You are on page 1of 35

MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

Saturday, January 23, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Kembali bertemu di Gua Rahsia kita!Tuan-tuan dan Puan-puan,apakah

gerangan hajat kalian kali ini?Tidak puaskah dengan Rahsia Dari Wangi-

wangian yang hamba bukakan untuk kalian?Rahsia Keris Bersepuh Emas

dan Tanah Para Dewa?Bukankah kalian sudah mencium haruman dari

kamar diraja Firaun?

Hahaha!Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Tahukah

Tuan-tuan dan Puan-puan,gaharu dan cendana ialah barangan eksport

bangsa Mala di pasar-pasar kota Ur,Kish dan Uruk?Dan ini tercatat di

dalam kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba setaraf Epik Gilgamesh?

Masakan kalian tidak mengetahuinya,bukankah kalian anak cucu keturunan

Sang Naga Buana dan Puteri Kaca Bertuang?

Hamba hanya menjaga rahsia saja.Sampai masa,rahsia dari raja hamba

akan hamba bukakan untuk anak cucunya seperti yang diwasiatkan kepada

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (1 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

hamba.

Mari mendekat ke sini wahai anak cucu raja-raja,hamba mahu beritahu

sesuatu.(Penjaga Gua Rahsia melakarkan beberapa perkataan di atas pasir

gua):

Bunga

Mala

Abraham

Tanah Kanaan

Zulkarnain

Gunung

Emas

The Land of The East

Keturah

Kemenyan

Haruman

Laut

Keris

Songkok dan Tanjak

Avesta

Kapur Barus

Rempah

Hamba bukakan kunci-kunci rahsia untuk anak cucu.Semua katakunci ini

mengandungi rahsia-rahsia tertentu.Setiap kata akan membuka seribu

kata yang lain.Setiap seribu kata akan membuka seribu makna yang lain.

Dan setiap seribu makna,menyimpan seribu kuasa yang terpendam.Tetapi

anak cucu ke sini bukanlah untuk memilih yang mana dahulu perlu dibuka.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (2 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Anak cucu ke sini adalah untuk memahami mengapa katakunci ini dibuka

untuk kalian.

Sebabnya hamba sudah pilihkan untuk kalian.Lihat peti-peti rahsia di sana.

Salah satunya akan dibuka hari ini.Jadi,yang mana satu?Pandang tulisan-

tulisan di atas pasir,di sana ada katakunci yang akan kalian gunakan untuk

membuka salah satu peti itu.

Ini kuncinya,pergi buka peti yang bertanda,'Laut dan Bahtera'

'THE VIKING OF THE ORIENT'

"They were Africa's Vikings. Tough, daring voyagers who sailed

thousands of miles...."

(Rory Carroll -The Guardian)

Laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan.Ia ibarat irama


dan lagu.Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pantai,

pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.Ini kerana orang-orang Melayu

pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran.

Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (3 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Magellan.Namun yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak

kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique (manuskrip

Inggeris menyebutnya sebagai Henry)?Mengapa Columbus gagal

mengelilingi dunia?

Selain Phoenicia,Norseman dan Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia

yang mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut.SEjak

dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar

mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.Magellan tahu perkara

yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini.Dia tahu rahsia yang

tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke

Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat

bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India.Ini yang cuba

dielakkan oleh Magellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.

Selain tujuan Magellan mengambil Hitam sebagai jurubahasa kepada kaum-

kaum Malayo-Polinesian di Kepulauan Melayu dan Pasifik,Magellan ingin

memanfaatkan satu bakat turun-temurun yang diwarisi oleh Hitam.Sebab

itu setelah Magellan mati dibunuh,Hitam atau Enrique telah dilantik oleh

kru kapal lain sebagai nakhoda atau kapten kapal salah satu kapal

Magellanyang terselamat.Aneh bukan?Ini bermakna Hitam bukan calang-

calang anak kapal di dalam kapal Magellan.

Kemahiran Hitam mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul

banyak membantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya

mengelilingi dunia.Selepas kematian Magellan dalam peperangan

Humabon dengan Lapulapu (keduanya adalah ketua puak di Filipina),saki-

baki anak kapal meneruskan pelayaran kembali ke Eropah,namun mereka

seakan hilang punca ketika di laut.Ketika itu Hitam diangkat sebagai

nakhoda kepada salah satu kapal (menariknya,ini disahkan dalam catatan

Duarte Barbossa,salah seorang anak kapal) dan kapal inilah yang belayar

memimpin kapal-kapal yang lain (3 kapal yang tinggal dari 5 kapal iaitu

San Antonio, Conception, Victoria, Santiago dan kapal Magellan sendiri,

Trinidad ) menuju Eropah.Apabila sampai di Sepanyol,mereka disambut

meriah walaupun sedih dengan kematian Magellan.Nama El Cano (salah

satu nakhoda kapal,Juan Sebastián del Cano) disebut-sebut sebagai wira

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (4 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

yang berjaya melengkapkan pelayaran.Nama Enrique tenggelam kerana

beliau bukan berbangsa Sepanyol.Ini adalah secebis kisah tentang Hitam

atau dalam versi lain Awang,catatan Sepanyol dan Portugis menggelarnya

sebagai Enrique dan Inggeris mengetahuinya sebagai Henry The Black.

Orang Melayu mempunyai seni pelayaran yang dipanggil “psycho-

navigation.” Ia boleh dianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang

tidak dimiliki bangsa lain di dunia.Psycho-navigation bermaksud orang

Melayu boleh bersampan dari satu pulau ke pulau lain tanpa alat bantuan

pelayaran.Namun mereka boleh berbuat sebegitu seperti halnya memandu

di lebuh raya.Orang Melayu dikenali boleh membina kapal laut,perahu dan

juga sampan tanpa menggunakan pelan.Segala binaan perahu itu juga

boleh diistilahkan sebagai psycho-shipbuilding.Melayu adalah pelayar,

pelaut,pengembara,lanun,pedagang dan tukang kapal yang dikenali umum

oleh masyarakat dunia purba.Melayu dan Bani Jawi adalah 'seafarers' yang

tinggi pengalaman mereka berkenaan laut sehingga dikatakan mereka ini

lahir dari atas lautan dan bayu ombak.

Kapal-kapal Bani Jawi

*Ukiran kapal Nusantara di sebuah candi di Indonesia

Inovasi tukang perahu Melayu boleh dilihat pada silih bergantinya

rekabentuk perahu yang mereka bina, termasuk jenis kemudi, abah-abah

dan layar.Kini, bentuk perahu yang disebut dalam sastera Melayu lama,

seperti jong, keci dan katar telah tidak kedengaran lagi. Bentuk-bentuk

perahu itu sudah diganti dengan yang baru yang lebih kecil dan efisyen

untuk pelayaran di laut kepulauan Melayu yang mulai sibuk setelah

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (5 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

kedatangan kapal dari Eropah, selain lebih

senang untuk mengelak dari ditahan kapal peronda yang menguatkuasakan

monopoli perdagangan Inggeris dan Belanda. Perubahan bentuk perahu itu

disusuli perubahan jenis kemudi: dari kemudi birai kepada kemudi tetap

dilinggi belakang.Untuk mendapat kuasa maksimum, layar empat segi yang

biasa digunakan perahu Melayu itu telah juga diganti dengan layar empat

segi yang lebih luwes dan yang boleh dinaikkan dan diturunkan

menggunakan puli.Layar cucur juga adalah perkembangan baru kerana ia

tidak terdapat pada perahu Melayu sebelum abad ke-18 (Gibson Hill 1954).

Perubahan-perubahan itu adalah sebahagian daripada proses peniruan dan

penyesuaian dengan berpandukan model kapal-kapal India, Cina, Arab dan

terakhir sekali Eropah yang sampai ke Alam Melayu seiring dengan

perkembangan perdagangan. Penyesuaian ini bukanlah secara ikut-ikutan;

sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dan sumber yang sedia ada.

