You are on page 1of 16

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Sultan Ismail Petra International Islamic College


KM12, Jalan Kuala Krai, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
Tel : 609 – 712 9386 Faks : 609 – 7129444 Web Site : www.kias.edu.my
[IPTS 07010-KP (JPS)5195/IPTS/1007]

MADKHAL DAKWAH
(KIAS 2630)

Tokoh Gerakan Dakwah :


Abul A’la Al-Maududi
NAMA PELAJAR:
TAJU RAHIM BIN ABDULLAH
(SY 0699)

NAMA PENSYARAH :
USTAZ ZULQARNAIN BIN HASSAN

DIPLOMA SYARIAH
SEMESTER 6
SESI 2009/2010

1
Gambar Sayyid Abul A'la al-Maududi

2
Sayyid Abul A'la al-Maududi

Biodata

Sayyid Abul A'la al-Maududi (‫ ;س(((يد اب(((و االعلى الم(((ودودی‬merujuk kepada Maulana
Maududi). Beliau dilahirkan di Aurangbad ( Hyderabad ) India pada 25
September 1903M1 bersamaan 3 Rejab 1321 Hijrah. Salasilah keluarganya berhubung
dengan Rasulullah s.a.w. melalui Saidina Ali r.a. dan Saidina Hussein r.a.

Beliau merupakan seorang sayyid, yang berketurunan Muhamad. Beliau seorang


pemimpin spiritual bertaraf wali / Sufi. Bapa Maulana Maududi ialah Ahmad Hasan yang
lahir pada 1855 adalah seorang peguam. Maulana Maududi anak bungsu dari 3 beradik
lelaki.2

Beliau merupakan salah seorang ulama abad ke-20 dan pengasas Jamaah-al-
Islami (Parti Islam) . Maulana Maududi merupakan seorang ahli falsafah, sasterawan,
dan aktivis yang aktif dalam pergerakan dan perjuangan Islam di seluruh dunia. .
Maulana Maududi mendapat ilham daripada perjuangan Sayyid Qutb di Mesir iaitu
Jamaah al-Ikhwan al-Muslimun . Sebagaimana Sayyid Qutb,Maududi merupakan tokoh
pembangunan dan perjuangan Islam seluruh dunia.

Beliau di programkan oleh bapanya untuk menjadi manusia yang berjasa kepada
agama. Bapa al-Maududi adalah seorang peguam dan seorang yang menitik-beratkan
pendidikan agama dan bahasa Arab. Kegeniusannya telah terserlah semenjak zaman

1
Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini m/surat 2

2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_Maududi

3
kanak-kanak lagi dan ini antara faktor bapanya mengasuhnya di rumah dalam lingkungan
yang lebih selamat3.

Oleh itu, sehingga berusia sembilan tahun, al-Maududi mempelajari ilmu agama
di rumahnya oleh seorang guru yang diupah keluarganya. Kanak-kanak genius ini
ternyata mempunyai kekuatan akal serta bakat yang luar biasa. Gurunya sangat
menyedari potensi yang ada pada Maududi. Tidak hairanlah ketika berusia 13 tahun, al-
Maududi sudah menterjemahkan buku ‘al-Islam wal Islah’ karya Syeikh Abdul Aziz
Jawisy ke bahasa Urdu.

Pada usia 11 tahun, al-Maududi dimasukkan ke sekolah umum di Aurangabad. Di


sekolah ini, al-Maududi mempelajari ilmu-ilmu moden seperti sains, matematik dan lain-
lain. Beliau juga seorang pelajar yang genius serta aktif dalam penulisan dan pidato.
Ketika beliau berusia 16 tahun, bapanya, Syed Ahmad Hassan meninggal dunia.
Kehilangan bapa yang dikasihi telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan
beliau. Beliau hilang tempat bergantung dan seorang bapa yang sentiasa menyalakan api
dan obor semangat untuk terus mendalami ilmu.

