You are on page 1of 28

MistisFiles

MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

Wednesday, March 3, 2010

Temubual bersama Srikandi

Temubual bersama Srikandi

Selepas berakhirnya siri Alter Terahsia Bangsa Melayu Volume 3.0 yang lalu,meja

pengarang MistisFiles telah dihujani pelbagai pertanyaan tentang rahsia KeMelayuan dan

Nusantara.Ada pihak yang menyokong Srikandi malah mengemukakan maklumat-maklumat

tambahan untuk berkongsi dengan pembaca MF.Ada pihak yang membangkang dan

mengkritik Srikandi.Ada yang tidak berpuashati dengan Srikandi.Ada yang memakihamun

Srikandi seolah-olah Srikandi telah memusnahkan seluruh hidupnya!

Bukan sahaja di Malaysia,malah di Indonesia siri ini telah tersebar dengan meluas apabila

seorang peminat dari seberang (?) telah mengedit siri ATBM di dalam bahasa Indonesia dan

menyebarkannya di dalam blog-blog,forum dan laman web.Bukan sahaja orang Minang,

Bugis,Riau dan sebagainya,malah saudara serumpun dari kalangan orang Jawa dan Sulu

tertanya-tanya asal-usul Bani Jawi dan sedar akan kesamaan budaya dan langgam bahasa

http://mistisfiles.blogspot.com/ (1 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

antara kaum-kaum Nusantara.

Kami telah mengambil inisiatif bertemu dengan Srikandi,editor Alter Terahsia Bangsa

Melayu bagi membincangkan beberapa persoalan yang tidak sempat dirungkaikan di dalam

siri yang lepas.Kami juga akan cuba untuk mengorek pembayang-pembayang bagi siri yang

akan datang yang diketahui tajuknya sebagai "The House of Bni Jawi".

Di sebuah cafe yang berlatarbelakang pantai yang indah di semenanjung Yucatan,kami

dengan bangganya membawakan kepada anda Temubual Bersama Srikandi.Hayatilah

sejarah anda,kerana tanpa sejarah,anda mungkin akan disejarahkan...

-M.O

S:Penemubual

J:Srikandi

S:Sibuk nampak Srikandi sekarang?

J:Tidak juga,kadang-kadang saya ambil angin di Tikal dan Uxmal sambil buat penyelidikan.

http://mistisfiles.blogspot.com/ (2 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

Bosan...saya berehat di Cancun,ada sebuah resort yang memang kegemaran saya.

Menikmati angin Caribbean sambil berangan-angan di lembayung senja memang

mengasyikkan.

S:Wah,seronok nampak Srikandi,kalaulah saya dapat kerja yang hebat seperti ini...

J:(Srikandi tersenyum)Sebenarnya saudara,kebanyakan orang akan fikir pekerjaan orang

lainlah lebih menyeronokkan,selesa dan hebat.Seorang jururawat akan fikir kerja seorang

doktor adalah profesion yang hebat.Seorang kerani biasa akan fikir kerja seorang pengurus

pejabat adalah kerja yang hebat.Seorang cikgu sekolah akan fikir kerja seorang pensyarah

universiti adalah kerja yang hebat.Seorang juruteknik fikir kerja seorang jurutera adalah

kerja idaman Malaya.Dan semua orang fikir jadi Perdana Menteri nampak hebat namun

anda akan tahu betapa peritnya jiwa bila kena menguruskan sebuah negara dan kadangkala

jasa kita bukan dibalas dengan terima kasih namun dikutuk dan dimakihamun.

Dahulu ketika saya kecil,saya bayangkan kerja seorang pakar sejarah atau arkeologi yang

menyeronokkan.Saya memang meminati bidang sejarah sejak kecil.Saya seorang ulat buku.

Sejak umur 7 tahun lagi saya telah membaca tentang sejarah negara-negara Asia Tenggara.

Habis satu siri ensiklopedia sejarah di perpustakaan sekolah saya 'dihafal' oleh saya.Ketika

di sekolah menengah saya nekad ambil bidang sastera ketika semua kawan-kawan saya

cenderung ambil aliran sains.Saya terpaksa berpisah dengan kawan baik saya yang selalu di

sisi saya sejak dari kecil,demi mengejar impian saya.Aliran sastera sudah menjadi taboo

sebagai aliran yang susah dapat kerja dan membosankan.Namun saya percaya pada diri

saya.Selepas habis SPM,saya terus memohon ke Tingkatan Enam,ketika sebahagian besar

yang lain terus ke matrikulasi,maktab dan universiti.Sekali lagi saya ambil langkah kurang

popular.Anda tahu 'keperitan' di Tingkatan 6?Orang kata kita masih budak sekolah lagi.

Masih campur dengan budak-budak hingusan lagi.Tidak ada class.Masih pakai uniform

sekolah.Tapi saya nekad.Saya gigih belajar dan belajar bersama-sama rakan-rakan di

Tingkatan 6 yang sebahagian besarnya berbangsa Cina.Di sinilah saya belajar bergaul

dengan rakan-rakan Cina.Kami bersama-sama menganjurkan Hari Sukan,Hari Persatuan,

Hari Kantin dan pelbagai lagi.Kami memimpin 'budak-budak sekolah' membuat aktiviti

kemasyarakatan.Ya,memang kami jadi budak sekolah tapi inilah yang menjadikan kami

kental sebagai pemimpin yang lasak.

Tidak hairanlah apabila saya lulus cemerlang dan diterima ke universiti,saya dengan cepat

diterima untuk menerajui pelbagai acara dan persatuan.JIka tidak saya seorang wanita,

mungkin saya sudah menjawat Pengerusi Persatuan Sejarah di universiti saya.Ketika semua

http://mistisfiles.blogspot.com/ (3 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

pelajar di universiti ketika itu tekun mendengar ucapan saya,saya masih teringat peristiwa

saya di boo dengan samseng-samseng sekolah ketika mengajak mereka derma darah.Saya

dilemparkan bungkusan air sirap dan rantai basikal saya dijatuhkan.Saya menangis ketika

itu mengenangkan betapa bodohnya saya bercampur dengan budak-budak sekolah ini dan

degil tidak mahu memohon ke universiti.Namun rakan-rakan Cina saya menenangkan saya

dan seorang dari mereka yang saya panggil Win Cun berbisik kepada saya:

"...jika awak lemah semangat,tiada siapa di dunia ini akan dapat tolong awak..."

Saya kesat airmata.Saya bangkit dan pulang ke rumah dengan seribu semangat.Saya tidak

mengalah malah terus aktif mengadakan pelbagai acara di sekolah.Saya benar-benar jadi

tebal muka.SEgala umpatan dan sindiran saya kesampingkan.Saya tahu,budak-budak tidak

suka saya kerana ketika itu saya seorang yang agak garang.Mereka panggil saya,"Akak Six

Muka Cenge".Perkara paling manis ialah berjaya membawa Pertubuhan Silat Gayong

membuka cawangan di sekolah saya.Dan saya juga berjaya melobi Pejabat Pendidikan

Negeri supaya mengadakan Hari Membaca Peringkat Negeri di sekolah saya.Saya hampir

menangis apabila pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana membantu

sekolah.Namun perkara yang paling saya tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini adalah

satu peristiwa yang aneh,apabila seorang pelajar Tingkatan 4 menyampaikan pesanan

kepada saya supaya berjumpa seseorang di kantin sekolah pada waktu petang.Di kantin

saya lihat ramai orang.Tiba-tiba Win Cun menarik tangan saya ke tengah kantin.Saya hanya

tersenyum,sebab saya tahu memang hari itu hari jadi saya.Mereka telah buat satu majlis

hari jadi khas untuk saya!Tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang bertutup muka dengan kain

hitam datang dengan membawa sebiji kek besar sambil dipimpin oleh pelajar-pelajar

Tingkatan 5.Saya kenal mereka adalah murid-murid Silat.Apabila kek diletakkan di

hadapan saya,mereka membuka tutup kepala pelajar yang membawa kek tadi.Anda tahu

siapa dia?

Dialah yang melemparkan bungkusan air sirap ke muka saya!

"Kak,saya minta maaf pasal kejadian hari tu,waktu itu saya memang bodoh...akak

maafkan saya ye?"

