You are on page 1of 19

MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

Saturday, January 16, 2010

Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Ini adalah salah satu artikel pengiring dari tiga artikel pengiring sebelum

artikel utama Alter Terahsia Bangsa Melayu yang akan diterbitkan seawal-

awalnya minggu hadapan.Srikandi akan mengulas tentang maksud di

sebalik nama 'Melayu' dan misteri di sebalik nama itu.Apakah sebenarnya

nama Melayu ini?Adakah ia bermaksud bangsa atau bahasa?

Pada hari ini penyakit buta kepada warisan dan jatidiri bangsa sendiri

menyebabkan ada di antara anak-anak Melayu 'goyang' apabila ditanya

oleh kaum lain tentang maksud Melayu,sehingga mereka pula seolah-olah

mengajar dan memberitahu anak-anak Melayu ini sejarah bangsa mereka.

Ada yang meneka-neka dan memandai-mandai membuat kenyataan sendiri

sehingga terkeliru sendiri.Srikandi akan cuba mengupas masalah ini dari

pelbagai sudut.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (1 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Namun,tidak dinafikan manusia menjadi musuh kepada apa yang masih

belum difahaminya.

-M.O

hiaskan kendiri berani bak saktimuni

hiduplah jalinan susastera dan mahakarya

Srikandi menyusun berapat jari-jemari

membuka pencak ilmu dan warha bicara

Terlebih dahulu saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan

Melayu itu sendiri.Ini kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga

ada juga yang menganggap perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,

sehingga tiada langsung apa yang dikatakan bangsa Melayu.Ini pandangan

yang ekstrim,kerana kerana setidak-tidaknya bahasa Latin yang menjadi

bahasa perdagangan dan kesusasteraan Eropah akibat penguasaan

Empayar Rom itu sendiri dapat ditelusuri asal-usulnya,iaitu dari

Semenanjung Itali,bagaimana dikatakan Melayu itu hanya bahasa dan

bukan mewakili satu bangsa atau setidak-tidaknya satu suku kaum?Bahasa

Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa Inggeris berasal dari

sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris) dari

Tanah Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan

Saxons.Bahasa Sepanyol dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari keturunan

Caucasian,Viking dan Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa

nomad di padang rumput Steppe di dataran-dataran luas Siberia sehingga

melepasi banjaran Caucasus dan sungai Volga,jadi adakah bahasa Melayu

berasal dari bangsa 'alien' yang datang dari planet Zargus??Fikirkan.

Ada juga yang berfikiran singkat mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi

oleh orang Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat

yang kurang berpendidikan kerana orang-orang Melayu masih menjaga

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (2 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

warisan sejarah sehingga kesultanan mereka dan adalah tidak logik

sehingga nama bangsa sendiri pun boleh terlupa sampai terpaksa bangsa

lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah orang-orang Melayu

menjadi seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang dicabut akar

budaya mereka sehabis-habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja

mereka dibunuh dan mereka dipaksa menganut agama Kristian sehingga

semua ini menjadi satu tragedi yang amat malang bagi mereka yang

asalnya adalah bersaudara dengan orang-orang Melayu.Mujurlah masih

terdapat sukukaum di Filipina yang kurang menerima kesan penjajahan

Sepanyol yang kejam ini seperti orang-orang Sulu (selalu digelar oleh

penjajah sebagai Moro atau Moor-gelaran untuk bangsa Arab di Andalus

atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di sana).Orang-orang Sulu inilah

yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang

mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.

Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah

memalukan seorang yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose

Rizal.Dan apakah yang dikatakan oleh Jose Rizal dalam salah satu

pidatonya?

Beliau mengaku sebagai anak Melayu!

Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio

Rizal Mercado y Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa

'Filipino',namun kita tidak tahu apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.

Ini samalah dengan saudara-saudara kita di Selatan Thai yang dipaksa

memakai nama Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti sebagai orang

yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (3 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol

pada 1556 hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa bangsa 'Filipino' itu

hanyalah khayalan penjajah sahaja dan ini boleh dilakukan dalam keadaan

penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksa menjadi orang Sepanyol,

berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan dan raja

mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskan

kediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.

Namun kita akan tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan

arkeologi di Filipina.Salah satunya yang paling terkenal ialah Laguna

Copperplate.

