You are on page 1of 13

MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

Tuesday, September 29, 2009

Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

Temubual Bersama Srikandi

Kami berkesempatan menemubual Srikandi empat hari sebelum sambutan

Hari Raya yang lalu.Temubual kali ini bercorak bebas dan tidak ditetapkan

tema.Temubual ringkas ini yang mengandungi subjek-subjek yang

berlainan,sebahagian besarnya berkisar tentang situasi di Nusantara selain

dunia dan sosio-politik.Dalam temuramah kali ini,Srikandi telah

mendedahkan satu rahsia dalam Diari Lodgekeeper.Srikandi sememangnya

seorang 'follower' Lodgekeeper yang tegar.

Bertempat di bilik Srikandi sendiri di bangunan Hal Ehwal Akademik di

sebuah universiti tempatan (?),kami bawakan kepada anda Temubual

Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi.

Semoga terhibur dan mendapat pelajaran dari temubual ini.

-M.O

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (1 of 13) [16-Feb-10 1:12:59 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

S:Penemubual J:Srikandi

S:Apa khabar Srikandi?

J:Baik-baik saja

S:Boleh saya mulakan temubual kita pada hari ini?

J:Silakan

S:Apakah pandangan Srikandi tentang Nasionalisme?

J:Nasionalisme adalah semangat cintakan bangsa dan tanahair sendiri.Ia

adalah ideologi yang biasa pada semua negara,lebih-lebih lagi negara-

negara yang pernah berada di bawah Imperialisme.

S:Adakah ia sebuah ideologi yang benar-benar berguna?

J:Berguna yang macam mana itu?

S:Baik untuk bangsa dan negara,khususnya kepada situasi umat Islam?

J:Awak nak pancing saya untuk bercerita tentang Nasionalisme,bukan?

(Srikandi tersenyum)

Baiklah.Adakah ia baik untuk bangsa dan negara,ia bergantung kepada

pemahaman masyarakat kepada tujuan nasionalisme diwujudkan.

Nasionalisme jika ditelusuri adalah sikap yang biasa berada pada sesuatu

kaum,bangsa atau sesebuah negara.Jika kita hendak katakan nasionalisme

pada sebuah kumpulan punkers juga,ia boleh dijelaskan secara mudah;

budak-budak punk yang begitu bangga dengan 'attitude' mereka dan berani

mempertahankan port tempat melepak mereka jika sebuah kumpulan

gothic berani menyibuk 'bersidai' di situ.Itu nasionalisme sebuah kelompok

punkers.Nasionalisme,ya terbit dari kata 'Nation' adalah semangat

kebangsaan pada amnya,namun ia juga menerangkan semangat sesuatu

kelompok yang punya idea atau citarasa yang sama.'Nation' adalah cuma

panduan sahaja,namun sebenarnya tidak kira ia melibatkan apa jua jenis

kelompok,nasionalisme adalah semangat bersifat psiko-sosial.JIka ada

seribu Srikandi,saya juga akan merasa semangat nasionalisme saya.Melayu

ada nasionalisme mereka,begitu juga India dan Cina.Bangsa Malaysia?Ya,

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (2 of 13) [16-Feb-10 1:12:59 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

jika ada...boleh juga dikatakan nasionalisme juga.

S:Jadi apa motif di sebalik kenyataan saudari berkenaan nasionalisme ini?

J:Saya ingin kaitkan dengan frasa "Umat Islam" tadi.Jika saya katakan

psiko-sosial satu kelompok,umat Islam juga mesti ada semangat

nasionalismenya sendiri,kerana umat Islam boleh dikategorikan satu

kelompok.Dalam Islam kita tahu bahawa perbezaan antara kaum atau

bangsa tidak ada.Jika ada,inilah yang dinamakan 'asobiyah',iaitu semangat

kesukuan atau perkauman dan istilah ini adalah sisi gelap bagi

nasionalisme.Anda tahu siapakah yang me'rebranded'kan kembali

nasionalisme mengikut acuan yang begitu sempit?Jean-Jacques Rousseau

dalam karyanya Du Contract Sociale,ada menyatakan nasionalisme

sesebuah negara.Inilah antara mahakarya awal yang bercakap tentang

demokrasi.Kontrak Sosial,anda pernah mendengarnya bukan?Tetapi ini

adalah istilah untuk sebuah negara demokrasi,dari rakyat kepada rakyat.

