You are on page 1of 30

MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

Thursday, January 28, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Lebih kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,di dunia

sebelah sini.....terdapat sebuah kota yang amat makmur dengan hasil

perdagangan.Kapal-kapal bersimpang-siur di satu selat yang paling sibuk di

dunia,menghubungkan dinasti-dinasti China dengan Kaisar dan Kisra.

Kehidupan di sini amat mewah,telah ada universiti-universiti pengajian

bahasa dan kebudayaan.Telah ada sarjana dan rahib-rahib yang belajar

dan mengajar,dengan beribu-ribu orang murid tekun menekur di hadapan

para pendeta.Ketika di Tanah Arab,wanita dijadikan pemuas nafsu dan

dianggap sial,di sini...wanita dilayan dengan penghormatan tinggi dan ada

yang menjadi raja!

Dan lebih kurang 1000 tahun sebelum kelahiran Rasul terakhir itu juga,

nama 'Melayu' telah tercatat di dalam Ramayana dan Purana,menjadi

sebutan para rishi dan orang suci,merujuk kepada Sumatera dan

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (1 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Kepulauan Melayu...cerita tentang percintaan dewa-dewi,konflik dan

dendam,semuanya berlaku di sini.

Para Firaun memanggil tempat ini,The Land of Gods...dunia yang penuh

dengan misteri dan rahsia terpendam.Di dalam suhuf-suhuf dan prasasti-

prasasti Ibrani Tua,mereka menggelarnya sebagai,The Land of The East.

Sebuah tanah yang dianggap bertuah dan penuh dengan kekayaan,raja-

raja Sumeria dan Akkadia menganggap tanah ini adalah 'kayangan' yang

melimpah ruah dengan emas dan perak,menjanjikan kekayaan dan kuasa

kepada siapa yang memilikinya.

Dalam artikel ini,kita akan belajar ciri-ciri The Land of Gods ini.Kita akan

mengenali lebih dekat apa yang sebenarnya terdapat di sini,sehingga ia

dipandang tinggi sedemikian rupa.Kita akan belajar memahami,tentang

cinta tiga segi antara Ravana,Rama dan Sita dan kemunculan Hanuman

yang dipuja oleh penganut Hindu,yang membantu Rama,di sini...mengapa

Kerajaan Israel Raya menghantar kapal-kapal ke sini 10 abad Sebelum

Masehi,dan para Firaun mengunjungi tanah ini 3500 tahun yang silam,dan

mendakwa ia adalah tanah nenek moyang mereka,di dalam The Egyptian

Book of The Dead.Kita juga akan mengetahui satu rahsia besar;tulisan

purba orang Melayu yang menyimpan rahsia yang tersembunyi beribu-ribu

tahun...tanda keturunan mereka yang bersambung dengan Nabi Ibrahim di

Tanah Kanaan (Canaan/Phoenicia).Dan pembukaan rahsia yang lebih

besar...tamadun kuno yang tenggelam beribu-ribu tahun yang silam,

terselamat...kemudian bermula di sini!

The Land of Gods II

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (2 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit

di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke

negeri yang bernama Moloyu...."

(catatan I-Tsing,sami dan pengembara China yang mengunjungi Sivijaya

pada abad ke-5 Masehi)

Nasib manusia sama sahaja walau di mana sahaja.Kehidupan ini ibarat


roda,sekejap di atas,sekejap di bawah.Ada masa-masa susah ada masa-

masa senang.JIka dahulu sesuatu bangsa itu pernah membina peradaban

tinggi,tidak mustahil suatu hari nanti,peradaban itu akan lenyap,dan

bangsa itu akan terkial-kial untuk mempertahankan kewujudannya.Inilah

yang terjadi kepada kaum-kaum di Amerika Tengah.Dahulu orang Aztek,

Inca,Toltek dan Maya adalah kaum-kaum yang tinggi peradabannya.Mereka

mampu membina piramid-piramid besar dan lanskap bandar yang

sistematik.Ilmu astronomi dan matematik mereka amat menakjubkan.

Orang Aztek dan Maya contohnya,adalah kaum-kaum yang tinggal di

kawasan kota.Mereka adalah 'urban people' yang moden dan maju berbeza

dengan kaum-kaum Red Indian seperti Comanche,Apache dan Cherokee,

sekadar menyebut beberapa nama.Selalunya mereka akan menyerang

penduduk-penduduk 'kampung' di sekitar jajahan mereka,dan menjadikan

tawanan perang mereka sebagai hamba atau korban dewa-dewa.Anda

boleh membayangkan suasana orang Maya atau Aztek ini berbanding kaum-

kaum lain di benua Amerika dengan menonton filem Apocalypse arahan

Mel Gibson.Lihat perbezaan antara mereka dengan kaum-kaum lain yang

masih tinggal di hutan dan berburu binatang.Perhatikan betapa

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (3 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

terkejutnya kaum-kaum yang ditawan itu apabila melihat kota orang Maya

yang amat besar dengan bangunan-bangunan piramid yang tinggi-tinggi

dan rumah-rumah batu yang moden berbanding kediaman mereka di hutan

rimba.Dari mana orang Maya belajar semua ini?

Hari ini semua kaum-kaum 'urban people' tadi sedang menghadapi

kepupusan,malah ada yang pupus terus seperti orang Toltek dan Inca.

Nasib mereka sama seperti nasib penduduk 'kampung' yang dijarah mereka

dahulu.Inilah bayangan 'apocalypse' seperti yang dimimpikan oleh 'Jaguar

Paw' dan ramalan budak perempuan kecil yang aneh di dalam satu adegan

Apocalypse.Di akhir filem ini barulah kita tahu apakah sebenarnya

dimaksudkan dengan 'apocalypse' itu,seperti ramalan budak perempuan

aneh tersebut.Bacalah sejarah conquistador Sepanyol yang menipu dan

menjarah kekayaan orang Aztek.Teliti bagaimana kelicikan Francisco

Pizarro memperdayakan Atahualpa,pemerintah Inca ketika itu

menyebabkan Pizarro berhasil menjarah kekayaan Inca bernilai 100 juta

US nilainya pada hari ini!

Belajar bagaimana Hernan Cortes,seorang lagi conquistador tamak yang

memperdayakan Montezuma II,Emperor Aztek dan Cuauhtémoc,anak

saudaranya.Jika orang Inca berjaya diperdayakan sehingga menunjukkan

bilik rahsia harta karun mereka itu kepada penjajah Sepanyol ini,tetapi

Cuauhtémoc,raja terakhir orang Aztek itu enggan mendedahkan lokasi

harta karun Aztek disimpan kepada Cortes.Inilah asas kepada cerita

National Treasure,Book of Secret,berkenaan legenda Cibola,satu kota yang

penuh kekayaan.Kesilapan yang ketara kepada kedua-dua pemerintah Inca

dan Aztek ini ialah menganggap pendatang Sepanyol ini adalah jelmaan

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (4 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

dewa-dewa mereka,padahal orang-orang Sepanyol yang tiba di ibukota

Inca dan Aztek ini teramatlah terkejut dengan piramid-piramid dan bandar

orang-orang yang dianggap mereka sebagai aborigine dan kurang

bertamadun.Mereka amat hairan dengan perhiasan emas yang boleh

dijumpai merata-rata dipakai oleh orang Aztek dan Inca itu.Dan satu fakta

sejarah yang perlu kita tahu,minuman coklat yang kita minum hari ini

adalah berasal dari minuman raja-raja Aztek!

