You are on page 1of 12

PENGENALAN

1.1 PELBAGAI JENIS MAKANAN TRADISIONAL


Malaysia adalah sebuah Negara yang berdaulat dengan identiti nasional yang tersendiri.
Maka, kita telah ketahui Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri yang berkait rapat dengan
berlatar belakangkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Mahupun Melayu, Iban,
Cina, Melanau ataupun India dan pelbagai lagi etnik yang lain telah saling berhubungan antara
satu sama lain dengan menggunakan bahasa rasmi sebagai bahasa perantaraan untuk mereka
bertutur dengan lebih baik iaitu, Bahasa Melayu. Oleh itu, dengan kesemua kumpulan etnik yang
berbeza dan sedia ada ini telah diberikan kebebasan sendiri untuk mengamalkan cara hidup
masing-masing termasuk dari pelbagai aspek sepertinya makanan.
Dari segi aspek kepelbagaian makanan ini telah sedikit sebanyak menjadi pemangkin
perpaduan yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai etnik. Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan tersendiri yang beraneka
warna mahupun dari segi rasa serta mempunyai sejarah masakan yang tersendiri untuk diketahui,
dipelajari bersama dan bahkan untuk dimiliki bersama.
Oleh sebab itu, Malaysia memilik aset yang paling berharga dari segi kepelbagaian
makanan yang bukan sahaja dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan bahkan turut menarik
keperhatian dari pelbagai sektor ekonomi yang lain. Sebagai contohnya, Nasi Lemak kepada
asalnya merupakan hidangan sarapan pagi dalam kalangan etnik Melayu tetapi kini ia telah
menjadi pilihan utama bagi semua etnik di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, makanan kepada
kepelbagai jenis dim sum, mi, kuih kepau dan sebagainya yang juga merupakan makanan
kegemaran bagi etnik Cina turut menjadi kegemaran oleh etnik yang lain sepertinya Melayu,
India, dan lain-lain lagi. Makanan kumpulan etnik dari Sabah Sarawak sepertinya umai, linut,
kepasuh ayam turut menjadi kepilihan bagi masyarakat dari kepelbagai etnik yang secara tidak
langsung telah menyumbang kepada kesepaduan sosial

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


2.1 JUADAH SAJIAN HARIAN KAUM MELAYU
Malaysia merupakan negara bertuah yang memiliki berbilang kaum dan etnik. Hal ini
sekaligus memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian adat dan budaya yang wujud dalam setiap
kaum. Sebagai contoh, makanan memainkan peranan dalam perpaduan kaum di Malaysia. Secara
terperinci kaum Melayu kebiasaannya memperkenalkan makanan-makanan tradisional yang
dijadikan sebagai hidangan untuk para tetamu samada di majlis perkahwinan, kenduri
kesyukuran ataupun untuk santapan harian sekeluarga. Jenis-jenis hidangannya sebagai contoh,
tapai ubi dan ubi kayu. Kuih ini biasanya lebih digemari oleh golongan yang lebih berusia
memandangkan kehidupan nenek moyang kita pada masa dahulu menjadikan ubi kayu sebagai
makanan utama mereka. Selain itu, makanan kaum Melayu yang digemari adalah sata yang
diperbuat daripada isi ikan dan juga pulut panggang yang dikukus pulutnya didalam balutan daun
pisang.

2.2 PULUT PANGGANG DAN SATA


Ada juga kuih-muih tradisional melayu di Malaysia yang agak pedas dan dibakar dalam
daun pisang untuk disediakan seperti sata yang terkenal di Terengganu dan juga kuih pulut
2

panggang. Sata menggunakan isi ikan yang dicampurkan bahan-bahan pedas dan kemudian
dibalut daun pisang serta dibakar manakala pulut panggang menggunakan pulut yang telah
ditanak atau dikukus dicampur dengan kelapa yang digaul dengan sambal serta dibalut daun
pisang sebelum dipanggang di atas api perlahan.