Perahu bedar yang digunakan sehingga abad ke-20 adalah satu lagi inovasi

hasil penggabungan pelbagai pengaruh. Badannya yang meruncing di

keduadua hujung itu berbentuk tipikal perahu Melayu, walaupun linggi

dipasang di atas lunas dan bukan disambung seperti yang terdapat pada

kebanyakan perahu yang lebih awal, termasuk kolek. Bentuknya dipanggil

belakang katup, manakala deknya dipanggil dandang dipasang di atas birai

belakang untuk meletakkan kub atau rumah perahu. Kemudi di

belakangnya itu adalah sama dengan kemudi pada perahu Cina dan Barat

kerana dipasang dengan halkah kepada linggi belakang dan dikendali

dengan uling-uling di atas dandang. Perahu bedar mempunyai tiang sprit

untuk mengikat layar cucur seperti kapal Eropah, manakala layarnya sama

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (6 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

seperti wangkang Cina kerana menggunakan satu atau dua layar apit yang

dibuat dari tikar kercut dan rotan.

Kemampuan tukang dan artisan perahu Melayu yang lain membuat inovasi

telah diperhatikan pegawai tadbir Inggeris ketika mereka berkhidmat di

negerinegeri Melayu masa dahulu. Mereka itu termasuk Hugh Clifford yang

pernah melawat Terengganu pada tahun 1895. Dalam lawatan itu, beliau

telah menyatakan bahawa tukang perahu di Terengganu boleh membuat

perahu bentuk barat yang cantik setelah meniru sebuah model yang

diperolehi dari Singapura. Hasil kerja tangan tukang Terengganu itu lebih

kemas dan cantik berbanding dengan hasil

kerja tukang perahu lain di pantai barat Semenanjung. Tetapi, dengan

nada yang sinis Clifford menganggap kepandaian ini lebih berupa peniruan

dan bukan hasil kreativiti, memandangkan orang Melayu terlalu terikat

kepada tradisi .

Kreativiti tukang timbal lebih terserlah pada ukiran yang ditunjukkan pada

beberapa bahagian perahu mereka. Yang komited pada agama akan

mengelak dari mengukir imej yang menyerupai manusia dan binatang,

selain menekankan ukiran yang berbentuk ayat al-Quran, seperti yang

dilakukan tukang rumah. Bahagian perahu yang tidak sesuai diukirkan ayat

al-Quran seperti pada kayu penyangga layar yang biasa dikenali sebagai

bangau yang mungkin akan

dilangkah berulangkali oleh awak-awak ketika bekerja, ayat al-Quran akan

diganti dengan ukiran awan larat yang mempunyai motif umbi, sulur, daun

dan bunga yang membawa nilai keindahan dan simbolisme yang sama,

iaitu kemakmuran dan infiniti Tuhan. Di kalangan orang yang masih kuat

berpegang kepada anamisme, peralatan perahu seperti ‘Bangau’ dan

‘Okok’ akan memaparkan figur tokoh-tokoh wayang kulit, seperti Raja

Bota.

Sementara itu, penampilan awan larat adalah alternatif dan juga inovasi

menggantikan penampilan lembaga manusia atau haiwan seperti yang

berlaku di Thailand, Kemboja dan Bali.

Selain evolusi bentuk perahu, terdapat beberapa peralatan tambahan telah

dipasang pada perahu Melayu, khususnya yang digunakan nelayan

sekarang. Peralatan yang dimaksudkan itu adalah lunas bilga, yang dalam

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (7 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

istilah tempatan dipanggil pisang yang berfungsi untuk menggurangkan

olengan kapal. Pisang ini adalah pengubahsuaian dari katir (outriger) yang

terdapat pada kebanyakan perahu di Alam Melayu dan Polinesia.

Walaupun belum dapat dipastikan dari mana dan bila bermulanya inovasi

ini, tetapi dalam industri pembinaan perahu

Melayu, pisang mungkin telah digunapakai sekitar tahun 70-an dan

mungkin diambil dari perahu Siam.

Kini warisan seni pembuatan dan pertukangan kapal-kapal Nusantara di

Malaysia diwarisi oleh tukang-tukang dari Terengganu.Contohnya Haji

Yusuf yang banyak memenangi anugerah inovasi dalam pembuatan kapal

dari kerajaan.Pengetahuannya mereka pelan dan membuat perahu layar

membolehkannya mendapat tempahan dari pengemar-pengemar perahu

layar dari Eropah yang tertarik dengan kaedah pembuatan perahu Melayu.

Sejak tahun 1965 dia telah membuat perahu untuk orang Eropah.Perahu

buatannya telah sampai ke seluruh dunia sehingga ke Alaska.Beliau juga

menerima tempahan membuat bot nelayan dan kapal persiaran. Sehingga

kini, beliau telah membuat lebih seratus buah perahu yang panjangnya

antara 20 hingga 30 meter untuk pelanggan dalam dan luar negara.

Kapal Pinisi (sejenis perahu besar dikenali sebagai Pinis Gobel

Terengganu) adalah kapal yang dibuat terutamanya dari kalangan orang

Bugis,satu kaum Nusantara yang terkenal sebagai pelaut,pedagang dan

lanun yang berkemahiran tinggi.Perbezaan yang ketara dari pembuatan

perahu pinisi dengan teknologi pembuatan kapal Barat adalah,jika orang

Barat membina perahu dari rangkanya dulu barulah dibina dindingnya,tapi

pembuatan pinisi tradisi dimulakan dengan dinding dulu barulah setelah

itu dibina rangkanya.Segala teknik dan peraturan pembuatan perahu

zaman dulu pernah dibukukan di dalam satu manuskrip atau kitab

pembuatan kapal kuno yang dinamakan "Jaya Langkara" menurut orang-

orang tua di Ara,Indonesia malah kitab itu pernah dipinjam oleh Belanda,

malangnya hingga kini belum dikembalikan (disimpan di dalam muzium

Belanda).Sedangkan prinsip perletakan papan papan teras dan aturan

aturan dasar lainnya dalam pembuatan pinisi ini disusun oleh Ruling (orang

Bugis yang menjadi tukang timbal atau tukang kapal).Sampai sekarang

dalam pembuatan perahu pinisi aturan Ruling inilah yang menjadi

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (8 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

panduannya.Disamping itu orang Bugis memiliki undang undang pelayaran

dan perdagangan yang disusun oleh "Ammana Gappa" yang namanya

sempat diabadikan pada pelayaran expedisi pinisi ke Madagaskar.

*Orang Melayu Champa sedang berlayar dengan kapal perang mereka.

Dari relief di Angkor.

Orang-orang Jawa adalah satu lagi keturunan Bani Jawi yang terkenal

sebagai para pembina kapal yang hebat.Salah satu kapal mereka yang

terhebat ialah Jong Jawa yang disebut oleh para pengembara China

sebagai 'Chuan'.

Malahan pelaut Portugis yang menjelajahi lautan pada pertengahan abad

ke-16 itu menyebutkan, orang Jawa lebih dulu berlayar sampai ke Tanjung

Harapan, Afrika, dan Madagaskar. Ia mendapati penduduk Tanjung

Harapan awal abad ke-16 berkulit coklat seperti orang Jawa. "Mereka

mengaku keturunan Jawa," kata Couto, sebagaimana disalin oleh Anthony

Reid dalam buku Sejarah Moden Awal Asia Tenggara.Tatkala pelaut

Portugis mencapai perairan Asia Tenggara pada awal tahun 1500-an

mereka menemui kawasan ini didominasi kapal-kapal Jong Jawa. Kapal

dagang milik orang Jawa ini menguasai jalur rempah rempah yang sangat

strategik, antara Maluku, Jawa, dan Melaka. Kota pelabuhan Melaka pada

waktu itu berfungsi menjadi kota perniagaan orang Jawa dengan jong-jong

mereka bersimpang-siur dari Tanah Jawa ke seluruh dunia dan singgah ke

pelabuhan Melaka,Venice of The East.