Minuman coklat adalah minuman kesukaan Montezuma,dan merupakan

minuman diraja.Montezuma apabila mahu dihidangkan air coklat,beliau

akan memasukkan campuran rempah-rempah khas ke dalamnya.Apabila

orang Sepanyol tiba,betapa hairannya mereka dengan minuman yang amat

lazat ini dan membawa resepinya ke Eropah.Inilah permulaan kepada Milo,

Ovaltine dan Vico.Montezuma juga mempunyai perpustakaan yang

menyimpan tablet-tablet berisikan khazanah ilmu matematik dan

astronomi purba,malangnya,para conquistador yang dungu dan tamak ini

bertindak seperti kaum gasar (barbarian) atau monggol,membakar dan

memusnahkan apa saja.Ini juga telah berlaku kepada kaum Maya,di mana

penjajah Sepanyol ini membedil khazanah ilmu pengetahuan kaum Maya

yang tidak ternilai harganya.Sehingga ke era moden,pengetahuan sains

yang tinggi,yang dimiliki oleh kaum Maya tidak diketahui oleh dunia,

sehinggalah ditemui pecahan-pecahan tablet berisikan kiraan matematik

dan rekod-rekod astronomi dari penggalian arkeologi,berasal dari balai

cerap kaum Maya.Salah satunya ialah Kalendar Maya atau Kalendar 2012

yang popular itu.Dari sini,barulah dunia tahu betapa bernilainya khazanah

ilmu pengetahuan Tamadun Maya.Itu baru kalendar,bagaimana dengan

beribu-ribu ton tablet berisikan karya-karya agung dalam bidang sastera,

sains dan teknologi...yang dipecahkan dan dilumatkan oleh penjajah

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (5 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Sepanyol yang tolol itu?Kalendar Maya terselamat kerana ia diukir pada

meja batu yang teguh.

Kisah sedih tamadun-tamadun di Amerika Tengah itu mempunyai

persamaan dengan tragedi yang melanda orang Melayu,khasnya orang-

orang Champa.Orang Champa (Cham) adalah dari keturunan Melayu

berdasarkan bahasa dan budaya mereka.Lama sebelum Angkor Wat

dikatakan 'dibina' oleh Suryawarman II,orang Cham telah memiliki

tamadun yang amat hebat dan setanding dengan satu lagi kerajaan orang

Melayu yang hilang,Funan.Tamadun Champa adalah kuasa laut ketika itu,

dengan kapasiti perdagangan yang luas dan koridor ekonomi yang mantap,

dibantu dengan lokasi strategik 'Laluan Sutera Laut' antara China dan India.

Tamadun Champa juga memiliki rahsia yang jarang diketahui oleh

masyarakat dunia,apatah lagi orang-orang Melayu di Malaysia yang sibuk

bercakaran sesama sendiri,menghina raja-raja (sedihnya,yang sudah

dijemput Allah s.w.t pun masih menjadi mangsa hinaan),membuang anak,

merempit,menjadi pelacur dan bapuk,berpolitik secara dungu,berpecah-

belah,kafir-mengkafir,wahabi-mengwahabi,mempersendakan nama 'Allah'

sehingga setaraf dengan Tuhan Anak,wang rakyat didahulukan perut

sendiri diutamakan,mengabaikan pelajaran,mengabaikan agama sendiri,

mementingkan diri,hasad dengki sesama sendiri,murtad,menjadi Islam

Liberal,gelojoh menjual tanah rizab kepada bangsa asing yang tamak dan

ada agenda sendiri,menjadi Sekular,berpecah-belah,membiarkan warga

asing membanjiri mengaut kekayaan tanah tumpah darah,menjadi

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (6 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

talibarut CIA,Mason,Zionis-Komunis dan pencacai Dajal,menjadi bodoh,

buta,bengap,lembab,pekak,tuli dan bisu.

Belajar dari sejarah itu penting,sebelum kita pupus dan hanya tinggal

nama di dalam buku sejarah dan muzium.Ambillah pengajaran dari

sejarah,sebelum kita 'disejarahkan'.Seperti orang Melayu yang

dimuziumkan di Kota Singa.

*Prasasti Cham banyak menyimpan rahsia rumpun Melayu pada masa silam

Orang Champa sebenarnya memiliki ilmu sains dan matematik yang tinggi.

Mereka sudah pun memakai sistem ukuran metrik yang maju dan sistem

perpuluhan dalam pernomboran.Mahu lagi?SATU RAHSIA YANG MASIH

TIDAK DIKETAHUI SECARA MELUAS OLEH DUNIA,SEBENARNYA ORANG

CHAM LEBIH AWAL MEMAKAI ANGKA SIFAR (ZERO) DALAM SISTEM ANGKA

jauh lebih awal dari orang-orang Arab yang kemudiannya

memperkenalkannya kepada orang Eropah.Mungkin ramai anak Melayu

yang dungu dan mengabaikan pelajaran akan memperlekehkan pencapaian

orang Melayu Cham yang hanya merintis penggunaan angka '0',namun

perlulah diberitahu kepada mereka yang 'inferior' ini,para pembina

piramid,Taman Tergantung Babilon,Rumah Api Alexandria hatta KLCC,

Taipei 101,WTC yang runtuh serta bangunan tertinggi di dunia setakat ini

yang berada di Dubai itu,tidak mungkin dapat dibina tanpa kewujudan

angka '0' ini.Penemuan dan pemakaian angka '0' ini amat besar ertinya

dalam sejarah dunia metematik dan tamadun yang merintis

penggunaannya adalah tanda bahawa tamadun itu amat hebat dan

berperadaban tinggi.Ini masih tersimpan rapi di dalam berpuluh-puluh

atau mungkin mencapai ratusan manuskrip,prasasti dan ukiran Cham yang

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (7 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

bertaburan di seluruh dunia,sebahagian besarnya disimpan oleh orang

Vietnam yang akhirnya mula sedar betapa orang Champa amat maju,

berbanding ekonomi Vietnam sekarang ini yang mundur sehingga ramai

orang Vietnam 'hanyut' ke Malaysia meminta simpati pekerjaan demi

sesuap nasi.Hanya anak-anak Melayu yang malas belajar dan bekerja tidak

tahu diuntung,dapat duduk di atas Suvarnabhumi (Bumi Emas) ini,padahal

bangsa-bangsa asing berebut-rebut mahu tinggal di sini,kalau boleh biar

orang-orang Melayu ini dicampak ke Selat Melaka semuanya,dan semua

bangsa di dunia ini dapat tinggal aman damai di tanahair orang Melayu ini

sambil mengaut dan memakan hasil bumi yang berlimpah ruah,termasuk

hasil minyak dan emas perak.Hari ini telah menjadi trend pihak-pihak

yang bodoh sombong yang semata-mata mahu mengambil tanahair orang

Melayu ini,sanggup mengatakan yang bukan-bukan kepada orang Melayu.

