You are on page 1of 29

1.

PENDAHULUAN

Sejarah kedatangan Orang India ke Malaysia adalah bermula sejak abad yang pertama
lagi. Namun begitu, sebenarnya kedatangan mereka telah datang ke Alam Melayu kira-kira
2,000 tahun dahulu bertujuan untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat
setempat. Pada masa itu, Alam Melayu di Nusantara terkenal dengan kawasan perdagangan.
Walaubagaimanapun, kemasukan Orang India ke Tanah Melayu secara beramai-ramai adalah
ketika pemerintahan British di Tanah Melayu. British membawa masuk Orang-orang India ini
adalah untuk dijadikan sebagai buruh-buruh di ladang-ladang serta estet-estet. Bermula dari itu,
kedatangan orang India ke Tanah Melayu semakin bertambah sehingga ada daripada mereka
yang berkahwin dengan wanita-wanita tempatan.
Selain daripada itu, kebanyakan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu juga adalah
disebabkan faktor penolak di negara mereka yang mana pada masa itu sering berlaku bencana
alam. Pertambahan penduduk di India turut menjadi salah satu faktor penolak sebahagian besar
daripada mereka keluar berhijrah bagi mendapatkan perlindungan. Kebanyakan Orang India
yang datang berhijrah ke Tanah Melayu adalah yang berasal dari India Selatan. Setelah Tanah
Melayu mendapat kemerdekaan daripada Inggeris, burh-buruh India ini telah memperoleh
kewarganegaraan Malaya dan sekarang lebih dikenali sebagai Malaysia.
Oleh sebab itu, wajarlah Malaysia mempunyai warganegara yang berbilang etnik pada
masa kini seperti Orang Melayu, Orang India juga mempunyai beberapa etnik didalamnya.
Mereka terdiri daripada Orang Tamil, Orang Malayali dan Orang Telungu. Walaupun mereka
berasal dari negara yang sama, namun bahasa pertuturan mereka adalah berbeza-beza mengikut
etnik. Apabila mereka mula tinggal dan bekerja di ladang-ladang, mereka telah mula mempunyai
keluarga dan telah melahirkan zuriat-zuriat. Pada masa itu, muncullah kesedaran untuk membina
tempat-tempat untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka.
Sekolah-sekolah Tamil telah mula dibina di kawasan- kawasan estet untuk memberi
pendidikan awal kepada anak-anak mereka. Pada masa itu, pihak British tidak menghalang
pembinaan sekolah-sekolah tersebut kerana Orang Cina serta Orang Melayu sendiri dibenarkan
untuk membina sekolah-sekolah mereka. Hal ini telah menyebabkan, guru-guru dari negara asal
mereka telah dibawa masuk ke Malaysia untuk mengajar anak-anak mereka. Pengajaran pada
masa itu adalah berkisarkan agama serta sastera-sastera epik dari negara asal mereka. Oleh sebab
itu, kitab-kitab sastera telah dibawa masuk bagi memudahkan pelajar-pelajar mereka untuk
membuat rujukan pembelajaran. Bagi mengelakkan pelajar mereka tidak menggunakan loghat
bahasa mengikut etnik masing-masing, mereka telah menggunakan bahasa Tamil standard atau
pada masa kini lebih dikenali sebagai bahasa Tamil moden. Hal ini kerana, Orang Tamil terdiri
dari beberapa etnik dan antara bahasa yang diguna pakai oleh mereka apabila bercakap mengikut
etnik mereka adalah bahasa Telungu yang sering diguna pakai oleh Orang Telungu, bahasa
Karnadam serta bahasa Malaiyalam. Apabila bahasa mereka telah diselaraskan kepada bahasa
tamil moden, pengajaran akan mudah untuk difahami oleh semua pelajar tidak kira dari etnik
mana.

Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun namun, sistem sekolah
vernakular yang telah diperkenalkan oleh British masih wujud sehingga sekarang. Sekolah
Tamil, sekolah Cina masih lagi wujud walaupun sekolah Kebangsaan telah diwujudkan. Hal ini
kerana, mereka masih lagi ingin menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa rasmi
walupun telah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia bahawa bahasa ibunda Malaysia
adalah Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah Tamil ini masih belajar di dalam
bahasa Tamil serta masih menggunakan kitab-kitab Tamil. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia
telah menjadikan subjek Bahasa Tamil sebagai subjek yang diiktiraf di dalam sistem peperiksaan
Malaysia.
Apabila subjek ini telah dimasukkan di dalam sistem peperiksaan Malaysia maka, subjek
atau kaedah pembelajaran mereka mestilah diselaraskan seluruh Malaysia mengikut standard
yang telah ditetapkan. Oleh itu, para pelajar yang belajar di sekolah jenis kebangsaan Tamil telah
diwajibkan untuk mengambil subjek bahasa Tamil di dalam peperiksaan awam seperti UPSR,
PMR, SPM serta STPM. Namun begitu, seperti pembelajaran dan pengajaran di dalam bahasabahasa lain, pelajar Tamil juga turut mempunyai masalah di dalam penguasaan bahasa Tamil ini.

1.1

SEJARAH SASTERA TAMIL

Matapelajaran bahasa Tamil juga turut mengajar pelajar mereka mengenai kesusasteraan
Tamil. Hal ini kerana, bahasa tamil juga sama seperti subjek-subjek lain, kesusasteraan Tamil
merupakan salah satu subjek yang tidak digemari oleh para pelajar. Hal yang demikian kerana,
kesusasteraan Tamil adalah sukar untuk difahami oleh mereka. Apakah yang dimaksudkan
dengan sastera?. Sastera adalah suatu ruangan keseniaan yang tidak wujud daripada
kevakuman, malah muncul bermula daripada kehidupan yang memiliki tatanilai. Selain itu juga,
pada kesempatan yang lain pula, sastera akan member sumbangan yang amat bermakna bagi
terbentuknya tatanilai. Hal ini membiaskan bahawa setiap hasil sastera yang dicipta dengan
kesungguhan yang tepu pasti memuatkan simpulan yang utuh dengan kehidupan kerana insan
seniman itu sendiri ialah sebahagian daripada kehidupan ( Othman Putih, 1995)
Selain itu juga, menurut Koh Boh Boon (1994), mentakrifkan sastera sebagi hasil kreatif
yang digunakan bahasa dengan indah baik dengan bahan pengajaran untuk mengenal diri dan
masyarakat sesuatu bangsa.
Mengikut M. Varadarajan, sejarah sastera Tamil telah wujud lebih kurang 25 abad yang
dahulu. Pada ketika itu, puisi-puisi tamil wujud di dalam bentuk Natturappura Padal iaitu lagulagu rakyat. Sastera-sastera dari bahasa lain di sekitar India Selatan hanya wujud pada 800 TM.
Oleh itu, karya-karya sastera tamil wujud sebagai sastera solo di India selatan sebelum 800 TM.
Bagi matapelajaran Bahasa Tamil di Malaysia pada masa kini, sastera Tamil yang diajar
adalah sastera-sastera klasik Tamil yang berasal beribu-ribu tahun dahulu. Puisi-puisi Tamil ini
terdiri daripada pelbagai format tatabahasa iaitu agaval, kavipaa dan paripaadal. Tholkaapiyam
menyatakan bahawa puisi dalam bentuk pannadi telah dinyanyikan bersama muzik lagu-lagu
rakyat.
Oleh yang demikian wajarlah jika para pelajar yang mengambil Bahasa Tamil ini
mempunyai masalah yang pelbagai dalam subjek kesusasteraan Tamil ini. Justeru itu, masalahmasalah yang dihadapi oleh para pelajar tersebut perlu dikupaskan serta perlu mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah ini.