Saya benar-benar terkedu ketika itu.Waktu ini saya benar-benar menangis.Betapa sikap

degil saya tidak mempedulikan segala gangguan dari pelajar itu memberi kesan dihatinya.

Dia telah menyertai pertubuhan silat yang saya usahakan dan ini telah mematangkan sikap

dan personalitinya.

http://mistisfiles.blogspot.com/ (4 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

Apabila saya berada di tempat saya pada hari ini,baru saya sedar betapa sukarnya menjadi

ahli sejarah,lebih-lebih lagi sejarah negara sendiri yang pecah berkeping-keping.Sejarah

yang dijajah,dijarah dan dipalsukan.Apabila saya beritahu tentang kebenaran sejarah,

adakalanya saya dihina dan dicemuh oleh orang yang selesa dengan jatidiri yang diciptakan

penjajah untuknya.

(suasana hening seketika)

S:Wow!Ini boleh bikin filem (Srikandi tersenyum).Apa pun ini satu pengalaman yang

menarik.Baiklah,kita masuk ke dalam perbincangan utama kita,iaitu siri Alter Terahsia

Bangsa Melayu.Apakah inti utama siri ini sebenarnya?Sebab ada yang masih kabur dengan

'puzzle' yang bersimpang-siur di dalam siri ini.

J:Sejarah Melayu Nusantara terpecah kepada dua.Ini yang ingin disampaikan di dalam siri

ini.Pertamanya ialah Proto Mala yang memang sedia ada di Nusantara.Proto Mala ini

memang misteri namun kehadirannya dapat dikesan dalam bahasa Melayu,tulisan Rencong

dan catatan-catatan bangsa purba lain.Siri ATBM yang mendedahkan tentang kaitan bangsa

Phoenicia (Kanaan) dan Mesir Purba dengan budaya Melayu Nusantara adalah kunci kepada

teka-teki ini.Raja Perehu dan isterinya Hati adalah keturunan Proto Mala.Apabila Nabi

Ibrahim a.s tiba ke Nusantara untuk berdakwah,baginda membawa sekali budaya Phoenicia

dan tulisannya sekali.Sebab itu ada tulisan Rencong.Tulisan-tulisan Phoenicia ini digunakan

untuk menuliskan ajaran Ibrahim atau Brahma dalam tradisi Avestan Purba.Dari sini

muncul gaya tulisa Brahmi,yang digunakan untuk menuliskan kitab-kitab Veda.Kemudian

Dravidian (Tamil,Telegu,Malayalam dll) mencedoknya.Kemudian barulah kaum-kaum Asia

Tenggara seperti Burma,Tai dan Khmer mencedoknya.Kita juga ada versi dari Brahmi ini

iaitu Kawi dan Aksara.Nabi Ibrahim telah mengambil seorang puteri dari Nusantara sebagai

http://mistisfiles.blogspot.com/ (5 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

isterinya.Puteri Mayang Mengurai ini punya gelar diraja dan 'ensign' bagi dinasti diraja ini

adalah lambang 'Naga' atau 'Ular Besar'.

Dari perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Puteri Mayang Mengurai (Keturah,panggilan di

Sumeria dan Judah) inilah lahirnya satu ras baru yang lebih bijak dan maju (advance) iaitu

Deutro Mala.

INILAH INTIPATI SIRI ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.

Anda boleh lihat siapa yang mula-mula sekali punya tulisan purba,Melayu Nusantara atau

kaum-kaum India?Rencong adalah setaraf dengan Brahmi dan Phoenicia namun tulisan

Tamil,Devanagari,Khmer dan Tai adalah subBrahmi,iaitu ubahsuai atau dipengaruhi oleh

skrip Brahmi.Bahasa Sanskrit adalah bahasa cedokan dari Avestan yang merupakan bahasa

suci kitab Zend Avesta yang berisikan ajaran Tauhid Nabi Ibrahim.Cyrus The Great (Raja

Koresy,Kurusy) menganut agama Ibrahim yang mentauhidkan Allah s.w.t.Cyrus menganut

agama Zoroester (Zarathustra) yang dibawa oleh seorang nabi yang menyambung risalah

Nabi Ibrahim.Nabi ini telah menentang orang Magus iaitu puak pagan yang menyembah api.

Magus inilah yang membawa agama Majusi.

S:Jadi siapakah Melayu pada hari ini?Adakah orang Jawa itu Melayu?

J:Deutro Mala tiba dari utara semenanjung.Ketika itu Nusantara telah ada Proto Mala.

Indochina ketika itu diduduki oleh Proto Mala.Ketika itu belum wujud lagi orang Tai dan

Dai-Viet.Apatah lagi Siam Sam-sam (Srikandi tersenyum kecil).Yang ada mungkin

sebahagian kecil aborigine Kecinaan seperti Mon atau Pyu.Boleh juga saya katakan bahawa

Deutro Mala itu dahulunya tinggal di Indochina.Jika kita angguk-angguk geleng-geleng

dengan Teori Melayu Berasal dari Palembang/Sumatera,MANA NAK CAMPAK ORANG CHAM?

Orang Cham ini (dahulu menetap di pesisir pantai Vietnam dan sebahagian Kemboja)

http://mistisfiles.blogspot.com/ (6 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

adalah benar-benar rumpun Melayu.Bahasa Cham adalah SATU BENTUK BAHASA MELAYU

PURBA.Anda tahu asal kata 'Orang'?Ini berasal dari kata 'Uran' yang ditemui pada prasasti-

prasasti Cham Kuno.'Uran Utan' sebagai contoh adalah kata Melayu Kuno merujuk kepada

"orang Hutan' dalam bentuk moden.Dari semenanjung barulah Deutro Mala ini bergerak ke

pulau-pulau sekitarnya termasuk Sumatera.Mereka bercampur dengan Proto Mala.Di Tanah

Jawa tidak dinafikan telah ada suku-suku Proto Mala ini.Percampuran Deutro Mala dan

suku-suku Proto Mala di Jawa menghasilkan etnik Jawa pada hari ini.

DEUTRO MALA INILAH MERUPAKAN NENEK MOYANG KEPADA MELAYU MODEN PADA HARI

INI.

Melayu Riau,Deli,Aceh,Kedah,Kelantan,Johor,Perak,Pahang,Terengganu,Bugis dan

sebagainya adalah contoh warisan Deutro Mala yang pekat Kemelayuannya.Di Tanah Jawa

terutama di wilayah tengah agak kurang 'rasa Melayunya' kerana ia adalah percampuran

Deutro Mala dan Proto Mala.Jadi ada percampuran darah di sini.Namun dengan adanya

orang Sunda yang punya budaya bercampur antara Kejawaan dan Kemelayuan,

menunjukkan bukti percampuran Deutro Mala dan Proto Mala di Tanah Jawa.Namun Melayu

semenanjung adalah benar-benar Deutro Mala asli.Sebab itu saya bahagikan kaum-kaum

Nusantara kepada 3 bahagian:

1.Mala-Polinesia:Kaum-kaum Deutro Mala yang terbuka sifatnya dan tinggal di pesisir

pantai.Profesion mereka adalah perdagangan maritim.Mereka banyak tinggal di

semenanjung,Sumatera dan pulau-pulau lain.

2.Mala KeJawaan:Kaum-kaum Nusantara yang bercirikan budaya Kejawaaan dari induk di

Tanah Jawa.

http://mistisfiles.blogspot.com/ (7 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

3.Mala aborigine:Proto Mala yang tertinggal dari arus kemajuan.Mereka masih

mengamalkan carahidup dan kepercayaan lama.Mereka tidak bercampur darah dengan

Deutro Mala dan terasing dari perubahan.Orang Asli,Jakun dan Dayak adalah contoh

aborigine.