Wahai saudara saudariku Bani Jawi,

Bila saya menuliskan tentang 'Bani Jawi',ini termasuklah semua kaum-

kaum yang menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan

kemiripan di antara satu sama lain.Pakar-pakar linguistik menamakan

bahasa-bahasa ini sebagai Malayo-Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari

induk mereka yang misteri.Bani Jawi adalah satu kumpulan kaum-kaum

yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia ini.Kaum-kaum ini yang

dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di kawasan tasik di

pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland' Bani Jawi) ke timur

mencapai pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-

pulau Papua,Solomon,New Zealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum

penjajah Inggeris tiba di sini,Australia diduduki oleh kaum aborigine

Austronesian).Ke barat sehingga menjangkau Madagaskar berdekatan

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (4 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Benua Afrika.Selain dari Bani Jawi di sekitar Indonesia dan Malaysia,

kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang diluar lingkungan ini telah

terasimilasi dengan teruk ketika penjajahan dan terputus dari warisan

induk mereka.Di sini kita faham bahawa Bani Jawi yang menduduki

Kepulauan Indonesia dan yang terdapat Malaysia adalah Bani Jawi yang

berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya menjaga warisan

moyang mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga

berjaya memegang tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-

tanah mereka,tidak seperti yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain

terutama di Pasifik.Di sini kita tahu satu rahsia.

Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan 'Indonesia','Malaysia' dan

'Brunei' adalah mereka yang dekat dengan 'induk' Bani Jawi.Mereka juga

masih mempertahankan budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika

mampu,adakah penjajah Inggeris dan Belanda bersimpati untuk

mengekalkan budaya,bahasa dan politik penduduk tanah-tanah jajahan

mereka?Jika kita katakan Sepanyol lebih kejam kerana 'mensepanyolkan'

orang Filipina,bagaimana dengan Australia?Penduduk aborigine dinafikan

hak mereka sebagai pribumi Australia yang asalnya adalah tanah mereka,

fikirkan dari manakah manusia aborigine ini boleh wujud di Australia jika

tidak ada moyang mereka yang bijak dalam ilmu pelayaran?

Australia telah menjadi negara orang-orang Inggeris.Ini adalah fakta pada

hari ini.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (5 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

SEBENARNYA JIKA BOLEH,ORANG-ORANG BANI JAWI DI INDONESIA,

MALAYSIA DAN BRUNEI MAHU DIHAPUSKAN TERUS IDENTITI

KEMELAYUAN MEREKA ,tidak kira di'Inggeriskan' atau di 'belandakan'.

Namun ini tidak terjadi semudah itu dan hakikatnya telah gagal.Para

penjajah ini tidak mampu melakukan begitu kerana masih ada warisan

Bani Jawi yang gagah perkasa berdegil mempertahankan warisan mereka.

Kita boleh faham mengapa bahagian Selatan Filipina masih kuat pengaruh

'kemelayuannya' terutama orang-orang Tausug yang masih diluar pengaruh

'kristianisasi dan pensepanyolan'.Sebab itu mereka masih berkuasa

melancarkan pemberontakan.Dari Luzon hinggalah ke Visayan,penjajah

Sepanyol telah menjarah budaya ketimuran sehingga mereka menjadi

amat lemah dan pasrah dengan 'takdir' yang menimpa diri mereka,tetapi

ini cuba ditentang oleh penduduk di selatan atau lebih tepat di pulau

Mindanao.Puak-puak pemisah cuba untuk menentang 'saudara' mereka

yang telah hilang identiti dan menjadi 'makhluk' lain.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (6 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Siapakah Gloria Macapagal Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan penduduk

Sulu?Moyang kepada moyang beliau mungkin kenal siapakah sultan-sultan

Manila dan Visayan juga raja-raja Mindoro dan Samar.Sultan-sultan Sulu?

Jika moyang kepada moyangnya tidak kenal Kesultanan Sulu maka sudah

tentu nama 'Macapagal' itu tidak ada.Bolehlah digantikan dengan

'Fernando' sebagai contoh menjadi Gloria Fernando Arroyo sahaja.Mungkin

Presiden Filipina itu berasal dari Lisbon atau conquistador yang menjajah

Filipina.Tetapi perkataan 'Macapagal' itu sendiri menimbulkan misteri yang

tidak berkesudahan tentang asal-usul orang-orang di Filipina.

Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang memerintah Manila sebelum

penjajah Sepanyol merampas wilayah itu darinya.Tanyakan dia siapa Raja

Sulaiman yang membantu moyangnya menentang Sepanyol.Moyang beliau

beragama Islam dan kota Manila itu sendiri berasal dari kata "Amanillah"

bermaksud "di bawah keamanan Allah".Lakandula adalah gelaran raja-raja

Melayu di Kepulauan Filipina pada zaman dahulu.

Mempelajari sejarah keturunan presiden Filipina itu sendiri mampu

memberi pengajaran yang tidak sedikit kepada kita.Bahasa dan gelaran

bangsawan Melayu di kepulauan Luzon,Mindanao dan Visayan memberikan

kita gambaran sejarah Melayu yang digelapkan di pulau-pulau utara Sabah

itu.

Kita boleh lihat pengaruh Melayu dan Polinesian yang bercampur aduk

dalam bahasa Tagalog.

*Pahlawan
Tausug/Sulu yang gagah berani

Mengapa penduduk ke selatan 'tidak makan saman' dengan kekejaman

conquistador Sepanyol?Cuba perhatikan budaya dan semangat orang-orang

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (7 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Tausug/Sulu.Perhatikan betapa penduduk Luzon telah berjaya ditukar

menjadi makhluk lain,kita mungkin tidak boleh menyalahkan kelemahan

mereka kerana armada penjajah Sepanyol mungkin bertumpu di Luzon dan

tidak mampu mencengkam pengaruhnya di Mindanao yang jauh ke selatan.

Tetapi keris-keris panjang pahlawan Sulu mampu menceritakan perit getir

mereka melawan Sepanyol.Gloria Macapagal Arroyo mungkin sudah

melupakan keris Sulu ini (yang mungkin pernah dikucup moyangnya ketika

menentang conquistador Sepanyol) namun bukan orang-orang di Jolo.

*Keris panjang
atau Keris Sundang Sulu

Adakah Inggeris lebih bermurah hati dan 'kasihan' dengan Bani Jawi di

Tanah Melayu?Adakah Belanda bersimpati dengan Bani Jawi di Sumatera

dan Jawa?TIDAK SAMA SEKALI.Cuba baca kisah kaum Red Indian Cherokee

yang dihalau dari tanah tumpah darah mereka di benua Amerika.Mereka

dihalau beramai-ramai oleh penjajah Inggeris yang mahu menubuhkan

Dunia Baru mereka.Beribu-ribu orang mati dalam pelarian termasuk kanak-

kanak dan wanita.Apa sudah jadi pada identiti kaum Red Indian pada hari

ini?Hanya logo 'Apache' sahaja masih tertinggal pada helmet budak-budak

rempit Melayu yang leka menyabung nyawa di jalan raya.Mereka sudah

hilang tanah dan identiti.Mereka semakin terhimpit di bumi nenek moyang

mereka.Pelajarilah semua ini.

Namun,pelajaran paling hampir ialah di Filipina.Tersangat hampir.Jika

pemimpin Umno masih berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga

India dan China boleh 'lesap' tanpa dikesan di negara mereka ditambah

pula PKR yang makin liberal dan PAS yang lupa perjuangan sebenar

(sebagai contoh),50 tahun lagi orang-orang Melayu yang dungu ini akan

hilang kuasa politik mereka secara terhina dan memalukan.

Moralnya ialah,semangat mahu mempertahankan agama,bangsa dan

tanahair telah memotivasikan Bani Jawi di 'Indonesia' dan 'Malaysia' supaya

kekal mendaulatkan budaya dan bahasa mereka.Jika mereka lemah,

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (8 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

mungkin anda dan saya tidak lagi bergelar Melayu.Dan tidak lagi

berbahasa Melayu.HANYA BANGSA YANG BENAR-BENAR SABAR DAN KUAT

SAHAJA MAMPU MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA SETELAH DIJAJAH DAN

DIJARAH OLEH PELBAGAI PENJAJAH BERATUS TAHUN.