2.3 PENCUCI MULUT TAPAI


Tapai ialah sejenis manisan yang diperbuat daripada pulut, ia sesuai juga dijadikan
pencuci mulut. Terdapat dua jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih
popular daripada tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap berrbanding tapai ubi kerana itulah
tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.
Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan
seperti pulut (pulut biasa atau pulut hitam) ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah
dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus dengan daun. Kebiasaannya daun
yang digunakan adalah daun pisang, getah. Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke
dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain putih. Setelah diperam dan disimpan
selama beberapa hari, tapai ini akan masak dengan sendirinya dan barulah boleh dimakan. Orang
tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai
sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau dalam berkeadaan kotor. Jika
pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rosak. Seseorang itu juga
tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan
tapai menjadi masam. Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama. Ia hanya
mengambil masa lebih kurang beberapa hari sahaja.

2.4 KUIH-MUIH TRADISIONAL


Seterusnya, hidangan yang menjadi pilihan orang ramai untuk juadah minum petang dan
juga majlis majlis kesyukuran, mereka lebih gemar menggunakan hidangan kuih-muih seperti
tepung pelita, lompat tikam, abuk-abuk sagu, koci, tepung gomak dan juga seri muka. Kuih-muih
ini lebih senang disediakan dan digemari oleh semua golongan samada tua mahupun muda.
Makanan-makanan tradisional haruslah sentiasa diperkenalkan agar tidak dilupakan oleh
3

generasi muda akan datang. Oleh itu, di setiap perayaan contohnya, terdapat pelbagai jenis kuihmuih yang disediakan lengkap dengan hidangan lauk pauk dan juga ketupat. Hal ini dapat
dikenal pasti dimana setiap tahun.

2.5 SAJIAN JUADAH HARI PERAYAAN


Perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha akan disambut dengan meriah dengan hidangan
yang pelbagai. Antara hidangan yang menjadi budaya pada perayaan kaum Melayu adalah
ketupat nasi, ketupat palas dan juga lemang. Makanan ini kebiasaannya dihidang bersama
rendang ayam atau daging, sambal ayam atau udang dan juga serunding mahupun kuah kacang.

Tambahan pula, terdapat jenis jenis kuih-muih untuk hidangan para tetamu yang datang
berkunjung. Sebagai contoh, kuih karas, baulu dan sebaginya. Kuih-muih ini dijual dengan harga
4

borong terutama pada musim perayaan dan dihidang di meja tetamu. Selain itu, kuih tradisional
sebagai manisan juga diperkenalkan seperti wajik dan juga dodol.
Wajik dibuat dari beras pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan
manakala dodol pula dibuat dari tepung pulut, santan dan gula yang dikacau berjam-jam diatas
api sehingga pekat. Manakala dodol sangat terkenal di Melaka dan cara membuat dodol boleh
dikatakan rumit. Ramai orang selalu mencuba membuatnya, tetapi tidak semua dapat
menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Kini, dodol telah mula dimodenkan. Kini perisa dodol
dipelbagaikan seperti perisa durian dan sebagainya. Makanan ini lazimnya dibuat secara
bergotong-royong dalam sesuatu masyarakat dan diedarkan dari rumah ke rumah. Hal ini dapat
mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain.

MAKANAN SEMPENA PERAYAAN KAUM CINA DI MALAYSIA


3.1 KUIH BULAN
Maklumat tentang kuih bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke
lima belas bulan ke lapan kalender lunar. Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi
pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin. Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi
dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang Melayu disini. Kuih bulan
adalah sejenis kuih Cina yang sering dimakan sewaktu perayaan pertengahan musim luruh.
Menurut hikayat Cina kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang lalu di Negara Cina semasa
Pemerintahan Puak Mongol (Dinasti Yuan) merupakan seorang yang agak tegas dan kejam.
Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan keatas rakyat Cina supaya tiada
satupun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat Cina dengan Puak Ming
bersepakat untuk memberontak.
Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang mereka membuat kuih bulan
secara beramai-ramai dimana dipertengahan kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan
cara untuk memberontak. Sehingga kini, peristiwa ini diraikan pada setiap tahun oleh masyarakat
Cina. Walaubagaimanapun, kuih bulan terdapat juga tradisi yang menyatakan kuih bulan dibuat
sebagai persembahan Dewa Dapur. Apabila, Dewa Dapur yang makan kuih bulan tersebut orang
5

lain tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya
terkunci oleh kuih bulan yang manis itu.

3.2 KUIH BAKUL


Kuih bakul atau Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat
daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Selain itu juga boleh dimakan pada bila-bila
masa. Secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina.
Jika memakan kuih bakul ini dipercayai membawa tuah pada masa perayaan kerana
namanya Nian Gao dimana perkataan Gao bermaksud Kuih dan berbunyi sama seperti
Gao bermaksud tinggi melambagkan erti semakin tahun semakin tinggi atau ringkasnya
setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan.