2.0

SOROTAN LITERATUR

Tinjauan literasi bagi esei ilmiah yang bertajuk masalah pembelajaran dalam
matapelajaran bahasa tamil ini mempunyai sebanyak empat buah tesis yang berkenaan
matapelajaran bahasa tamil dan tiga buah buku yang berkaitan dengan masalah pembelajaran
pelajar. Bahan- bahan untuk matapelajaran bahasa tamil agak terhad kerana ianya tidak
dikembagkan atau dikaji dengan lebih mendalam lagi supaya bahan-bahan untuk dijadikan
sengai sumber rujukan lebih banyak lagi terutama sekali dalam bahasa melayu dan juga inggeris.
Manakala buku-buku itu pula digunakan bagi menganalisis masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh pelajar.
1- Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Bahasa Tamil Di Sekolah Menengah ( Oleh:
Kulandasamy A/L Rajagopal 1989/1990 )
Tesis ini ialah tesis yang telah dijankana oleh Kulandasamy A/L Rajagopal pada tahun
1989/1990, tesis ini telah dijalankan oleh belia untuk mendapat persepsi pelajar-pelajar
berkenaan dengan pengajaran Bahasa Tamil di sekolah menegah. Beliau telah melakukan kajian
melalui cara kaji selidik yang telah dilakukan ke atas pelajar-pelajar yang terpilih supaya
persoalan yang telah dikemukakan oleh beliau itu akan terjawab. Malah beliau turut menyelitkan
analisis-analisis keputusan peperiksaan matapelajaran bahasa tamil supaya menjadi pelengkap
kepada kajian yang telah dilakukannya.
2- Komponen Sastera Tamil Dalam Matapelajaran Bahasa Tamil Di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil ( Oleh: Kartheges A/L Ponniah - Jabatan Pengajian India Fakulti
Sastera Dan Sains Sosial UM, 2005 )
Tesis yang telah dikarang oleh saudara Kartheges AL Poniiah ini berkenaan komponenkomponen sastera Tamil yang telah digunakan dalam matapelajaran Bahasa Tamil di sekolah
jenis Kebangsaan Tamil. Tesis ini telah diterbitkan pada tahun 2005 dibawah Jabatan Pengajian
India Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya. Tesis ini menerangkan dengan
terprinci berkenaan sejarah sastera bahasa tamil dari zaman ke zaman sebelum beralih kepada
komponen-komponen yang telah digunakan dalam bahasa tamil. Bukan itu sahaja, beliau turut
menceritakan dengan terperinci maksud puisi-puisi yang ada dalam sukatan pelajaran supaya
mudah untuk difahami.

3- Minat pelajar tingkatan empat di kawasan seremban terhadap matapelajaran bahasa tamil
( Oleh: Vasanta A/P Mithiah).
Tesis yang telah dijalankan oleh saudari vasanta A/P Mithiah ini memfokuskan pelajarpelajar tingkatan empat yang mempelajari matapelajaran bahasa tamil. Bukan itu sahaja beliau
turut memfokuskan kawasan seremban sebagai tempat kajian ini. Kajian yang dilakukan oleh
beliau adalah untuk megetahui sejauhmana minta pelajar-pelajar tingkatan empat terhadap
matapelajaran bahsa tamil.

4- Keindahan bahasa dalam antologi puisi tamil di malaysia ( Gopalan Muthiah, Fakulti
Bahasa Dan Linguistik Um, KL 1971-2000 )
Tesis yang telah dijalankan oleh saudara Gopalan Muthiah ini lebih menjurus kepada gaya
bahsa dan cara penyampaian puisi-puisi tamil yang berada di dalam malaysia ini. Beliau telah
menerangkan setiap bait-bait puisi-puisi itu serta menerangkan dengan lebih dalam tentang
makna atau maksud puisi ini. Beliau turut memberi gambaran lebih jelas berkenaan puisi-puisi
tersebut.

5- Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa (Oleh Kamaruddin Haji Husin, Sarjana
1986)
Buku ini membincangakan tentang cara pengajaran bahasa yang betul untuk para tenaga
pengajar dan juaga berkenaan masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar
khususnya dalam bidang bahasa. Buku ini membincangkan denga teperinci tentang langkahlangkah untuk mengajar yang betul, ianya lebih kepada teknik-teknik pengajaran atau kaedah.
Manakalah dari permasalahan pembelajaran pula beliau mengukaikan tentang masalah-masalah
yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam matapelajaran bahasa khususnya tidak kiralah bahasa
melayu, bahasa cina ataupun bahasa tamil.

6- Teaching Student With Learning Problem (Oleh: Howard S.Adelman And Linda C
Taylor, Corwin Press , 2006 ).
Buku ini menawarkan pandangan yang luas serta pendekatan yang sistemik berkenaan
dengan reformasi sekolah yang telah hilang arah tujunya. Buku ini turut menyatakan tentang
cara-cara untuk meningkatkan keputusan pelajar, terutama sekali bagi pelajar yang tidak
mencapai keputusan yang memberansangkan. Buku ini lebih kepada cara untuk mengatasi
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

7- The Implementitaion Guide To Student Learning Support In The Classroom And


Schoolwide: New Direction For Adreessing Barier To Learning (Oleh: Howard
S.Adelman And Linda C Taylor, Corwin Press , 2006 ).
Buku ini lebih kepada manual perlaksanaan untuk menyokong pelajar supaya belajar dalam
kelas dan cara untuk memahami karenah pelajar. Buku ini lebih kepada cara untuk mengatasi
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Buku ini memberi motivasi serta pemikiran
terbaik tentang langakah atau kaedah untuk memastikan masalaha pembelajaran pelajar dapat
diatasi.

3.0

METOD KAJIAN ILMIAH


5

Kajian permasalahan pelajar di dalam Bahasa Tamil ini telah dikecilkan skop perbincangannya
oleh pengkaji iaitu permasalahan pelajar di dalam kesusasteraan Tamil. Pengkaji telah
menggunakan kaedah kuantitatif
bagi mengumpul data-data serta maklumat-maklumat
mengenai permasalahan pelajar Tamil di dalam kesusasteraan Tamil.

Kaedah kuantitatif bermaksud suatu kaedah menyelidiki fenomena sosial dengan lebih
teratur. Manakala kaedah pengumpulan data atau maklumat adalah berdasarkan sumber
sekunder. Contoh sumber sekunder adalah sumber yang telah diterbitkan sama ada dalam bentuk
buku-buku, jurnal, tesis, majalah serta akhbar akhbar. Selain itu juga, kaedah kuantitatif juga
boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah temubual, bancian, eksperimen dan kajian
dokumen. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan kaedah kajian
dokumen iaitu merujuk kepada tesis-tesis para sarjana yang telah mengkaji kesusasteraan Tamil.
Oleh yang demikian, dalam menyelesaikan tugasan ini, pengkaji telah merujuk kepada tesis-tesis
para sarjana daripada Universiti Malaya sebagai rujukan utama.

Walaubagaimanapun, pada peringkat awal kajian, pengkaji telah menemubual


beberapa orang pelajar Tamil bagi mendapatkan maklumat awal mengenai permasalahan pelajar
Tamil di dalam matapelajaran Bahasa Tamil. Di dalam proses temubual tersebut, rata-rata
daripada mereka mengatakan bahawa kesusasteraan Tamil merupakan bahagian paling sukar
untuk difahami berbanding bahagian tatabahasa dan tulisan. Oleh yang demikian, para pengkaji
telah bersepakat untuk mengkaji dengan lebih lanjut mengenai masalah serta langkah untuk
mengatasi masalah pelajar di dalam bahagian kesusasteraan Tamil.

Oleh yang demikian, para pengkaji telah memilih untuk merujuk kepada beberapa
buah tesis dan buku bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Disamping itu juga, pengkaji telah
merujuk kepada beberapa buah buku lain bagi mendapatkan data-data yang lebih tepat seta
langkah-langkah atau pendekatan yang biloe diambil untuk para guru membantu pelajar supaya
lebih memahami isi kandungan kesusasteraan Tamil ini.