Ultrakiasu menuduh orang Melayu pendatang juga,dan membela Orang Asli

sebagai Bumiputra sebenar.Padahal jika Orang Asli pula yang memegang

Malaysia,mungkin Ultrakiasu ini pula menuduh Orang Asli ini pendatang

dari Afrika atau Pasifik,dan membela orang Melayu sebagai Bumiputra

pula.Pengganas LTTE mendakwa tanahair orang Melayu ini sebahagian dari

Great India,padahal orang India (Tamil terutamanya) tidak pernah

menawan pun mana-mana wilayah Melayu pada zaman dahulu,kecuali

serangan Raja Chola yang hanya berani menyerang pelabuhan-pelabuhan

dan wilayah jajahan Srivijaya.SEbelum sempat Emperor Srivijaya mahu

mengumpulkan balatentera seluruh Nusantara,terkocoh-kocoh raja Chola

balik ke India tanpa berani memegang sesaat pun wilayah Nusantara yang

diserangnya untuk 'mengacah-ngacah' Emperor Srivijaya itu.Mungkin raja

Chola berbuat demikian mengenangkan kisah kepala raja Khmer yang

dipancung Emperor Srivijaya akibat mempersendakannya.Tidak pernah

pula dalam sejarah,Raja Chola menjadi raja di Perak dan Johor pada

zaman dahulu.Yang ada tercatat dalam sejarah,ketika kemuncak

kekuasaan Empayar Melayu Srivijaya,ialah pengaruhnya sehingga sampai

ke Sri Lanka,timur laut dan selatan India.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (8 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

*Puing-puing Universiti Nalanda di Bihar,India.

Di India sendiri,kerajaan Srivijaya membina penempatan bagi para

pedagang Melayu dan sarjana-sarjana mereka,membina biara dan institusi

pengajian,kerana ketika itu,orang Melayu Srivijayalah pakar dalam bahasa

Sanskrit...dikala bahasa suci itu dihadkan kepada kasta-kasta kepada

sukukaum di India.Raja Chola tidak pernah membina penempatan di

Nusantara.Tetapi pedagang-pedagang Melayu telah pun menetap dan

memiliki tanah di India ketika itu.Malah para sarjana Melayu adalah antara

pensyarah di Universiti Nalanda yang terkenal pada abad ke 7 Masehi yang

menempatkan 2,000 pensyarah dan lebih 10,000 pelajar.Malah kerajaan

Srivijaya juga membantu membina kampus-kampus di universiti itu malah

kolej kediaman juga bagi para pelajar Nusantara dan pensyarah Melayu.Ini

samalah seperti fungsi Malaysian Hall di United Kingdom.Kerajaan Melayu

Srivijaya membantu membina universiti di India kerana universiti-

universitinya sendiri di Sumatera termasuk 'kolej-kolej swasta' mereka

tidak mampu menampung kebanjiran pelajar dari seluruh dunia

terutamanya dari China dan Tibet.Ini dirakamkan dan disahkan oleh I-

Ching,seorang sami,sarjana dan pengembara China dan juga Atisa,seorang

sami dari Tibet.

Tidak mustahil ketika itu ada para pensyarah Melayu atau pelajar mereka

yang berkahwin dengan orang-orang Hindi di Bihar,berwajah seperti Preity

Zinta dan Madhuri Dixit misalnya dan menghasilkan keturunan Melayu yang

segak-segak di Nusantara.

Ada juga orang-orang tertentu yang tiba-tiba mengaku sultan dan

meminta rakyat menganggapnya sebagai sultan.Ada juga yang mendakwa

waris maharaja tertentu dan mendakwa orang Melayu merampas takhta

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (9 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

maharaja ini malah menuduh orang Inggerislah yang memberi nama

'Melayu' kepada orang Melayu seolah-olah orang-orang Melayu terlupakan

nama bangsanya sendiri.Semuanya salah orang Melayu malah jerih perih

orang Melayu mempertahankan negeri Kedah dari ancaman Thai seakan-

akan dilupakan.Orang lain yang bergaduh,tidak semena-mena orang

Melayu terkena tempiasnya.Bayangkan orang-orang Melayu lembik dan

mengalah kepada Thai,sudah tentu negeri Kedah sekarang menjadi

wilayah Saiburi bersama-sama wilayah Patani,Narathiwat,Yala dan lain-

lain.Keturunan waris maharaja juga pasti tidak bersisa dikerjakan raja

Thai,malah raja Thai akan berparti sakan memburu dan membunuh

keturunan maharaja sebab dapat berlaku bebas kerana Kedah menjadi

Saiburi dan dibawah kawalan Thai.Bukan sahaja tiada universiti seperti

UiTM yang memberi kelonggaran kepada bumiputra,malah keturunan

maharaja mungkin akan dibiarkan buta huruf dan tiada berpelajaran

apatah lagi dibiarkan menjadi pensyarah atau penulis blog.Mungkin ada

yang dibiarkan hidup setelah terpaksa mengaku bertaatsetia dengan raja

Thai,menjadi orang Thai,bernamakan Thai tinggal lagi tidak beragama

Buddha.

Daripada bertaatsetia dengan raja Thai,lebih baik berpayung dibawah raja-

raja Melayu,yang bersaudara dengan maharaja.Jadi daripada mengejar

pangkat dan darjat,bersyukurlah dapat hidup di bumi Allah ini bersama-

sama orang-orang Melayu yang peramah dan baik hati.

Adakah Inggeris mengadakan sayembara mencipta nama bagi penduduk

Tanah Melayu di negara mereka?Orang Melayu bukanlah seperti penduduk

Kepulauan Filipina yang dipaksa menjadi bangsa Filipino,di mana

perkataan 'Philippines' berasal dari nama raja Sepanyol iaitu Philip II.

Mengapa Inggeris tidak memberi nama seperti 'Elizabetania' kepada orang

Melayu ini melambangkan nama Queen Elizabeth atau 'Elizinno' jadi

bolehlah penduduk Tanah Melayu berbangga menjadi bangsa Elizinno ini.