Deutro Mala dahulunya tinggal di Indochina.Mereka ada yang sampai ke YUnnan.SEbab itu

ada teori yang mengatakan Melayu berasal dari Yunnan.SEbenarnya bukan Melayu itu dari

Yunnan,tetapi populasi mereka ada yang sampai ke Yunnan (Yunnan terletak di selatan

China dan bersempadan dengan IndoChina).Macam orang Melayu Johor.Kita tahu di

Singapura juga ada Melayu,namun adakah orang Melayu berasal dari Singapura?SElepas

etnik-etnik Cina yang kalah dan dibuli oleh etnik-etnik yang lebih gagah dan menang

perang bergerak beramai-ramai ke selatan,Deutro Mala ini makin terdesak dengan migrasi

yang mendadak ramai ini.Dahulu bukan ada peraturan Pendatang Tanpa Izin.Kaum-kaum

Kecinaan ini mendadak bermigrasi ke Indochina dalam jumlah yang besar akibat dihalau

oleh etnik seperti Han dan Monggol.Akhirnya Deutro Mala ini terdesak berpindah lebih ke

selatan atau ke pulau-pulau sekitar Kepulauan Melayu.

Oleh itu jika kita ingin beritahu anak kita yang bertanya,

"Orang Melayu sudah bina apa,ibu?Orang Mesir ada piramid,kita ada apa?"

http://mistisfiles.blogspot.com/ (8 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

Katakan padanya,orang Melayu dahulu bina Angkor Wat dan Cham Tower.Namun semua itu

sudah berada di dalam wilayah orang lain,dan jadi hakmilik orang lain.Tahukah anda di

satu sudut di dalam Angkor Wat,terdapat ukiran dua orang gadis berpakaian kebaya!

Senibina Angkor Wat adalah senibina warisan Funan.Orang Melayu juga telah bina

Borobudur yang merupakan satu keajaiban.Jika orang Khmer berbangga dengan Bayon dan

Angkor Wat yang punya panel relief yang banyak,di Borobudur lebih banyak panel relief ini

malah seluruh Borobudur itu sendiri semacam satu bangunan galeri yang mempamerkan

lukisan-lukisan!Adakah Borobudur semata-mata dibina oleh orang Jawa?Majapahit?

SALAH SAMA SEKALI!

Borobudur dibina ketika era Srivijaya,jauh sebelum muncul Majapahit.Ketika itu Tanah

Jawa dibawah pengaruh Srivijaya.Borobudur dibina oleh dinasti Sailendra yang berasal dari

Sumatera.Dan istimewanya dinasti ini ada kaitan dengan pengasas kerajaan Angkor,

Jayavarman II.Jayavarman II inilah yang membawa budaya dan senibina Sailendra-Srivijaya

ke Kemboja.NAMPAK TAK DI SINI RAJA-RAJA DI ASIA TENGGARA ADA HUBUNGAN DI

ANTARA SATU SAMA LAIN SEPERTI RAJA-RAJA EROPAH.

http://mistisfiles.blogspot.com/ (9 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

S:Bukankah itu semua adalah kuil HIndu dan Buddha?Nanti ada pihak yang kata Srikandi

mengagungkan sejarah Hindu-Buddha.

J:Ya,namun itu semua adalah hasil karya Bani Jawi sebelum di anugerahkan hidayah Allah.

Kita bukan hendak membincangkan tentang isu agama,namun topiknya di sini adalah

pencapaian dan tamadun orang Nusantara,TIDAK KIRA SEBELUM ISLAM DAN SELEPAS

MENERIMA ISLAM.Ini yang penting.Adakah kerana ia adalah kuil Hindu dan Buddha,maka

kita tidak mengaku ia adalahSENIBINA MELAYU PURBA?FIKIRKAN MENGAPA KUIL-KUIL

FIRAUN DI MESIR TIDAK DIMUSNAHKAN OLEH TENTERA ISLAM YANG MENAKLUK MESIR.

Mengapa Amru bin Al-'Ash,seorang sahabat nabi yang berjaya menakluk Mesir tidak

memusnahkan kuil-kuil Mesir ini?JIka mereka memusnahkan piramid dan segala senibina

Mesir Purba ini,sudah tentu kita tidak akan mengenal siapa Raja Perahu dan Permaisuri

Hati.

Sejarah tetap sejarah,namun bagaimana kita bertindakbalas dengan sejarah itu ADALAH

PERKARA TERPENTING.Daripada binaan-binaan ini kita tahu bahawa kita ada kemampuan

dalam senibina.Namun dari sejarah juga kita tahu bahawa nenek moyang kita mengambil

pilihan yang tepat dalam menerima Islam sebagai cara hidup walaupun ketika itu zaman

Imperialis telah tiba dan kita tidak sempat membangunkan binaan berciri Islam dengan

banyak kerana banyak tenaga dan masa dihabiskan untuk menentang penjajah.

S:Terlanjur bercakap tentang Srivijaya,bolehkah Srikandi terangkan struktur empayar ini

secara ringkas?

http://mistisfiles.blogspot.com/ (10 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

J:Srivijaya ialah sebuah empayar maritim bersifat penguasaan perdagangan.Pelabuhan-

pelabuhan terbaik di sekitar Kepulauan Melayu berada dalam naungan Srivijaya.Setiap

negarakota,pelabuhan dan negeri yang bernaung di bawah Srivijaya bebas memerintah dan

mentadbir wilayah masing-masing.Namun bila-bila masa balatentera Maharaja akan

memantau aktiviti perdagangan di selat Melaka dan sekitar Kepulauan Melayu.Kedah Tua,

Langkasuka,Gangga Negara dan Gelanggi adalah antara wilayah naungan Srivijaya.Konsep

'Federation' dalam Srivijaya berbeza dengan konsep Emperium China terhadap negeri-

negeri naungannya.Maharaja China tidak berhak mengambil kekayaan Melaka contohnya

namun Melaka membenarkan pedagang China berdagang di pelabuhan Melaka.Namun

Maharaja Srivijaya mengenakan cukai ke atas pelabuhan-pelabuhan Nusantara menjadikan

Srivijaya antara empayar terkaya di Timur Jauh.Ini ada dalam catatan pengembara Cina

dan Arab.Malah Empayar Srivijaya pernah menggunakan matawang emas sebagai transaksi

perdagangan.

*Prasasti tulisan Rencong

http://mistisfiles.blogspot.com/ (11 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

S:Sejak bila empayar ini muncul?

J:Srivijaya adalah 'The Lost Empire' yang hanya diketahui oleh masyarakat Nusantara pada

abad ke-20 selepas usaha-usaha penyelidikan dari Barat dan tempatan diusahakan

termasuk perbandingan dengan rekod-rekod China dan Arab.Pendapat yang popular yang

mengatakan empayar ini bermula sejak abad ke-7 adalah kerana lawatan seorang sarjana

dan sami dari China,I-Tsing yang menetap di salah sebuah kota empayar ini untuk

mempelajari bahasa Sanskrit dan agama Buddha.

Seterusnya ditemui juga pada abad ke-9 catatan-catatan pengembara Arab yang melawat

Zabaj (Srivijaya) ketika itu.SEbenarnya empayar ini telah lama wujud jauh sebelum abad

ke-7 Masehi dan di mana para pengkaji masih berselisih pendapat tentang bilakah empayar

ini ditubuhkan.Ada yang mengatakan seawal 3 Masehi dan ada yang berpendapat kerajaan

ini sudah ada sekitar 1 Masehi.Maharaja Srivijaya yang terawal dikenal adalah Dapunta

Hyang Sri Jayanasa,itupun kerana ditemukan namanya pada Prasasti Kedukan Bukit dan

prasasti-prasasti yang lainnya.I-Tsing juga dikatakan menemui maharaja ini.Jika ketika itu

catatan pengembara China ini menunjukkan bahawa Srivijaya adalah satu kerajaan yang

kaya dan makmur maka sudah tentu Srivijaya telah wujud lebih lama dari saat I-Tsing

menjejakkan kaki ke Nusantara.Satu empayar yang sudah mewah dan kukuh seperti itu

sudah tentu telah melalui jangka masa yang lama untuk bangkit.Kewujudan empayar ini

ditimbulkan oleh sarjana Perancis,George Coedès sekitar 1918.Di mana sarjana Belanda

dan Inggeris yang menjajah Nusantara?Adakah mereka benar-benar tidak tahu kewujudan

empayar ini?KITA KENA FAHAM SEBARANG PERKARA YANG MENAIKKAN SEMANGAT,

JATIDIRI DAN IDENTITI AKAN MENYUKARKAN HEGEMONI IMPERIALIS.JIka rakyat Hindia

Timur (nama lama Indonesia ketika era penjajahan) sedar tentang kegemilangan mereka

dahulu maka ini mungkin akan membangkitkan jatidiri dan semangat nasionalis mereka.