Bagi menyara hidupnya, al-Maududi bekerja sebagai wartawan dan editor.


Tugasan ini tidak menghalangnya dari terus meningkatkan ilmu beliau. Pada tahun 1920,
al-Maududi bekerja di akhbar harian India, Taj dan kemudiannya berpindah ke Delhi dan
menjadi siding redaksi bagi akhbar al-Jamiat.

Beliau kemudiannya menerbitkan buku al-Jihad fi al-Islam pada tahun 1928.


sehingga tahun 1932, al-Maududi menerbitkan majalah bulanan Tarjuman al-Quran
kemudian bergabung dengan Mohamad Iqbal bagi mendirikan Akedemi Dar as-Salam.

3
Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden

4
Pada tahun 1926 Maulana al-Maududi telah mula mendapat perhatian masyarakat
menerusi tulisan beliau bertajuk al-Jihad fi al-Islam yang dengan terperinci
membandingkan konsep Islam tentang Jihad dengan undang-undang moden antara
bangsa mengenai peperangan. Dengan begitu teliti beliau membezakan jihad daripada
konsep peperangan tradisional dan moden.

Pada tahun 1932, Maulana Maududi menyusun sebuah buku yang begitu terkenal
“Toward Understanding Islam” yang bertujuan mempngaruhi pemikiran orang muda
berpendidikan moden supaya mempunyai keyakinan yang murni. Buku ini telah
diterjemahkan ke dalam lebih 12 bahasa yang terus menerus diulang cetak. Ribuan
naskhahnya terjual diseluruh dunia. Buku ini juga merupakan buku wajib di sekolah-
sekolah di beberapa buah Negara Islam. Pada tahun yang sama Maulana Maududi mula
menerbitkan majalah bulanan yang sering dikaitkan namanya, Tarjuman al-Quran yang
selama beberapa dekat menghuraikan kemurniaan Islam kepada masyarakat pembaca
yang berbahasa urdu.

Hampir tujuh tahun memimpin Akedemi Dar as-Salam, beliau berhijrah ke


Lahore pada tahun 1938 selepas kematian Muhammad Iqbal. Di Lahore, al-Maududi
bekerja sebagai dekan Fakulti Falsafah di Kolej Lahore.

Namun, beliau kemudiannya berpindah semula ke akedeminya kerana tidak setuju


dengan beberapa dasar kolej tersebut. Beliau kemudiannya mengaktifkan diri dalam
penerbitan buku dan mengasaskan gerakan Jamiat Islami sebagai usaha dakwahnya
menentang pengaruh thoghut.

Al-Maududi berkahwin dengan Sayyidah Mahmudah iaitu anak seorang tokoh


ulama India pada tahun 1938. selama 30 tahun memimpin Jamiat Islam, beliau telah
memberikan impak kepada dunia Islam dalam mencontohi gerakan bercorak politik ini.
Al-Maududi meninggal dunia pada 22 September 1979 ketika berusia 76 tahun.

5
Falsafah Abul A’la al-Maududi4

 Maulana Maududi menerima konsep yang dibawa oleh Shah Waliullah bahawa
Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, dan merupakan agama tamadun
yang universal. Ini adalah asas perbezaan antara Islam dengan Jahiliah.
 Beliau menyatakan umat Islam hendaklah berjihad sebagai satu strategi
pembangunan umat.
 Maulana Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam satu cara hidup
difahami benar-benar.Al Quran dan Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan
100 %.
 Baginya , dalam sejarah Islam, tidak semua perjuangan dimenangi oleh Islam.
Tetapi jika umat Islam mengamalkan Islam, kemenangan adalah pasti .

Penglibatan Dalam Gerakan Ialam5

Kejatuhan sistem khalifah Islm di Turki pada tahun 1924 merupakan agenda berat bagi
menularkan gerakan nasionalisme menggantikan gerakan berbentuk agama. Di India,
sejak abad ke 17, Islam menjadi agama yang kukuh dalam sejarahnya. Tegaknya kerajaan
Islam Moghul dengan kepimpinan yang hebat seperti Muhyudin Aurengzeb, Syah
Waliyullah dan sebagainya. Utara India pula, sejak zaman berzaman menjadi pusat
pengajian Islam yang terkenal dengan ilmu-ilmu hadith.