Di sana banyak saudagar dan nakhoda kapal Jawa yang menetap dan

sekaligus mengendalikan perdagangan antarabangsa. Tukang-tukang kayu

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (9 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Jawa yang berketerampilan membangun limbungan kapal di kota

pelabuhan terbesar di Asia Tenggara itu. Bukti kepiawaian orang Jawa

dalam bidang perkapalan juga ditemui pada relief Candi Borobudur yang

menggambarkan perahu bercadik - kebelakangan ini disebut sebagai

"Kapal Borobudur".

Pembinaan perahu bercadik sangat unik. Lambung perahu dibentuk

sebagai menyambungkan papan-papan pada lunas kapal. Kemudian

disambungkan pada pasak kayu tanpa menggunakan kerangka, baut, atau

paku besi.Hujung haluan dan buritan kapal berbentuk lancip. Kapal ini

dilengkapi dengan dua batang kemudi menyerupai dayung, serta layar

berbentuk segi empat. Kapal Jawa jelas berbeza dengan kapal China yang

lambungnya dikencangkan dengan bilah-bilah kayu dan paku besi. Selain

itu kapal China memiliki kemudi tunggal yang dipasang pada palang rusuk

buritan.

Kapal Borobudur telah memainkan peranan besar dalam segenap urusan

orang Jawa di bidang pelayaran, selama beratus ratus tahun sebelum abad

ke-13. Memasuki awal abad ke-8, peranan kapal Borobudur digeser oleh

kapal kapal Jawa yang berukuran lebih besar,dengan tiga atau empat

layar,dikenali sebagai Jong.Pelaut Portugis menyebut juncos,pelaut Itali

menyebutnya sebagai zonchi.Istilah jong dipakai pertama kali dalam

catatan perjalanan Rahib Odrico, Jonhan de Marignolli, dan Ibn Battuta

yang berlayar ke Nusantara, awal abad ke-14 mereka memuji kehebatan

kapal Jawa berukuran raksasa sebagai penguasa laut Asia Tenggara.

Teknologi pembuatan Jong tak jauh berbeza dengan warisan kapal

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (10 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Borobudur; seluruh badan kapal dibangun tanpa menggunakan paku.

Gambaran tentang jung Jawa secara spesifik dilaporkan Alfonso de

Albuquerque,komander armada Portugis yang menduduki Melaka pada

1511. Orang Portugis mengenali Jawa sebagai asal usul jong-jong terbesar.

Kapal jenis ini digunakan angkatan laut kerajaan Jawa (Demak) untuk

menyerang armada Portugis.

Disebutkan,jong Jawa memiliki empat tiang layar, terbuat dari papan

berlapis empat serta mampu menahan tembakan meriam kapal kapal

Portugis.Muatan jong rata-rata sekitar 600 ton, melebihi kapal perang

Portugis.Jong terbesar dari Kerajaan Demak muatannya mencapai 1000

ton yang digunakan sebagai pengangkut pasukan Jawa untuk menyerang

armada Portugis di Melaka pada 1513.Boleh juga dikatakan,kapal jong

jawa ini dibandingkan dengan kapal induk di era moden sekarang ini.

"Anunciada (kapal Portugis yang terbesar yang berada di Melaka pada

tahun 1511) sama sekali tidak menyerupai sebuah kapal bila digandingkan

dengan Jong Jawa." catat pelaut Portugis Tom Pires dalam Suma Oriental

(1515). Hanya kerana jong Jawa raksasa ini, menurut Tome Pires, lambat

bergerak ketika bertempur dengan kapal-kapal Portugis yang lebih ringan

dan lincah.Dengan begitu, armada Portugis mampu menghalau jong Jawa

dari perairan Melaka.

Ada pendapat istilah jung berasal dari kata 'chuan' dari bahasa Mandarin

yang bererti perahu.Namun perubahan pengucapan dari 'chuan' menjadi

jung nampaknya terlalu jauh. Yang lebih mendekati adalah "jong' dalam

bahasa Jawa yang ertinya kapal. Ini dikuatkan dalam bukti bertulis,kata

jong dapat ditemui dalam sejumlah prasasti Jawa kuno abad ke 9. Undang-

undang laut Melayu yang disusun pada abad ke-15 (lihat,orang Melayu

bukan sahaja membina kapal malah menggubal undang-undang laut juga-

Seafarers Codex!) juga menggunakan kata jong untuk menyebut kapal

pengangkut barang.

Jong pada abad ke-15 hingga ke-16 tidak hanya digunakan pada pelaut

Jawa. Para pelaut Melayu Semenanjung dan China juga menggunakan

kapal layar jenis ini (sehingga menjadi popular di kalangan orang China

dengan identiti jong mereka padahal jong berasal dari orang Melayu/

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (11 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Jawa).Jong memegang peranan penting dalam perdagangan Asia Tenggara

masa lampau. Ia menyatukan jalur perdagangan Asia Tengara yang

meliputi Champa (hujung selatan Vietnam),Ayutthaya (Thailand),Aceh,

Melaka dan Makassar.

Selepas dijajah Belanda,orang Jawa sudah tidak lagi punya limbungan

kapal dan pembuatan jong pun merosot setelah perdagangan pulau Jawa

dikawal oleh penjajah Belanda.Pegawai Maskapai bagi Syarikat Hindia-

Belanda (VOC) di Batavia melaporkan pada 1677, bahawa orang-orang

Mataram di Jawa Tengah tidak lagi memiliki kapal-kapal besar.

Dari The Land of The East Hingga ke Tanah Kanaan:


Misteri 'Prau' Melayu

Salah satu dari bukti sejarah yang mengesahkan orang Nusantara pernah

berlayar hingga ke pelabuhan Firaun dan raja Sumeria ialah legenda kapal-

kapal Bani Jawi yang membawa emas,gaharu,cendana,rempah,kapur barus

dan kemenyan.Ketika itu tamadun di dunia sebelah sini mencapai

klimaksnya (dan ini akan diterangkan di dalam artikel The Land of The

Gods II) sebagaimana ketika itu Kerajaan Israel Raya yang diperintah oleh

dua Raja yang bertaraf Rasul David dan Solomon (Nabi Daud dan anaknya

Nabi Sulaiman).Kerajaan Nabi Sulaiman a.s ketika itu adalah kuasa dunia,

sepertimana Amerika Syarikat pada hari ini.Tiada satu pun kerajaan yang

sehebat kerajaan Nabi Sulaiman.Raja-raja Mala dan Jawi juga mengadap

'Raja Sulaiman' untuk meminta nasihat dan perlindungan ketika itu.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (12 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Para pelaut yang dikesan berbahasa Malayo-Polinesian (Bani Jawi) adalah

diketahui merupakan pelayar yang berkemahiran dan mampu

menyeberangi lautan luas dalam jarak yang jauh.Orang Malagasy (berasal

dari keturunan Melayu) telah berlayar dari Kepulauan Melayu hingga ke

Madagaskar,sebuah pulau di Lautan Hindi berdekatan Benua Afrika.

Sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum kedatangan bangsa

Eropah,orang Makasar (Bugis) di Sulawesi telah berlayar dengan 'prau'

mereka (sebutan Inggeris untuk 'perahu') dan membuat penempatan di

utara pantai Australia yang digelar mereka sebagai 'Merege'.Di dalam

kebanyakan bahasa kelompok Malayo-Polinesian,perkataan untuk perahu,

kapal dengan penempatan atau kampung sering bertukar makna dari kaum

ke kaum,seperti perahu atau parao,prau dan barangay yang bermakna

'kapal' atau 'kampung'.