Jadi sebenarnya kewujudan empayar ini telah lama diketahui oleh pihak Belanda namun

sengaja disenyapkan.Baca catatan seorang sarjana Belanda yang ikut bersama-sama

tentera Belanda yang menyerang istana Raja Lombok,di mana tentera Belanda dikatakan

telah membakar perpustakaan istana yang menyimpan rekod-rekod penting sejarah

Nusantara.Manuskrip-manuskrip daun lontar yang jumlahnya mencapai ratusan musnah

begitu sahaja.Antara yang sempat diselamatkan ialah Negarakertagama,yang menceritakan

tentang Hayam Wuruk dan Majapahit.Itupun telah disimpan Belanda sehinggalah pada

tahun 1973,naskhah asli kitab ini diserahkan kepada kerajaan Indonesia ketika kunjungan

http://mistisfiles.blogspot.com/ (12 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

ratu Belanda,Juliana Louise Marie Wilhelmina van Oranje-Nassau.Adakah isi perpustakaan

Raja Lombok Cakranegara telah terbakar habis?TIDAK SAMA SEKALI.

SEBENARNYA PIHAK BELANDA TELAH MENGANGKUT SEJUMLAH BESAR KHAZANAH

MANUSKRIP NUSANTARA SEPANJANG PENJAJAHAN MEREKA DAN KINI TERSIMPAN KEMAS

DI UNVERSITI LEIDEN DAN LAIN-LAIN.

Kisah rompakan khazanah manuskrip berharga ini sama seperti kisah kapal The Fame yang

belayar ke England sambil membawa beribu-ribu khazanah kitab,manuskrip,surat dan skrol.

Kapal ini kononnya terbakar di tengah pelayaran padahal sebenarnya khazanah kita

selamat sampai di bumi Eropah.Apabila satu universiti di sana mengadakan pemeran surat-

surat Melayu,alangkah terkejutnya kita dari mana mereka mendapat semua manuskrip dan

surat-surat Melayu ini.Saya sendiri telah menghadiri pameran ini sekitar 90-an dahulu dan

hampir menitiskan airmata membaca bait-bait surat cinta seorang jejaka kepada kekasih

hatinya yang ditulis lebih kurang 300 tahun yang silam.Betapa halusnya bahasa orang

Melayu dahulu,betapa tingginya seni dan sastera mereka.

S:Jadi pada pandangan Srikandi,bilakah wujudnya Srivijaya?

J:Empayar ini telah wujud sekitar ratusan tahun sebelum Masehi,secara peringkat demi

peringkat.Bermula dari sebuah negarakota kecil,mereka telah menakluk sedikit demi

sedikit Nusantara.Pada awalnya pemerintahan mereka berpusat di semenanjung,kemudian

berpindah ke Sumatera,kerana mudah mengawal selat Melaka.Ketika I-Tsing sampai ke

kota Srivijaya,empayar ini telah berpusat di Sungai Musi berdekatan Bukit Siguntang.Ingat

lagi perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun?Demang Lebar Daun inilah antara

maharaja Melayu Srivijaya yang tersembunyi dalam sejarah.

http://mistisfiles.blogspot.com/ (13 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

S:Menarik,Demang Lebar Daun adalah watak yang misteri dalam Sejarah Melayu.Berkenaan

Sungai Musi dan Sumatera,ada teori yang mengatakan orang Melayu berasal dari Sumatera.

Apa pandangan Srikandi?

J:(Srikandi tersenyum kecil,dan melemparkan pandangan ke arah pantai Caribbean)Tidak

sudah-sudah dengan teori yang kurang berpelajaran.Anda tahu apa tujuan orang-orang

kurang cerdik ini buat teori-teori mengarut ini?TUJUANNYA SUPAYA UNTUK

MENGATAKAN BAHAWA ORANG MELAYU BUKAN PENDUDUK ASAL SEMENANJUNG.

Setengahnya mereka-reka bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan,yang lain mengatakan

dari Taiwan dan yang lain pula mengatakan dari Sumatera pula.Yang mana satu betul ini?

JIka anak-anak Melayu angguk-angguk geleng-geleng dengan semua teori dungu ini saya

tidak hairan satu hari nanti mereka mungkin mengatakan bahawa orang Melayu berasal

dari sukukaum alien dari Planet Zargus (Srikandi ketawa kecil).

Orang Melayu telah lama menetap di semenanjung,malah dahulu sempadan populasi

Melayu sampai ke Indochina.Lama sebelum kerajaan Majapahit muncul,telah ada kerajaan

Funan dan Champa.Ini adalah benar-benar kerajaan yang didirikan oleh rumpun Melayu.

Siapa orang Aceh?Mereka adalah keturunan Champa yang bermigrasi dari tempat asal

mereka akibat perluasan kuasa oleh raja-raja Dai-Viet.Bayangkan dari Vietnam mereka

berlayar sehingga ke Sumatera.JADI SEKALI LAGI,ORANG CHAM TELAH MENYELAMATKAN

KITA.Perpindahan orang Cham ke Sumatera adalah bukti bahawa orang Melayu telah sedia

ada di tanah besar.Sukukaum-sukukaum Kemelayuan memang dari ras yang terbuka,cepat

mesra dan berdiri di atas interaksi bersifat antarabangsa.SEbab itu mereka cepat membina

empayar jauh terlalu lama sebelum giliran sukukaum Jawa di Tanah Jawa membina

empayar kebanggaan mereka,Majapahit.Raja-raja Majapahit itu sendiri bukanlah semuanya

berdarah Jawa asli.

S:Apa maksud anda?

J:Mari kita belajar sejarah Majapahit.Ketepikan sikap dungu sesetengah orang seberang

yang buta sejarah.Saya akan bukakan rahsia sebenar BUAH MAJA YANG PAHIT.Hanya waris

berdarah BUAH MAJA YANG PAHIT tahu rahsia keturunan mereka.Pengasas Majapahit,

Raden Wijaya adalah anak kepada Rakeyan Jayadarma dan Dyah Lembu Tal.Rakeyan

Jayadarma adalah anak kepada pemerintah kerajaan Sunda Galuh manakala ibunya,Lembu

Tal adalah berdarah kerabat Singhasari.Jadi dari sini kita tahu bahawa Raden Wijaya

adalah berdarah campuran Sunda-Jawa.Raden Wijaya mempunyai 5 orang isteri di mana

http://mistisfiles.blogspot.com/ (14 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

empat darinya adalah puteri Kertanagara,raja terakhir dinasti Singhasari yang dibunuh

oleh Jayakatwang,seorang gabenor sebuah wilayah naungan Singhasari yang memberontak.

Saya tidak mahu sentuh 4 orang isteri berdarah kerabat diraja Singhasari ini,saya mahu

sentuh tentang seorang lagi isteri Raden Wijaya,kerana dia adalah satu-satunya isteri

pengasas Majapahit itu yang MELAHIRKAN ANAK LELAKI.

Dia bernama Dara Petak.Anda tahu siapa Dara Petak ini?Dia adalah puteri kepada Srimat

Tribhuwanaraja Mauliawarmadewa,raja kerajaan Dharmasraya,penyambung dinasti

kerabat Srivijaya yang masih tinggal setelah empayar Srivijaya berpecah.Dara Petak adalah

berdarah Melayu dinasti Malayu Dharmasraya,tinggalan Srivijaya.Ketika kunjungan hormat

Singhasari ke Dharmasraya,rombongan Kertanagara telah menghadiahkan Arca Amoghapasa,

satu arca seni yang dibuat khas sebagai persefahaman diplomatik.Ekspedisi ini sering

digelar sebagai Pamalayu dan disalahtafsir sebagai 'Perang ke atas Malayu'.Ini adalah

tafsiran yang kurang tepat kerana bagaimana Kertanagara boleh menghantar satu arca

yang tinggi seninya dalam masa mahu berperang?SEBENARNYA KERTANAGARA MAHU

MENYATUKAN KERAJAAN-KERAJAAN SUMATERA BERSAMA SAMA MEREKA MENGHADAPI

SERANGAN MONGGOL YUAN.Tanpa sokongan balatentera dari kerajaan-kerajaan

Nusantara lain,susahlah Singhasari mahu menghadapi tentera Monggol yang terkenal amat

ganas.