4.0

DAPATAN KAJIAN
6

4.1

MASALAH PELAJAR DI DALAM KESUSASTERAAN TAMIL

Belajar merupakan proses perubahan tingkah laku yang relatif tetap. Dalam proses
ini,perubahan ini terjadi sekaligus tetapi secara bertahap bergantung kepada faktor-faktor
pendukung belajar yang mempengaruhi pelajar atau murid. Faktor-faktor ini umumnya dapat
dibahagi menjadi dua kelompok iaitu faktor luaran dan faktor dalaman berhubung dengan segala
sesuatu yang ada pada diri pelajar atau murid yang minat belajar seperti kecerdikan, bakat,
kemampuan pancaindera dan cara berfikir. Faktor luaran pula merupakan segala sesuatu yang
berasal dari diri pelajar yang meletakkannya dalam pembelajaran seperti pengalaman, sosial,
cara pembelajaran, strategi belajar, kemudahan belajar dan sikap dedikasi guru.
Masalah belajar atau masalah pembelajaran ini banyak terjadi atau berlaku dalam
kalanagan pelajar atau murid yang berada di peringkat sekolah menengah. Ini adalah kerana,
pada tahap sekolah menengah, subjek atau matapelajaran yang diajar adalah lebih sukar dan
memerlukan pemahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu perkara.
Dalam subjek Bahasa Tamil, pelajar sering kali atau acap kali meluahkan ketidakpuasan
hati kerana subjek ini sukar untuk difahami dan mereka mempunyai masalah-masalah dalam
proses mempelajari dan memahami subjek ini. Antara masalah yang terpaksa dihadapi oleh
pelajar adalah kurangnya buku-buku rujukan dan buku-buku latihan Bahasa Tamil di
perpustakaan sekolah.
Dari sini, dapat dilihat bahawa guru-guru di sekolah terbabit memandang enteng atau
memandang ringan dengan perkara ini. Sebaiknya, setiap guru haruslah memainkan peranan
yang penting dalam memastikan pelajar-pelajar atau murid mendapat kemudahan yang terbaik
dlama proses untuk mempelajari dan memahami Bahasa Tamil dan tidak bersikap lepas tangan
dan hanya meyerahkan tugas tentang perkara-perkara di perpustakaan kepada guru perpustakaan
sahaja.
Berdasarkan kajian thesis yang telah dijalankan oleh Kundalasamy a/l Rajagopal yang
bertajuk Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Bahasa Tamil di Sekolah Menengah, didapati
bahawa daripada lima buah sekolah kajian, terdapat enam buah sekolah yang tidak mempunyai
buku Bahasa Tamil di perpustakaan sekolah. Selebihnya, sembilan buah sekolah tidak
mempunyai peruntukan untuk buku-buku Bahasa Tamil walaupun sekolah-sekolah ini
mempunyai buku Bahasa Tamil di perpustakaan sekolah.
Apa yang dapat dilihat di sini, guru-guru kurang memberi perhatian yang khusus
terhadap subjek Bahasa Tamil ini. Sebagai bukti, subjek Bahasa Tamil ini tidak diperuntukkan
dananya sedangkan subjek-subjek lain mempunyai peruntukan yang berpadanan dengan apa
yang diperlukan.
Selain dari itu, pelajar-pelajar mempunyai cara dan minat tersendiri untuk belajar. Apa
yang dapat dikenalpasti, selain masalah kekurangan buku rujukan dan buku latihan di
perpustakaan sekolah, pelajar-pelajar atua murid gemar jika subjek Bahasa Tamil diajar dalam
atau pada waktu sekolah.
7

Daripada 15 buah sekolah kajian yang mempunyai 83 kelas secara keseluruhannya, hanya
30 kelas sahaja yang mengadakan kelas Bahasa Tamil dalam atau pada waktu sekolah.
Selebihnya, sebanyak 53 kelas, masing-masing mengadakan atau menjalankan kelas Bahasa
Tamil di luar waktu sekolah.

Jadual 1 : Waktu pengajaran Bahasa Tamil di 15 buah sekolah di Johor

Nama Sekolah

Bilangan kelas

Pengajaran Bahasa Tamil


Dalam
Waktu Luar Waktu Sekolah

Sek. Dato Jaafar


5
Sek. Engku Tun 3

Sekolah
1
-

4
3

Aminah
Sek. Dato Penggawa 11

Timur
Sek. Men. Ulu Tiram
Sek. Aminuddin Baki
SSI, Kulai
Sek. Tun Habab,

8
3
3
6

2
2
2

6
3
1
4

Kota Tinggi
Sek. Tinggi, Kluang
STAB, Kluang
Sek. Men. Rengam
Sek. Men. Batu Aram
Sek. Men. Labis
Sek. Men. Chacah
Sek. Men. SARS II
Sek.
Men.
Tun

2
2
10
5
4
9
6
6

1
4
3
2
4
2
1

2
1
6
2
2
5
4
5

Mamat
Jumlah

83

30

53

Untuk mendapatkan minat dan pemahaman pelajar, para guru hendaklah memahami apa
yang dikehendaki oleh pelajar. Guru-guru seharusnya memahami jika kelas-kelas di luar waktu
sekolah tetap dijalankan tetapi pelajar atau murid tidak bersetuju dengan ini, besar kemungkinan
mereka akan mula ponteng kelas atau tidak hadir ke kelas dan masalah-masalah tingkah laku
pelajar akan timbul seperti lepak, merokok dan seterusnya terjebak dengan dadah. Oleh itu, pihak
guru dan pihak sekolah seharusnya memikirkan tindakan yang terbaik. Jika kelas dijalankan di
luar waktu sekolah, besar kemungkinan murid atau pelajar berasa berat denga kelas ini kerana
mereka terpaksa menggunakan waktu untuk mereka berehat setelah seharian berada di sekolah.
Jadi, fikiran dan minda mereka tidak akan tertumpu terhadap apa yang ingin diajar oleh guru.
Sekiranya kelas Bahasa Tamil diadakan dalam waktu sekolah, pastinya guru-guru dapat
8

mengajar dan menarik minat pelajar untuk belajar dan memahami subjek Bahasa Tamil ini
dengan lebih baik lagi.
Masalah pembelajaran seterusnya yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam subjek
Bahasa Tamil ini ialah kurangnya guru Bahasa Tamil sepenuh masa di beberapa buah sekolah
yang dijadikan sekolah kajian. Berdasarkan kajian oleh Kulandasamy a/l Rajagopal, murid-murid
lebih tertarik untuk belajar dengan guru-guru sepenuh masa berbanding dengan guru sandaran
atau spenuh masa. Namu, bilangan guru Bahasa Tamil sepenuh masa adalah berkurangan.

Jadual 2 : Bilangan guru Bahasa Tamil sepenuh masa dan sambilan di 15 buah sekolah
menengah di negeri Johor.
Status Guru
L
Guru
sepenuh 6

P
1

Jumlah
7

Peratus (%)
11

masa
Guru sambilan
37
Guru sambilan 4

16
-

53
4

83
6

bersama
Jumlah

17

64

100

47

Ini mungkin terjadi kerana guru-guru sepenih masa adalah lebih cekap dan mereka
mangajar dengan lebih sistematik berbanding guru-guru sandaran. Guru sandaran tidak mendapat
kursus atau ilmu pengajaran sebagai guru dengan sebaiknya. Berbeza pula dengan guru-guru
sepenuh masa yang mendapat latihan khusus yang cukup untuk menjadi seorang guru yang
cekap dan berdedikasi. Minat dan cara belajar seseorang murid atau pelajar banyak bergantung
kepada cara atau teknik pengajaran guru. Ini adalah kerana cara pengajaran guru yang menarik
dan berkesan merupakan faktor utama kepada minat murid untuk belajar dan memahami subjek
Bahasa Tamil dengan lebih mendalam lagi
Literasi bahasa merupakan kemampuan dan pengusaan dalam sesuatu bahasa khusunya
dari segi bahasa, bacaan, ejaan. Literasi bahasa merupakan sebuah perkara yang penting dalam
hidup seseorang manusia itu, ini terbukti apabila setiap manusia yang dilahirkan di atas muka
bumi ini akan diajar atau diserapkan sejak seseorang itu bayi lagi. Keupayaan inilah yang akan
mendorong kepada penguasaan seseorang individu itu untuk mendalami ilmu-ilmu yang lain.
Malah, komunikasi seseorang remaja itu bergantung kepada keupayaan mereka dama membaca
9