Polinesia adalah istilah dari Greek yang bermaksud 'banyak pulau'.Ini

menerangkan Kepulauan Melayu sehingga ke pulau-pulau Pasifik.Dari segi

terminologinya ia bermaksud Kepulauan Pasifik,menjangkau Pasifik

Tengah dan Pasifik Selatan.Ia adalah satu daripada tiga bahagian;yang

lainnya ialah Melanesia dan Micronesia.Austronesian ialah kelompok

keluarga bahasa paling terbesar di dunia,dahulunya dikenali sebagai

Malayo-Polynesian.Setelah pakar bahasa memasukkan bahasa Formosan

(juga berasal dari bahasa para pelayar Melayu yang tiba di Taiwan beratus-

ratus tahun yang lampau) ke dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian,

kini ia digelar keluarga bahasa Austronesian.Ini adalah salah satu daripada

keluarga bahasa terbesar di dunia berdasarkan jumlah bahasa melebihi

700 bahasa dan keluasan geografinya.Bahasa Cham di Vietnam dan

Kemboja,bahasa Malagasy di Madagascar dan bahasa Tagalog di Filipina

adalah dari keluarga Malayo-Polynesian.Perhatikan terminologi para pakar

bahasa ini yang mengesan rahsia bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu dan

Pasifik ini.'Malayo' adalah ciri-ciri bahasa 'Western Malayo-Polynesian'

seperti bahasa Melayu,Sunda dan Jawa.Ini bahasa Bani Jawi yang standard,

maju dan dinamik.'Polynesian' pula adalah lebih kepada bahasa-bahasa

kaum aborigine Pasifik.Anehnya,terdapat persamaan dari segi struktur

bahasa dan peraturan tatabahasa antara bahasa Melayu/Indonesia dengan

bahasa-bahasa Pasifik ini,walaupun kosa kata mereka berbeza.Dan pasti

ada kata-kata yang sama seperti perkataan 'mata','batu' dan sebutan

angka-angka.'Lima' adalah perkataan yang dominan.Orang Samoa juga

menyebut angka 'Sepuluh' sama seperti kita di sini.Sebutan angka dalam

Tagalog mirip sebutan dalam bahasa Jawa.Ringkasnya 'Malayo' adalah ciri-

ciri Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perpaduan Indonesia,Brunei dan

Malaysia dan 'Polynesia' merujuk kepada bahasa-bahasa sukukaum

aborigine Pasifik.

Sesungguhnya terdapat misteri di sini.Apa kaitan orang-orang aborigine di

Malaysia seperti Orang Asli,Dayak,Jakun dan sebagainya dengan aborigine

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (9 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Pasifik seperti Hawaii,Samoa,Fiji dan lain-lain?Dan APA KAITAN SEMUA

ABORIGINE INI DENGAN ORANG JAWA,SUNDA DAN MELAYU?Anda akan

mendapat kunci rahsia ini dalam artikel utama ATBM "Austronesian dan

Polinesia".

Sesetengah saudara Bani Jawi kita di Indonesia menganggap Melayu itu

adalah satu sukukaum padahal cuba kita tanya,sukukaum Melayu itu

adalah yang bagaimana?Pakaian orang Melayu tidak jauh beza dari pakaian

etnik-etnik di Indonesia terutamanya di Pulau Sumatera.Orang Melayu

juga berkeris seperti orang Sunda dan Jawa.Bahasa?Padahal loghat (slang)

bahasa Melayu di negeri-negeri Malaysia juga berbeza.Cuba kita paksa

orang Jawa bercakap dengan orang Kelantan,bagaimana rasanya (mungkin

ini antara sebab Manohara tidak serasi dengan orang Kelantan,pendapat

saya sahaja).Cuba teliti dialek pekat Kedah,Perak dan Terengganu.Orang

luar mungkin merasakan orang Perak,Kelantan dan Kedah yang bercakap

dialek pekat masing-masing dari tiga kaum berbeza.Samalah jika kita

paksa orang Sunda bercakap dengan orang Aceh.Perbezaan loghat/dialek

adalah sama,tidak kira di Indonesia atau di Malaysia.Jadi,di manakah

'sukukaum' Melayu itu secara jelas?Apa yang Melayunya pemuda yang

bernama Fahrin Ahmad jika dibandingkan dengan Ahmad Dhani?Apa

Melayunya Siti Nurhaliza jika Kris Dayanti malu menjadi 'Melayu' dan suka

disebut 'bangsa Indonesia'?