Betapa kurang berpendidikan orang yang dengki kepada orang Melayu ini

padahal nama Melayu itu sudah ada di dalam kitab Ramayana dan disebut-

sebut dalam Purana,beribu tahun sebelum kelahiran para penjajah

Inggeris ini ke dunia yang fana ini,yang diwar-warkan memberi nama

'Melayu' kepada orang Melayu.Pulau-pulau Melayu disebut 'Malayadvipa' di

dalam hikayat dewa-dewi Hindu.Bagaimana pula nama 'Melayu' itu ciptaan

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (10 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Inggeris padahal para rishi dan dewa-dewi Hindu amat kenal dengan orang-

orang Melayu ini lantas menamakan Kepulauan Melayu sebagai

Malayadvipa bersempena penduduk kepulauan ini memanggil diri mereka

Mala,Malayu atau Melayu.Jadi sudah tentu 'Englishmen' mengenal

penduduk ini sebagai Malay,iaitu diceduk dari Sanskrit dan bahasa Sanskrit

adalah sumber kosakata bagi bahasa Inggeris Kuno.Perkara ini terjadi

kerana terlalu tergesa-gesa mahukan pengiktirafan,harta,pangkat dan

kuasa tanpa mahu menyelidik dahulu duduk perkara sebenarnya.Memang

tidak dinafikan Stamford Raffles,Winsdtedt serta anak muridnya Munshi

Abdullah 'ada campur' tangan dalam sejarah Alam Melayu khususnya Tanah

Melayu namun bukan nama 'Melayu' itu.Jika orang yang kurang

berpendidikan ini masih berdegil mengatakan Inggeris yang memberi nama

'Malay' atau Melayu itu,bagaimana Vyasa,seorang rishi legenda

mencatatkan nama 'Pulau-pulau Malaya' (Malaya-dvipa) di dalam kitab-

kitab sasteranya?Mengapa Valmiki,seorang lagi sasterawan Hindu yang

mengarang Ramayana menyebutkan Rama,seorang dewa Hindu yang

dianggap inkarnasi ketujuh kepada Vishnu telah ditolong oleh Hanuman,

seorang lagi dewa,juga di 'pulau-pulau Melayu' yang juga terdapat istana

dan kediaman Ravana,seorang lagi dewa berwatak jahat.Kitab-kitab

seperti Ramayana dianggarkan dikarang kira-kira 400 tahun Sebelum

Masehi lagi (400 B.C).Lihat,sebab itu dalam siri Alter Terahsia Bangsa

Melayu yang lepas,ditegaskan bahawa jika semua rekod tentang bangsa

Melayu telah hilang,musnah atau dicuri di Kepulauan Melayu,rekod-

rekodnya pasti ada di seluruh dunia.Pada ukiran-ukiran kuil zaman Firaun

di Mesir,relief-relief di Angkor Wat dan Borobudur,rekod-rekod Maharaja

China,cerita para pedagang Arab dan India,codex Emperium Rom dan

conquistador dan pelbagai lagi.Sebab apa?SEBAB BANGSA MELAYU

BUKANLAH BANGSA YANG DUDUK DI DALAM GUA SAMBIL BERMAIN

DENGAN TUPAI DAN MONYET.Bangsa Melayu pada masa silam adalah

pedagang dan pembina peradaban.Namun 'rahsia' ini tersimpan kemas

dalam lipatan sejarah kemanusiaan.Hilang ketika era penjajahan.The Lost

History of Malay Civilization.

Kita boleh lihat corak propaganda Barat ini memecahbelahkan umat

Melayu di Nusantara.Di Tanah Melayu yang akhirnya membentuk Malaysia,

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (11 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Inggeris yang memegangnya memanggil penduduk di sini dengan panggilan

'Malay'.Di pulau-pulau Nusantara yang dipegang oleh Belanda,diberi nama

'Indonesian'.Di kepulauan utara Borneo termasuk Sulu,Sepanyol 'bermurah

hati' memberi nama kepada penduduk di situ dengan nama 'Filipino'.

Bagaimana tiga kawasan yang memiliki budaya,bahasa dan paras rupa

yang berkait rapat antara satu sama lain mempunyai nama bangsa yang

berlainan sama sekali?Soalan cepu emas peringkat akhir Who Wants to Be

a Millionnaire:

YANG MANAKAH DI ANTARA KETIGA-TIGA NAMA INI ADALAH BERASAL DARI

NAMANYA YANG ASLI DAN BUKAN REKAAN ORANG BARAT SEMATA-MATA?

A. INDONESIAN

B. FILIPINO

C. MALAY

Tiada talian hayat.Hidup ini memang keras.Yang kalah akan ditulis

sejarahnya oleh yang menang.Sang Kura-kura boleh menulis bahawa dialah

pelari terpantas dan mengatakan Sang Arnab berlari seperti siput babi.

Padahal kita tahu cerita sebenarnya.

'Filipino' dan 'Indonesian' sudah tentu akan terkeluar carta lebih awal,

kerana ia adalah jelas nama yang diberi oleh penjajah dan kosakatanya

pun dari bahasa Barat.Lebih-lebih lagi 'Filipino',berasal dari nama raja

Sepanyol!TETAPI NAMA 'MALAY' TERCATAT DI DALAM KITAB-KITAB

SANSKRIT SEHEBAT RAMAYANA,CATATAN-CATATAN PEDAGANG INDIA

DAN REKOD CHINA.Dalam kesusasteraan Sanskrit,ia disebut 'Malaya',rekod

Dravidian menyebutnya sebagai 'Malai' dan rekod China menyebutnya

sebagai 'Mali-yuer','Mok-la-yu' atau 'Wu-lai-yu'.Terima kasih kepada sarjana

bangsa-bangsa lain yang masih setia menyimpan rekod tentang asal-usul

kita.

Ini bukan soal mahu memenangkan Inggeris dari Sepanyol dan Belanda.Ini

soal fakta sejarah dan kebenaran yang tidak boleh disangkal.Ini bukan

hikayat Pak Kaduk dan Lebai Malang.INI FAKTA SEJARAH YANG

TERCATAT DALAM MANUSKRIP BERTULIS OLEH PARA SARJANA DAN

CENDEKIAWAN.Bukan 'selekeh' perdebatan di forum-forum internet yang

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (12 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

kebanyakannya buta sejarah.Si buta sejarah berdebat dengan orang yang

bencikan sejarah.Hasilnya,sama-sama telah berjaya 'disejarahkan' oleh

penjajah yang pandai memanipulasi sejarah.

Fikirkan,jika Inggeris ditakdirkan menjajah seluruh Kepulauan Melayu

(Malaysia & Indonesia),sudah tentu mereka akan menamakan penduduk di

Nusantara sebagai 'Malay'.Dan sudah tentu orang-orang dungu yang

mengacu-ngacukan buluh runcing seperti kaum hutan rimba itu melompat-

lompat dengan kebanggaan mereka berbangsa 'Malay' bukannya

'Indonesian'.Begitu juga jika Belanda menjajah seluruh Nusantara,

kemungkinan besar dengan kita-kita sekali akan menjadi 'Indonesian'.Yang

mana antara dua nama ini begitu dekat dengan orang Nusantara,dan

dibuktikan dalam sejarah Nusantara sebelum kedatangan imperialis

Eropah?Tepuk dada tanya akal sendiri.

Lihat,para penjajah tidak membunuh orang-orang Melayu dengan

pembunuhan beramai-ramai (khasnya di Tanah Melayu).Tetapi membunuh

orang Melayu perlahan-lahan dengan sejarah manipulasi mereka.Ini adalah

racun yang mematikan jatidiri dan semangat Melayu perlahan-lahan.Ia

seperti kanser yang kronik.Atau santau yang menyakitkan.Atau kita boleh

katakan,orang Melayu telah disantau sejarahnya perlahan-lahan.