Negara seperti Mesir, Turki, Algeria termasuk Indonesia dan Tanah Melayu mula
melancarkan strategi revolusi berbentuk dalaman yang digerakkan sendiri oleh rakyat
tempatan. Al-Maududi sebagai ahli pemikir dan wartawan dapat merasakan perjuangan
4
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_Maududi
5
Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden

6
ahli-ahli revolusi terutama di Turki, pemimpin Mustafa at-Tartuk yang tidak berpaksikan
agama sebaliknya menumpukan kepada semangat kebangsaan-nasionalisme semata-mata.

Beliau merasakan ini adalah serangan pemikiran yang akan menghancurkan luluh
akidah umat Islam, apatah lagi di awal kebangkitan Mustafa Kamal, ramai intelektual
Islam yang terpengaruh dengan liberalisasi yang dibawa oleh beliau.

Sejarah Jamiat Islam Yang Ditubuhkan Oleh al-Maududi6

Di India, Parti Kongres mahu menamatkan kuasa British dan menaikkan kepentingan
Hindu. Oleh itu, manifesto Parti Kongres amat membahayakan masa depan politik Islam
di Negara India. Al-Maududi kemudiannya menubuhkan Jamaat Islami (JI) pada 26 Ogos
1941 di Lahore. Hari ini Jamiat Islami merupakan gerakan Islam paling tersusun di rantau
Sub Continent, seperti di Pakistan, India, Bangladesh, Sri Langka, Afghanistan serta turut
mempunyai rangkaian di Eropah. Jamiat juga telah menubuhkan rangkaian NGO Islam
yang bergerak di atas pelbagai nama dan pelbagai bidang, menguasai kawasan kelas
menengah, berpendidikan serta kawasan Bandar-bandar.

Jamiat Islam bukanlah merupakan parti politik atau pertubuhan agama dalam erti
kata lain, atau badan kebajikan tetapi ia adalah satu gerakan ‘aqidah atau Harakah
Islamiyyah yang bermatlamatkan Iqamat al-Din dan mencari keredhaan Allah di akhirat
kelak. Penegakan agama yang dimaksudkan ialah Islam secara keseluruhannya sama ada
dari segi ibadah membawa kepada ekonomi, sosial, politik dan lain-lain. Oleh itu,
mukmin hendaklah mencurahkan segala potensi dan segala kemampuan yang ada pada
mereka untuk menegakkan Islam keseluruhannya. Persoalan peribadi muslim hendaklah
diselesaikan secara Jamiat. Tanpa wujudnya individu-individu yang mahu berkhidmat

6
Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden 135- 139

7
dan menyumbangkan segala potensi dan kemampuan yang ada pada diri masing-masing,
hasrat untuk mencapai cita-cita Islam adalah mustahil. (M.Kamil Majid : 1990)

Maududi telah meletakkan tiga teras dasar di dalam harakahnya :

1. Pendukung hendaklah terdiri daripada mereka yang kuat imannya, jelas


pendiriannya serta jelas sirahnya. Kualiti hendaklah lebih penting daripada
kuantitinya.
2. Peraturan harakah hendaklah kukuh dan kuat. Ia hendaklah dielakkan darioada
sebarang bentuk kecuaian dan kealpaan. Anggota mestilah beriltizam dan
menjuhkan dosa-dosa, menghalal yang halal dan mengharamkan yang haram.
Inilah syarat minimum bagi seseorang muslim. Tanpa iltizam tidak ada tempat
mereka di dalam harakah.
3. Harakah mestilah mengandungi dua unsur di dalam satu masa iaitu mereka yang
berpendidikan agama dan moden. Mereka hendaklah bekerja dan bersatu dalam
menggerakkan harakah menuju Islam yang menyeluruh. Kedua-dua golongan ini
mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing yang amat berguna.
Secara berasingan mereka tidak akan dapat mencapai cita-cita Islam. Mereka
mestilah menyatukan tenaga, ilmu dan pendidikan mereka untuk bergerak pada
masa moden. Jamiat Islam menumpukan kepada program dakwah bagi
membentuk kefahaman masyarakat untuk kembali kepada empat bahagian :