Para pemimpin politik bertindak berdasarkan kehendak rakyat.Aduh,

sungguh indah utopia demokrasi.Seperti juga Komunis.Apa dia slogan

popular mereka?MEMILIKNEGARAKAN KEKAYAAN UMUM.Hebat,memang

hebat.Sungguh mulia cita-cita mereka (Srikandi tersenyum sinis).

Johann Gottfried von Herder,menyempitkan lagi nasionalisme kepada

Nasionalisme berasaskan etnik iaitu etnik yang menjadi dominan kepada

sesebuah negara.'Volk' adaah istilah asal di dalam bahasa Jerman,

mempunyai julat yang lembut seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita

yang menjadikan budaya dan bahasa Melayu sebagai tunjang kebudayaan

kebangsaan kita sehingga aksi-aksi yang lebih keras seperti di Indonesia

dan Thailand yang 'mewajibkan' budaya dan bahasa mereka kepada semua

rakyat sehingga ke tahap sadis seperti di China yang sanggup menyeksa

dan membunuh etnik lain yang dicurigai mereka.

S:(Mencelah)Jika saya katakan tindakan Indonesia itu betul dan sesuai

kerana ia dapat mendisplinkan rakyatnya mengikut satu budaya dan

bahasa,bagaimana?Tidaklah jadi seperti Malaysia yang begitu berlemah-

lembut terhadap etnik lain sehingga muncul pertubuhan rasis seperti

Hindraf atau parti politik bersifat rasis yang bertopengkan Sosialis-

Demokratik seperti DAP.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (3 of 13) [16-Feb-10 1:12:59 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

J:Hmm...semua ini sebenarnya berbalik kepada siapakah yang berada di

sebalik Indonesia dan Malaysia.Indonesia sebenarnya didukungi oleh

sukukaum Jawa.Sebab itu pentadbiran mereka berada di Jakarta iaitu di

Pulau Jawa.Padahal Sumatera lebih besar.Anda pernah dengar tentang

GAM?Kebanyakan dari mereka membenci orang Jawa kerana merekalah

yang menjarah hasilbumi orang Aceh di Sumatera dan membawa balik ke

Jawa sehingga Pulau Jawa menjadi kaya raya,padahal pembangunan di

Sumatera lebih lembab walaupun hasilbumi pulau itu amat banyak.Saya

tidak mahu bercakap tentang soal ini.Ini hal 'rumahtangga' mereka,yang

saya ingin tekankan ialah faktor psiko-sosial dan 'self-esteem' orang Jawa.

Orang Jawa pada umumnya bersifat kasar dan berani.Hati mereka kering.

Mereka cepat emosi.Mereka juga bersifat menonjol berbanding etnik-etnik

lain.Mereka rajin dan kreatif.Bagimana saya tahu?Adakah saya bercakap

secara membutatuli?(Srikandi tersenyum)

Ini kerana bapa saya adalah orang Jawa.Ketika saya kecil,bapa pernah

membisikkan kepada saya bahawa jika kita asyik tunduk kepada kehendak

orang lain,lambat laun mereka akan pijak kepala kita.Ibu saya,yang

berasal dari Perak memang tidak berani bersuara jika bapa saya sedang

marah.Semua adik lelaki saya,selepas menamatkan persekolahan,

sementara menunggu panggilan sama ada untuk sambung belajar atau

bekerja tetap,dipaksa oleh bapa saya untuk mengikut tukang-tukang

rumah di sekitar kampung saya.Tiada masa untuk tidur atau melepak di

rumah.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (4 of 13) [16-Feb-10 1:12:59 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

Isteri abang saya juga orang Jawa.Saya jarang melihat kakak ipar saya itu

duduk bersidai di rumah ibu mentuanya.Sememangnya ibu saya

mengharapkan dia membantunya ketika kenduri mahupun perayaan

seperti Hari Raya.Memang ibu saya ada menantu yang lain,tetapi hanya

kakak ipar saya yang berketurunan Jawa itu saja yang serasi dengannya

setakat ini.Ada saja yang dimasaknya di rumah.Rajin...ya itu adalah sikap

tipikal yang biasa saya perhatikan pada orang Jawa.