SEbagai balasan,raja Malayu Dharmasraya telah menghantar dua orang puterinya,Dara

Jingga dan Dara Petak untuk dijadikan sebahagian keluarga kerabat diraja Singhasari untuk

mengeratkan hubungan baik antara dua kerajaan.Dara Petak berkahwin dengan Raden

Wijaya,menantu Kertanagara yang kemudiannya mengasaskan Majapahit.Dari perut Dara

Petak,lahirlah satu-satunya zuriat lelaki Raden Wijaya,iaitu Jayanagara dan dia inilah

maharaja kedua Majapahit setelah ayahnya meninggal dunia.Jadi maharaja kedua

Majapahit ialah dari keturunan Melayu-Jawa.Dara Jingga pula berkahwin dengan seorang

pendeta yang dihormati.Dari perkahwinan ini lahir Adityawarman yang kemudiannya

menjadi jeneral perang Majapahit dan kemudiannya menubuhkan kerajaan Pagar Ruyung

http://mistisfiles.blogspot.com/ (15 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

atau nama lamanya Malayapura (Kota Melayu).Dalam sejarah Bali pula,seorang anak Dara

Jingga ini menurunkan keturunan raja-raja Tabanan dan Badung.Hmm...seorang keturunan

Melayu-Jawa menjadi asal-usul raja-raja Bali.SEbab itu orang Melayu dan Jawa berkongsi

budaya dan langgam bahasa kerana dahulu nenek moyang kita berhubungan di antara satu-

sama lain,bukan hanya duduk di kampung bagai katak di bawah tempurung.Jadi kalau

darah Melayu sudah ada pada raja-raja Bali,adakah mereka tidak ada kena mengena

dengan keris Bali,silat,batik dan tariannya sekali?Ini bukan rakyat biasa,ini keturunan raja-

raja.

S:Menarik sungguh cerita raja-raja Nusantara dahulukala ya!Nampaknya mereka ini

mengamalkan perkahwinan campur untuk menghasilkan ras diraja yang unik dan terbaik.

J:Ya,kita tidak boleh menyebutkan sejarah Majapahit tanpa menyebutkan peranan

Sumatera,kerana tanpa Sumatera,orang-orang di Tanah Jawa tidak mampu membina

empayar.Raden Wijaya berdarah Sunda-Jawa dan anak lelakinya berdarah Melayu-Sunda-

Jawa.Sepupu Jayanagara,Adityawarman (dari sebelah Dara Jingga) adalah jeneral perang

Majapahit dan bersama-sama Gajah Mada menawan wilayah-wilayah seperti Madura,Bali

dan juga Sumatera.Perkahwinan campur begini menghasilkan keturunan yang bijak pandai.

Mereka pandai berdiplomasi dan berinteraksi antara sesama etnik Nusantara jadi ini

memudahkan mereka membina empayar kekuasaan.Jika raja-raja Nusantara ini bersikap

dungu seperti bapak-bapak Indonan yang masih hingusan dengan sikap berpecahbelah

sesama rumpun Nusantara,nyawa Srivijaya dan Majapahit tidak akan lama memerintah.

Mungkin 4-5 tahun terus jatuh kerana tidak bersatu-padu.Ada yang mahu berperang

dengan saudara serumpun mereka dari Malaysia semata-mata berebutkan kain batik dan

tarian padahal Cina Singapura yang acapkali menipu bapak Indonan ini dengan mencuri air

dan 'mengancam' Indonesia tidak pula sibuk-sibuk mahu mengacu-ngacukan buluh runcing

kepada Singapura.Takut?Takut dengan kuasa militer Singapura?MANA DIA JIWA BERANI

http://mistisfiles.blogspot.com/ (16 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

GAJAH MADA DAN KERTANAGARA DALAM JIWA-JIWA PAK INDONAN INI?Kertanagara sanggup

menghantar arca sebagai tanda persefahaman dengan Dharmasraya dalam menghadapi

Monggol,namun bapak Indonan tidak mahu bersatu dengan kita untuk menghadapi

ancaman tersembunyi Singapura.Saya pernah membaca satu artikel seorang wartawan

Indonesia yang menganalisis hubungan antara Singapura dan Indonesia.Alangkah sedihnya

saya betapa negara sebesar Indonesia mampu diperkotak-katikkan oleh negara sekecil

Singapura.Bapak Indonan lebih suka melompat-lompat terkinja-kinja memegang buluh

runcing sambil menjerit "ganyang Malaysia" saudara serumpun,sebudaya,sebahasa dan

seagama dengan mereka dari mengambil tahu betapa Indonesia dibuli oleh Singapura

secara senyap.

Orang Singapura yang mencipta video Tarian Pendet,bapak Indonan pula menari tarian

Buluh Runcing secara tiba-tiba bagai dirasuk hantu Belanda.Begitu pelik penyakit mereka

yang termakan racun Belanda.Padahal jika Indonesia dan Malaysia bersatu,mereka akan

kembali menjadi harimau-harimau ekonomi sepertimana era Suharto-Mahathir dahulu.

Zionis Singapura campak racun di tanah,pak Indonan berebut-rebut menjilat racun itu

sambil terkinja-kinja mahu ganyang Malaysia.Bila orang Malaysia dan Indonesia bergaduh

berebut baju dan tarian,yang bertepuk tangan adalah Zionis Singapura.

Sedih sungguh mendengar kedua-dua rumpun ini berebut tarian dan baju batik,namun

sejuk mata saya apabila melihat Presiden Indonesia mengadakan kunjungan hormat ke

Malaysia dan bertemu dengan Sultan Mizan.Kedua-dua mereka beramah mesra dengan

masing-masing memakai songkok.

S:Ini ada soalan yang agak sensitif bagi sesetengah orang.Apabila membaca artikel 'Dilema

Melayu dan Siam',nampaknya Srikandi menyerang habis-habisan Anai-anai.Apa sebenarnya

yang berlaku?

J:(Srikandi tersenyum sambil mencebikkan bibir)

Saya hanya mengusik Anai-anai sahaja.Namun di hati kecil saya,saya tetap menghormati

beliau lebih-lebih lagi Nai Long Kassim yang usianya sekitar usia bapa saya.Saya tiada

masalah dengan teori salasilah Ayutthaya beliau namun saya terpanggil untuk tampil

menjawab kekeliruan beliau yang di tahap kronik apabila merapu-rapu tentang asal-usul

Melayu.Teori Anai-anai mengatakan bahawa orang Melayu itu berasal dari Xian,di tengah

China!Ini amat melucukan dan benar-benar menggeletek kedua buah pinggang saya

(Srikandi ketawa kecil) SEbenarnya lagi jauh Anai-anai merapu dengan teori Melayunya,lagi

seronok saya mengusiknya.INI KERANA KELEMAHANNYA MULA MUNCUL APABILA

http://mistisfiles.blogspot.com/ (17 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

MEMBINCANGKAN ASAL-USUL MELAYU DALAM KERANGKA TEMPURUNG SIAM

CIPTAANNYA.JIka Anai-anai tidak memandai-mandai merapu pasal Melayu,teorinya boleh

jadi benar.Ini kerana ramai orang tahu sejarah raja-raja Thai yang banyak palsu dan

menyeleweng.

S:Tetapi beliau mengemukakan peta-peta lama dan kitab Undang-undang Kedah (UUK).

J:Peta-peta tidak berguna itu?Useless!Peta itupun dilukis oleh orang Eropah.Orang Perancis

yang melukis Peta Siam tahun 1730 itu menyangka kerajaan Ayutthaya amat besar.Ini

kerana mereka melukis peta itu selepas melawat Ayutthaya.Bagaimana dengan peta

semenanjung Melaka itu?Pelukisnya yang kemungkinan pengembara Portugis melukiskan

peta itu apabila melawat Melaka dan menganggap seluruh semenanjung di bawah

kekuasaan Melaka.Saya sudah tegaskan bahawa terma 'Siam' hanya muncul ketika era

Ayutthaya.SEbelum era itu kita masih kabur dengan status orang Siam ini,mungkin

kelompok-kelompok etnik-etnik Kecinaan yang menjadi pendatang di Indochina

sepertimana orang Tai.Anai-anai dengan angkuhnya mengatakan Melayu itu di bawah

rumpun Siam.Saya ingin bertanya sekali lagi,WUJUDKAH RUMPUN SIAM INI?Apa kata bapak

Indonan pula?Adakah bapak Indonan bersedia untuk mengaku Siam? (Srikandi ketawa sinis).

http://mistisfiles.blogspot.com/ (18 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

S:Bagaimana dengan UUK?Cerita tentang adat Siam ada disebut dalam kitab itu.