a. Melakukan pembersihan dan penyucian akal daripada bibit-bibit asing


serta pengaruh-pengaruh luar dan kemudiannya menanam pengajaran
Islam supaya dapat dinilai secara kritis terhadap keilmuan, kesenian,
sistem budaya dan tamadun barat dan seterusnya memberi alternative
Islam terhadapnya. Ertinya, melakukan sesuatu revolusi mental dan
pemikiran untuk kebangkitan dan era baru Islam.
b. Mereka yang baik dikumpulkan di bawah satu Tarbiyyah Islam yang
hakiki dan sebenarnya. Mereka ini yang terdiri daripada berbagai-bagai

8
sektor yang diperlukan, baik dari kalangan intelek, kaum miskin atau
kaya, lelaki atau perempuan. Mereka juga diberi pentarbiyyahan dalam
pemikiran dan akhlak supaya pemikiran mereka bertambah jelas dan hati
mereka juga menjadi semakin bertenaga.
c. Melakukan perubahn di dalam masyarakat.
d. Memperbaiki sistem pemerintahan yang sedia ada. (M.Kamil : 1990)

Al-Maududi melalui gerakan Jamiat Islam dan karya-karyanya, telah


membangkitkan semangat Islam di kalangan masyarakat termasuk golongan elit dan
akedemik di India. Pada tahun 1947, terjadinya pemisahan Negara Pakistan daripada
India.

Beliau kemudiannya telah menggasaskan sistem pemerintahan Islam bagi


membina Negara Pakistan. Akibatnya, beliau ditangkap dan dipenjarakan pada tahun
1948 sehingga Mei 1950.

Pada tahun 1953, beliau telah dijatuhkan hukuman mati akibat tuduhan
menyebarkan risalah haram yang kemudiannya ditukar menjalani hukuman penjara
seumur hidup. Sehingga tahun 1955, al-Maududi dibebaskan oleh Mahkamah Agung
Pakistan.

Namun, ketika Pakistan berada di bawah regim Ayub Khan, gerakan JI telah
diharamkan pertubuhannya dan untuk kali ketiga, al-Maududi dipenjarakan semula pada
Januari 1964 dan dibebaskan pada 9 Oktober 1964. dalam rakaman sejarah musuh-musuh
Maududi dengan segala kemampuan yang ada melakukan sabotaj terhadap Jamiat seperti
yng berlaku di Muktamar tahunan Jami’at Islami yang diadakan pada 25 hingga 28
oktober 1963. Meskipun terdapat banyak rintangan yang dihadapi dari semua
penentangnya yang cuba membatalkan permit perjalanannya dan menolak permintaan
untuk mengguna pembesar suara, Muktamar itu akhirnya diadakan juga dan dihadiri oleh

9
lebih dari 10,000 orang. Meskipun di bawah perlindungan polis, para pengacau cuba
untuk membakar tempat Muktamar dan ingin membunuh Maududi. Tetapi di sebabkan
keberanian dan ketenangan para petugas Jamiat, muktamar itu dapat dijalankan dengan
jayanya.