dan mengeja dan remaja akan bertambah yakin sekiranya mereka mampu menjadi seseorang
yang lebih baik berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Hal ini membuktikan bahawa bahasa
itu merupakan sebuah atau sesuatu permulaan kepada sesebuah kehidupan kerana ianya sudah
bermula sejak sesoramg itu masih bayi lagi.
Sebelum diungkai lagi masalah pembelajaran dalam bahasa tamil, di sini ada sebuah lagi
teori yang berkaitan rapat dengan bahasa iaitu Teori Bahasa dan Pemikiran Vygostky. Teori ini
menyatakan tentang pendapat Vygostsky berkenaan percakapan peribadi ataupun percakapan
dalaman remaja berkembang daripada percakapan egosentrik semasa kanak-kanak yang
merupakan salah satu cara untuk mereka menyatakan fikiran dan ingatan yang sedang
berkembang serta ianya sebuah cara untuk menyatakan perasaan. Bukan itu sahaja, daripada
pemerhatian beliau telah mendapati bahawa Piaget telah melakukan sesuatu kesalahahn dimana
Piaget telah salah tafsir hal berkaitan dengan pertuturan egosentrik kerana semasa pemerhatian
beliau itu mendapati persamaan antara pertuturan egosentrik oleh kanak-kanak pra-sekolah
dengan pertuturan dalam proses pemikiran senyap yang lebih tua dan pertuturan dalam kalangan
oramng yang lebih dewasa amat menyakinkan beliau. Hal ini kerana, tiga golonga yang telah di
kajinya ini telah menunjukan persamaaan dalam pertuturan mereka atau percakapan mereka jadi
ini telah membuktikan andaian beliau bahawa apabila pertuturan egosentrik hilang atau lenyap
bergitu sahaja tetapi ia telah bertukar menjadi percakapan dalaman atau boleh dipanggil sebagai
inner speech.
Oleh kerana itu bahasa ini boleh dikaitkan dengan Teori Hieraki Keperluan Maslow
(1908-1970), di mana di dalam teori ini menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai pelbagai
unsur keperluan yang diperlukan untuk memenuhi aspek-aspek jasmani, rohani dan sosial dalam
kehidupan mereka. Menurut Maslow susunan ini merupakan keperluan semula jadi atau innate
yang menggerakkan atau memotivasikan tingkahlaku, bermula dengan keperluan yang paling
bawah piramid sehinggalah ke bahagian keperluan yang lebih kurang sama di bahagian yang
paling atas seperti rajah 1.0, jika kita lihat bahasa ini boleh diketagorikan dalam tingkat yang
fisiologi kerana kita amat mermerlukan bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharihari. Jadi masalah- masalah yang dhadapi oleh pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran
tamil ini mengambil kira beberapa faktor yang menjadi masalah kepada diri mereka untuk
mengusai mata pelajaran ini, terutama sekali dalam bidang sastera. Di bawah ini ialah Teori
Hieraki Keperluan Maslow ( 1908- 1970) dan item-itemnya:-

10

Being
Need

Doing Need

Having
Need

Rajah 1.0 Teori Hierarki Maslow.

Masalah utama dalam mata pelajaran tamil khususnya dalam sastera tamil ini terletak
pada pelajar itu sendiri. Hal ini kerana pelajar itu sendiri yang akan mencorakan hala tuju dirinya
sendiri. Oleh sebab itu, masalah sikap pelajar merupakan salah satu masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar ini terutama sekali dalam sastera bahasa tamil. Kebanyakan
daripada pelajar-pelajar beranggapan bahawa mereka tidak perlu mempelajari bahasa Tamil
kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka, bahkan boleh dikatakan semua orang
India telah menggunakan bahasa india sejak kecil lagi dan mengikut pertuturan masyarakat
sekeliling. Pembelajaran bahasa tamil tidak diambil berat kerana masyarakat India beranggapan
mereka sudah menguasai kemahiran menggunakan bahasa Malaysia memandangkan mereka
boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Tamil. Sebenarnya orang India perlu sedar bahawa
anggapan sedemikian adalah tidak benar. Bahasa Tamil yang digunakan oleh mereka dalam
pertuturan harian bukanlah sama dengan struktur bahasa Tamil yang berfungsi sebagai bahasa
ilmu. Sikap pelajar yang malas dan tidak mahu membuat latihan yangdiberikan guru, tidak
mengulangkaji mata pelajaran tersebut, kurang membaca bahan bacaan yang berbentuk
akademik dan menganggap bahawa bahasa tamil ini sesuatu yang mudah dan mereka mula untuk
mengabaikan mata pelajaran ini.
Masalah pembelajaran kedua yang telah dihadapi oleh pelajar-pelajar ini ialah masalah
kefahaman pelajar, seperti yang sedia maklum sastera tamil bukanlah sastera moden yang
hasilnya daripada penulis-penulis dinegara ini tetapi sastera tamil ini asalnya dari negara India
11

yang sudah berusia beribu-ribu tahun lamanya. Sastera tamil ini diambil dari tiga zaman yang
berbeza iaitu pada sangam pertama, sanggam kedua dan zaman-zaman yang lain. Sastera dari
zaman-zaman ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza terutama sekali dari segi gaya bahasanya dan
sistem tulisanya dan buktinya telah ditunjukan pada jadual 1.0 dan carta pai 1.0 yang
menunjukkan senarai sastera-sastera yang digunakan pada matapelajaran bahasa tamil. Hal ini
telah membuatkan para pelajar berasa sukar dengan pelajaran ini kerana bahasa yang digunakan
pada sastera ini merupakan bahasa lama dan sukar untuk difahami oleh pelajar, setiap perkataan
itu sungguh sukar sekali untuk ditafsirkan sekali. Bahasa-bahasa yang digunakan penuh
pengertian, bunga-bunga dan tersirat sekali maksudnya telah menyukarkan para pelajar untuk
memahaminya. Bukan sahaja lenggok-lenggok bahasa yang digunakan itu sukar untuk
ditafsirkan tetapi sistem tulisan yang digunakan juga berlainan sekali dengan sistem tulisan yang
digunakan pada masa kini. Hal ini lebih menyukarkan para pelajar untuk memahami sastera itu,
seperti syair,sajak dan lain-lain lagi. Jadual 2.0 menujukan keputusan peperiksaan sastera bahasa
tamil pada tahun 1998-2000.

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Jenis-Jenis Karya

Bil Puisi
15
1
1
1
1
35
15
35
25
25
Jadual 1.0: Senarai Karya-Karya Sastera Sekolah Menegah.

Thirukkural
Pannin Thirukkural
Muuturai
Naladiyar
Thiruvarudppa
Palamoii
Maimoli
Marabu Todar
Vamai Todar
Iraddai Kilavi

12

Carta pai 1.0: Senarai Karya-Karya Sastera Sekolah Menegah.

Tahun

1998
1999
2000

Bilangan
Murid

Cemerlang

Kepujian

Lulus

Jumlah
Lulus

(Orang)

A1-A2
(%)

C3-C6
(%)

P7-P8
(%)

A1-P8
(%)

497
360
801

9.9
11.7
13.5

34.3
42.2
41.3

27.0
26.1
27.0

71.2
80.0
81.0

Jumlah
Gagal

28.8
20.0
19.0

Jadual 2.0: Keputusan Peperiksaan SPM Kesusasteraan Tamil pada tahun 1998-2000

13

4.2

LANGKAH PENYELASAIAN

Guru boleh diibaratkan sebagai tunggak utama dalam membantu pengajaran dan
pembelajaran (P&P) murid-murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar
dalam mencapai perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam
bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri
setiap murid berkenaan. Perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan
terbentuk dengan baik dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seseorang murid itu akan merasainya sendiri
perubahan dalam kehidupan seharian mereka . Perkembangan dan pertumbuhan akan seiring
mengikut usia mereka. Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan
pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan
daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan
tentang apa yang diajar. Oleh itu, guru haruslah bijak merancang strategi bagi membantu
pelajar menguasai matapelajaran yang diajar khususnya dalam matapelajaran Bahasa Tamil
yang kami kaji.
Guru merupakan individu yang mempunyai pengaruh besar dalam membentuk kejayaan
pelajar dalam akedemik dalam bilik darjah. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan yang besar
dalam kejayaan pelaksanaan dan pembelajaran di peringkat sekolah terutamanya dalam bahasa
Tamil. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang mantap tentang teori, kaedah,
pendekatan, dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil serta mampu
mengaplikasikannya dalam suasana yang sebenar di dalam bilik darjah. Namun begitu, aspek
yang dinyatakan di atas bukan menyifatkan seseorang guru tersebut telah sempurna untuk
menjadi guru yang sempurna untuk mendidik anak bangsa dan menjamin para pelajar akan
memahami perkara yang diajar di dalam bilik darjah. Seseorang guru mestilah meningkatkan
ilmu yang dimiliki dari semasa ke semasa kerana ilmu yang sedia ada tidak cukup untuk
merealisasikan kejayaan pelajar dalam pempelajaran dalam setiap matapelajaran yang diajar
dalam bilik darjah terutamanya dalam Bahasa Tamil. Kaedah pengajaran dan pembelajaran
adalah berubah dari semasa ke semasa mengikut perubahan zaman. Oleh sebab itu, guru
hendaklah bersedia untuk menghadapi cabaran yang harus dihadapi terutamanya karenah muridmurid di dalam bilik darjah.