Untuk menjejak dan menyelesaikan misteri mengapa para rishi menyebut-

nyebut nama 'Malaya-dvipa' merujuk kepada pulau-pulau Melayu,kita

mesti menjejak kembali asal-usul bangsa yang berbahasa Malayo-

Polinesian atau kini dikelaskan sebagai Austronesian.Dan ingat,ini bukan

bermakna para rishi pula dikatakan memberi nama 'Melayu' kepada orang

Melayu,tetapi para rishi itu mengambil nama terahsia ini dari orang-orang

'Malaya-dvipa' sendiri.Ini kerana di akhir cerita nanti,kita akan tahu

bahawa rahsia 'Malaya-dvipa' ini rupa-rupanya boleh dijejak 3500 tahun

yang lalu,ketika para tukang-tukang batu di Mesir Purba sedang membina

piramid,ketika rahib-rahib Mesir mengarang koleksi The Egyptian Book of

The Dead.

Petunjuk di Angkor Wat

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (13 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Untuk menyiasat misteri ini,mula-mula kita terbang ke sebuah negara di

Indochina,Kemboja (Cambodia).Negara yang mempunyai penduduk

seramai lebih 14 juta orang ini memiliki tinggalan sejarah yang begitu

berharga,Angkor Wat.Angkor dikatakan dibina untuk Suryavarman II pada

abad ke 12,memiliki binaan dan kesenian yang tinggi dan UNESCO telah

mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia.Ia berukuran kira-kira 850 m

kali 1000 m (2800 kali 3800 kaki).Puncak-puncak menara kuil ini

melambangkan Mahameru,sebuah gunung dalam kosmologi Hindu yang

dikatakan 'rumah kediaman' bagi dewa-dewa Hindu.Angkor Wat asalnya

adalah sebuah kuil Hindu yang didedikasikan kepada Vishnu (Ingat,Rama

adalah jelmaan ke 7 Vishnu).Ia adalah kuil diraja dan negarakota bagi

kerajaan Angkor.

Tidak dapat dinafikan,Angkor Wat adalah hasil kesenian yang amat tinggi

dan setanding dengan kaderal-kaderal Eropah,kuil-kuil purba di India dan

candi-candi yang menakjubkan di Indonesia.Henry Mouhot,seorang

pengembara Perancis membayangkan kuil ini sebagai,'pesaing kepada Kuil

Solomon' (Temple of Solomon di Palestin) dan setanding dengan hasilkarya

Michelangelo (seorang karyawan terkenal,mahakaryanya dapat dilihat di

Sistine Chapel,Vatican,terutamanya lukisan Creation of Adam, Creation of

Eve).

Pada dinding-dindingnya terukir ukiran-ukiran yang menakjubkan,

kebanyakannya diambil dari Ramayana dan Mahabharata (Ingat,dua rishi

Vyasa dan Valmiki dan Malayadvipa).Relief-relief yang juga menceritakan

kebudayaan Khmer adalah setanding dengan relief yang terukir di candi

Borobudur dan menariknya kedua-dua ukiran ini menunjukkan persamaan

yang ketara.Mengapa?Rujuk kembali pada siri ATBM "Kunci Rahsia Para

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (14 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Firaun dan Emperor Babilon".Di sana ada petunjuk yang boleh kita jadikan

panduan penyiasatan.Petunjuk yang mana?Kita kembali kepada pengasas

kerajaan Angkor,Jayavarman II.

Rahsia Jayavarman II,siapakah beliau ini sebenarnya?

Tidak banyak rekod tentang pengasas empayar Khmer ini,sosoknya di

dalam sejarah adalah terlalu misteri dan menjadi tandatanya.Namun satu-

satunya rekod yang dapat dipercayai dan masih terpelihara yang mana

mengandungi cerita tentang Jayavarman II ini ialah catatan kuno yang

dijumpai di sebuah kuil Khmer Sdok Kak Thom yang terletak di Thailand.

Kuil ini dibina oleh Empayar Khmer pada abad ke 11 Masehi.Melalui

catatan pada inskripsi ini,Jayavarman II pernah ke Tanah Jawa (tidak

diketahui apa tujuannya) dan memerintah Indrapura,satu kota di Kemboja.

Di satu inkripsi lain pula mencatatkan bahawa Jayavarman II menjemput

seorang Brahmin (pendeta Hindu) supaya mengadakan upacara khas untuk

meminta pertolongan dewa-dewa supaya menghentikan naungan Jawa ke

atas wilayahnya.Ini tercatat sebagai berikut:

"Apabila Tuanku Parameswara tiba dari Jawa untuk memerintah kota

diraja Indrapura...Sivakaivalya,golongan yang terpelajar,telah

berkhidmat sebagai gurunya dan memegang peranan sebagai pendeta

diraja bagi Tuanku"

Pada inskripsi lain,

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (15 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

"Seorang Brahman yang bernama Hirayadaman,yang terlatih di dalam

sains dan sihir,telah dijemput oleh raja untuk mempersembahkan satu

upacara yang akan membuatkan negeri Kambuja tidak lagi tunduk kepada

Jawa dan mempunyai kedaulatannya sendiri"

Para pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji barat mengatakan

'Java' (terjemahan ke bahasa Inggeris dari 'Chaeva') itu mungkin orang

Cham atau satu kerajaan lain di Indochina.Namun pendapat yang popular

ialah satu kerajaan yang amat berkuasa di Tanah Jawa.Beberapa bukti lain

juga terutamanya rekod dari dinasti Sailendra dan Empayar Melayu

Srivijaya telah membawa kepada kesimpulan bahawa Jayavarman II

sebenarnya ialah seorang gabenor Jawa di Kemboja dan memerintah di

ibukotanya ketika itu,Indrapura.Namun tidak dapat dipastikan keturunan

pengasas Empayar Khmer ini,sama ada memang orang Jawa ataupun orang

Khmer yang belajar ilmu pentadbiran di Jawa.Ini memang jelas di dalam

inskripsi itu menyebut tentang 'Jawa' bukannya 'Champa','Cham','Chenla'

atau sebagainya.

Sejarah juga membuktikan ketika itu,Empayar Melayu Srivijaya telah

mencapai masa-masa kegemilangannya dan pengaruhnya telah mencakupi

seluruh Asia Tenggara.Ketika itu Samaratungga,seorang raja Jawa dinasti

Sailendra telah mengikat tali perkahwinan dengan Dewi Tara,puteri

kepada Emperor Srivijaya,Dharmasetu dan menjadikan Empayar Srivijaya

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (16 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

semakin besar dan berpengaruh hasil gabungan kepakaran dan

kebijaksanaan Melayu-Jawa dan ini telah membuatkan empayar ini

menguasai pelabuhan-pelabuhan penting di Kepulauan Melayu dan

Indochina.Di Indochina sendiri,kerajaan-kerajaan purba seperti

Langkasuka,Pan-Pan dan Tambralingga (nama lain bagi Nagara Sri

Dharmaraja,dalam sebutan Thai menjadi Nakhon Si Thammarat) dan

pelabuhan Kedah Tua telah dikuasai oleh Empayar Srivijaya ini.Malah

Kemboja juga adalah salah satu wilayah naungannya dan ini membuktikan

bahawa inskripsi di kuil Khmer itu memang benar merujuk kepada Tanah

Jawa,dimana Dinasti Sailendra berkuasa.