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (10 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Susilo Bambang Yudhoyono juga bersongkok sepertimana Sultan Mizan

Zainal Abidin ketika kunjungan hormat mereka berdua.Jadi adakah Sultan

Mizan lebih 'Melayu' dari Sosilo Bambang?Jadi dimanakah 'Melayu' itu?

Adakah Sultan Mizan memerlukan penterjemah untuk memahami bahasa

Presiden Indonesia itu?Jadi dimanakah 'Melayu'nya Sultan Mizan?Adakah

Siti Nurhaliza terpaksa belajar bahasa yang dituturkan oleh Kris Dayanti

sebelum bekerjasama dengan beliau?Mengapa lagu-lagu dari seberang

cepat popular di kalangan anak-anak remaja 'Melayu' Malaysia berbanding

lagu-lagu pop HongKong?Jadi dimana 'Melayu'nya itu?

SEBENARNYA TIADA APA YANG DINAMAKAN SUKUKAUM MELAYU.

MELAYU ADALAH NAMA LAIN BAGI BANI JAWI.

Bani Jawi adalah nama yang diberikan bermula dari era Nabi Ibrahim

menyunting seorang gadis misteri dari Timur Jauh.'Melayu' adalah

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (11 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

perubahan pada nama kaum di mana gadis misteri itu berasal.Dalam

manuskrip purba,ada tercatat perkataan dasar 'Mala'.Nama Mala inilah

yang dibawa oleh kaum misteri dari Timur jauh itu.Ketika khabar tentang

Mala sampai ke Tanah Kanaan,Madyan dan Parsi Kuno,nama 'Mala' ini

berubah-rubah mengikut bangsa yang memanggil mereka.Orang-orang

Assyria dan Media memanggil mereka sebagai 'Mala-Yu'.'Yu' adalah suffix

dalam bahasa Avesta Purba (bahasa Avesta adalah asal-usul bahasa

Sanskrit dan bahasa Jerman Kuno yang menjadi asas bahasa Inggeris/

English itu berasal dari saduran yang 'agak teruk' dari Sanskrit sebab itu

dari segi linguistiknya bahasa Inggeris terkelompok dalam keluarga bahasa

Indo-European atau Indo-Iranian)

Telah diterangkan sebelum ini dalam siri ATBM yang lepas bahawa bangsa

Madyan (Media) yang mengasaskan bangsa Parsi (Iran pada hari ini) adalah

berasal dari kaum Mada.Dalam istilah Assyrian dan Avesta,kaum ini

dipanggil 'Mada-YU'.Dalam Sanskrit (ingat,bahawa Sanskrit dan Avesta

ibarat bahasa/dialek Kedah dengan bahasa/dialek Kelantan),'Malayu' ini

dipanggil 'Malaiyu' atau 'Malai'.'Malai' bermaksud 'gunung'.Manuskrip purba

China menyebutnya sebagai 'Malai' atau Mo-lo-yue'.

Dan orang Inggeris menyebutnya sebagai 'Malay'.Ini lidah mat saleh.

Orang Perancis menyebut Malaysia sebagai 'Malaise',jadi jika hilang 's' itu

atau hanya 'Malay' sahaja,mungkin pendekatan yang logik ialah 'Malai',

sama seperti sebutan dalam Sanskrit.

'Mala' adalah nama asal kaum gadis misteri ini.Ia adalah nama kuno yang

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (12 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

terahsia.

Keturunan Nabi Ibrahim a.s dengan gadis misteri tersebut ketika baginda

berdakwah di Timur Jauh inilah digelar sebagai Bani Jawi.Baru-baru ini

saya mendapat petunjuk dari 'channeling' saya,seolah-olah mengatakan

bahawa dari enam anak hasil perkahwinan baginda dengan Siti Keturah,

tiga orang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s ke Tanah Kanaan,manakala

tiga yang lain ditinggalkan di 'Promised Land' bersama ibu mereka.Perlu

dingat,ketika itu tiada kapal terbang,jadi apabila Nabi Ibrahim berdakwah

ke Timur Jauh,sudah tentu memakan masa bertahun-tahun,dan

perkahwinan dengan orang tempatan adalah perkara biasa bagi lelaki yang

merantau;tidak kira apa tujuan mereka,tambahan lagi nabi Ibrahim adalah

lelaki terhormat,bijaksana dan punya pekerti mulia.