Jadi tidak hairanlah mereka begitu tegas dalam mencorakkan halatuju

negara Indonesia.Apabila saya membaca tentang kajian sosiologi di

Indonesia terutamanya hubungan sosial antara kerajaan dengan etnik-

etnik minoriti yang bukan berasaskan 'nusantara' seperti Cina dan India,

saya seperti kembali teringat kata-kata bapa saya,

"..jika kita asyik tunduk kepada kehendak orang lain,lambat laun mereka

akan pijak kepala kita"

Berlainan dengan Malaysia,pendekatan mereka lebih lembut.Bangsa

Melayu di Malaysia terdiri dari etnik Kedah,Perak,Kelantan sekadar

menyebutkan beberapa nama memiliki emosi lebih bertolakansur.Anda

tahu panggilan purba kepada bangsa Melayu di semenanjung?Iaitu SIAM

ASLI.Dari mana perkataan Siam ini diambil?iaitu dari Benua Siam,di mana

antara persinggahan pertama Deutro Mala sebelum mereka bergabung

dengan Proto Mala dan Deutro Mala yang mengambil jalan laut untuk

sampai ke 'Promised Land'.Deutro Mala yang mengambil jalan laut inilah

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (5 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

yang membentuk kaum Jawa hari ini.Dari Tanah Kanaan mereka berlayar

hingga ke Tanah Jawi,tepatnya di Sungai Musi.Cabaran di lautan

menyebabkan kaum Jawa lebih lasak dan tegas dalam hidup.Berbeza

dengan Deutro Mala yang mengambil jalan darat,mereka banyak bertemu

dengan pelbagai bangsa di sepanjang perjalanan mereka,berasimilasi dan

banyak berdiplomasi.Jika mereka tidak pandai dalam hal bertolakansur

atau diplomasi,sudah tentu mereka akan lenyap sebelum sampai ke

Yunnan seterusnya ke Benua Siam dan semenanjung.Jadi kita boleh lihat

mengapa tabiat bangsa Nusantara di Indonesia dan Malaysia berbeza dari

segi sikap.

S:Agak menarik juga pendapat dari saudari.Terutama cerita tentang

keluarga Srikandi itu tadi.Saudari pernah membaca

blogsejarahnagarakedah?Apa pandangan saudari tentang blog itu?

J:Ya, saya ada membacanya.

Anda minta pandangan?Bagi saya ada fakta yang boleh dipercayai dan ada

fakta yang memang bukan fakta tetapi bercampur aduk dengan dongeng

dan mitos.Anda kena tahu situasi pemilik blog itu.Beliau menulis

berdasarkan wasiat yang dikatakan turun temurun.Jika ada titik-titik

tertentu di dalam wasiat itu yang bertepatan dengan fakta sejarah,maka

sudah tentu penulis blog tersebut dapat menjelaskannya dengan baik

tambahan pula wasiatnya itu berselari dengan sumber-sumber bertulis

seperti Undang-undang Kedah.Namun tidak semua.Ada yang bercampur-

baur dengan mitos dan dongeng.Jika anda perhalusi gaya tulisan beliau,

beliau mendakwa dirinya adalah rumpun Melayu keturunan Siam namun

ada sesetengah artikel yang bernada negatif kepada orang Melayu,seolah-

olah rumpun Siam seperti didakwanyalah yang paling hebat dan menjadi

maharaja seluruh Nusantara manakala orang Melayu seolah-olah perampas

takhta dan talibarut Thai sahaja.Saya rasa ini tidaklah begitu baik.Jika

beliau ini mempunyai negara sendiri,saya tidak hairan jika beliau tidak

mahu mengaku Melayu,tetapi bangsa Siam keturunan Harimau itu.Setiap

orang ada agenda tersendiri tidak kecuali pemilik blog ini.Sekejap

mengaku Melayu,sekejap mengaku Siam dan mendakwa raja-raja Melayu

hanyalah raja daerah sahaja.Namun saya tidak nafikan bahawa banyak

fakta menarik dan saya bersetuju dengan kenyataan bahawa bangsa

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (6 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

Melayu pernah menduduki Indochina malah pernah mempunyai kerajaan di

sana.Saya setuju bahawa kaum-kaum yang datang kemudian ini

meletakkan patung Buddha dan menambah hiasan-hiasan di istana-istana

dan kota-kota Mala Purba itu.

