Anda dan rakan anda berbual-bual tentang sikap masyarakat Malaysia yang lebih
mengutamakan barangan dari luar negara.
Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.
(iii)

Prestasi ahli sukan negara kita semakin merosot belakangan ini.


Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi ahli sukan
negara.

SET 2 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa


Melayu
SET 2
Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian A,
Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D.
BAHAGIAN A
(25 markah)
1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan
tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapan pada ruangan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
i. Ke mana saja anda pergi, jagalah tingkah laku.
_____________________________________
i. Tiap hari Sharmizan bangun daripada tidur pada
pukul 6.00 pagi.
_____________________________________
ii. Penggunaan pelbagai perencah termasuklah cili sos
dapat menyedapkan rasa masakan.
_____________________________________
iii. Keadaan lalu lintas di kebanyakan jalan-jalan menuju
pusat bandar agak sibuk dan sesak.
_____________________________________
(8 markah)
2.

i.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu


kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Abang berjanji untuk mengambil adik di stesyen bas


Ipoh.
_____________________________________
ii. Cikgu Petimah telah dilantik sebagai urusetia
kejohanan sukan olahraga peringkat daerah.
_____________________________________
iii. Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja
berpunca daripada sikap ibubapa yang terlalu
memanjakan anak-anak mereka.

_____________________________________

(3 markah)

3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya


menjadi satu ayat majmuk.
i. Awak boleh memilih baju berwarna hijau ini.
Awak boleh memilih baju berwarna merah itu.
_____________________________________
_____________________________________
ii. Lokman mengulang kaji pelajaran dengan tekun.
Hari sudah lewat malam.
_____________________________________
_____________________________________
iii. Encik Karim masuk ke bilik kerjanya.
Encik Karim meneruskan pekerjaannya.
_____________________________________
_____________________________________
iv. Dia sempat melawat beberapa buah negara di Eropah.
Dia belajar di United Kingdom.
_____________________________________
_____________________________________
v. Ibu tidak ke pejabat.
Ibu ke klinik.
Ibu mendapatkan rawatan kesihatan.
_____________________________________
_____________________________________
4.

(10 markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian


tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar
tersebut.
i.

_____________________________________
ii.

_____________________________________

(4 markah)

BAHAGIAN B
(30 markah)
5.
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah genap sempurna Tuan Puteri Bidadari
Segerba di kayangan ia pun bermohonlah kembali ke
dunia menemui suaminya, Raja Muda dan nenek
kebayan.
Pesan ayahandanya, Maharaja Indera Dewa,
Wahai anakanda, jikalau anakanda selamat sampai
ke dunia persilakanlah kakanda Raja Muda naik ke
mari,
ayahanda
dan
bonda
merasa
rindu
kepadanya.
Baiklah ayahanda, anakanda akan sampaikan
pesanan ayahanda itu.
Kepada kakanda berenam, Tuan Puteri itu
memberitahu, Wahai kakanda, adinda meminta diri
kembali dulu sebab tidak sedap hati adinda dan dada
adinda sentiasa berdebar-debar saja. Mungkin ada
sesuatu yang tidak baik berlaku.
Benarlah kata adinda itu, kerana sebenarnya
kakanda Raja Muda telah berkahwin dengan Tuan
Puteri Kuntum Ratna Sari, puteri Sultan sedar Alam
di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Menurut
firasat kakanda, sekarang paduka kakanda itu
sedang bersanding dihadap oleh sekalian isi istana.
Baiklah sekarang juga adinda kembali ke dunia dan
melihat kakanda itu bersanding.
(Dipetik daripada prosa klasik Raja Muda,
Antologi Gema Sepi Seorang Genius Tingkatan 2,
DBP)
i) Nyatakan punca-punca Tuan Puteri Bidadari
Segerba tergesa-gesa ingin

kembali ke dunia?
markah)
_____________________________________
_____________________________________

(3

ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah watak dan


perwatakan Tuan Puteri Bidadari Segerba?
(3 markah)
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
iii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang isteri
tinggal berjauhan daripadasuaminya?
(4 markah)
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
6.

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab


soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Pantun Nasihat
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati, bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Nyiur muda dibuat pengat,

Mari dimakan bulan puasa;


Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.
Orang berkelah di Tanjung Rhu,
Sambil memanggang si ikan sepat;
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.
Rendang sungguh pohon ara,
Tumbuh subur di tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
Tatasusila perlu dijaga.
(Dipetik daripada Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, DBP)

Berdasarkan pantun tersebut, nyatakan pesananpesanan yang dapat dijadikan


panduan oleh generasi
muda.
(3 markah)
i)

Jelaskan pengajaran yang dapat diperoleh


daripada pantun tersebut.
(3 markah)
ii)

Pada pendapat anda, apakah faedah yang kita


peroleh sekiranya kita menjaga
percakapan kita?
markah)
iii)

(4

7.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang
telah anda kaji di Tingkatan 1.
Hikmah, karya Mohd Faris Ikmal
Watak utama memainkan peranan penting dalam
menghidupkan jalan cerita sesebuah novel.
Berdasarkan novel tersebut, kemukakan kelebihan watak
utama yang dapat dijadikan teladan dalam kehidupan
sebagai seorang pelajar berserta contoh peristiwa yang
sesuai.
(10 markah)

BAHAGIAN C
(15 markah)
8. Lihat gambar tentang amalan menghormati orang tua
di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang
terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang
panjangnyaantara 80 hingga 100 patah perkataan.

BAHAGIAN D
(30 markah)
9.

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah


karangan yang panjangnya lebihdaripada 180 patah
perkataan.

i)

Sahabat pena anda telah menulis sepucuk surat


kepada anda untuk mengetahuitentang kepentingan
permainan tradisional di negara anda.
Balas surat tersebut selengkapnya.

ii)

Amalan membaca merupakan amalan yang amat


penting dalam kehidupan kita.

Jelaskan peranan ibu bapa bagi memupuk minat


membaca dalam diri anak-anakmereka.
iii)

Era globalisasi ini menyaksikan golongan remaja yang


terjebak dalam isu masalah bulisemakin meningkat.
Huraikan faktor-faktor remaja terjebak dalam isu ini.
Posted by ayaHUda nAs

You might also like