Ketika kita sedang meneliti ukiran di Angkor Wat ini,kita akan perasan

bahawa kostum,headgear dan adat budaya yang ditunjukkan di dalam

relief di sini sama seperti ukiran pada candi Borobudur.Jadi siapa yang

tiru siapa?Berita baik,Borobudur telah dibina jauh lebih awal dari Angkor

Wat iaitu pada abad ke 9,tepatnya pada era pemerintahan Emperor

Samaratungga,seorang Maharaja Srivijaya pada tahun 825 Masehi.Angkor

Wat pula dibina pada awal abad ke 12 ketika pemerintahan Suryavarman II,

raja Empayar Khmer (1113 - 1150 Masehi).Jadi fikirkan,bahawa

kesimpulan pengkaji Eropah seperti Lawrence Palmer Briggs,tentang

budaya dan ilmu yang dibawa oleh Jayavarman II dari Tanah Jawa dan

Melayu Srivijaya ke Kemboja.Kesimpulannya di sini,budaya kita dicedok

oleh orang Khmer,kemudiannya oleh kaum Tai yang datang kemudiannya.

Selepas itu mereka memelihara segala ilmu kesenian dan senibina

Srivijaya ini termasuk budaya,kostum dan tarian.Kemudian ketika kaum-

kaum ini meningkat naik dan mampu membina kerajaan,mereka pun

mengubahsuai mana-mana yang perlu dan berbangga dengan warisan

mereka itu.Ketika era imperialisme,orang Melayu Nusantara kehilangan

empayar mereka dan beransur-ansur menjalani proses 'inferiority complex'

oleh orang Eropah.Segala bukti sejarah dirampas,monumen dibedil dan

dimusnahkan (di Tanah Melayu).Habis era imperialisme,anak-anak Melayu

mengalami perasaan rendah diri yang kronik dan mula memperlekehkan

sejarah bangsanya!!

Sudah faham apa yang berlaku sekarang?Sudah dapat petunjuk seterusnya?

Buntu?Ya,itu perkara biasa sejak sejarah kita telah digelapkan di sana sini

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (17 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

ibarat satu set gambar 'jigsaw puzzle' yang berlubang di sana-sini.Kita

tidak perlu pergi ke Gua Rahsia itu dan mengganggu 'Tok Aki' Penjaga Gua

Rahsia supaya membukakan peti-peti seterusnya.Nanti dulu.Sebab di

Angkor Wat ini ada banyak rahsia lain.

Tentunya anda perasan,ada sebuah kerajaan purba yang disebut sebagai

Tambralingga di atas?Ini adalah sebuah kerajaan purba di Semenanjung

Tanah Melayu sehingga mencapai Ligor (Thailand sekarang).Tambralingga

adalah sebuah negarakota Melayu dan menariknya adalah antara kerajaan-

kerajaan awal yang disebut dalam Sejarah Thailand.Maksudnya,jika ingin

menyentuh sejarah Thailand,tidak lengkap jika tidak menyebut nama

kerajaan ini,sebagaimana kerajaan Ayutthaya.

Petunjuk Kedua di Tambralingga

*Gaya senibina Tambralingga yang kemudiannya terlihat dalam senibina

Ayutthaya Purba.Ini adalah Phrae Boromadhatu tinggalan

Chandrabhanu,raja Melayu Kuno Tambralingga.

Tambralingga adalah kerajaan yang benar-benar wujud sekurang-

kurangnya telah dikesan pada era Dinasti Tang (618-907).Kerajaan ini juga

pernah menduduki Sri Lanka.Sekitar tahun 1255-1262 Masehi,seorang raja

Tambralingga,Chandrabhanu Sridhamaraja telah menduduki sebahagian Sri

Lanka dan termasuk dalam senarai raja-raja Kerajaan Jaffna di Sri Lanka.

Satu tinggalan kerajaan ini yang terkenal ialah Phrae Boromadhatu,satu

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (18 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

stupa Buddha untuk menyimpan relik Gautama Buddha.Melihatkan bentuk

stupa ini,yang kemudiannya menjadi 'gaya' popular dan khas dalam

senibina Thai,memberikan kita satu petunjuk...bahawa gaya senibina ini

telah dibangunkan oleh negarakota Melayu terawal ini.Gaya senibina ini

telah mempengaruhi senibina kerajaan Ayutthaya,yang kemudiannya

menguasai Tambralingga,seterusnya menjadi 'trademark' kepada senibina

Thai pada hari ini.

Kerajaan Tambralingga adalah negarakota Melayu (Malay city-state) yang

menjadi naungan Empayar Srivijaya terutamanya semasa pemerintahan

Emperor dari dinasti Sailendra,Samaratungga yang berasal dari Tanah

Jawa.Kerajaan ini sesungguhnya bukan kerajaan orang Tai,kerana ketika

itu orang Tai masih belum berkerajaan.Ini dibuktikan dengan rekod dari

China,Sri Lanka dan India (sebab itu walaupun rekod di Nusantara 'ghaib'

tidak bersisa sehingga orang Melayu menyangka mereka berasal dari

Yunnan atau orang gua,rekod-rekod dari seluruh dunia masih tersimpan

rapi).

Rekod dari pengembara dan sami China, I-Tsing yang telah berlayar

selama 20 hari dan kemudiannya sampai di Fo-Shih (ibunegeri Empayar

Srivijaya).Beliau mencatatkan:

"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di

sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri

yang bernama Moloyu...."

Daripada rekodnya yang ditafsirkan oleh para pengkaji,ia menyebutkan

tentang Holing (merujuk kepada Tambralingga) dan Fo-shih yang terletak

pada latitud yang sama namun Holing terletak ke timur Fo-Shih.Moloyu

pula terletak di garisan Khatulistiwa.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.Bukannya Inggeris yang memberi nama

Tanah Melayu ini sebagai 'Malay Land',malah telah direkodkan oleh

pengembara China seawal abad ke-5 lagi.

Ketika itu juga wilayah-wilayah Srivijaya dikenali pada rekod-rekod Sri

Lanka dan India sebagai Javaka.Rekod dari Sri Lanka menyebutkan raja

Tambralingga,Chandrabhanu adalah seorang ketua Javaka.Bayangkan rupa-

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (19 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

rupanya seorang raja Melayu pernah memerintah utara Sri Lanka pada

masa dahulu.

Pemerintahan raja Melayu Tambralingga itu tidak lama kerana

kemudiannya telah diserang oleh kerajaan Pandyan,satu kerajaan Tamil

Brahmin dari selatan India,yang juga bercita-cita mahu merebut relik

Buddha iaitu gigi pengasas agama Buddha itu yang dikatakan disimpan di

Yapahuwa,ibukota kerajaan orang Sinhala.Sebab itu raja Melayu

Chandrabhanu itu membina stupa di semenanjung (di Nakhon Si

Thammarat sekarang) kerana mahu menempatkan gigi Buddha itu.