Saya juga bersetuju bahawa Siam dan Thai itu berbeza.Orang Thai berasal

dari etnik Tai yang pernah menduduki wilayah Shan.Perbalahan dengan

etnik Cina lain seperti Han,Manchu dan sebagainya dan ditambah pula

dengan desakan balatentera Monggol,menyebabkan mereka semakin

bergerak ke selatan.Mereka pernah berada dalam pemerintahan Khmer

selain kerajaan-kerajaan Melayu Purba yang lain.Jika saya sebutkan

kerajaan Melayu Purba,janganlah menganggap orang Melayu yang 100%

sama macam Melayu sekarang.Setiap orang Melayu yang menduduki setiap

inci Nusantara mempunyai slanga dan kostum yang sedikit berbeza,namun

budaya mereka hampir sama.Samalah seperti orang Melayu di Indochina

yang disebut sebagai Siam Asli ini.Siam Asli kerana merekalah pribumi

yang sedia ada sebelum orang Tai,Lao,Khmer dan Dai Viet tiba dari utara.

Orang Tai banyak mencedok kebudayaan Khmer,tulisan dan bahasa di

mana SEBENARNYA KHMER PULA MENCEDOK BUDAYA MELAYU PURBA DAN

ORANG MON.Jika orang Kelantan dengan slanga mereka,Kedah dengan

slanganya dan BEGITU JUGA ORANG MELAYU DI INDOCHINA.Kajian

menunjukkan bahasa Khmer banyak menyerap kata-kata Melayu Purba,ya

sudah tentu kerana hubungan mereka dengan orang Cham.

Saya tidak hairan jika prasasti-prasasti Cham dan Khmer yang banyak

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (7 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

dijumpai kini semakin membuktikan 'The Lost Kingdom' orang Melayu di

Indochina kerana kita sepatutnya lebih hairan dengan satu kaum pribumi

Taiwan yang masih bertutur beberapa perkataan Melayu.Sebelum

kedatangan bangsa Han ke Taiwan,sememangnya pulau itu diduduki oleh

orang Malayo-Polinesian.Samalah seperti bangsa Yamato (Yamato adalah

nama satu puak yang mendominasi Jepun hari ini),semasa mereka tiba di

Kepulauan Jepun,sememangnya di sana terdapat beberapa kaum asli yang

berbudaya Nusantara.Orang Melayu adalah bangsa pelaut pada masa lalu.

Mereka belayar sehingga Kepulauan Pasifik dan Madagaskar.Orang Melayu

adalah 'Viking Timur Jauh'.

S:Saya tertarik dengan satu folio di atas meja di sini,bertajuk Kajian

Strategi The Wise Man of Antichrist.Boleh saudari jelaskan sepintas lalu

tentang folio ini?

J:Oh,itu...folio itu adalah rumusan dari pemerhatian saya yang

bersumberkan kepada Diari Lodgekeeper.Selebihnya ialah kajian saya

sendiri.Lodgekeeper di dalam diarinya telah menggariskan 13 strategi

utama The Wise Man.Antaranya ialah Divide and Rule,Chaos,Balancing,

Domination dan sebagainya.Terlanjur menyentuh tentang Diari

Lodgekeeper,saya akan ceritakan satu strategi The Wise Man iaitu

'Ideology'.saya beritahu kerana ia ada kaitan dengan soalan nasionalisme

tadi.Jika kita lihat pola selepas Imperialisme,gerakan nasionalisme telah

bangkit bak cendawan selepas hujan.Saya ingin beritahu rahsia pola

penjajahan di dunia.Sepanyol dan Portugis adalah dua buah kuasa maritim

awal Eropah zaman kolonial.Saya rasa anda sudah maklum tentang

Columbus yang berusaha untuk mencari India namun terjumpa Amerika

dan panggilan 'Indian' kepada kaum pribumi Amerika yang disangka

Columbus ialah orang-orang India masih lekat sehingga ke hari ini.Mengapa

Columbus berkeras mahu menjumpai India melalui jalan laut?Ini kerana

dia menerima arahan dari atasannya.Sebab itu Columbus pernah dihukum

kerana gagal menemui jalan ke Timur seperti yang diharapkan.Mengapa

bangsa-bangsa Eropah ini berlumba-lumba untuk mencari jalan ke Timur?