Kuih tradisi kaum Cina terdapat pelbagai jenisnya, namun semuanya bergantung kepada
jenis tersebut boleh dikacau begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya.
Antaranya kuih Bakul yang boleh didapati di dalam masakan Shanghai dan masakan Kantonis
dari Guangdong.

3.3 YEE SANG


Yee sang merupakan makanan tradisi yang pastinya menjadi hidangan utama sewaktu
perayaan Cina dan makan besar sebelum perayaan itu. Yee sang dipercayai dicipta kira-kira
seribu lima ratus tahun masa lampau dikawasan Pantai Selatan China terutamanya di Wilayah
Chauo Zhao dan Shantaou semasa pemerintahan Dinasti Song. Menurut sejarahnya hidangan ini
muncul kerana terdapat lebihan makanan seperti keropok, lobak merah, lobak putih, limau bali,
halia dan sebagainya selepas meraayakan Tahun Baru Cina. Disebabkan tidak mahu membazir,
mereka mencampurkan saki baki makan itu dan ditambah dengan perasa seperti sos plam, lada
hitam dan putih serta minyak untuk membangkit rasa. Dengan itu, terhasilah hidangan unik yang
dipercayai membawa kemakmuran, kemewahan dan tuah dalam masyarakat tersebut.

3.4 PENCUCI MULUT TANG YUAN


Perayaan ini merupakan salah satu perayaan terpenting selain Tahun Baru Cina dan
disambut dengan menikmati satu makanan tradisional iaitu Tang Yuan simboliknya adalah
kesempurnaan dan kebahagiaan keluarga. Kaum Cina meraikan Perayaan Tang Yuan semasa
musim sejuk yang dinamakan Dong Zhi dalam kalender Cina. Pada zaman purba, ketibaan
musim sejuk bermakna semua orang akan menghentikan aktiviti pertanian dan meraikan
perayaan ini bersama ahli keluarga maka ini juga dapat menyatukan ahli keluarga yang bekerja
di bandar agar balik ke kampung. Makanan Tradisional Cina iaitu Tang Yuan diperbuat
daripada tepung pulut. Tepung pulut ini akan dicampurkan dengan sedikit air untuk membentuk
bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air manis yang dimasak dengan halia.

JENIS MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA


Mungkin kita sebagai rakyat Malaysia tidak tahu dengan jelas bahawa terdapat perlbagai
lagi keunikan dan keistimewaan makanan tradisional kaum India. Keunikan yang dimaksudkan
disini ialah apabila makanan itu dihiasi atau dimakan dengan pelbagai jenis kuah rempah ratus.
Seperti sedia maklum, masyarakat India lebih dikenali dengan kepelbagaian rempah ratus sejak
abad yang lalu lagi. Perdagangan rempah di antara India dan Eropah pada Zaman Penjelajahan
Eropah telah memperkenalkan pelbagai gaya masaka Eropah kepada India dan secara tidak
langsung telah menambahkan kepelbagaian masakan India. Masakan India juga mempunyai
suatu pengaruh luar biasa pada masakan di seluruh dunia terutamanya, dari Asia Tenggara. Di
samping itu juga, masakan India lebih banyak menghasilkan masakan seperti kari dengan
menggunakan rempah ratusnya dan dimasak dengan menggunakan minyak sayur. Berbanding
pula dengan Negara di India Utara dan Barat, minyak kacang banyak digunakan secara
tradisional dalam masakan mereka. Minyak kelapa digunakan secara luas di pesisir pantai Barat
dan India Selatan. Selain daripada itu, minyak sayur hydrogenated atau lebih dikenali sebagai
minyak ghee vanasphati juga sering digunakan bagi menggantikan Desi ghee iaitu mentega.

4.1 ROTI CANAI


Antara contoh makanan India yang popular di kalangan rakyat Malaysia ialah roti canai.
Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini merupakan makanan yang sinonim bagi
7

rakyat Malaysia terutamanya apabila dihidangkan pada waktu pagi. Sering kali dimakan bersama
dengan teh tarik atau teh ais. Biasanya roti canai dihidangkan dengan kuah dal, parpu, kari atau
sambal ikan bilis. Penggunaan perkataan canai dalam Bahasa Melayu dibelakang roti adalah
hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut sendiri dalam meleperkan, menganginkan dan
menebar doh roti tersebut. Ada juga yang menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya
dari jenis kuah dal yang digunakan bersama roti ini yakni channal. Pada versi yang lain,
perkataan canai ini juga datangnya dari nama Bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai
roti ini kebanyakannya berasal daripada sana.