Perahu Melayu atau 'prau'/'parao' (pharaoh?) kemungkinan besar telah

sampai ke bumi para Firaun di Mesir.Ini berdasarkan kajian ke atas

kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba.Kapal-kapal Melayu adalah di

antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang disebut sebagai

Dilmun,Magan dan Melluha,telah disebut di dalam prasasti-prasasti sastera

Akkadia dan Sumeria.Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah,adalah

mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat

adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia.Di dalam bahasa Pangasinan

(satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau

cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria

dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.Di dalam bahasa itu

juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau

'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun' dan

Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat.Dipercayai,

perdagangan maritim besar-besaran telah terjadi di antara penempatan

orang-orang berbahasa Malayo-Polinesian dari Pasifik hingga ke Lautan

Hindi pada masa silam.Bukti-bukti arkeologi dan rekod-rekod terawal India

dan China menunjukkan penduduk Pengasinan telah berurusan dengan

orang luar seawal abad ke-8 hingga abad ke-10 Masehi dan catatan ini

merekodkan perdagangan pedagang China dengan orang-orang Pengasinan.

Malah ketua kaum di Pengasinan juga pernah melawat China.Ingat,para

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (13 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

pelaut Sepanyol dan Portugis berebut ke Nusantara adalah untuk mencari

jalan kuno 'Ophir' yang menjadi 'The King Solomon's Mines' pada zaman

purba.Ini dijelaskan dalam manuskrip pengembara Sepanyol,Collecion

General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas.Sila rujuk artikel 'The

King Solomon's Mines'.

Hari ini para pengkaji telah menjumpai persamaan perkataan Melayu Kuno

era Srivijaya dengan bahasa Assyria,Sumeria dan Ibrani Kuno,menunjukkan

satu hubungan yang aneh,contohnya:

Ancient Malay

Abah (father,be dense)

Datu,Datuk (a royal edict)

Lahat (Tower)

Mura (fear)

Saka (to roam)

Ancient Hebrew

Abba

Dath (ingat Darth Vader?)

Lahat

Moora

Shakah (ya,ini adalah hantu saka yang berpindah dari seseorang ke

keturunannya)

......

.....

......

.....

.....

(*Dan senarai ini amat panjang dalam kajian dari dokumen rahsia ini,dan

kami telah menjumpai satu hakikat yang amat mengejutkan berkaitan asal-

usul Melayu dan Mala dan ini amat kena dengan petunjuk di dalam Diari

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (14 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Lodgekeeper...kami akan sentuh dalam artikel The Land of The Gods II)

Ini menunjukkan terdapat hubungan perdagangan antarabangsa pada masa

dahulu antara kerajaan Melayu Srivijaya (dan kerajaan-kerajaan Melayu

Kuno yang diwarisi Srivijaya) dengan pedagang Yahudi,Parsi,Sumeria dan

Mesir.

Enpayar-empayar Melayu-Jawa seperti Srivijaya dan Majapahit yang

pernah mendominasi seluruh Asia Tenggara menyaksikan peningkatan

teknologi kapal dan perdagangan maritim.Ini disambut dengan Langkasuka

sebagai kerajaan yang mengawal perdagangan di Indochina ketika itu.

Kedua-dua empayar ini telah mempengaruhi banyak aspek kebudayaan

penduduk Asia Tenggara,dari ukiran,tarian kebudayaan dan bahasa

(penduduk Indochina dipengaruhi aspek ukiran,kesenian dan tarian,

Kepulauan Melayu dipengaruhi bahasa,pakaian dan budaya harian).

Kemerosotan kedua empayar ini sehingga melenyapkannya menyebabkan

kerancakan perdagangan maritim turut mengalami kesannya yang ketara

di seluruh Asia Tenggara.

Viking Timur Jauh:Catatan-catatan conquistador,


pengembara Eropah dan rekod Maharaja China

Bangsa Mala adalah 'King of The Sea' pada masa lampau.Mereka adalah

'Viking Timur Jauh' yang menguasai laut dan perdagangan maritim.Segala

rekod Emperium China yang berhubungan dengan Mesir,Babilon,kerajaan

Rom dan India tidak boleh tidak mesti menyebutkan sedikit tentang

peranan Kepulauan Melayu dan penduduknya,kerana Kepulauan Melayu ini

adalah PENGHUBUNG DUNIA BARAT DENGAN PELABUHAN-PELABUHAN

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (15 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

CHINA.SEbelum sampai ke China,mereka mesti singgah di salah satu

pelabuhan di Kepulauan Melayu untuk menunggu perubahan angin,

memperbaharui bekalan makanan dan air,berdagang serta berehat.

Kepulauan Melayu merupakan transit untuk ke Jepun,China dan Kepulauan

Pasifik.

Sarjana-sarjana China dalam abad ke-7M hingga ke-11M (Zaman Kerajaan

Melayu Sriwijaya) berminat pada bahasa Melayu yang dikenalinya sebagai

bahasa Kunlun(hampir sama dengan panggilan Yunani, Kolan/Colan),

kerana mereka mendapati banyaknya karya ilmu dalam bahasa Melayu

pada masa itu.Di dalam rekod purba China tercatat perkataan 'po' satu

kapal besar yang boleh memuatkan 1000 orang.

“Further information is to be found in the I-ch’ieh-ching yin-i,a dictionary

compiled by Huei-lin which according to Pelliot was completed in A.D.

817. Huei-lin gives a number of instances of po and includes the following

passage:

“Ssu-ma Piao, in his commentary on Chuang Tzü, says: “large ocean-going

ships are called po”. According to the Kuang ya: ‘po is an ocean-going

ship”. It has a draught of 60 feet (!). It is fast and carries 1000 men as

well as merchandise. It is also called k’un-lun-po’.

-Christie (1957), pp. 347-348.

Kepulauan Melayu juga dicatatkan sebagai Pulau-pulau 'Kun Lun'

sebagaimana kajian sarjana Eropah tentang Viking Timur Jauh ini:

“By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors

approaching their shores from the “Kunlun” Islands in the southern seas,

which the Chinese learned were “volcanic and invariably endowed with

marvellous and potent powers”. . . . The Chinese also knew these

islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in

long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learnt

much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made

from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years

B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the

Chinese were using such sails (Johnstone, 1980: 191-92)

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (16 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Di dalam keterangan di atas,orang-orang China zaman dahulu telah banyak

belajar dari tukang-tukang kapal dan ilmu pelayaran dari 'islanders' ini di

mana diterangkan sebagai "as the crews of ocean-going vessels engaged in

long-distance overseas trade".Dan pada pada era Dinasti Han (206 hingga

221 Sebelum Masehi),orang-orang China telah menggunakan 'satu

teknologi' baru perkapalan,seperti yang dijelaskan sebagai "a sail, made

from woven mats reinforced with bamboo" padahal ia telah digunakan

beratus tahun sebelum Masehi oleh orang-orang Melayu.

Adalah mengejutkan apabila para sarjana Eropah dan rekod China ini

menunjukkan teknologi perkapalan China dimajukan setelah para tukang

kapal China belajar dari orang-orang Melayu Kuno terutama pembuatan

jong.Maka lahirlah jong China yang terkenal itu sebagaimana telah

dijelaskan sebelum ini:

Menurut catatan Manguin,seorang sarjana Eropah:

"Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah

seawal abad ketiga Masehi,menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu

jong (perkataan Melayu),sebuah kapal dengan lambung kapal yang

berlapis-lapis.Perkataan Inggeris,junk selalu dirujuk sebagai kapal orang-

orang China,sebenarnya kata ambilan dari kapal jong Melayu.Orang China

juga mengenali bahawa perkataan mereka bagi kapal-kapal Kunlun

(sebutan orang China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan

asing yang dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa China" (Manguin, 1980:

266-67, 274)

Manguin mencatatkan lagi:

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (17 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

"Secara purata,sebuah jong harus membawa empat hingga lima ratus

metrik ton,namun sekurang-kurangnya sebuah jong cukup untuk membawa

1000 ton.Lapisan badan kapal dihubungkan dengan menggunakan tanggam:

tiada bahan logam seperti paku digunakan dalam pembinaan kapal hebat

mereka.Sesetengah bahagian-bahagian kapal kecil kapal digabungkan

dengan menggunakan serat tumbuhan,tetapi ini bukan amalan pembuatan

kapal besar.Sebuah jong biasanya mempunyai 2 hingga 4 tiang kapal

termasuk tiang cucur (bowsprit),sebagaimana dua kemudi yang terpasang

di kedua belah.Gandung kapal (outrigger),direka untuk menyeimbangkan

kapal,di mana digunakan pada banyak kapal namun bukanlah karakteristik

kapal yang berlayar di lautan kasar" (Manguin, 1980: 268-74)

Dan orang-orang Melayu juga adalah orang pertama yang menemukan

teknologi layar 'balance-lug sail' dan ini diakui oleh para sarjana sejarah

perkapalan dunia:

"The Malays were also the first to use a balance-lug sail, an invention of

global significance. Balance-lugs are square sails set fore and aft and

tilted down at the end. They can be pivoted sideways, which makes it

possible to sail into the oncoming wind at an angle of to tack against the

wind – to sail at an angle first one way and then the other, in a zigzag

pattern, so as to go in the direction from which the wind is blowing.