Chandrabhanu sendiri terbunuh dalam serangan itu.Namun akhirnya,orang-

orang Tamil Brahmin itu bersetuju membuat pakatan dengan sisa-sisa

tentera Tambralingga; orang-orang Melayu dan Jawa yang tinggal di Sri

Lanka ketika itu,untuk menewaskan kerajaan kaum Sinhala (sehingga ke

hari ini perseteruan antara dua kaum ini;Tamil dan Sinhala masih berlaku

dengan pengganas LTTE berperang dengan kerajaan Sinhala di Sri Lanka).

Rekod-rekod Sri Lanka pada tahun 1277 dan 1283 Masehi mencatatkan raja

Pandyan melantik salah seorang menteri Tambralingga yang menjajah Sri

Lanka sebelum itu mengetuai serangan ke kota Yapahuwa,kota kaum

Sinhala untuk merampas gigi Buddha dari tangan kerajaan Sinhala.

Sehingga ke hari ini terdapat tempat-tempat di Sri Lanka seperti

Chavakacheri yang bermaksud 'penempatan orang Jawa' dan

Chavahakottai iaitu 'kubu orang Jawa'.Di dalam bahasa Tamil tempatan

ketika itu,semua negeri-negeri di Nusantara digelar Javar atau Javaka.

Inilah cedokan dari kata 'Chava' itu.Dan inskripsi Tamil dan Sinhala ini

menyelesaikan misteri Jayavarman II yang tiba dari Chaeva.Jadi

kesimpulannya kata 'Chaeva atau 'Chava' itu bermaksud orang Jawa,

melambangkan kemasukan dinasti Sailendra Jawa yang memasuki

pemerintahan Empayar Melayu Srivijaya.

Perkataan Javaka (ada disebut dalam teks-teks berbahasa Pali) ini

berubah kepada Zabaj dalam sebutan Arab,merujuk kepada Srivijaya itu.

Ahli sejarah Arab,Masoudi dalam kitabnya,""Muruj al-Dhahab wa Ma'adin al-

Jawhar" (Meadows of Gold and Mines of Gems,karya beliau keluaran tahun

947 Masehi) telah mencatatkan pengalaman seorang pedagang Arab yang

bernama Sulaiman yang melawat Zabaj pada tahun 851 Masehi

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (20 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

menyebutkan ketua Empayar Srivijaya yang digelar 'Maharaja' (Emperor)

mempunyai beribu kapal perang dan kekuasaan yang menggerunkan.

Armada laut Maharaja pernah mengepung ibukota kerajaan Khmer dan

memancung kepala rajanya kerana bercita-cita mahukan kepala Maharaja

Zabaj diletakkan di atas pinggan.

Semua petunjuk ini memberitahu kita beberapa perkara.Orang Tai

bukan sahaja mencedok budaya Khmer malah mencedok budaya orang

Melayu Kuno.Senibina Thai itu dengan gaya candi dan bumbung Thai itu

rupanya diambil dari gaya Tambralingga dan mungkin negarakota

Melayu yang lain.Budaya Khmer yang dicedok oleh Tai itu pula berasal

dari budaya Srivijaya dan Sailendra.Pi mai pi mai tang tu.

Tulisan Thai itu juga dicedok dari skrip Khmer.Ini dijelaskan lagi dalam

inskripsi Raja Ram Khamhaeng.Namun inskripsi yang dibangga-banggakan

oleh orang Thai itu pula telah diketahui secara meluas merupakan

'pembohongan',dan sarjana sejarah mensyaki ia dibuat pada zaman Raja

Mongkut (Rama IV) dan kemungkinan besar Raja Mongkut itu sendiri

mengarahkan ia dibuat.Ini berdasarkan kajian yang mendalam tentang

gaya tulisan di inskripsi itu yang 'terkantoi' dibayangi tulisan Eropah dan

meniru sistem bahasa Eropah.Kronologi sejarah yang disebutkan di dalam

inskripsi itu juga menyeleweng dari fakta sejarah sebenar dan lebih

merupakan propaganda sahaja.Ini kerana inskripsi itu telah menyebutkan

pada tahun 1283 kerajaan Nakorn Sri Dharmaraja (Tambralingga) telah

tersenarai antara kerajaan yang membayar ufti kepada Kerajaan Sukhotai.

Padahal ahli sejarah sudah maklum wilayah itu adalah wilayah istimewa

dan merupakan kota yang amat kaya. Ini tersebut dalam undang-undang

wilayah pentadbiran Raja Ayutthaya, Boromma Trailokanat bertarikh 1468

menyebutkan Nakorn Sri Dharmaraja tersenarai sebagai salah satu dari 8

kota besar (Phraya maha nakhon) kepunyaan Ayutthaya dan merupakan

wilayah istimewa.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (21 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Percanggahan dan kepalsuan inskripsi ini menyebab para sarjana semakin

kurang percaya kepada inskripsi ini malah meleret-leret kepada seluruh

sejarah Raja Thai dan orang Thai sendiri.Ini ditambah pula dengan

tiadanya penulisan atau rekod-rekod kontemporari dari lain-lain tempat

yang merujuk kepada nama raja Ramkhamhaeng.Dengan lain kata,sejarah

raja itu hanya ada di Thailand sahaja dan para sejarahwan lain di dunia

tidak tahu-menahu pun pasal raja 'khayalan' ini.Ini jauh berbeza dengan

kisah 'Maharaja Zabaj' tadi yang disebut-sebut oleh pedagang Arab,rekod

pendeta China,Tamil,Sri Lanka,malahan nama 'Melayu' itu disebut-sebut

oleh pendeta Buddha dan rishi-rishi legenda Hindu.Malah dewa-dewa juga!

Sesetengah sarjana mendakwa inskripsi ini adalah buatan abad ke-19,ada

juga yang mengatakan sekrang-kurangnya 17 baris awal inskripsi itu sahaja

yang asli.Inskripsi ini dan segala utopia berkenaan kerajaan Sukhotai telah

menjadi kepercayaan yang amat kuat dikalangan rakyat Thai sehingga

menjadi isu nasionalis,sehingga ramai yang telah diancam melalui undang-

undang 'lese majeste' termasuk para sejarahwan dan ilmuan.Satu kes yang

terkenal ialah Micheal Wright yang mengatakan semua itu palsu sahaja.

Dari sini kita dapat pengajaran penting,betapa kaum lain yang tidak

punya sejarah,terpaksa 'mengadakan' sejarah.Orang Melayu yang punya

sejarah,mula perlahan-lahan melupakan sejarah manis bangsanya.Mula

memiliki rasa rendah diri,'inferior' yang teramat sangat sehingga mencapai

tahap kurang siuman merendah-rendahkan diri sendiri ditahap pencacai

pemungut sampah sejarah orang lain,padahal asalnya emas dan mutiara

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (22 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

sejarah itu miliknya dahulu.