Inilah asal-usul perkataan 'Melayu' dari segi saintifik,sejarah dan akademik.

Bukan 'melayu' seperti bunga layu,atau 'lari'.Malah 'Mala' itu adalah

sekuntum bunga yang mekar harum dari gambaran 'channeling' saya pada

Khamis malam Jumaat Kliwon (siapa saya dan asal-usul saya ada di dalam

temuramah selepas raya puasa yang lalu,cuba periksa...jadi adakah saya

ini lebih 'Melayu' dari saudara saya di Yogyakarta?).

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (13 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Tiada siapa yang lebih Melayunya.Semua kekeliruan adalah berpunca dari

kebingungan para penjajah gelojoh berebut-rebut mahu melabel

sesukahati tanah jajahan mereka.Apakah itu 'Indonesia'?Suku kata 'Indo' itu

sendiri menunjukkan kebingungan penjajah Belanda yang menganggap

pulau-pulau Indonesia adalah orang-orang Keindiaan.Sama seperti

kebingungan penjajah Eropah yang memanggil kaum-kaum aborigine

Amerika sebagai 'Red Indian' kerana kekeliruan Columbus yang

menganggap telah sampai ke India dan kekeliruan melihat warna kulit

mereka disangkakan orang-orang India.Cuba kaji mengapa nama

'Nusantara' yang dicadangkan oleh seorang cendekiawan Indonesia ketika

mahu menamakan nama negara itu hampir berjaya namun tertolak saat-

saat akhir.Alangkah beruntungnya jika jiran kita itu adalah sebuah negara

bernama 'Nusantara'.Mungkin mereka lebih mesra dengan saudara mereka

di sini dan tidak terlalu bermegah dengan nama yang diberikan oleh

Belanda itu sehingga ada yang mahu menikam saudara mereka sendiri

dengan buluh runcing.

Dalam hal ini seolah-olah Inggeris lebih berpengetahuan luas dengan nama

orang-orang Melayu.Mengapa Belanda tidak mengenal kaum-kaum di tanah

jajahannya sebagai 'Melayu'?Padahal sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda

yang menyaksikan pembahagian wilayah 'Indonesia' dan 'Malaysia',orang-

orang dari pulau-pulau Sumatera,Jawa dan lain-lain bebas keluar masuk

ke Tanah Melayu dan Benua Siam,begitu juga orang dari Tanah Melayu

bebas membina keturunan di pulau-pulau Indonesia pada hari ini.Dari

mana asal orang Aceh,Bugis dan Brunei?Ini rahsianya.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (14 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Bani Jawi di Indonesia menamakan bahasa mereka 'Bahasa Indonesia'.Ini

cuma istilah politik sahaja dimana pernah negara kita menamakan bahasa

ini sebagai Bahasa Malaysia.Selepas itu kementerian menamakan semuala

sebagai Bahasa Melayu.Di Indonesia,jika ingin membicarakan asal-usul

bahasa Indonesia,mereka akan merujuk kepada istilah 'Bahasa Melayu'

akhirnya.

Jadi,jika Melayu ini sukukaum,bagaimana satu sukukaum boleh menakluk

seluruh Malaysia dan Indonesia dengan bahasa mereka?Bukan sahaja itu,

seluruh Kepulauan Melayu dan Pasifik mematuhi 'pattern' bahasa mereka?

Mengapa bukan bahasa Aceh atau Jawa menjadi lingua franca seluruh

Nusantara?Ada yang mengatakan asal-usul Melayu adalah satu kerajaan

bernama Kerajaan Malayu di Sumatera,namun kerajaan yang dilabel

'Melayu' itu hanya satu pemerintahan kecil sahaja.Bagaimana kerajaan

kecil seperti itu boleh memaksa seluruh Nusantara supaya berbahasa

dengan bahasa mereka?Fikirkan misteri ini,sebab itu saya katakan Melayu

itu adalah nama lain bagi Bani Jawi,tercatat di dalam manuskrip purba

Avesta dan Sanskrit...juga tulisan pepaku (cuneiform) Sumeria.Ini adalah

warisan dari satu bangsa kuno yang tenggelam ketika Banjir Besar atau

bencana lain.