J:Itu hanya silap faham Anai-anai mentafsir UUK.Anai-anai mendakwa raja-raja Melayu

beradatkan raja-raja Siam,atau dengan kata lain mencedok budaya Siam.Ini adalah

tafsiran yang dangkal dan bersifat komik Naruto.Saya petik ayat dalam UUK itu di

mukasurat 36:

"Fasal pada menyatakan adat raja-raja yang besar yang dahulu-dahulu itu jika bergelar

Paduka Seri Perdana Menteri Mangkubumi.Demikianlah zaman raja-raja dahulu.Pada adat

raja-raja di benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan"

Anai-anai terkeliru apabila menyangka adat raja-raja Melayu berasal dari adat raja-raja

Siam apabila membaca sepintas lalu perenggan ini.Nampaknya Anai-anai gagal memahami

laras Bahasa Melayu Klasik.Ayat ini menjelaskan tentang adat raja-raja jika membawa

gelaran Paduka Seri Perdana Menteri Mangkubumi.Selepas itu diterangkan bahawa DI

NEGERI SIAM,PROTOKOL INI DIGELAR SEBAGAI CAU PHAYA KERSAN MENGIKUT BAHASA

SIAM.

Ini sama seperti jika saya bagi contoh:

"Ini adalah fasal yang menyatakan undang-undang Larangan Merokok.Demikianlah pada

zaman itu.Pada tradisi undang-undang di sebelah negara-negara Barat pula undang-

undang ini dipanggil Smoking Ban dalam bahasa Inggeris"

Maksud saya perenggan ini menerangkan protokol yang sama namun dipanggil dengan

bahasa berbeza.Itu sahaja.Mana datangnya teori mengarut pula adat Melayu berasal dari

adat Siam berdasarkan perenggan ini.

http://mistisfiles.blogspot.com/ (19 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

Selepas itu penyakit Sam-samnya semakin tenat apabila mendakwa dia langsung tidak

menemui kata 'Melayu' dalam UUK.Saya petik dakwaaannya dalam artikel Renungan terbit

pada April 2008 di ruangan komen:

"Kalau serumpun, disatukan, rumpun Siamlah kita ini sebab raja-raja daerah kita

mengamalkan adat istiadat raja siam. Hari ini raja daerah dah jadi Sultan negeri.

Perkataan ‘Melayu’ ini saya belum jumpa lagi dalam Undang-Undang Kedah walau pun ia

bahasa pengantar Undang –Undang kedah. Kebaikkan tu banyak lah, antaranya

menjelaskan semula sejarah kita. Saya mengaku saya dari rumpun siam. Ramai penduduk

dari kedah ini adalah dari rumpun Siam dan mengaku bahawa datuk dan nenek mereka

dahulu boleh bertutur dalam bahasa Siam, bukan bahasa thai. Ada yang berasal dari

Patani, Yala, Phuket(nama lamanya, Hujung Salang) dan Trang. Di sebelah Yan pula,

mereka dari rumpun Acheh seperti Datuk Sanusi Junid, pembaca berita TV3 Yushanani

Yushak berasal dari Yan, Kedah. Sementara itu, kenalan saya dari Selangor, ramai dari

rumpun Jawa. Namun begitu,bagi kami bekas ikatan utamanya, Siam dan bukannya melayu"

Perhatikan pada bahagian yang mengatakan dia belum jumpa lagi perkataan 'Melayu' di

UUK.Ini pembohongan atau lawak jenaka ditahap komik Ujang dan Apo.Padahal pada

mukasurat yang sama di UUK ada menyebut kata 'bahasa Melayu'.Saya petik perenggan

seterusnya:

"Maka pada zaman raja Johor keturunan daripada anak cucu Sultan Iskandar itu diubah

pula digelar mangkubumi itu Paduka Seri Maharaja.Maka pada bahasa Melayu bendahara

itu panglima negeri..."

Di mukasurat yang sama,selepas perenggan adat Siam,diikuti pula perkataan 'Melayu'.Jadi

http://mistisfiles.blogspot.com/ (20 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

apa yang menyebabkan Anai-anai begitu mamai sampai tidak perasan perkataan 'bahasa

Melayu' ini?

S:Agak menghairankan penulisan blogsejarahnagarakedah ini.Apa tujuan Anai-anai

sebenarnya?

J:Jangan tanya saya pasal tujuan dia menulis blog itu,tapi jika anda bertanya mengapa

Anai-anai meleret-leret sampai ke asal-usul Melayu,saya boleh jawab,SEBENARNYA ANAI-

ANAI INGIN MENSIAMKAN SEMUA ORANG MELAYU.JIka semua orang Melayu merasakan

mereka berasal dari orang Siam maka secara tidak langsung orang Melayu akan tertunduk-

tunduk,tertabik-tabik dan merendahkan kepala di hadapan Anai-anai.Orang Melayu akan

dipaksa secara halus untuk memanggil Anai-anai sebagai 'Yang Mulia Anai-anai'.Anai-anai

adalah keturunan raja-raja Siam Ayutthaya yang menjajah Melayu.Jadi orang Melayu hari

ini kena tunduk hormat dengan keturunan Anai-anai kerana orang Melayu hanya salah satu

sukukaum dalam rumpun Siam.Rumpun Siam ini termasuk orang Jawa,Sunda,BUgis,Minang,

Aceh dan sebagainya.Maka Anai-anai berhak menuntut takhta kerajaan Malaysia dan

Indonesia kerana katanya Ayutthaya dahulu menguasai seluruh Nusantara.Tiada Majapahit

dan Srivijaya.Semuanya khayalan.Yang benar ialah Siam Ayutthaya Traikolanat Wat Pat Pat

Sikulipatsiapacepatdiadapat.Orang Melayu hanya mencedok budaya Siam Sam-sam ini.

Orang Melayu adalah pendatang dari Xian.Kemudian orang Melayu jadi rakyat bawahan

Siam Ayutthaya.Kemudian orang Melayu berkerjasama dengan Tai dan Inggeris

menjahanamkan orang Siam ini sehingga hilang takhta dan wilayah.Orang Melayu perampas

takhta raja-raja Siam ini.Inilah cerita Dragonball versi Siam di bawah arahan Anai-anai.

Menarik kan?

S:Jadi yang manakah betul rumpun Melayu atau rumpun Siam?

J:Untuk mengetahui yang mana betul,kita lihat apakah bahasa yang benar-benar berkuasa

http://mistisfiles.blogspot.com/ (21 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

menjadi bahasa penyatuan Nusantara.Adakah anda dan saya ini sekarang bercakap bahasa

Siam Ayutthaya?Raja-raja Melayu juga pernah diburu,dijatuhkan dari takhta atau ditakluk.

Namun bahasanya tetap menjadi lingua franca Nusantara,bukti kerajaannya pernah

menjadi empayar.Raja-raja Ayutthaya juga diburu namun siapa yang mahu bercakap

bahasa Siam?Raja-raja Ayutthaya ini sendiri mengharapkan orang-orang Melayu membantu

mereka dari kejaran askar Thai.Jadi akhirnya mereka terpaksa belajar bahasa Melayu dan

menjadi orang Melayu.JIka Ayutthaya pernah menjadi empayar,sekurang-kurangnya

bahasanya tetap kuat sampai ke hari ini.Sepertimana negara-negara Amerika Latin seperti

Mexico dan Brazil yang masih berbekas bahasa Sepanyol di sana kesan penjajahan.Mesir

kini berbahasa Arab padahal sebelum menerima budaya Arab-Islam,orang Mesir ada bahasa

dan tulisan sendiri.Negara-negara Timur Tengah majoriti berbahasa Arab hasil perluasan

empayar-empayar Arab-Islam.Mengapa bahasa Inggeris begitu penting berbanding bahasa

Perancis pada hari ini?Ini kerana perluasan empayar imperialis British.Jadi ini adalah kesan

sosio-politik yang biasa.Bahasa Melayu senang diterima sebagai bahasa penyatuan kerana

ia adalah bahasa standard yang digunakan oleh empayar-empayar Nusantara,terutamanya

DISEBARKAN KETIKA PEMERINTAHAN EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA.