Mungkin hanya sejarah Ayutthaya sahaja yang boleh dibanggakan oleh

orang Thai.Itu pun kini sejarahnya direbut oleh golongan kerabat

Ayutthaya sendiri yang mengaku bukan orang Thai tetapi Siam Islam.

Dalam hal ini tidak penting siapa orang Thai atau Melayu,pengajarannya

di sini,jika kita tidak mengambil berat akan sejarah dan budaya kita,

orang lain akan 'mengambilalih' sejarah dan budaya kita.

Terlanjur menyebut tentang tulisan,Tai mencedok tulisan Khmer dimana

tulisan Khmer ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah nenek

moyang kepada majoriti skrip di India dan Asia Tenggara.Tulisan Tamil,

Sinhala,Devanagari,Burma,Thai dan Khmer adalah termasuk tulisan Brahmi.

Tulisan Jawa,Batak,Kawi dan Bali termasuk dalam keluarga Brahmi.Tulisan

purba milik khas orang Melayu,Rencong dimasukkan dalam keluarga

Brahmi.Namun kini para sarjana berbelah bagi tentang asal-usul tulisan

Rencong ini.Kerana semakin dikaji tulisan ini,semakin jauh ia dari

keluarga Brahmi,malah ia menyimpan rahsia yang agung dan terpendam!

Misteri Tulisan Rencong:Petunjuk ke-7 ke Tabut Rahsia


Mala-YU

Tulisan Brahmi adalah keluarga tulisan di kawasan India dan Asia Tenggara

seperti Tamil,Burma,Thai dan Khmer.Rencong pula adalah tulisan milik

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (23 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

orang Melayu,lama digunakan sebelum Kawi atau Aksara (sejenis Brahmi

yang diubahsuai oleh kaum Nusantara),Jawi dan Rumi.Tulisan Rencong ini

diiktiraf tulisan asli ciptaan Melayu Nusantara dan sebenarnya bukan

berasal dari Brahmi tetapi mempunyai kaitan dengan nenek moyang

kepada Brahmi!

Sebelum kita membuka peti rahsia seterusnya kita kenal dulu contoh-

contoh tulisan dari keluarga Brahmi:

Tamil

Devanagari

Thai

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (24 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Khmer

Burma

Sekarang kita lihat tulisan-tulisan ini:

Greek/Yunani

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (25 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Phoenicia

Aramaik

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (26 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Brahmi

Untuk pengetahuan anda,semua tulisan seperti Tamil,Tibetan,Telegu,

Devanagari,Thai,Burma dan Khmer adalah dibawah Brahmi atau subBrahmi,

manakala Brahmi pula di bawah kelas tulisan Proto-Canaanite (ingat Tanah

Kanaan?Abraham dan Keturah?) yang di dalamnya termasuk Phoenicia dan

Aramaik (asal-usul bahasa Yahudi;Ibrani atau Hebrew)

Sekarang tuan-tuan dan puan-puan!Kita lihat tulisan asli bangsa Melayu

Nusantara,Rencong:

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (27 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Sekarang mari kita lihat rahsia ini bersama-sama.Jika kita perhatikan

corak tulisan Rencong ini,ia nampaknya tidak cenderung kepada tulisan

Tamil atau Devanagari jauh sekali jika dibandingkan dengan skrip Thai dan

Khmer.Jadi ia cenderung kepada yang mana?Fikirkan...

Tidak nampak?Mari kita buka peti satu lagi yang terletak disebelah peti

berlabel 'Laut dan Bahtera'.

Sekarang dengar baik-baik.Tulisan Rencong sebenarnya tidak tepat

diletakkan dibawah kelas Brahmi dan ia tidak sepadan atau 'sedarjat'

dengan sub Brahmi pun.Perhatikan baik-baik perbezaannya dengan Tamil

atau Devanagari.Perbezaannya dengan Thai dan Khmer yang merupakan

sub Brahmi.Ia tidak dekat dengan semua ini.

Tetapi IA LEBIH DEKAT DENGAN TULISAN ORANG PHOENICIA PURBA.Ia

lebih dekat dengan skrip Aramaik,asal-usul tulisan Hebrew pada hari ini.Ia

tidak sekelas dengan Brahmi atau skrip-skrip Keindiaan.Ia memotong kelas

Brahmi ke kelas lebih tinggi;di mana Brahmi hanya salah satu sub dalam

kelas ini.Rencong setaraf dengan tulisan Phoenicia dan Aramaik dalam

kelas utama Proto-Canaanite.Proto-Canaanite pula dibawah kelas Egyptian

Hieroglyphs!!Sudah dapat pencerahan?

(Keanehan ini telah memeningkan kepala sarjana pengkaji skrip tulisan

dunia sejak sekian lama)

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (28 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Dan rahsia dari peti ini akan membuka cerita tentang kisah kunjungan

Para Firaun ke Tanah Nenek Moyang mereka,Punt.Seterusnya akan

menyelesaikan 'puzzle' yang mula-mula diperkenalkan dalam Alter

Terahsia Bangsa Melayu dan Diari Lodgekeeper;dua pasangan paling

misteri;Abraham dan Keturah.Siapakah anak-anak mereka dan mengapa

mereka mencari The Land of The East.Kemudian kita akan menjelajah

kisah dewa-dewa di The Land of Gods.Kemudian kita mengembara ke

Promised Land,menonton suka-duka Lehi dan Lemani...

DI TANAH YANG DIJANJIKAN!...

--------------------------------

cOMING SOON...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XI

-Petunjuk terahsia dari tulisan Rencong

-Dewa-dewi Mesir di Tanah Para Dewa

-Ekspedisi Ratu Hatshepsut ke Punt

-Apa kaitan orang Phoenicia (Kanaan Purba) dengan Melayu?

-Majlis Perkahwinan 'raja' Phoenicia dan Gadis Mala Bunga-bungaan

-Hubungan terahsia orang Ibrani dengan orang Rencong

-Rahsia perkataan Melayu dalam tradisi Mesir Purba

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (29 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]


MistisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu X

-Ukiran di kuil Firaun dan rahsia XXXX

-Rahsia dalam XXXX dan XXXXX XXXX

-XXXX Inca XXXXXXX XXX Maya

-XXXX XXX Apache XXXX Benua Amerika dan kedatangan kapal Firaun

Petunjuk-petunjuk semakin kabur dan samar-samar.Terdapat helaian yang

terkoyak dari Diari Lodgekeeper.Beberapa kod-kod rahsia di dinding

Angkor Wat,Borobudur,Kuil Hatshepsut dan Amon tidak dapat didekodkan

setakat ini!Rasakan debarannya...ia semakin hampir kepada Alter Terahsia

itu!

Peti-peti rahsia semakin bergegar-gegar menebarkan haruman misteri

yang aneh!.........

Posted by Mistis at 1:26 PM

Organization

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/alter-terahsia-bangsa-melayu-x.html (30 of 30) [02-Mar-10 5:12:01 PM]

You might also like