Because of the way the sides of the sail were tilted, from a distance it

looked somewhat triangular. . . . It is thus quite likely that the Malay

balance-lug was the inspiration for the triangular lateen sail, which was

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (18 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

developed by sailors living on either side of the Malays, the Polynesians

to their east and the Arabs to their west.

Precisely when the Polynesians and the Arabs began using the lateen sail

remains unknown, but it would seem to have been in the last centuries B.

C.E. It is known that the Arabs in the vicinity of the Indian Ocean were

accomplished sailors by the first century C.E. and both they and the

Polynesians apparently had the lateen sail by then" (Hourani, 1951: 102).

Di bahagian laut selatan India,orang-orang dari India telah mengambil

peranan aktif di dalam perdagangan dan penjelajahan.Dan ini diketahui

umum antara sebab agama dan kebudayaan dari India mempengaruhi

budaya Asia Tenggara.Namun,di Asia Tenggara sendiri,jika kita ingin

bercakap tentang perdagangan maritim,orang-orang Melayu adalah

peneraju aktif dan penggerak perdagangan yang gigih.Petunjuk tentang

peranan orang-orang Melayu ini ada dicatatkan seperti yang diberikan oleh

Periplus,seorang sarjana:

“[There] are the marts of Camara and Poduce and Sopatma [on the

Coromandel Coast of south-east India], where are local ships which sail

along the coast as far as Limyrice, and others which are very large vessels

made of single logs bound together and called sangara; those that cross

over to Chryse and the Ganges are called colandiophonta and are the

largest.”

Kedua-dua istilah sangara (yang bermaksud gandang kapal) dan

colandiphonta (ingat Kunlun atau Kolan,merujuk kepada pelaut Melayu)

adalah diyakini para sarjana lebih merujuk kepada orang-orang Melayu

atau Indonesia berbanding orang India.Ini dibuktikan oleh rekod China

(nasib baik Maharaja China menyimpan rekod tentang Melayu Kuno) di

mana kata 'colondiophonta' diterangkan dengan lebih terperinci,di bawah

nama 'Kunlun Po',dan mengesahkan kapal ini benar-benar besar.Ciri-ciri ini

dijelaskan oleh Sitwell,seorang cendekiawan Eropah:

"...Some of them could be over 200 feet long, and carry six or seven

hundred men and some nine hundred tons of cargo – which makes them

perhaps a shade larger than those other leviathans of the Ancient World,

the grain-ships that plied between Alexandria and Rome. They were also

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (19 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

probably faster: even the largest Roman ships usually managed with a

single enormous square sail, whereas a K’un-lu p’o had four sails and may

even have arranged them in the fore-and-aft rig, like a schooner.” Sitwell

(1984), pp. 146-147.

Jika orang-orang Rom berbangga dengan kapal perang mereka ketika

berada di Laut Mediteranean,perasaan bangga ini mungkin bertukar

sebaliknya apabila berhadapan dengan kapal-kapal pedagang Melayu ini

(Kunlun Po) ketika perjalanan mereka ke Afrika atau ke Teluk Parsi.Kapal-

kapal yang besar ini dengan teknologi perkapalan yang canggih tanpa

menggunakan paku (ini ciri khas seni pertukangan dan arkitek Melayu

Purba,sepertimana pembinaan istana dan rumah),teknologi imbangan

kapal dan sistem layar yang dinamik,menunjukkan ada tamadun purba

yang hilang di Kepulauan Melayu,yang amat maju dan makmur,sejak kita

tahu tentang penemuan penyelidik USM tentang puing-puing kilang-kilang

melebur besi di Lembah Bujang dan tapak kota lama di Manjung dan

Beruas.Jadi tidak hairanlah di dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada

diceritakan tentang putera Rom yang berlayar untuk majlis

perkahwinannya dengan puteri China,kemungkinan besar putera Rom ini

menyewa kapal 'Kunlun Po' ini,kapal besar Melayu dahulukala untuk

menemui puteri China.

Orang-orang Melayu Nusantara juga orang pertama yang menggunakan

takal bulat berbanding ketika itu pelaut Arab dan China menggunakan

takal segitiga.Ini kerana Tamadun Purba Melayu adalah pencipta takal

bulat.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (20 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Kapal-kapal orang Rom dan Arab mendominasi perdagangan dari Mesir ke

India,namun majoriti perdagangan di antara India dan China dijalankan

oleh kapal-kapal Melayu dan India.Ketika itu orang-orang China agak gerun

dengan keadaan laut di selatan dan kurang berpengalaman dengan

keganasan ombak dan perubahan angin di sekitar Kepulauan Melayu (Ini

antara sebab kegagalan misi Monggol menawan Pulau Jawa dan

menghalang armada China menawan Kepulauan Melayu).Holmgren,seorang

sejarahwan Inggeris menulis:

"Alasan kekurangan minat orang China kepada perdagangan laut di sebelah

selatan sebenarnya hanya dugaan dan sangkaan sahaja.Sebenarnya orang-

orang China berasa takut dan tidak yakin untuk berlayar merapati pantai-

pantai laut selatan yang berbahaya dan berisiko tinggi dengan perubahan

angin monsun yang aneh,walhal orang Melayu,India dan Arab telah lama

belajar secukupnya tentang angin bermusim dan pemanduan pelayaran

untuk menghadapi lautan terbuka.Para pegawai di pelabuhan China

Selatan,tidak menggalakkan aktiviti perdagangan yang tidak terkawal-satu

polisi yang menggambarkan ciri pelabuhan di kerajaan tengah India.Hanya

selepas kemungkinan tarikan komersil di zon perdagangan laut selatan

menjadi ketara di abad kedua,perdagangan di laut selatan mula diterima

secara rasmi namun dibataskan kepada setakat pelabuhan Vietnam,Chiou-

Chi.Pelabuhan Canton pula hanya digunakan pada abad ke-6 Masehi.

Secara mudah,dan tidak diragukan lagi ia lebih bertujuan untuk mengawal

kelompok-kelompok pedagang Asia Tenggara yang beroperasi secara

bermusim dari usaha untuk menggalakkan perkembangan perkapalan

orang China.Komuniti pedagang yang digelar Po-ssu di pelabuhan-

pelabuhan China yang dirujuk oleh rekod China pada awal abad Masehi

adalah pedagang Sumatera atau Semenanjung Tanah Melayu yang

berdagang wangi-wangian Parsi,kayu gaharu,kemenyan serta mutiara yang

dibuat atau dikumpulkan dari hutan-hutan tropika dan pantai-pantai dari

seluruh Asia Tenggara.Dalam banyak kes,inisiatif di dalam perdagangan

antara China di utara dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera di

selatan adalah hampir semuanya digerakkan oleh pedagang Melayu.Jika

pedagang China cuba mendekati laut selatan,mereka berbuat demikian

mungkin hanya sebagai penumpang dalam kapal 'Po-ssu' yang dikendalikan

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (21 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

oleh orang Melayu atau Indonesia"

(Holmgren (1980), p. 76)

Ini menunjukkan pengiktirafan yang tinggi para sarjana sejarah perkapalan

Barat terhadap kemampuan,kemahiran dan bakat yang ada pada orang di

Nusantara (China menyebutnya sebagai Kunlun) sebagai 'The King of Sea'.