Pelbagai langkah yang kreatif dan efektif perlu diambil oleh setiap guru dalam
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) terutamanya untuk meningkatkan minat
dan kefahaman para pelajar dalam menguasai sesuatu matapelajaran di sekolah khususnya dalam
matapelajaran Bahasa Tamil. Antara langkah yang boleh diambil oleh guru ialah melalui
pendekatan merancang variasi penyampaian yang bijak untuk menarik perhatian pelajar untuk
fokus terhadap perkara yang diajar oleh guru. Variasi penyampaian bermaksud guru
menggunakan segala kebolehan dan bakat yang ada dalam diri masing-masing ketika berhadapan
dengan para pelajar terutamanya semasa sesi pengajaran dalam bilik darjah. Guru hendaklah
menggunakan kesemua pancaindera atau anggota badan mereka seperti gerakan kepala, tepuk
tangan, fokus pandangan, dan gerakan fizikal lain yang pelbagai dapat menarik tumpuan para
14

pelajar untuk memahami apa yang diajar. Contohnya jika pelajar rasa mengantuk ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran berlaku mereka akan terjaga apabila mendengar tepukan tangan
guru. Remaja yang tidak memberi perhatian dan membuat bising dalam bilik darjah ketika guru
sedang mengajar akan berhenti membuat bising dan memberi perhatian terhadap perkara yang
diajar apabila guru berjalan atau bergerak menghampiri mereka. Semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku, guru hendaklah selalu menukar intonasi suara supaya para pelajar benarbenar terhibur terhadap perkara yang disampaikan oleh guru. Hal ini menyebabkan pelajar tidak
mudah berasa bosan dan mudah memahami perkara yang disampaikan oleh guru tersebut
terutamanya dalam matapelajaran yang melibatkan sejarah dan kesusasteraan seperti
Kesusasteraan Tamil. Intonasi suara guru yang mendatar dan tidak menarik menyebabkan pelajar
merasa bosan dan tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pembelajaran dan
pengajaran dalam bilik darjah. Banyak kajian menunjukkan pelajar dan remaja tidak berminat
untuk belajar disebabkan oleh persembahan pengajaran guru yang tidak menarik. Hal ini
menyebabkan pelajar mengambil langkah untuk tidur dalam bilik darjah dan ponteng kelas.

Selain itu, guru juga boleh mengambil mempraktikkan kaedah pembelajaran koperatif
(cooperative learning) dalam bilik darjah. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah
pengajaran yang memerlukan pelajar daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan
kecil untuk mencapai tahap pengajaran yang maksimum dalam kalangan pelajar. Matlamat
kaedah ini diadakan adalah untuk memaksimumkan pembelajaran bukan sahaja untuk tertumpu
kepada seorang pelajar sahaja malah, semua pelajar di dalam bilik darjah. Kaedah ini
mempunyai unsur iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi
secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan
pemprosesan kumpulan. Setiap pelajar dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman
masing-masing dan memainkan peranan yang berbeza bergilir-gilir di dalam kumpulan.
Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan adalah digalakkan. Hal ini disebabkan kaedah ini
dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran dan meningkatkan daya kefahaman
pelajar. Misalnya, pengajian Kesusasteraan Tamil adalah lebih berkesan dijalankan secara
koperatif kerana pelajar yang telah memahami sesuatu karya puisi (ceiyul) boleh menerangkan
perkara yang mereka fahami kepada kawan mereka yang tidak memahami karya puisi tersebut.
Sesetengah pelajar malu untuk menyatakan perkara yang mereka tidak faham kepada guru.
maka, kaedah ini adalah sesuai dipraktikkan jika guru menghadapi pelajar yang sebegini. Bagi
pelajar yang pemalu, rakan sekelas adalah tempat altenatif untuk bertanya selain guru. Beberapa
cara pembelajaran koperatif telang diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan seperti belajar
bersama (learning together), meja bulat (round table), dan STAD (Students Team-Achievement
Division). Walaupun kaedah ini hanya berpusatkan kepada pelajar, guru haruslah memerhati
keadaan pelajar dari belakang dan membantu kumpulan pelajar sekiranya menghadapi masalah
dalam sesuatu matapelajaran. Pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar berinteraksi secara
aktif dan positif dalam kumpulan. Hal ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea
sendiri dalam suasana yang tidak terancam malah, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

15

Seorang guru yang kreatif perlu sentiasa memikirkan cara untuk menarik minat pelajar
untuk belajar dan meningkatkan daya kefahaman pelajar serta menguatkan daya ingatan pelajar
terhadap perkara yang telah diajar. Kaedah menyoal kembali pelajar tentang perkara yang telah
diajar perlu diamalkan oleh guru. Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu topik
terlebih dahulu sebelum beralih kepada topik yang lain supaya pelajar tidak ketinggalan terlalu
jauh apabila semakin banyak topik yang diajar. Sekiranya terdapat pelajar yang masih tidak
memahami sesuatu topik, maka guru boleh mengulangi pembelajaran sehingga semua pelajar
memahami topik tersebut. Kaedah menyoal boleh dimulakan diawal sesi pembelajaran sekiranya
guru menyoal topik yang telah lama diajar dan menyoal diakhir sesi pembelajaran selepas
sesuatu topik itu diajar. Sekiranya terdapat hanya segelintir sahaja pelajar yang lemah, guru
boleh mengajar dan memberi penerangan kepada mereka secara individu sama ada di dalam bilik
guru atau di luar waktu sesi persekolahan. Kaedah menyoal pelajar hendaklah dalam suasana
yang tenang dan tidak terlalu memaksa pelajar memberi jawapan yang betul. Soalan-soalan yang
dikemukakan hendaklah tidak mengelirukan dan tidak perlu menghukum pelajar sekiranya
jawapan yang diberi adalah salah. Melalui kaedah ini, guru dapat mengetahui tahap kefahaman
dan daya ingatan anak didik mereka tentang sesuatu topik yang diajar. Langkah susulan daripada
penilain guru mengenai pelajar mereka ialah merubah cara pengajaran dan pembelajaran yang
diamalkan sebelumnya. Oleh itu, guru perlu mencari jalan atau altenatif lain sama ada teknik
penyampaian dan kaedah penerangan yang sesuai digunakan dalam bilik darjah bagi
meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar.

Selain itu, guru hendaklah mengetahui teknik untuk meransang minat dan ingatan pelajar
melalui kaedah penyampaian dan penerangan melalui penggunaan slaid power point.
Kebiasaannya penggunaan slaid power point dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dilakukan dalam makmal komputer di sekolah. Kaedah ini dapat menarik minat para pelajar
kerana suasana makmal yang selesa dan tidak lagi perlu mengadap papan putih untuk menerima
sesuatu pembelajaran. Sesetengah pelajar akan merasa bosan tentang pembelajaran yang hanya
tertumpu kepada guru dan beranggapan ia terlalu biasa dan tradisional kerana sistem
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini perlu berubah seiring dengan perkembangan
teknologi pada masa kini. Namun, penyediaan slaid power point hendaklah kelihatan menarik
dan kreatif untuk menarik perhatian pelajar untuk meneliti isi kandungan slaid tersebut.
Contohnya penggunaan warna yang berwarna-warni dalam penyediaan slaid power point adalah
penting terutamanya dalam peta minda dan carta aliran. Hal ini kerana, penggunaan warna yang
pelbagai dengan grafik yang menarik dalam pembelajaran dan pengajaran akan meransang daya
ingatan pelajar untuk mengingati tentang sesuatu perkara yang diajar. Kajian yang telah
dilakukan oleh para sarjana seperti Nordin pada tahun 1991 menunjukkan bahawa komponen
grafik mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran disamping meningkatkan
penglibatan dan tahap kefahaman pelajar. Slaid power point yang disediakan hendaklah tidak
menggunakan ayat bertulis yang terlalu panjang. Dalam menyelasaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Tamil, kaedah ini boleh dipraktikkan terutamanya mengenai topik-topik
yang susah untuk difahami dan diingati misalnya Kesusasteraan Bahasa Tamil. Penggunaan
warna dapat memudahkan pelajar untuk menghafal topik-topik yang memerlukan pelajar untuk
menghafal seperti puisi tamil.

