You are on page 1of 19

MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

Tuesday, January 19, 2010

Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam


Sejarah

Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban

yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.

Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang

melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi

peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi

tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur

semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...

kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina

negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (1 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.

Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,

dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan

tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.

Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah

beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor

British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh

di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang

berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.

Membosankan.

Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti

sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun

di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa

antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam

dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular

ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?

'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (2 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

Ketika saya masih kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama
tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke

17.Kalau tak silap saya,Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu.

Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu

dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah

Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di

bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas

membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah

padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang

begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat

bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan

di sana sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem

tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan

yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan

keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini

amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik

dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di

perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan

saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya

orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-

catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (3 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-

orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-

buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara

Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?

Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires

berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,

mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan

pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem

mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka

betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju

pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi

ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah

dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha

tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah

merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN

PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN

PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain

dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu

Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat

untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan

ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah

menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah

mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada

satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI

GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI

SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (4 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI

PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan

pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas

bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh

memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka

menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan

senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya

memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam

melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-

catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham

dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,

mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela

*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka

*Flintlock Musket=Istinggar

*Blunderbuss=Pemuras

*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:

Pemuras

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (5 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang

Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris

menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini

sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya

menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.

Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah

mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa

Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras

berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang

berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan

peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan

oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari

penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,

seperti pistol.

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon

atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah

senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan.

Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak

popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih

kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar

atau Flintlock Musket.Mengapa?

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (6 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara

yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan

pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara

pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang

musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua

kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga

kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga

pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing

roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam

belas inci) panjang bagi Pemuras.

*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.

Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah

sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah

alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran

Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah

bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (7 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada

juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan

Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan

Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia

mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit

syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,

bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss

atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.

Terakol

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,

pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan

teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini

membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa

memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah

perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di

dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan

Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (8 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju

dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia

lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing

batu api (flintlock)

Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya

menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Istinggar

Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (9 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi

sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).

Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan

kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai

flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu

senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan

kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam

Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh

seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban

dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata

kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan

untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari

Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka

oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-

Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar

juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang

membina loji-loji di Sungai Perak.

Lela Rentaka

Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam

biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan

Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (10 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan

Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah

setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di

dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan

berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih

daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil

sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik

seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan

rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses,

portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding

dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih

terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan

lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam

mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang

membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh

dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal

ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat

berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga

menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan

sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan

rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan

ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (11 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-

banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan

kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang

Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan

penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam

Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia

sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di

Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang

terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan

kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda

sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi

melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan

penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara

yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Meriam/Lela

*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian

Pertahanan Thailand

Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam

sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam

digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam

digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan

Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni

peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (12 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

(meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam

paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan

ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan

oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam

yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda

pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,

Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini

adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang

lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas

berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan

Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah

menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To

Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah

meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani

dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih

kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah

berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada

tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah

pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk

membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan

kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di

bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan

Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah

diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke

dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal.

Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama

saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (13 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika

anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda

bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal

perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani

ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai

menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam

ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of

Langkasuka.

Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak

pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita

ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan

sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan

senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di

Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab

orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu

mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal

tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih

nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di

samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.

Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan

tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau

aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih

menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (14 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para

musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan

cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri

Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan

takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka

sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja

Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,

namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak

dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan

Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low

menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.

Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya

menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan

sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan'

takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat

mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan

segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh

dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun

tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda

jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,

siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan

pegangan agama kita sendiri??Orang asing??

SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang

Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan

tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!

Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol

(Terakol).

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (15 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya

yang berseni dan berukiran halus.

Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu

meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang

hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu

sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada

saya.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa

pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,

malangnya saya terlupa tajuk filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara

yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris

(kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.

Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan

membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja

Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan

menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.

Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya

(Pemuras) di bahu.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (16 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,

antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.

Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk

menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah

Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.

Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal

peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil

memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan

matchlock musket,blunderbuss dan cannon?

Bibliografi:

Melayu Nusantara

Sejarah Kesultanan Brunei

Sulalatus Salatin

Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus

Dan kajian persendirian yang lain.

---------------------------------------

Coming Soon....

Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (17 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

-Rahsia Laut

-Laut dan Melayu

-Hubungan mistik antara Melayu dan lautan

-Kapal-kapal Melayu

-Pengembaraan sehingga ke Jepun dan Taiwan

-Dari Tanah Kanaan sehingga ke Sungai Musi

-Misteri ukiran bahtera pada Borobudur

-Misteri ukiran kapal Melayu pada Angkor Wat

-Utusan Firaun di Nusantara

-Flor De La Mar dan Mendam Berahi

-Pengembara Melayu di Afrika

-Dinasti Melayu Merina di Madagaskar

-Pelaut-pelaut Melayu yang gigih

-Tun Abbas dan legenda 'The Malay Pirates'

-Kerajaan Maritim dan Empayar Melayu Purba

-Ke manakah menghilangnya armada tentera Laut Melaka pada subuh

serangan Portugis?

nantikan pengembaraan mendebarkan,meredah ombak dan tujuh lautan!

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (18 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]


MistisFiles: Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

Sehingga ke hujung dunia!

Hanya di MistisFiles!

Posted by Mistis at 9:23

Organization AM

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html (19 of 19) [16-Feb-10 1:19:46 PM]

You might also like