4.2 VADAI
Vadai sejenis makanan tradisional jenis kering malah kuih tersebut berbentuk gelung.
Ianya amat sesuai dihidangkan ketika masih panas dan sebagai hidangan minum petang. Selain
itu ianya turut dihidangkan pada hari perayaan Deepavali. Vadai atau disebut 'Wah-dei',
merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan
bawang merah dicampurkan sekali. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak
untuk memastikan gorengannya menjadi mampat. Ia juga merupakan sejenis makanan orang
India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang.
Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.Satu jenis lagi
adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di
tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari.
Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.
Selain itu, kuih vadei ini sering dihidangkan tidak kira masa dan tidak semestinya pada
waktu perayaan Deepavali saja, malah ia juga dijual oleh peniaga-peniaga Melayu sekitar
kampung mahupun di bandar. Oleh itu, agak senang untuk kita menikmati hidangan kuih ini.
Setiap makanan yang mewakili bagi setiap kaum pada era ini boleh dinikmati bagi setiap
masyarakat tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Rata-ratanya, kuih-muih tradisional ini
sudah sebati dengan selera masing-masing. Kesimpulannya, vadei merupakan kuih tradisional
India yang umum malah senang didapati di mana-mana sahaja. Bagi penggemar kuih Vadei,
mereka akan menikmati kuih itu tanpa jemu. Mungkin sesetengah pihak ada yang tidak
8

menggemari kuih vadei tersebut kerana bau daun kari dan bawangnya yang terlalu kuat. Akan
tetapi, masih ada lagi kuih tradisional India yang digemari oleh kaum Melayu dan Cina seperti
idli dan kalakatar. Bahkan, kuih kalakatar ini juga ada yang dibuat oleh kaum Melayu. Mereka
akan menjual kuih tersebut di bazar Ramadhan dan sering juga menjadi rebutan ramai. Pada
pendapat saya, ini merupakan satu perubahan yang positif dalam sifat perkauman di negara kita.
Oleh itu, kita seharusnya berbangga akan makanan-makanan tradisional yang terdapat di negara
kita kerana ia merupakan simbolik yang penting terhadap identiti sesebuah kaum itu. Mungkin
sesetengah pihak ada yang tidak menggemari kuih vadei tersebut kerana bau daun kari dan
bawangnya yang terlalu kuat. Akan tetapi, masih ada lagi kuih tradisional India yang digemari
oleh kaum Melayu dan Cina seperti idli dan kalakatar. Bahkan, kuih kalakatar ini juga ada yang
dibuat oleh kaum Melayu. Mereka akan menjual kuih tersebut di Bazar Ramadhan dan sering

juga menjadi rebutan ramai. Pada pendapat saya, ini merupakan satu perubahan yang positif
dalam sifat perkauman di negara kita. Dalam konteks konklusi, kuih vadei merupakan salah satu
kuih yang terkenal di kalangan semua kaum di Malaysia. Oleh itu, kita seharusnya berbangga
akan makanan-makanan tradisional yang terdapat di negara kita kerana ia merupakan simbolik
yang penting terhadap identiti sesebuah kaum itu.

4.3 ROTI NAAN


Roti naan juga seperti roti canai yang biasanya dimakan bersama kuah kari dan cara
pembuatannya juga unik. Hal ini demikian kerana roti naan dicanai dan ditampal pada dinding
tempayan. Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran
lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar vegetarianisme di sepanjang banyak
bahagian masyarakat. Setiap keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik
hidangan dan masakan. Sebagai suatu akibat, ia berlainan dari rantau ke rantau, mencerminkan
demografi berlainan dari subbenua India yang secara etnik berpelbagai.
Seperti sedia maklum, roti naan yang dikenali dalam etnik India ini disukai oleh kaum
lain seperti Melayu dan Cina. Kebiasaannya kita akan jumpai roti ini di kedai makan India atau
India Muslim yang sinonimnya dikenali sebagai kedai mamak yang rata-ratanya
pengunjungnya adalah dari semua etnik dan kaum di Malaysia. Roti nan yang biasanya dimasak
9