16

Disamping itu, guru juga perlu bijak melihat reaksi pelajar didalam kelas. Sekiranya
pelajar seperti hilang tumpuan dan mengantuk, guru hendaklah menyelitkan jenaka dalam sesi
pengajaran kerana bagi pelajar, jenaka dapat menghiburkan hati mereka dan menghilangkan
stress mereka terhadap pelajaran. Namun, lawak jenaka yang disampaikan hendaklah tidak
keterlaluan dan mestilah berkaitan dengan pelajaran. Guru juga boleh menyelitkan unsur-unsur
nasihat dalam berjenaka dalam bilik darjah. Kebanyakan daripada pelajar lebih berminat dengan
guru yang suka berjenaka dan tidak terlalu garang walaupun matapelajaran yang diajar oleh guru
tersebut adalah matapelajaran yang sukar dan membosankan seperti matapelajaran Bahasa Tamil,
Sejarah dan Matematik. Namun, matapelajaran lain juga tidak terkecuali daripada tidak
terkecuali kurang diminati oleh golongan pelajar.
Oleh itu, guru harus mengetahui mood pelajar dan unsur jenaka adalah penting dalam
proses pembelajaran. Selain jenaka, guru boleh menyelitkan perkara-perkara lain untuk menarik
minat pelajar untuk menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti
bercerita dan gerakan regangan badan bagi menghilangkan rasa mengantuk dalam kalangan
pelajar di dalam kelas. Cerita yang ingin disampaikan oleh guru mestilah cerita yang membina
minda pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Misalnya, guru menceritakan pengalaman
guru itu sendiri ketika belajar dan memberi tip-tip untuk belajar dengan betul dan berkesan. Guru
juga boleh berkongsi pandangan dan memberi pendapat mereka mengenai isu-isu semasa yang
berlaku pada masa kini. Hal ini dapat membuka ruang kepada pelajar untuk mengetahui keadaan
semasa yang berlaku pada masa kini selain menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Guru juga mestilah sabar dalam melayan karenah para pelajar terutamanya pelajar yang
lemah dalam pelajaran. Kebiasaannya pelajar ini perlu diberi perhatian yang lebih berbanding
pelajar lain. Semasa mengendalikan kelas yang majoriti pelajar yang lemah, guru hendaklah
tidak terlalu cepat dalam menghabiskan pengajaran mengenai sesuatu topik kerana kemungkinan
besar pelajar tersebut tidak memahami tentang perkara yang diajar. Semasa mengendalikan kelas
yang sebegini, guru harus menerangkan sesuatu topik tersebut dengan perlahan dan terperinci
sehingga pelajar faham sepenuhnya. Dalam matapelajaran Bahasa Tamil misalnya, bab mengenai
kasusateraan Tamil dan puisi klasik perlu diajar dan diterangkan secara terperinci kerana bahasa
yang digunakan adalah bahasa Tamil klasik dan sukar untuk difahami. Oleh itu, penerangan yang
ingin disampaikan mesti jelas dan mudah untuk difahami oleh pelajar. Guru hendaklah
memahami situasi pelajar tersebut dan sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk
pelajar. Suasana pembelajaran dalam bilik darjah hendaklah ceria dan tidak terlalu tegang kerana
pelajar yang lemah dalam pelajaran akan merasa tertekan dan akan mengambil sikap sambil lewa
terhadap penyampaian yang disampaikan oleh guru.

17

Hal ini menyebabkan pelajar pelajar tidak berminat untuk belajar dan mengambil
langkah untuk ponteng daripada mengikuti kelas tersebut. Perkara ini perlu dielakkan supaya
semua pelajar mendapat pelajaran yang sama rata antara satu sama lain dan matlamat melahirkan
modal insan yang berkualiti dapat direalisasikan. Guru tidak harus mengambil sikap sambil lewa
terhadap permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar terutamanya pelajar yang lemah dalam
pelajaran. Langkah ini bertepatan dengan teori kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard
Gardner pada tahun 1983. Beliau menyatakan bahawa kecerdasan seseorang individu dapat
ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut beliau lagi, kecerdasan bukan diwarisi
semata-mata dan tahap kecerdasan dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti peluang pendidikan,
pemakanan, dan suasana pembelajaran. Oleh itu, semua pelajar dapat dibentuk dan diasuh
supaya menjadi modal insan yang berkualiti di masa hadapan.

Seterusnya, guru juga perlu mengambil langkah membuat persediaan awal untuk
mengajar sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Persediaan yang dimaksudkan
ialah persediaan menyediakan perkara yang hendak diajar. Pensediaan adalah amat penting bagi
menjamin sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar merangkumi semua
matapelajaran yang diajar di sekolah. Sebelum bahan pengajaran disediakan, guru hendaklah
mengetahui tahap kelemahan pelajar dalam sesebuah kelas. Sekiranya sesebuah kelas
mempunyai pelajar yang majoritinya lemah, maka persediaan pembelajaran hendaklah perlu
diperhalusi dan terperinci supaya perkara yang disampaikan oleh guru dapat diterima oleh pelajar
dengan sempurna. Contohnya guru menyediakan nota dalam bentuk salinan fotostat mengenai
bab kesusasteraan bahasa Tamil dan diedarkan kepada pelajar dalam kelas untuk dijadikan nota
rujukan bagi pelajar yang bermasalah dalam menyalin nota yang diterangkan oleh guru. Mereka
mungkin menghadapi masalah menulis dengan lambat atau malas dalam menyalin nota. Langkah
ini boleh dipraktikkan kerana sesetengah pelajar terutamanya pelajar yang lemah dalam pelajaran
lebih tertarik untuk membaca nota yang bertaip berbanding nota yang bertulis tangan. Hal ini
berkemungkinan pelajar tersebut lebih memahami nota yang bertaip kerana nota yang ditulis
oleh mereka buruk tulisannya dan tidak menarik untuk dibaca. Langkah ini bertepatan dengan
teori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) dalam buku Learning Style Inventory
Development and Research menganggap gaya pembelajaran sebagai satu cara bagaimana
elemen daripada ransangan iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi, dan psikologi boleh
memberi kesan kepada keupayaan individu untuk memahamkan sesuatu,berinteraksi, dan
bertindakbalas terhadap persekitaran pembelajarannya. Sessi pembelajaran dan pengajaran juga
akan lebih mudah kerana pelajar boleh merujuk nota rujukan yang diedarkan tanpa perlu
menyalin apa yang disampaikan oleh guru. kesannya, pelajar yang lemah tadi dapat memahami
tentang sesuatu perkara yang diajar dengan mudah penerangan yang disampaikan oleh guru
dengan bantuan nota yang diberikan.

Sesi pembelajaran dan pengajaran tidak semestinya berlaku di dalam bilik darjah sahaja
malah, lokasi lain di luar kawasan sekolah juga dapat dijadikan tempat untuk sessi pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Pelbagai aktiviti atau program tambahan dilaksanakan di sekolah
untuk mempertingkatkan prestasi murid. Seringkali aktiviti tersebut dilaksanakan di luar bilik
darjah sama ada sebagai kelas tambahan atau program berbentuk kempen dan kelas di luar bilik
darjah untuk menggalakkan lagi minat murid terhadap pelajaran. Seseorang guru yang
18

menjalankan Kajian Tindakan tentang amalan mengajarnya bukanlah melaksanakan sesuatu


projek khusus untuk tujuan penyelidikan semata-mata tetapi mengajar dengan menggunakan
pendekatan penyelidikan. Kajian dijalankan semasa guru mengajar di bilik darjah dengan cara
menggabungjalinkan ciri-ciri penyelidikan dalam pengajaran seperti mengumpul data tentang
pengajaran dan selepas itu menganalisis data tersebut. Dalam Kajian Tindakan langkah-langkah
penyelidikan iaitu merancang bertindak, memerhati dan mereflek perlu dipatuhi. . Kaedah ini
adalah bertepatan dengan teori otak triune yang dikemukakan oleh Paul Mclean. Teori ini
menyatakan bahawa keseluruhan otak terlibat dalam pelaksanaan pembelajaran. Persekitaran dan
emosi pelajar dapat merangsang otak kanan dan otak kiri berfungsi serentak. Oleh itu, apabila
perkataan digabungkan dengan muzik dan suasana menarik, atau apabila perkataan dikeluarkan
dengan emosi, otak akan lebih mengingat.Contohnya sessi pembelajaran Bahasa Tamil dilakukan
kawasan terbuka dangan pengaliran udara segar yang baik seperti di taman bunga sekolah.
Kawasan yang tenang dan segar dapat meransang pelajar untuk belajar dan suasana tersebut amat
sesuai untuk mereka mempelajari matapelajaran yang berkaitan dengan sastera seperti
kesusasteraan Tamil. Pelajar dapat menghayati elemen dan nilai-nilai estetika yang terdapat
dalam karya sastera Tamil seperti puisi dan syair. Penyampaian maklumat yang disampaikan oleh
guru dapat diterima dengan mudah apabila pelajar dapat menghayati tentang sesuatu perkara
yang diajar. Hal ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kesusasteraan Tamil dan
mereka akan lebih berminat mengikuti kelas tersebut untuk sessi seterusnya.