Beberapa catatan Barat seterusnya mengenai kemahiran terahsia bangsa

Melayu yang tidak diketahui oleh anak-anak Melayu era siber dan rempit

ini:

Dari Jones,sejarahwan Eropah:

"Ketika musim sejuk,kesejukan di Asia Tengah menyebabkan ketumpatan

udara menjadi berat,ketika udara di laut lebih hangat dan ringan.

Perbezaan dalam ketumpatan ini menyebabkan udara berat dari Asia

Tengah menghembus menentang udara laut yang ringan,oleh itu dari

Disember ke Mac angin kering dari Asia Tengah menghembus ke seluruh

benua menuju ke lautan.Ketika bulan-bulan tertentu,angin ini adalah

amat sukar diramal (ini yang digeruni oleh pelaut China).Walaupun ketika

musim luruh,perubahan arah angin secara kasarnya lebih cepat,di dalam

bulan April,pertukaran angin musim bunga dari dalam ke luar adalah

lembab menyebabkan kesempatanvterjadinya jenis angin yang pelbagai

dari September ke November.Mengambil kesempatan dari corak angin

bermusim ini,para pelaut Melayu mula mengawal angin monsun dan

'menunggangnya'.Mereka berlayar dengan angin di belakang mereka,

dengan ini mereka telah berlayar beribu batu ke destinasi yang jauh-jauh.

Kemudian mereka menunggu sehingga angin bertukar arah,di mana ini

membenarkan mereka berlayar pulang ke rumah,dengan angin tetap di

belakang mereka,menolak mereka ke kampung halaman dengan mudah.

Jones menambah:

"Setakat ini,cuma sedikit persamaan pendapat melihat kepada bilakah

pelaut Melayu pertama mencapai pantai timur Afrika dan Madagaskar,

lebih dari 3000 batu ke barat,namun sesetengah percaya ia terjadi pada

awal abad pertama Masehi.Dengan tarikh yang masih misteri bilakah

mereka tiba di Afrika,dalam proses pelayaran merentasi beribu batu

lautan selatan,para pelaut Melayu ini ini menyaksikan bahawa mereka

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (22 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

membawa sejumlah tumbuh-tumbuhan dari Asia ke Afrika,termasuk pisang,

kelapa dan cocoyam (sejenis ubi di Afrika Barat di mana terma cocoyam

ini diceduk dari perkataan Melayu).Irama dari xylofon juga diceduk dari

orang Melayu ke Afrika walaupun diketahui bagaimana alat muzik ini

datang dari Afrika Timur ke Afrika Barat,di mana ia masih kedengaran hari

ini,tetap meninggalkan sebab yang kontroversi" (Jones, 1971: 115–19).

Perhatikan catatan yang dikutip dari pengembara Eropah oleh pengkaji:

"The Malay sailors may also have been riding the monsoons of the Indian

Ocean to supply the Mediterranean market with cinnamon – a product of

southern China – even before the development of an overland or overseas

silk route. The Greek word for cinnamon was derived from a Malayo-

Polynesian word, through Phoenician and Hebrew. Even though cinnamon

was never grown commercially in Africa, Egyptian and Hebrew texts

dated to the first millennium B.C.E. speak of cinnamon coming from

Africa, leading several scholars to suggest that Malay sailors were

responsible for bringing this cinnamon from the coasts of the South China

Sea to East Africa. Pliny, writing in the first century C.E., describes an

already well-developed trade in cinnamon. The men who brought the

cinnamon “put out to sea . . . when the east winds are blowing their

hardest; these winds drive them on a straight course . . . from gulf to

gulf.” Pliny calls their vessels “rafts,” a plausible but mistaken

description of the Malays’ double outrigger canoe (Taylor, 1976: 45). The

cinnamon they provided could then have been traded north by the East

Africans until it reached Ethiopia, where Mediterranean merchants

purchased it.

There is also a thirteenth-century Arab text that refers to a Malay

settlement in the vicinity of Aden sometime around the Roman conquest

of Egypt in 31 B.C.E. Vast fleets of Malay outrigger canoes came and went

from this place, it tells us, but eventually the settlers “grew weak, lost

their seafaring skills, and were overrun by neighbouring

peoples.” (Taylor, 1976: 25, 39). According to the text, this happened

after Egypt’s decline, and scholars have tentatively dated the settlement

to the first century CE.

At roughly the same time Malay communities were established on the

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (23 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

island of Madagascar, some 250 miles off the East African coast, where

their descendants still constitute the majority of the island’s population

and Malayo-Polynesian languages are still spoken today by almost all.

Given the many clusters of islands in the Indian Ocean and the Malay use

of islands for navigating, their likely route to East Africa would have

been by way of such island clusters, namely, the Maldives, the Chagos,

the Seychelles, and the Comores (Taylor, 1976: 30, 45–46).” Shaffer

(1996), pp. 15-16.

Perhatikan perdagangan kulit kayu manis oleh para pedagang Melayu

sehingga mencapai Yunani (Greece),Phoenicia (Kanaan Kuno) dan Yahudi

Kuno (Hebrew) sehinggakan kata 'cinnamon' dalam bahasa Yunani

dikatakan oleh pengkaji ini diceduk dari perkataan Melayu Kuno selepas

diubahsuai dari perkataan Phoenicia dan Yahudi.Di kota purba Aden (Di

Yaman kini) terdapat penempatan para pedagang Melayu menurut teks

Arab kurun ke 13.Maka tidak hairanlah rempah-rempah dan harum-

haruman boleh tiba di istana Firaun dan benih-benih bunga-bungaan dan

pokok-pokok tropika boleh tiba di kota Babilon.

Dalam Kitab Rujar, Al-Idrisi,sejarahwan Arab Kuno telah mencatatkan:

"Penduduk Zabaj telah berlayar ke Sofala dan mengeksport besi dari sana,

membekalkannya ke seluruh India.Tiada besi yang mampu dibandingkan

dengan mutu dan kehalusan buatan dari Zabaj ini.Penduduk Zabaj kerap

dipanggil di Zanj di dalam kedua-dua kapal besar dan kecil mereka dan

berdagang barangan dengan mereka,sebagaimana mereka memahami

behasa masing-masing"

Zabaj adalah panggilan orang Arab bagi Srivijaya,empayar maritim Melayu

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (24 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

terbesar di Asia Tenggara.Di sini kita tahu sejak zaman Srivijaya,orang

Melayu sudah pandai mengeksport besi pula ke India!

Situasi Empayar Srivijaya yang memiliki kapal-kapal yang menakjubkan

(contohnya Lancang Kuning yang dinaiki Emperor-emperor Srivijaya)

disentuh oleh seorang pakar perkapalan Jerman,Horts H.Liebner ketika

ditemuramah oleh The Jakarta Post:

"Five hundred years before groups of ocean conquistadors from Portugal

began their journey to look for new territories, ships from the islands

now known as Indonesia were traveling around Asian waterswith very

advanced technology.

The preliminary scientific reconstruction of a shipwreck recovered from

the Java Sea found that the ship had better technology than those from

Europe,China or Japan.The ship,believed to have sunk between 930 AD

and 990 AD in a storm, was also bigger and better constructed.Our

preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and

12 meters wide. At that period, China still had no ships thatcould sail the

oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship

Columbus used to sail to America and 15th century Europeanships were

all less than 20 meters,"

Renungkan bahtera besar yang diukir di candi Borobudur.Kemudian

renungkan kata-kata PAKAR PERKAPALAN JERMAN ini.Adakah beliau

berkata untuk menyedapkan hati orang Nusantara?Adakah sengaja mahu

mengembangkuncupkan hidung orang-orang Melayu?Menaikkan punggung

orang-orang Melayu ke paras maksima?Kemudian berjalan mendada tidak

ingat dunia?TIDAK SAMA SEKALI.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (25 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Beliau bercakap melalui fakta sejarah dan pengalamannya dalam bidang

maritim.Sudah tentu catatan tentang Kepulauan Melayu telah ada di

dalam simpanan Empayar Austria-Hungary (Jerman sebelum Perang Dunia

Pertama) dan Kerajaan Perancis.Perhatikan semula kata-katanya yang

penuh makna tersirat ini:

"Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters

long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships that

could sail the oceans, while European ships were much smaller. Imagine,

the ship Columbus used to sail to America and 15th century

Europeanships were all less than 20 meters,"

Dan ini bertepatan dengan catatan para pengembara Eropah dan sarjana

Inggeris seperti yang kita baca tadi.Semua ini menunjukkan Tamadun

China banyak mendapat faedah dari pembelajaran mereka tentang

pembuatan kapal dari orang-orang Nusantara khasnya para pelaut Melayu.