Kejayaan mengadakan Muktamar semakin menyempitkan dada musuh politik


Jamiat Islami dan musuh Maududi. Musuh-musuh politiknya yang kemudiannya segera
melakukan propaganda menentang dengan suatu tindakan melalui akhbar yang mencapai
puncaknya padanya 6 Januari 1964 sehingga beliau dan semua pemimpin terkemuka dari
Jami’at Islam ditangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan. Jamiat Islam akhirnya
menjadi sebuah pertubuhan haram di mana kewujudannya sudah tidak sah lagi menurut
undang-undang. Semua pejabat, perpustakaan dan tempat pertemuan kepunyaan Jami’at
diawasi pihak polis. Bagaimanapun kes ini dibawa juga ke mahkamah untuk diadili
dengan jujur sehingga pengharaman terhadap pertubuhan Jami’at dan hukuman mati di
atas di atas pemimpinnya ditarik balik. Hanya selepas 15 hari selepas keluar dari penjara
iaitu pada 25 oktober 1964, ketika pemilihan presiden diadakan, Maulana Maududi
menyampaikan ucapannya kepada umum selama dua jam di Lahore. Maududi
menyampaikan sebab-sebab bantahan yang begitu jitu yang mengkritik dasar politik
rejim kerajaan juga cabaran politiknya untuk menentang badan tunggal pihak berkuasa:

Kritikan Terhadap Abul A’la al-Maududi7

7
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_Maududi

10
 Maududi merupakan tokoh kontroversi. Golongan sekular dan Islam massa
mengkritik beliau. Ramai ulama yang terlibat dalam penubuhan Jamaat
menentang balik dasar dan gaya kepimpinan beliau. Antaranya ialah aliran
Barelwi dan Deobandi.

 Aliran Barelvi yang dipimpin oleh Shaikh al-Islam Sayyid Muhammad Madani
Ashrafi mendakwa Maududi tidak memahami terminologi tradisional Islam.

 Aliran Deoband yang dipimpin oleh Shaikh Muhammad Zakariyya Kandhalwi


yang menghasilkan Jamaah Tabligh.Buku tulisan Kandhalwi ialah "Fitna-e
Mawdudiyyat" mengkritik dan bertentangan dengan falsafah Maududi.

 Golongan muslim sekular membidas teori politik Maududi yang berakar daripada
Sayyid Qutb di Mesir. Ia menyerupai Stalin atau Mussolini berbanding dengan
Quran dan Hadis . Negara Islam Madinah yang majoritinya Islam pada abad ke-7
adalah amat berlainan sama sekali dengan realiti hari ini.

 Maulana Abul Ala Maudoodi selaku Amir (Ketua) Jamaati Islami , adalah hasil
pendidikan teologinya pada tahun 1927. Itu adalah berdasarkan pendidikan dan
stail Urdu . Kritikan Maududi terhadap ulama sekolah Deoband dan Lucknow —
memaparkan kelemahan ketara beliau dalam disiplin teologi . Beliau mengkritik
Jamiyat Ulamai Hind berkaitan dengan teori Nasionalime , telah meletakkan
umat Islam dalam bahaya .Ini akan menyebabkan umat Islam bermusuhan
dengan Hinduisme dan Muhammad Ali Jinnah seorang Muslim nasionalis .

Pengaruh Pemikirannya Menular Ke Beberapa Dunia Islam8

8
Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden m/s 139-140

11
Al-Maududi merupakan tokoh pemikir Islam abad ke 20 yang lahir dari kebuncahan
Dunia Islam untuk beradaptasi dengan kebangkitan barat di seluruh dunia. Proses
kehidupan beliau yang sejak kecil bergelumang ilmu terutama ilmu agama serta
kematangannya menghasilkan kritikan dan wacana ilmiah sejak muda telah membina
imejnya sebagai reformis Islam.

Kesan pengaruh beliau bukan sahaja berlegar di tanah kelahirannya iaitu India
dan Pakistan, tetapi juga dipraktiskan oleh cawangannya di seluruh dunia seperti Jamiat
Islami di Bangladesh, Sri Langka, Afghanistan, India dan Singapura.
Di Malaysia, al-Maududi menjadi inspirasi kepada peserta-peserta kebangkitan
Islam yang mengimpikan tertegaknya sistem dan cara hidup Islam di negara ini. Buku-
buku pemikiran dan dakwah yang ditulis oleh beliau telah menembusi perpustakaan dan
berlegar dalam masyarakat.