Selain itu, bahan mengajar yang digunakan untuk mengajar tidak hanya tertumpu kepada
buku teks semata-mata. Bahan rujukan daripada buku-buku lain juga boleh digunakan dalam
membantu pelajar menguasai sesuatu subjet dalam mata pelajaran. Kebanyakan buku rujukan
yang terdapat dalam pasaran adalah terperinci kerana maklumat yang terdapat di dalamnya telah
diolah dan dihuraikan dengan lebih lanjut untuk memudahkan pelajar untuk memahami isi
kandungannya. Namun, buku rujukan yang digunakan hendaklah menepati piawaian peperiksaan
yang ingin diduduki seperti Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM). Contoh buku rujukan yang sesuai dengan kehendak peperiksaan
seperti keluaran Susbadi, Pelangi, dan Fajar Bakti. Hal ini disebabkan terdapat buku-buku
rujukan yang terdapat dipasaran tidak sesuai digunakan oleh para pelajar kerana kandungan
buku rujukan tersebut berbeza dengan sukatan pelajaran yang terdapat dalam buku teks sekolah.
Penggunaan kepelbagaian buku dapat menambahkan lagi tahap kefahaman pelajar. Guru juga
boleh menggunakan kertas soalan yang terdapat di dalam buku rujukan sebagai latihan kepada
pelajar sebagai latihan latih tubi untuk persediaan menghadapi peperiksaan sebenar. Dalam
menyelesaikan masalah pembelajaran Bahasa Tamil, penggunaan buku rujukan yang pelbagai
adalah digalakkan. Sesetengah nota yang dibekalkan dalam buku rujukan menepati skema
jawapan dalam peperiksaan sebenar. Oleh itu, latih tubi yang berterusan dapat melatih para
pelajar menggunakan jawapan yang menepati skema jawapan tersebut. Latihan yang berterusan
juga dapat menguatkan lagi ingatan pelajar terutamanya dalam topic-topik yang sukar seperti
kesusasteraan Tamil dalam persiapan menghadapi peperiksaan.

19

Selain guru Bahasa Tamil, pengetua sekolah juga perlu memainkan peranan penting
dalam memperkasakan matapelajaran Bahasa Tamil di sekolah. Pengetua merupakan seorang
pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin. Dalam konteks ini,
ketiga-tiga tugas itu saya menggunakan istilah pemimpin atau kepemimpinan sahaja kerana
aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepempimpinan. Pengetua
perlu bekerjasama dengan guru-guru dalam menyelesaikan masalah terutama dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Peranan dan fungsi pengetua yang memimpin sekolah
adalah mencetuskan usaha-usaha peningkatan kekesanan proses pengajaran-pembelajaran
dengan sentiasa melakukan inovasi dan sekaligus menghargai inovasi tenaga kerja.
Sebagai pentadbir sekolah, pengetua boleh menggunakan kuasanya dalam menyediakan
buku-buku rujukan yang bersesuaian untuk kegunaan pelajar di perpustakaan sekolah.
Kebanyakan perpustakaan di sekolah tidak menyediakan buku-buku yang secukupnya untuk
keguaan pelajar. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mempunyai buku rujukan yang bersesuaian
dan menyukarkan pelajar mengulangkaji pelajaran di sekolah. Buku merupakan aset yang
terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sama ada untuk kegunaan guru
atau pelajar. Pengetua perlu memastikan bekalan buku-buku di perpustakaan sekolah mencukupi
meliputi semua matapelajaran terutamanya dalam matapelajaran Bahasa Tamil. Hal ini kerana
bahan-bahan rujukan bagi matapelajaran Bahasa Tamil dan kesusasteraan Tamil sukar terdapat
dipasaran. Harga buku rujukan kebiasaanya adalah mahal dan tidak mampu untuk dibeli oleh
pelajar. Pengetua sendiri boleh memilih buku-buku rujukan yang bersesuaian dengan dibantu
guru Bahasa Tamil bagi murid-murid Tamil di perpustakaan. Oleh itu, pengetua perlu berusaha
untuk menyediakan buku-buku di perpustakaan sekolah. Peruntukan kewangan yang disalurkan
ke sekolah perlu digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan para pelajar amnya.

Selain itu, pengetua sekolah perlu memastikan guru-guru Bahasa Tamil mengambil
bahagian dalam Persatuan Bahasa Tamil. Sesetengah sekolah tidak mengambil berat akan kelab
dan persatuan Bahasa Tamil di peringkat sekolah. Hal ini menyebabkan kelangsungan dalam
pembelajaran Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil tidak sempurna. Para pelajar hanya
didedahkan tentang matapelajaran tersebut hanya di bilik darjah. Aktiviti luar bilik darjah seperti
penglibatan pelajar dalam persatuan dan sebagainya akan memperkasakan pengetahuan dan
ingatan mereka dalam matapelajaran tersebut. Kewujudan kelab dan persatuan Bahasa Tamil
juga dapat menarik minat pelajar untuk aktif dalam persatuan tersebut sekiranya aktiviti yang
dijalankan menarik dan menyeronokkan. Contohnya pertandingan syair dan puisi Tamil yang
dianjurkan oleh persatuan Bahasa Tamil di peringkat sekolah diadakan untuk menarik minat
pelajar untuk mempelajari dan mengukuhkan lagi pengetahuan mereka dalam bidang Bahasa
Tamil. Pengetua yang bertanggungjawab perlu mengawasi dan memastikan panitia Bahasa Tamil
aktif di peringkat sekolah. Hal ini bagi memastikan pelajar dapat menguasai matapelajaran
tersebut dengan sempurna dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

20

Langkah penyelesaian seterusnya yang boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah


dalam pembelajaran Kesusasteraan Tamil ialah guru menayangkan cerita atau video mengenai
dengan sastera Tamil. Hal ini akan membuatkan pelajar tidak berasa akan bosan untuk belajar
subjek ini di dalam kelas. Ia juga bertujuan menarik perhatian minat pelajar mengenai apa yang
dipelajari. Mereka akan bosan apabila hanya membaca karya-karya sastera yang mengandungi
bahasa-bahasa klasik yang amat sukar untuk difahami. Melalui tayangan video dan cerita ini,
akan memudahkan pelajar memahami. Guru harus berusaha mendapatkan video dan cerita yang
sewajarnya supaya pelajar mudah untuk memahami pelajaran yang diajar oleh guru. Bahasa yang
terdapat dalam pelajaran ini adalah sukar difahami oleh pelajar. Melalui cara ini juga akan
memudahkan pelajar memahami jalan cerita sesebuah cerpen atau hikayat yang terdapat dalam
mata pelajaran ini. Mereka akan mudah untuk memahami plot dan cerita yang disampaikan. Hal
ini adalah baik berbanding dengan kaedah hanya membaca. Pelajar akan berasa bosan dan
mengantuk apabila hanya membaca. Mereka mengantuk dan bosan ini disebabkan mereka tidak
meminati subjek ini kerana susah. Dengan kaedah ini dapat menambah minat mereka untuk
belajar.
Selain itu, pada masa ini keadaan pelajar yang berada pada tahap remaja lebih suka
kepada hiburan. Mereka lebih berminat untuk keseronokkan. Oleh yang demikian, dengan cara
ini dapat memberikan keseronokkan belajar dalam kalangan pelajar. Mereka akan menjadi lebih
seronok untuk belajar dan seterusnya mereka akan lebih rajin untuk mengulangkaji pelajaran ini.
Mereka juga akan berasakan bahawa subjek ini tidak susah seperti mana yang disangka. Oleh itu,
mereka akan mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat gred yang baik di dalam
peperiksaan. Sebagai contoh cerita yang boleh ditayangkan adalah cerita Asoka. Walaupun cerita
ini tiada dalam silibus mata pelajaran ini, hal ini akan menimbulkan minat pelajar dalam subjek
sastera ini. Perkara yang paling penting sekali dalam isu pembelajaran ini adalah minat. Guru
perlu memahami kehendak dan keperluan pelajar. Guru tidak boleh hanya menekan pelajar
kerana ia akan membutkan pelajar gagal di dalam peperiksaan. Oleh itu, teknik ini adalah salah
satu cara menangani masalah dalam subjek ini.