Sebab itu kerajaan-kerajaan Melayu dahulu sukar dikalahkan melalui

peperangan laut.Dan ini caranya Srivijaya,Majapahit dan Melaka

menguasai Selat Melaka,selat tersibuk di dunia.Siam mampu mengalahkan

Kedah dan Patani,namun bukan Melaka,kerana Melaka adalah warisan

Emperor terakhir Srivijaya,'The Lord of Sea'.JIka Funan menggelar raja-

raja mereka,'The Lord of Mountain' (gunung adalah katakunci terahsia

Melayu yang lain),Emperor-emperor Srivijaya adalah 'Dewa-dewa laut'

yang menggerunkan.Dalam Sulalatus Salatin,dikisahkan Melaka mampu

mematahkan dua kali serangan Siam (era Ayutthaya).

Selain itu,Orang Sulu juga digeruni oleh penjajah Sepanyol,dan kemahiran

ilmu laut Orang Sulu setanding dengan Orang Bugis.JIka Inggeris

menganggap Orang Bugis sebagai lanun,Sepanyol juga menganggap Orang

Sulu ini sebagai lanun yang kasar dan kejam (padahal merekalah bangsa

yang kejam dan ganas)

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (26 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

*Dari relief di Bayon,menunjukkan tentera laut Champa sedang

berperang.Perhatikan kapal perang mereka.

Di dalam Perang Kedah-Thai pada abad ke 19,ada diceritakan tentang

kesukaran tentera Thai untuk mengalahkan tentera Kedah ketika

peperangan di laut.Ini menyebabkan Thai menggunakan taktik pengecut

yang sekian lama digunakan apabila berasa terancam dengan kekuatan

musuh;meminta bantuan kuasa Eropah,dalam kes ini meminta bantuan

Inggeris.Angkatan Tengku Kudin (Tengku Kudin dianggap Inggeris sebagai

'lanun' Melayu paling licik dan dikehendaki) telah dikepung di dalam Kota

Kuala Kedah oleh kira-kira 80000 tentera Siam.Askar bantuan dihantar dari

Sungai Perai,namun tiba-tiba dibedil Inggeris yang campurtangan setelah

berpakat dengan Thai.Wan Muhammad Ali(anak Datuk Seri Kerma Jaya)

yang begitu berjaya dalam kempen menentang tentera Thai di laut

sebelum itu telah diserang dan dikejar oleh kapal perang Inggeris.Ilmu

pelayaran dan teknologi pembuatan kapal layar yang ada pada orang

Melayu nyata berguna pada Angkatan Wan Muhammad Ali yang berjaya

menghindari kapal perang Inggeris.Dengan jong yang lebih ringan dan laju

angkatan tersebut berjaya menjarakkan diri dari angkatan Inggeris dan

belayar bersembunyi di selat-selat kecil di Langkawi.Namun Inggeris yang

tidak berpuas hati telah maju ke Pulau Langkawi dan menyerang kubu dan

merampas meriam-meriam orang Langkawi dikala tentera-tentera

pengecut Thai menunggu-nunggu berita peperangan Inggeris dengan

tentera laut Kedah yang sukar ditewaskan mereka itu.Wan Muhammad Ali

terpaksa berundur ke Sumatra dan menetap di sana.

Kedah akhirnya berjaya menghalau tentera Thai setelah menyaksikan

kelicikan Paduka Raja Jambangan atau Tunku Anum (Lelaki).Dengan helah

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (27 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

dan tipu muslihatnya,Kedah dapat dibebaskan dari taklukan Thai.Beliau

telah dianugerahkan wilayah Kubang Pasu sebagai negeri yang bebas dari

Kedah oleh Sultan Ahmad Tajuddin.Dalam kempen yang diketuainya,Tunku

Anum membiarkan dirinya menjadi tawanan raja Ligor untuk mengkaji

kekuatan Angkatan Ligor yang merupakan penghasut utama kepada raja

Thai supaya menyerang Kedah.

Berbalik kepada rekod tentang kapal-kapal Melayu,R.O Winstedt (ada juga

pandangannya yang jujur),dalam bukunya,"A History of Johor'

mencatatkan laporan dua askar Belanda tentang geliung-geliung Johor

ketika perdagangan di Betawi dan Melaka:

Rekod dari Dargh Register pada tahun 1968 hanya mencatatkan satu

lawatan oleh geliung Johor membawa barangan dari Gujerat.Pada April

1661,catatan Belanda:'Gonqua' dari Johor dengan sebuah kapal geliung,26

anak kapal...."

Pada abad ke 17 di Asia hanya Jepun dan beberapa kerajaan Asia Tenggara

tertentu termasuk Kesultanan Johor diketahui mahir dalam membuat

kapal geliung.Negara-negara Asia yang lain seperti India dan China ketika

itu memiliki kapal-kapal besar namun ketidaksesuaian rekabentuk

tradisional mereka tidak mampu menghadapi kapal-kapal pedagang

Eropah yang dilengkapi persenjataan berbeza dengan tukang-tukang kapal

Melayu yang membuat kapal mengikut kesesuaian keadaan dan pandai

menggabungkannya dengan rekabentuk kapal-kapal asing.Kapal Bedar

misalnya adalah revolusi kapal Melayu yang digabungkan dengan senibina

kapal-kapal Eropah,dengan penambahan tiang cucur (bowsprit) gaya

Eropah.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (28 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Perlu diingat sehingga awal abad ke-20,Johor adalah satu-satunya negeri

Melayu yang tidak dinaungi Inggeris,dimana tidak menerima residen

Inggeris.Johor menerima residen Inggeris secara rasminya pada tahun

1914,menunjukkan Tanah Melayu secara rasminya terjajah keseluruhannya

bermula tarikh ini.Johor moden adalah warisan dari Empayar Johor-Riau,

yang sebelum itu mewarisi saki-baki wilayah Empayar Kesultanan Melaka.

Ketika kapal-kapal China kalah perang dengan Inggeris semasa siri Perang

Candu dan kapal-kapal raja-raja Tamil dan Moghul musnah oleh privateer

Inggeris yang menggunakan kapal jenis frigate yang pantas dan berkuasa

tinggi (The Black Pearl dalam filem Pirates of Caribbean adalah contoh

kapal jenis frigate),geliung-geliung Johor mundar-mandir di Selat Melaka

tanpa diganggu oleh Belanda dan Inggeris.Kepantasan geliung Johor

bergerak dengan sokongan meriam-meriam jarak dekat dan meriam

mortar agak menggerunkan Inggeris untuk mendesak Sultan Abu Bakar

menerima residen Inggeris.Sesetengah geliung juga mampu menempatkan

meriam-meriam di hadapan kapal (seperti kapal The Flying Dutchman

dengan triple cannonnya).Kecerdikan para tukang timbal kapal Melayu

ketika itu membantu merevolusikan kapal Melayu dari jong hinggalah ke

geliung menunjukkan mereka sekali lagi adalah 'The Lord of Sea' walaupun

dihimpit penjajahan kuasa Eropah.Mereka mewarisi kemahiran para

pembikin kapal Melayu yang membawa pelaut Melayu hingga ke Afrika dan

Mediteranean,berdagang dengan kerajaan Israel Kuno serta bangsa purba

Phoenicia dan Sumeria yang sudah pupus pada hari ini.Yang tinggal cuma

bangsa Yahudi sahaja pada hari ini yang telah menubuhkan 'Israel Baru'.