SEbenarnya kita diperkotak-katikkan oleh kebodohan dan kebingungan

penjajah sendiri disamping kebodohan kita sendiri yang ikut sahaja macam

lembu dicucuk hidung segala kekeliruan penjajah.Kemudian bergaduh

sama sendiri semata-mata pakaian,bahasa dan budaya yang sah-sah

memang sama!Ini ibarat dua orang bodoh yang bergaduh sesama sendiri

kerana masing-masing menuduh sesama sendiri meniru jumlah tangan,

mata dan telinga yang ada dua pasang.Padahal mereka berdua ialah

MANUSIA!

A berkata:Namaku Indonesia,Belanda yang bagi nama...aku ada dua

tangan,kenapa kamu tiru aku?

B berkata pula:Aku Malaysia,Inggeris bagi nama...orang Malaysia memang

ada dua tangan,kamu yang tiru aku.

A membalas:Ah!Sudah!Goblok!Aku mahu patahkan tangan kamu,biar jadi

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (15 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

satu...baru terlihat beda.

B mempertahankan diri:Aku sejak lahir memang sudah ada dua tangan,

kenapa mahu dipatahkan...?

A menjawab:Aku juga lahir dengan dua tangan...Ah!Kecapetan aku

dengan masalah ruwet begini dong...sialan kamu!

Akhirnya A dan B berebutkan songkok,keris dan bahasa Melayu sesama

sendiri.Ini adalah senario yang menyedihkan.Amat bingung dan tolol.Jadi

sudah nampak kepentingan mempelajari asal-usul kita?YA!AMAT PENTING,

SAMPAI SATU TAHAP,JADI KRITIKAL SEPENTING NYAWA DIHUJUNG

TANDUK!

Masalah ini jelas jika negeri Kelantan berpisah dari Malaysia dan

menubuhkan negara sendiri yang pekat dengan gagasan 'Bangsa

Kelantan' (baca:bangsa Indonesia).Bila bergaduh di Internet,tidak mustahil

orang-orang Kelantan yang dungu (contoh sahaja) akan memanggil

Malaysia sebagai Malingsial dan memijak bendera Malaysia.Orang Kedah

pula memijak bendera Kelantan dan mencerca orang Kelantan.Bila

terlihat di Youtube,video orang Terengganu memakai keris dan bertanjak,

maka orang Kelantan mengancam mahu menyerang Terengganu kerana

'mencuri' budaya mereka.Nasi Dagang juga didakwa berasal-usul dari

Kelantan.Akhirnya orang Kelantan dan Terengganu berebut-rebutkan Nasi

Dagang dan Budu sesama sendiri,dan pada masa yang sama orang Selangor

dan Kuala Lumpur menyedut minyak dari bumi mereka sambil ketawa

berdekah-dekah (ini tambahan dari saya,jangan marah saya ye!).

Fikirkan,kita selesa memanggil orang Brunei sebagai Melayu Brunei,namun

jika melihat orang-orang dari Indonesia,kita cenderung melabel mereka

sebagai 'Indon' seolah-olah makhluk dari planet lain padahal Wak Seman

yang berniaga tempe dibelakang rumah kita boleh kita labelkan sebagai

Melayu Jawa.Begitu juga orang Indonesia yang keliru.Saya teringat satu

rancangan muzikal artis-artis Malaysia dan Indonesia terbitan RTM dan

RCTI sekitar tahun 90-an dahulu.SElepas habis persembahan M.Nasir

dengan lagu bernuansa Nusantara 'Mentera Semerah Padi',pengacara

bersama dari Indonesia melahirkan rasa kagum dengan lagu tersebut dan

menyebut-nyebut rasa bangga beliau dengan rumpun yang sama antara

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (16 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Malaysia dan Indonesia.Saya begitu terkesan dengan kata-kata 'satu

rumpun' dan 'nusantara' yang disebut-sebut beberapa kali oleh pengacara

wanita Indonesia itu kepada temannya dari Malaysia (saya lupa siapa

pengacara Malaysia itu,maklumlah baru dibangku sekolah rendah,sudah

lama berlalu)

Pandangan kedua yang mengatakan Melayu itu bahasa bukan bangsa juga

adalah satu kekeliruan yang pelik.Padahal kebiasaan satu bahasa

dinamakan bersempena bangsa yang menggunakannya.Adakah orang

Amerika atau Americans menggunakan American Language?No!It's

absolutely not!You know,man...