Sejarah Melayu ada di Tanah Jawa,apatah lagi di Sumatera.Sehingga pulau Bali sendiri pun

berajakan darah Melayu.Anda tahu,tanpa bantuan cucu Raja Malayu Dharmasraya,Gajah

Mada pun tidak mampu menakluk Bali.Jadi pada awal pembentukan Majapahit,orang

Melayu dan Jawa bekerjasama membina empayar Nusantara.Sejarah Melayu juga ada di

Kalimantan dan Borneo.Adakah Brunei itu kerajaan Batak Karo atau Jawa atau Siam Sam-

sam?SEjarah Melayu ada di Thailand,Kemboja dan Vietnam.SEJARAH MELAYU ADA DI

MANA-MANA SAHAJA DI ASIA TENGGARA.

JIka benar Ayutthaya menjadi 'federation',raja-raja Ayutthaya mesti berdarahkan Melayu.

BUkan semata-mata Siam.Kita tidak pasti,adakah orang Siam Kedah ini berdarah campuran

Melayu-Mon,Melayu-Thai atau Melayu-Khmer.Ini kerana nama 'Siam' itu adalah panggilan

umum kepada sukukaum-sukukaum utara semenanjung,ringkasnya Indochina.Hari ini orang

Thai dan Siam Ayutthaya ini berebutkan nama Siam ini.Nampaknya sekarang siapa yang

terlalu panik mencari identiti?ORANG MELAYU TETAP DENGAN KEMELAYUANNYA.Dan nama

Melayu itu sendiri berjaya kekal sebagai inti dalam nama sebuah negara.Mungkin benar

sumpah Hang Tuah,"Tidak Melayu Hilang Di Dunia".

Adakah hari ini ada negara bernama Siam?Adakah negara bernama Jawanesia,Sundanesia,

Bugisesia atau sebagainya?Namun nama Melayu tersembunyi dalam nama sebuah negara.Ini

bukan masalah adakah orang Melayu lebih hebat dari yang lain tetapi BUDAYA

http://mistisfiles.blogspot.com/ (22 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

KEMELAYUANLAH YANG PALING KUAT SEHINGGA MEMPENGARUHI BUDAYA ETNIK-ETNIK

NUSANTARA.JIka orang Jawa hanya duduk diam di dalam pulau Jawa tanpa berinteraksi

dengan orang Sumatera dan semenanjung,mungkin mereka hari ini hanya menjadi seperti

kaum Batak atau Toraja sahaja.Siapa yang bina Borobudur yang hebat itu?Siapa bina

Prambanan?Rakai Pikatan dari dinasti Sanjaya?Siapa permaisuri hati raja Sanjaya Mataram

itu?Rakai Pikatan yang dikatakan membina Prambanan berkahwin dengan anak perempuan

Samaratungga,MAHARAJA SRIVIJAYA.

Moralnya sekarang,kita berkongsi budaya yang sama kerana raja-raja Nusantara

bercampurgaul antara satu sama lain.Melayu kawin Jawa,Jawa kawin Sunda,Sunda kawin

Melayu dan seterusnya.Raja-raja ini memilih berkahwin dengan putera-puteri luar adalah

bertujuan menghasilkan baka keturunan yang bijak pandai.

S:Jadi adakah benar-benar ada sukukaum Melayu?

J:Dimana sukukaum Melayu itu tinggal?Orang Sunda tanahairnya di barat Jawa.Orang

Madura di timur Jawa.Orang Jawa di tengah Jawa.Orang Bugis di Kalimantan,Sulawesi dan

Makasar.Orang Siam,Tai,Khmer dan lain-lain sejarahnya hanya seputar di Indochina.Namun

di manakah Melayu itu jika benar-benar ada sukukaum Melayu?Jika saya katakan memang

ada sukukaum Melayu,maka ini bermakna tanahair sukukaum Melayu ini ADALAH

MENCAKUPI SEMENANJUNG,SUMATERA DAN BORNEO.Luas bukan?Sebab itu saya

bahagikan rumpun Bani Jawi kepada dua subkategori;Kemelayuan dan Kejawaan (tidak

termasuk Proto Mala yang aborigine).Ini adalah Deutro Mala yang membentuk orang Melayu

dan orang Jawa pada hari ini.ORANG MELAYU DAN JAWA IBARAT DUA SAUDARA DARI

SATU INDUK.

Bukti kepada sejarah Kemelayuan yang agung adalah bahasa Melayu.Mengapa bahasa ini

tetap wujud dan menjadi bahasa persatuan Nusantara?Sebab-sebab politik dan sosial sudah

saya terangkan namun sebenarnya terdapat satu rahsia lain.

S:Apa dia?

http://mistisfiles.blogspot.com/ (23 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

J:SEBAB DARAH DIRAJA EMPAYAR SRIVIJAYA MASIH MENGALIR SEHINGGA KE HARI INI.

Warisan dari maharaja Srivijaya ini adalah Kesultanan Johor,Pahang dan Perak.Kita tahu

bahawa salah seorang keturunan Srivijaya ini telah membina kerajaan di Temasik

(Singapura) selepas diancam oleh Majapahit yang mula meluaskan kuasanya.Pernah dengar

nama Sang Nila Utama?Makamnya masih ada di Fort Canning,Singapura.Kemudian salah

seorang keturunannya iaitu Paduka Sri Maharaja (terkenal dengan panggilan Parameswara)

telah berpindah ke Melaka,membina kerajaan.Kita tahu cerita selepas itu.Setelah

kejatuhan Melaka,warisan Kesultanan Melaka masih berlangsung di Pahang (Kesultanan

Pahang berasal dari keturunan raja Melaka dan Bendarahara),di Perak (Tengku Muzaffar

Syah) dan Johor (Tengku Alauddin Syah).Jika diambilkira darah keturunan Srivijaya ini yang

masih menjadi raja-raja,usia dinasti Srivijaya berusia lebih 1400 tahun!

S:Sungguh menarik bila kita menyusuri sejarah Nusantara ya!

J:Sebab itu kita kena belajar sejarah kita sendiri,kalau tidak akan terjadi perpecahan

akibat salah faham.Kita berperang dengan orang lain padahal rupa-rupanya orang yang kita

perangi adalah adik-beradik kita sendiri.Sejarah juga berperanan sebagai pemangkin

motivasi.Satu-satunya negara yang mengabaikan sejarah ketika semua negara

menumpukan kepada pembangunan sejarah walaupun semiskin Kemboja dan Burma adalah

negara kita.Sungguh sedih melihat cara ahli sejarah kita membuat kesimpulan sejarah.

Mesti mahu mengaitkan budaya kita datang dari luar.Bila dijumpai ada aborigine Taiwan

berbahasa rumpun Melayu,cepat-cepat terhegeh-hegeh menjilat buntut orang Barat

dengan mendakwa orang Melayu berasal dari Taiwan.Bila dijumpai ciri-ciri rumpun Melayu

di Yunnan,tiba-tiba jadi separuh gila mengatakan Melayu berasal dari Yunnan pula.Ketika

ahli sejarah pemalas kita sibuk mengaitkan asal-usul orang Melayu dari pelbagai arah,para

pengkaji Barat sedang sibuk mengkaji adakah orang Melayu ini warisan dari benua Lemuria

atau Mu yang tenggelam.Menarik kan?KITA SEBENARNYA MEMANG DARI DULU BERADA DI

SINI,DI SINI,DAN DI SINI.BUKAN DARI MANA-MANA.

http://mistisfiles.blogspot.com/ (24 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

S:Terlanjur menyebut tentang Mu,boleh Srikandi cerita sedikit tentang darah naga?

J:(Srikandi tersenyum aneh)Awak nak pancing saya ya?Saya sudah katakan rahsia darah

naga ini amat merbahaya kerana sedikit saya dedahkan,ramai pula mendapat bisa tulahnya

sehingga demam kekeliruan (Srikandi tersenyum aneh lagi).Saya bukakan sedikit rahsia.