Menariknya,keturunan 'pelaut Melayu' yang gigih ini memutuskan hubungan

diplomatik dengan Yahudi Moden pada hari ini,tidak seperti di zaman

Israel Raya (Daud dan Sulaiman),Samaria dan Israel Utara.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (29 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Kerajaan Aceh juga pernah menggunakan kapal jenis geliung ini,terutama

ketika menghadapi serangan Portugis.Catatan dari conquistador Portugis:

"Dalam pertempuran 1583 kapal laksamana Coutinho telah dimusnahkan

oleh geliung-geliung Aceh .Beberapa geliung Aceh juga turut musnah"

Kejayaan Aceh memusnahkan angkataan laut Portugis berhampiran Pulau

Bintan pada tahun 1614 menjadikan mereka satu-satunya kerajaan di

rantau ini yang pernah menewaskan sebuah kuasa Eropah dalam

pertempuran laut .

Dalam perjalanan pulang mereka telah “singgah” di Melaka untuk

membedil dan menenggelamkan kapal-kapal musuh yang sedang berlabuh.

*Perbandingan
antara kapal Laksamana Cheng Ho (besar) dengan kapal Columbus.

Mungkin beginilah kapal Lancang Kuning kenaikan Emperor Srivijaya

dan Mendam Berahi.

Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan

menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (30 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Gaspar Correia:

"Her sides were so high that no one dared board her from any of the

Portuguese ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed

by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the

largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the

governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong

managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights

and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her

rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"

Perhatikan kata-kata ini:

""Her sides were so high...."

Menunjukkan geladak kapal yang lebih tinggi dari kapal-kapal Portugis

ketika itu.Ini terbukti dengan kegagalan Portugis mahu menawan Aceh.

Hanya Belanda yang mampu menekan Aceh kemudiannya setelah muncul

sebagai kuasa laut Eropah yang baru ketika Sepanyol dan Portugis meniti

zaman kemerosotan penjajahan maritim.

Begitulah kisah silam orang Melayu Nusantara yang gemilang.Bagaimana

Tamadun Mesir dan Sumeria mengenal Dunia Melayu dengan rempah,kapur

barus dan wangi-wangian kemenyan,dunia juga mengenal bangsa ini

sebagai pelaut,pelayar dan pengembara maritim yang gagah.Tidak

mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan sejarah

bangsanya,namun dunia tidak pernah lupa kepada kegigihan para pelayar

Melayu ini meredah ombak,merenung bintang-bintang di langit dan merasa

pergerakan angin,berlayar beribu-ribu batu,sehingga sampai ke pantai-

pantai Afrika,Teluk Parsi dan Mediteranean.

Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan

kemampuan nenek moyang mereka,namun dunia masih menyimpan

kenangan bagaimana pelaut-pelaut Melayu tekun bertukang membina

kapal-kapal,memasang layar dan menyorong kapal ke laut.Ombak dan

pantai masih mengingati para pelaut ini menyeka peluh dan membanting

tulang melaraskan layar-layar dan kemudi kapal.Angin laut masih rindukan

wajah-wajah pengembara Melayu menyongsong ganas ombak dan azab di

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (31 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

lautan,kerana angin dan bayu laut inilah teman mereka gembira dan

menangis ketika kesepian di tengah-tengah lautan luas.Tidak mengapa

anak-anak Melayu mengetawakan para pelaut ini,namun dakwat para

pengkaji Barat dan Timur masih hitam lagi membela para pelaut Melayu

ini dari kejahilan dan kedunguan anak-anak Melayu yang terjajah

mindanya oleh penjajah.

Anda boleh menghayati kenangan kehidupan dari sisi kapal-kapal Melayu

dan kehidupan pelaut dengan membaca dua karya tentang perkara ini,

iaitu Novel Sukma Angin hasil karya Sasterawan Negara Arena Wati.Novel

ini mengisahkan kehebatan kapal layar dagang Melayu terakhir.Satu lagi

adalah karya penulis tersohor tanahair,Faisal Tehrani dengan karyanya,

Bedar Sukma Bisu.

Jika sekiranya orang Melayu duduk di hutan dan gua-gua sambil bermain

dengan monyet dan tupai,sekurang-kurangnya fikirkanlah,bagaimana

keturunan Merina di Madagaskar mengaku berasal dari Kepulauan Melayu

dan bahasa Malagasy adalah sekelompok dengan bahasa Melayu bukan

bahasa Afrika.Para pelaut Melayu telah berlayar sehingga ke Madagaskar

dan Afrika menghasilkan raja-raja Dinasti Merina yang telah memerintah

Madagaskar sekian lama sehinggalah penjajah Perancis tiba.Kehebatan

ilmu pelayaran Melayu yang sanggup belayar hingga ke Afrika ini

diabadikan oleh seorang pengkaji sejarah orang Melayu dari Eropah,John

Tiffany sebagai “The Viking of the Orient”

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (32 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Sepatutnya kerajaan Melaka membina kembali kapal Mendam Berahi,

bukannya kapal Flor de La Mar malahan kapal Mendam Berahi lebih besar

dan hebat dari Flor de La Mar.Flor de La Mar hanya sebagai bukti jiwa

Melayu yang terjajah,namun jika anak Melayu hari ini dapat melihat

replika Mendam Berahi,betapa mereka nanti akan menyelami kehebatan

nenek moyang mereka membina kapal yang sehebat itu.Menyelami

sehingga ke sejarah pelayaran Melayu ke Madagaskar,menjadi raja-raja

Merina,memerintah suku-suku kaum Afrika di pulau itu.

Satu perkara yang menyentuh jiwa berkenaan raja-raja Merina ini,apabila

mereka meninggal dunia,mereka mewasiatkan mayat mereka ditanam di

dalam makam berbentuk rumah tradisional Melayu,walaupun kehidupan

harian mereka tidak berbeza dengan suku-suku kaum Afrika yang lain.

Artikel ini diakhiri dengan gambar makam diraja Merina di Madagaskar,

Afrika..dan hayatilah misteri makam sepi ini,sesepi hati perantau Melayu

di bumi asing.

Caption:

The tombs of 19th-century Merina dynasty rulers Queen Rasoherina and

King Radama I stand side by side on burial grounds in central

Madagascar. The Merina culture descended from that of the original

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (33 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Malay settlers of Madagascar and rose to prominence during the early

19th century. Many Merina rulers, including King Radama I, resisted the

initial European presence on Madagascar. Merina rulers fought against

colonial expansion until the French takeover of Madagascar in 1896.

(Microsoft Encarta 2009)

----------------------

Next...

Alter Terahsia Bangsa Melayu 'X' Edition

The Land of The Gods II

-Siapa penduduk asli Indochina?

-Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian

-Perak Man dan Jawa Man

-Apa yang terjadi di Promised Land beribu tahun dahulu?

-Siapakah Funan?Orang Mon,Khmer atau Melayu?

-Rahsia Borobudur dan Angkor Wat

-Kota Khmer di dasar Tasik Chini

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (34 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

-Sumeria dan Ibrani serta hubungan dengan Melayu Kuno

-Tulisan Purba orang Melayu

-Mengapa Tamadun Purba Melayu jatuh?

-Teori Peradaban

-Teori Kemerosotan

-Rahsia tersembunyi di The Land of The East

-Dewa-dewi di Golden Chersonese

-Nenek Moyang Para Firaun

Semakin dikuak rahsia,semakin tercerna pelbagai misteri!SEmakin diteguk

segala ilmu,semakin haus dengan kebenaran!

Bersama MistisFiles,melayari segala kejaiban dan misteri....

Akan datang di MistisFiles...

Posted by Mistis at 9:40

Organization AM

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html (35 of 35) [16-Feb-10 1:19:05 PM]

You might also like