Oleh kerana beliau adalah pengasas gerakan Jamiat Islami, namanya sentiasa
meniti di bibir para ahli Jamiat Islami dan pelopor-pelopor gerakan Islam yang muncul
selepasnya. Tambahan, al-Maududi bukan sekadar menggasaskan ideanya melalui lisan
bahkan beliau memiliki koleksi penulisan yang membincangkan keseluruhan aspek
agama yang terus ditekuni generasi sepanjang zaman.

Antara Hasil Karya-karya Abul A’la Al-Maududi9

9
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_Maududi

12
 Makna Al-Quran (Bahasa Arab: Tafhim al-Quran)
 Asaa-asas Islam
 Islam Way of Life
 Khutabat: Fundamentals of Islam
 Khalifah dan Raja (Bahasa Arab: Khulafa wa Mulukiyyat)
 Hak Asasi Manusia dalam Islam
 Al-Hijab
 Sistem Ekonomi Islam
 Hak Asasi Manusia dalam Islam
 Hak Non Muslim di Negara Islam
 Menuju Memahami Islam
 Menjelang Memahami Al-Quran

13
NASIHAT PENTING10 DARIPADA ABUL A’LA AL-MAUDUDI

Saudara-saudara yang mulia !


Di akhir ceramah ini, ingin saya sampaikan nasihat kepada saudara-saudara, iaitu
janganlah saudara-saudara menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpa ada
penyebaran umum dakwah) dan janganlah saudara-saudara menggunakan cara
kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku. Uslub ini termasuk dalam
ertikata gopoh gapah yang tidak akan meninggalkan kesan yang baik.

Janganlah anda cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, kerana uslub ini adalah
lebih buruk akibatnya dan mendatangkan kemudaratan yang lebih besar daripada jalan
yang lain. Sesungguhnya perubahan yang betul dan sihat yang telah dicapai di zaman
dahulu, dan akan tercapai juga di zaman mendatang, ialah dengan kerja dakwah yang
terus terang seterang matahari diwaktu tengah hari.

Oleh itu, anda mesti menyebar dakwah anda dengan cara terus terang. Anda
mesti bangun bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang
seluas mungkin.

Anda mesti menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan anda
yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi
pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi. Dan anda mesti
menghadapi rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang
pahlawan. Inilah jalan yang membolehkan kita melakukan perubahan secara radikal,
yang kukuh asasnya, kuat umbinya dan besar pula faedahnya kepada umat yang lemah
di hari ini. Riak gelombang semacam ini tidak dapat disekat oleh mana-mana kekuatan
musuh.

10
Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini

14
Saya berani bertegas bahawa umat Islam yang kemudian ini tidak menjadi baik
melainkan dengan mengamalkan ajaran yang telah diamalkan oleh umat Islam yang
terdahulu. Adapun jika anda bergopoh gapah melakukan perubahan dengan
menggunakan cara kekerasan, kemudian anda berjaya sedikit sebanyak dalam perubahan
itu, maka kejayaan itu tak ubah seperti angin yang masuk melalui pintu dan keluar
melalui jendela.
Nasihat ini saya sampaikan kepada setiap orang yang bekerja menyebar dakwah
Islamiyyah, kerana ia adalah peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau
menggunakan pendengarannya sedang ia menyaksi.

Saya memohon kepada Allah supaya ia memperbetulkan kesalahan kita,


mengilhamkan hidayah, taufik dan menolong kita dalam usaha meninggikan kalimahnya
pada jalan yang Ia redai. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong. Wasalamu
‘alaikum warah matulllahiwabarakat

15
Rujukan

1. Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden


- Zainudin Hashim & Riduan Mohamad Nor

2. Tanggungjawab pemuda Islam Hari Ini


-Abul A’la Al-Maududi

3. www.dakwah.info

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_Maududi

16

You might also like