Pola sebenar Imperialisme adalah INPERIALISME KE ATAS ASIA TENGGARA

tepatnya Kepulauan Tanah Melayu.Anda boleh lihat selepas kejayaan

Magellan menjumpai Filipina,kerajaan Sepanyol cepat-cepat menghantar

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (8 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

tenteranya untuk menduduki Kepulauan Filipina.Anda pernah dengar

slogan Gold,Gospel dan Glory?Gospel adalah tujuan utama The Wise Man.

Imperialisme adalah strategi awalnya sementara para sarjananya menulis

pelbagai buku dan tesis tentang pelbagai idea dan gagasan sosiopolitik.

Dari sini timbul IDEOLOGI.Liberalisme,Fasisme,Komunisme dan

Nasionalisme sekadar menyebut beberapa contoh adalah percaturan The

Hidden Hand untuk memecahkan negara-negara di zaman imperialisme.

Soalannya sekarang,apakah tujuan nasionalisme?

TUJUANNYA IALAH UNTUK MENGHINDARKAN KEBANGKITAN ISLAM.

Kita boleh kaji pola selepas imperialisme.Negara-negara yang sukar

ditakluk sepenuhnya seperti China dipaksa menganut faham Komunis.Di

negara-negara yang dijajah,nasionalisme disuburkan.dengan cara ini

'nasionalisme Islam' hampir tiada atau tidak kedengaran langsung.

Ditidurkan dengan lenanya.Semua orang bercakap tentang demokrasi,

nasionalisme,perjuangan bangsa,hidup bangsa dan sebagainya.KITA LIHAT

KAJIAN KES DI NUSANTARA.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (9 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

Dalam surat-surat Lodgekepeer dahulu,ada diterangkan tentang plan

DIVIDE & RULE yang dirancang oleh The Hidden Hand ke atas Nusantara.

Plan seterusnya ialah melaga-lagakan rumpun Nusantara di dua buah

negara iaitu Malaysia dan Indonesia.Ini penting untuk melemahkan bangsa

Nusantara ini sebagaimana mereka telah berjaya memecah-belahkan

bangsa Korea sehingga ke hari ini.Lodgekeeper telah meramalkan perkara

ini lama sebelum isu Tarian Pendet.The Hidden Hand sebenarnya gemar

mencipta pelbagai kelompok dan ideologi untuk memecah-belahkan umat

manusia.Jika Komunis tidak berjaya dihalau dari Nusantara,apa yang akan

terjadi ialah,Indonesia menjadi Republik Komunis dan Malaysia pula

menjadi sekutu British,satu-satunya alasan mengapa sesetengah orang

Indonesia rela bermandi darah saudara serumpun sendiri.'Negara Boneka

British' adalah kepercayaan sesetengah saudara kita di seberang sana.

Mereka masih merasakan Malaysia ditubuhkan atas perancangan British.

Maksudnya Malaysia adalah bayangan penjajah Inggeris di Nusantara.

Indonesia pernah dipengaruhi Komunis.PKI (Partai Komunis Indonesia)

adalah pertubuhan Komunis terbesar di dunia yang pernah ada di luar

Rusia dan China.Ahlinya ketika itu berjumlah 3.5 juta orang.Konfrontasi

adalah perancangan The Hidden Hand untuk mempengaruhi Soekarno

supaya meminta pertolongan PKI ketika usahanya 'Ganyang Malaysia'

semakin suram disebabkan disabotaj oleh sebahagian rakyat Indonesia

sendiri yang merasakan peperangan dengan Malaysia dikala ekonomi

Indonesia ditahap menyedihkan adalah sesuatu yang kurang bijak.CIA

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (10 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

pernah berurusan dengan Adam Malik,Menteri Luar Indonesia.JIka

perancangan berjaya,Indonesia akan dipegang oleh Politburo PKI,dan

rasminya menjadi negara Komunis.Impian The Hidden Hand ialah

menjadikan Indonesia 'Korea Utara' dan Malaysia 'Korea Selatan'.