Orang Amerika tetap memanggil bahasa mereka sebagai English,

setidaknya American English.Apa itu English?Englishman,dude...you know

what I mean?Who the hell of this Englishman?

Orang-orang Inggeris.

Jadi siapa yang memandai buat teori mengatakan Melayu itu nama bahasa?

Jadi siapa yang menggunakan bahasa Melayu?Orang Jawa?Orang Kedah?

Orang Perak?Orang Minang?

Mengapa maharaja-maharaja Srivijaya dan betara-betara Majapahit

menuliskan prasasti-prasasti yang melambangkan kewujudan empayar

mereka dalam bahasa Melayu?Adakah kerana takut dengan Melaka yang

kecil itu?TIDAK SAMA SEKALI.

Bahasa Melayu adalah bahasa nenek moyang Sultan Mansur Syah,Hayam

Wuruk dan Samaratungga.Ia adalah bahasa leluhur Sang Sapurba dan

Demang Lebar Daun.Ia adalah bahasa kebanggaan Raja-raja Funan "King of

The Mountain" dan raja-raja Champa.

Orang-orang Eropah yang akhirnya menjadi 'bangsa Amerika' tidak

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (17 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

menamakan semula bahasa mereka menjadi 'Uncle Sam Language' sebagai

contoh.English tetap English,walaupun imigran Ukraine,Perancis,Jerman

dan Itali mahupun Yahudi Ashkenazi yang berhijrah ke Amerika.

JIka mahu berhujah dengan bahasa Sanskrit,perlu diingat Sanskrit

bukanlah bahasa percakapan sehari-hari terutama Dravidian (Tamil,Telegu

dll).Ia bahasa sastera,agama dan istana.Malah penggunaannya terhad

mengikut kasta tertentu pada zaman dahulu.Ia bahasa 'suci' yang

dipandang tinggi (sebab itu tidak keterlaluan ada pengkaji bahasa

menyifatkan asas bahasa Inggeris adalah Sanskrit).Jadi tiadalah kaum

Sanskrit atau bangsa Sanskrit.Masalahnya dalam kes bahasa Melayu,kita

berurusan DENGAN BAHASA YANG MENJADI BAHASA PERSATUAN SELURUH

BANI JAWI/NUSANTARA/MALA.Bahasa Melayu tidak dikasta-kastakan.Ia

bahasa persuratan dan bahasa perdagangan.Ia ADALAH BAHASA KUNO

YANG DIGUNAKAN SEAWAL URUSAN MEREKA DENGAN PARA UTUSAN KING

SOLOMON DAN FIRAUN-FIRAUN DI THE LAND OF THE GODS.'The Mala

Ancient Language in The Land of Promise'.Dari manakah asal 'Mala' ini?

Selebihnya biar saya simpan dalam siri ATBM akan datang.

Bagi mengakhiri artikel ini,saya petik Sumpah Pemuda yang dibacakan

pada 28 Oktober 1928 di Indonesia dan hayati betapa mereka sedar akan

kepentingan 'bahasa persatuan' ini,bahasa yang saya,anda dan saudara-

saudara kita di Indonesia,Selatan Thailand,Singapura,Brunei dan seluruh

Bani Jawi...gunakan dan punya semangat untuk menggunakannya.

"Pertama

Kami putra dan putri Indonesia, mengaku bertumpah darah yang satu,

tanah air Indonesia.

Kedua

Kami putra dan putri Indonesia, mengaku berbangsa yang satu, bangsa

Indonesia.

Ketiga

Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung tinggi bahasa persatuan,

bahasa Indonesia"

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (18 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]


MistisFiles: Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Srikandi

"sirna bherahi samar gentahi sukksasentosa seri"

-lohor jeavi-

Posted by Mistis at 12:15

Organization AM

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html (19 of 19) [16-Feb-10 1:17:03 PM]

You might also like