Jika anda mahu mengetahui rahsia Darah Naga ini,anda kena dekodkan tulisan-tulisan

hiroglif di makam Hatshepsut di Luxor,Mesir.DI SANA TERSEMBUNYI RAHSIA RAJA PERAHU

DAN PERMAISURI HATI,pemerintah Punt.Saya ada draf hasil terjemahan tulisan ini dari

Egyptologist di sana.Mereka tidak memahami sebahagian istilah dalam relief itu,TETAPI

MALANGNYA SAYA TAHU SEBAHAGIAN PERKATAAN ITU BERSEKALI DENGAN RAHSIA

PEREHU DAN HATI INI.

(Srikandi merenung tajam,dengan senyuman aneh)

S:Teruskan...

http://mistisfiles.blogspot.com/ (25 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

J:Cukup!Biarlah saya simpan dahulu rahsia ini.Biarlah rahsia,kata Siti Nurhaliza.

Siapa yang mahu mendekodkan semua manuskip dahulukala kena kuat dalam pengetahuan

sejarah.Misalnya Hikayat Merong Mahawangsa.Ada kisah kapal putera Rom di serang

garuda.Lucunya ada orang yang percaya ia benar-benar burung garuda yang besar itu.Salah

seorangnya ialah geng Anai-anai.SALAH SAMA SEKALI.Perlambangan 'garuda' adalah

merujuk kepada Empayar Srivijaya.Ketika itu Srivijaya adalah tuan punya SElat Melaka.

Siapa yang mahu lalu di selat ini mesti dipantau oleh kapal-kapal peronda Srivijaya.Tidak

dinafikan terdapat lanun-lanun di selat ini,dan lanun-lanun ini mempunyai hubungan

dengan Srivijaya.Ini samalah seperti Kerajaan British yang mengupah privateer mereka

sebagai lanun-lanun untuk merompak kapal-kapal Sepanyol di Atlantik dan Caribbean.

Antara warisan Srivijaya yang tertinggal dalam budaya masyarakat Asia Tenggara adalah

lambang garuda.Lambang ini adalah lambang Srivichai dan diambil oleh kerajaan Khmer

sebagai seni mereka,kemudian dicedok oleh Tai ketika serangan raja Tai ke ibukota Khmer

menyaksikan pemindahan segala budaya Khmer ke istana raja Thai.Catatan sejarah

menyaksikan bahawa raja Tai mengangkut beratus-ratus penari,tukang ukir dan seniman

Khmer ke ibukota mereka sekaligus menyerap segala budaya,tulisan dan kostum Khmer ke

budaya Tai yang baru bertapak di Indochina.Tai juga mencedok budaya negeri-negeri

Melayu Kuno di selatan Indochina seperti Ligor dan Sri Dharmaraja.Gabungan dari semua

budaya cedokan ini lahirlah bangsa Thai sekarang.

Di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal misalnya terdapat nama Raja Bedurai Putih.Di dalam

Hikayat Anggun Cik Tunggal,Raja Bedurai Putih dari Negeri Tambang Papan itu sebenarnya

perlambangan dari raja Portugis,gabenor atau wakil raja atau sekurang-kurangnya raja

dari sebuah negeri di Eropah.'Bedurai' adalah kata 'viceroy' yang dimelayukan atau dalam

versi lain menjadi 'wizurai'.Anda boleh nampak sekarang,untuk memahami hikayat-hikayat

Melayu,kita kena kuat asas kronologi sejarah.Jika tidak kod-kod dalam hikayat-hikayat ini

tidak dapat dipecahkan.Samalah seperti untuk memahami rahsia tradisi Darah Naga dan

'Pisau Ular'.

http://mistisfiles.blogspot.com/ (26 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

S:Bercakap mengenai Khmer,Srikandi ada menyentuh mengenai pengasas Angkor atau

Empayar Khmer iaitu Jayavarman II di dalam salah satu siri ATBM.Siapakah beliau

sebenarnya?

J:Saya cenderung mengatakan beliau ialah gabenor atau mempunyai hubungan darah

dengan dinasti Sailendra.Dinasti Sailendra ialah raja-raja Srivijaya yang menetap di Jawa.

Asal-usul mereka ialah dari Sumatera.Jadi mereka adalah cabang dari keturunan diraja

Malayu Sumatera.Namun ada pengkaji yang menolak pendapat ini seperti Claude Jacques

dan lain-lain.Mereka mengatakan bahawa kata 'chvea' pada batu bersurat di Sdok Kok

Thom itu merujuk kepada orang Cham.Ini kerana pada pendapat mereka,Jayavarman II

telah lama berhubungan dengan orang Cham dan ini lebih munasabah berbanding beliau

tinggal di istana Sailendra di Jawa.Bagi kita,mana-mana teori pun menunjukkan bahawa

budaya Khmer adalah berasal dari rumpun Melayu.Mengapa?Teori pertama mengatakan

Jayavarman II berasal dari istana Sailendra.Dinasti Sailendra berasal dari Sumatera,dari

kerajaan-kerajaan Melayu Purba.Teori kedua mengatakan Jayavarman II ada hubungan

dengan orang Cham,dan orang Cham adalah sememangnya rumpun Melayu dan pernah

mempunyai tamadun Melayu Purba yang agung!Jadi budaya Khmer tidak dapat lari mesti

duduk di bawah bayang-bayang sejarah Kemelayuan.Sebab itu saya katakan TAMADUN

PURBA MELAYU ADA DI INDOCHINA.Ini benar-benar The Lost Civilization of Malays.

S:Kalau boleh kami mahu berbual panjang lagi dengan Srikandi,namun akur dengan masa

yang diberi oleh Srikandi....

J:Oh ya!Nasib baik anda ingatkan,saya ni kalau sudah syok bercakap pasal sejarah,lupa

dunia....

(Srikandi ketawa kecil)

S: .....jadi sebelum mengakhiri temubual kita,boleh Srikandi ceritakan asal-usul salasilah

Srikandi sendiri,mungkin pembaca ingin tahu,sebagai pengkaji sejarah sudah tentu sang

pengkaji tahu sejarahnya sendiri.

J:Emm...emmm....(Srikandi merenung tajam dengan senyuman mencurigakan)Awak nak

jerat saya ke?Ini soalan perli nampak?

(Srikandi mula ketawa kecil)

Baiklah,bapa saya berketurunan Jawa yang jika ditelusuri berasal dari Jawa Tengah.

http://mistisfiles.blogspot.com/ (27 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]


MistisFiles

Moyang saya jika diselidiki mempunyai hubungan darah dengan Embah Gyatri,salah seorang

isteri Raden Wijaya.Cukup saya katakan bukanlah hubungan dekat,bau-bau bacang sahaja.

Salasilah ini terlampau kompleks,dan saya pernah melihat salasilah ini ketika kunjungan

saya ke Magelang.Itu pun nasib baiklah saya membawa bapa saya kerana dia masih fasih

berbahasa Jawa halus.Ibu saya pula berasal dari Perak,tepatnya dari Beruas.Nenek saya

(sebelah ibu) punya hubungan dengan salah satu kerabat diraja Perak.Cukup?

J:Nampaknya Srikandi punya darah kedua-dua warisan empayar ini;Srivijaya dan

Majapahit...

J:(Srikandi hanya tersenyum aneh)

Saya tidak mahu komen tentang itu,namun saya mahu ulang apa yang dikatakan oleh Win

Cun,rakan Cina saya ketika di Tingkatan Enam dahulu,seperti yang saya ceritakan di awal

temubual:

"...jika awak lemah semangat,tiada siapa di dunia ini akan dapat tolong awak..."

Hidup ini sebenarnya kejam dan hanya orang yang benar-benar kuat sahaja akan terus

wujud.Orang yang lemah semangat,hilang identiti dan jatidirinya akan menunggu masa

untuk pupus.Terima kasih kerana menemubual saya.

S:Oh,sepatutnya kami yang berterimakasih kepada Srikandi kerana sudi meluangkan masa

bersama kami.

Posted by Mistis at 11:13

Organization PM

http://mistisfiles.blogspot.com/ (28 of 28) [6/3/2010 10:58:00 PM]

You might also like