Namun perancangan Tuhan lebih mendahului segala-galanya.Sesetengah

orang Indonesia yang termakan racun Illuminati-Komunis sanggup

'menganyang' saudara seagama dan sebangsa sendiri.Soekarno yang

marahkan Tunku telah menghantar tentera untuk menganyang Malaysia.

Alasannya Malaysia wujud sebagai proksi Inggeris di Nusantara.Ketika

serangan demi serangan dilancarkan,rahmat Allah s.w.t sampai di mana

terjadi peristiwa G 30 S PKI atau Gerakan September 30 menyaksikan 6

jeneral tentera Indonesia dibunuh.Sehubungan dengan itu,Jeneral

Soeharto menumpaskan rampasan kuasa,mengambilalih kerajaan lantas

menyingkirkan Soekarno yang dianggap bersubahat dengan PKI.Mengapa

peristiwa ini terjadi?Sebenarnya pola yang sama telah berlaku,iaitu

kebangkitan gerakan bawahtanah Islam telah dapat dikesan di Indonesia.

Seperti Malaysia,jika Komunis gagal,ruang kosong mesti diisi,sekurang-

kurangnya para nasionalis supaya para mujahid tidak naik berkuasa.

Selepas itu,benarlah jangkaan The Hidden Hand di mana pembunuhan

beramai-ramai ahli PKI berlaku di seluruh Indonesia.SEBENARNYA

SENTIMEN BENCIKAN KOMUNIS TELAH MEMBARA namun masih tidak

menunjukkan kekuatannya.Di sini perancangan Tuhan lebih mendahului

perancangan manusia.Ibarat bermain buah catur,CIA terpaksa mencantas

Komunis bagi menghalang kebangkitan Islam walaupun telah

mengorbankan tidak kurang 500.000 nyawa rakyat Indonesia sendiri.

Soekarno menganggap Malaysia bakal menjadi proksi Inggeris sedangkan

pada masa yang sama Indonesia bakal menjadi proksi Komunis.

Permainan catur The Hidden Hand amat licik!

(Srikandi merenung tajam)

Mereka menganggap Malaysia adalah perancangan Inggeris,namun

sebenarnya MALAYSIA DAN INDONESIA ADALAH PERANCANGAN BELANDA

DAN INGGERIS.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (11 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

Mengapa tidak Belanda saja memegang Malaysia?Mengapa Belanda mampu

menakluk apa yang dinamakan sebagai Indonesia yang luas itu namun

tidak berani menjajah Tanah Melayu.CUBA FIKIRKAN.Jika Belanda saja

yang memegang Nusantara,apabila zaman Imperialisme berakhir,Belanda

pasti akan melepaskan Nusantara dan hasilnya ialah sebuah NEGARA YANG

BESAR!

The Hidden Hand telah menghantar negara-negara Eropah yang berbeza

untuk menjajah Alam Melayu.

Belanda dan Portugis telah sampai dahulu ketika Sepanyol telah mula

mendapatkan Filipina.Namun Belanda dan Portugis meninggalkan Tanah

Melayu begitu sahaja tanpa menjajahnya,padahal Portugis nampaknya

hanya berminat dengan pelabuhan Melaka.Belanda mampu berperang

dengan orang-orang di Suvarnadvipa atau Malayadvipa (Pulau-pulau

Indonesia) namun tidak di Suvarnabhumi (Semenanjung Tanah Melayu).

BELANDA MENUNGGU ORANG LAIN UNTUK MENJAJAH TANAH MELAYU!

Apabila Imperialisme tamat,Alam Melayu berpecah kepada beberapa

negara!

S:Perbincangan semakin menarik nampak,tetapi saya akur dengan masa

yang diberikan oleh Srikandi.

J:Oh ya...terima kasih kerana mengingatkan,moga di lain waktu kita dapat

bertemubual lebih lama lagi.

S:Moga begitu harapnya...terimakasih kepada Srikandi kerana meluangkan

masa bersama kami.

J:Sama-sama.

S:Selamat Hari Raya.

J:Oh ya...Selamat Hari Raya

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (12 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]


MistisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

Posted by Mistis at 12:24

Organization AM

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html (13 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]

You might also like