pada serabi besi rata atau sedikit cekung dipanggil tavaa. Resipi moden kadang-kadang
menggantikan serbuk penaik untuk yis. Susu atau yogurt juga boleh digunakan untuk memberi
jumlah dan ketebalan yang lebih besar untuk naan itu. Biasanya, naan yang akan dihidangkan
panas dan diberus dengan minyak sapi atau mentega. Roti naan juga boleh dimakan atau
biasanya disumbat dengan campuran daging cincang atau kambing. Kesimpulannya, kini
pengusaha restoran mamak lebih cekap memahami selera dan citarasa pengguna serta mengikuti
trend dan pasaran semasa. Selain itu, kemudahan banyak tersedia di kedai mamak atau restoran
mamak mengikut selera pelbagai golongan pelanggan yang terdiri daripada mereka yang
berpendapatan rendah sehingga melibatkan orang kenamaan dan masyarakat berbilang bangsa.

5.0 KESIMPULAN
Akhir kata kami berbesar hati, untuk membentuk sebuah kesimpulan bagi mengambarkan
penyatupaduan etnik di Malaysia seperti Kisah Nasi Lemak. Cuba kita letak beberapa bungkus
di atas meja. Kemudian kita akan lihat hasilnya dimana semua kaum akan duduk semeja yang
sama sambil menikmati nasi lemak yang terhidang. Walaupun mereka berlainan agama, fahaman,
pemikiran, latar belakang kerjaya, usia mahupun politik, namun tiada siapa yang menafikan
budaya memakan nasi lemak mampu menjadi kuasa integrasi antara kaum. Apa tidaknya, di
meja itulah mereka gelak ketawa, berbual, berbincang dan paling penting nasi lemak itu menjadi
kuasa penyatuan rakyat. Ini adalah antara ungkapan yang disampaikan oleh masyarakat dan
pembeli nasi lemak sehinggakan mereka tidak boleh hidup tanpa menikmati makanan nasi lemak
yang terhidang.
Hal ini, merupakan sesuatu yang begitu unik dan sukar difahami malah juga diterangkan.
Begitu juga sebaliknya apabila makanan menjadi kegemaran masyarakat dan semakin diterima
oleh etnik yang lain seperti roti canai, kuih bulan dan dodol. Ini jelas menunjukan sikap
keterbukaan kita untuk menerima keunikan masing-masing. Jadi kami berangggapan makanan
sudah menjadi identiti masyarakat di Malaysia dan kami berasa sangat selesa untuk menikmati
bersama rakan-rakan yang lain.
Inilah Malaysia, sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik tetapi bagaimana kita
boleh menghidupkan suasana yang aman damai yang mana tidak terdapat di negara lain,
Kesyukuran setiap rakyat diluahkan melaui perkongsian budaya tetapi menghormati agama
10

masing-masing. Begitu juga dengan makanan, kaum yang berbilang bangsa mengambil tahu
tentang apa makanan yang boleh dimakan atau yang tidak boleh dimakan oleh masyarakat yang
mempunyai perintah keagamaan masing-masing. Unik bukan? Bukan sekadar kesedapan
makanan itu yang dinikmati tetapi di sebalik penerimaan itu, mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang menjadi keunikan Malaysia hingga dicemburui
banyak negara di dunia.

SENARAI RUJUKAN
1) Makanan Melayu

http://anajingga.blogspot.com/2013/01/makanan-tradisional-di-malaysia.html

https://www.scribd.com/doc/172021037/Laporan-Simulasi-Adat-Makan-Pelbagai-EtnikMelayu-Anim

http://sedetikilham.blogspot.com/2013/01/resepi-tapai-pulut-yang-manis.html

2) Makanan Cina

http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/rencana-kampus/278-kuih-bakultradisi-masyarakat-cina

http://www.arenasejarah.com/index.php/today-in-history/makanan/nian-gao

http://www.mawarmerah2008.com/yee-sang/ilmu.html

3) Makanan India

http://ammal90.blogspot.com/2010/08/makanan.html

http://she1012012.blogspot.com/2012/05/makanan-masyarakat-india-roti-canai-dan.html
11

http://www.ciklilyputih.com/2013/12/roti-naan-bersama-ayam-tandoori-untuk.html

12

You might also like