Setiap permasalahan semestinya ada penyelesaian. Guru perlu kreatif dalam proses
pengajaran di dalam kelas. Hal ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar sesuatu yang susah
seperti sastera Tamil ini. Salah satu cara untuk menarik minat pelajar meminati dan rajin belajar
subjek ini ialah dengan memberikan dengan cara memberikan ganjaran kepada pelajar. Hal ini
kerana, pelajar adalah sangat suka apabila diberikan ganjaran apabila mereka memperoleh
sesuatu jawapan atau kejayaan. Sebagai contoh, guru memberikan dan menjanjikan ganjaran
apabila pelajar berjaya mendapat markah paling tinggi di dalam peperiksaan. Ganjaran ini boleh
dalam bentuk wang. Selain itu, ia juga boleh juga dalam bentuk buku rujukan, alatan tulis dan
lain-lain lagi. Memang tidak dinafikan bahawa cara ini banyak orang tidak setuju kerana ia akan
membuatkan pelajar mengejar material semata-mata, namun cara ini akan dapat menarik minat
pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan. Cara ini bukan sahaja untuk peperiksaan semata-mata,
ia juga boleh dipraktikkan di dalam kelas. Misalnya, guru bertanyakan soalan dan sesiapa yang
menjawab dengan betul akan mendapat imbuhan. Hal ini akan menyebabkan pelajar akan
sentiasa mengulagkaji pelajaran di rumah. Mereka akan membuat persediaan awal sebelum
memasuki kelas tersebut. Melalui cara ini akan membuatkan pelajar berlumba-lumba untuk
berjaya dalam peperiksaan. Ia merupakan perlumbaan yang sihat bagi mendapat kejayaan dalam
21

pelajaran daripada mereka berlumba-lumba melakukan kegiatan yang tidak berfaedah. Melaui
cara ini akan membuatkan pelajar akan sentiasa bersaing untuk menjadi yang terbaik di dalam
kelas. Imbuhan yang diberikan seperti buku rujukan itu juga memberikan kebaikan yang amat
untuk meneruskan pengajian di sekolah. Mereka juga akan berasa sayang dengan guru tersebut
dan membuatkan perasaan untuk belajar semakin berkobar-kobar. Hal ini boleh menjadi
penyelesaian kepada masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran. Guru juga boleh
memberikan ganjaran dalam bentuk buku yang berkaitan dengan sastera Tamil. Hal ini kerana
buku yang berkaitan dengan sastera Tamil sukar untuk diperolehi. Oleh yang demikian, mereka
akan lebih semangat untuk melalui proses di dalam kelas dan akan cuba untuk berusaha sedaya
uapaya untuk memahami setiap apa yang dipelajari walaupun subjek ini adalah satu subjek yang
sukar kerana menggunakan bahasa yang lama. Oleh yang demikian, cara ini adalah amat
bersesuaian untuk digunakan guru bagi proses pengajaran di dalam kelas dan dapat
menyelesaikan masalah dalam subjek ini seterusnya membolehkan pelajar mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan.
Permasalahan dalam pembelajaran subjek ini sebenarnya boleh diselesaikan sekiranya
guru mempunyai pemikiran yang kritis dalam menyelesaikannya. Kejayaan pelajar adalah
bergantung kepada sejauh mana usaha guru itu untuk memberikan segala tunjuk ajar kepada
pelajarnya. Cara dan tahap pemikiran guru juga mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar. Cara
yang kreatif harus dilakukan bagi membuatkan pelajar berasa seronok untuk belajar. Pelajar tidak
seronok belajar subjek ini kerana ia mempunyai bahasa yang susah. Oleh itu guru perlu mencari
jalan bagi mengatasi masalah ini. Cara yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengadakan
permainan atau kuiz di dalam kelas. Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui
Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan
dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolahsekolah Melayu. Ia juga boleh digunakan dalam membantu menangani masalah yang terdapat
dalam sastera Tamil. Guru tidak boleh hanya mengajar sahaja kerana dengan hanya mengajar
begitu sahaja membuatkan pelajar bosan kerana ia adalah satu subjek yang mempunyai bahasa
yabg tinggi. Dengan mengadakan kuiz dan permainan di dalam kelas akan membuatkan lebih
aktif di dalam kelas. Hal ini akan lebih membuka minda pelajar untuk mengenai apa yang
dipelajari. Guru boleh memecahkan pelajar kepada beberapa kumpulan dan guru sendiri menjadi
pengerusinya. Guru boleh mengemukakan soalan yang berkaitan dengan bidang sastera. Hal ini
akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk mengetahui dan mempelajari subjek ini.
Mereka juga akan bekerjasama dalam kumpulan bagi memenangi pertandingan ini. Hal
ini adalah bagus kerana mereka akan nerkongsi pengetahuan yang ada bersama-sama rakanrakan. Ramai ahli sarjana juga mengakui bahawa belajar dalam kumpulan adalah lebih baik
berbanding belajar berseorangan. Selain itu, mereka tidak akan berasa bosan apabila berada di
dalam kelas. Suasana kelas yang sebegini adalah baik untuk pelajar. Remaja sebagai pelajar pada
masa ini adalah dalam proses perkembangan hormon di dalam badan yang memerlukan mereka
untuk sentiasa aktif. Apabila hormon-hormon ini diransang dan tidak dibiarkan begitu sahaja, ia
akan dapat membantu untuk pelajar lebih meminati sesuatu yang dipelajari. Melalui cara ini juga
akan dapat memberikan pendedahan yang luas kepada pelajar mengenai pelajaran yang
dipelajari. Mereka tidak akan berasa tertekan dengan subjek ini walaupun ia subjek yang sukar.
Cara ini juga akan dapat membuatkan pelajar-pelajar bersaing sesama sendiri untuk memenangi
pertandingan tersebut. Persaingan ini akan mewujudkan perasaan ingin berjaya yangtinggi
22

dalam diri seseorang pelajar. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Selain itu, pelajar
dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
Mungkin juga kuiz yang dijalankan ini berbentuk soal jawab antara kumpulan. Ia akan dapat
membuka minda pelajar mengenai kemungkinan soalan yang akan diajukan di dalam
peperiksaan. Ia juga membuatkan pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan
mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar juga akan mendapat kaedah berfikir yang
baru. Mereka akan berifikir di luar kotak seperti yang diuar-uarkan pada masa sekarang. Hal ini
akan mengikis persepsi mereka bahawa subjek ini susah dan akan menyebabkan mereka lebih
meminati mata pelajaran ini dan seterusnya akan membolehkan mereka memperolehi keputusan
yang baik dalam peperiksaan. Oleh yang demikian, cara ini merupakan salah satu cara kreatif
dan kritis yang boleh digunakan guru bagi menangani masalah dalam sastera Tamil ini.

Pemikiran guru yang berinovasi menggambarkan kewibawaanya. Pemikiran yang


berinovasi ini adalah sangat penting bagi mengatasi masalah yang ada dalam proses
pengajarannya. Keadaan kelas yang muram dan suram boleh menyebabkan pemerolehan ilmu
pelajar tidak seperti yang diharapkan. Persekitaran kelas mempengaruhi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Kaedah yang boleh digunakan ialah cara lakonan semula apa yang telah
dipelajari. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan
induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Sastera Tamil ini menggunakan laras bahasa
lama yang sangat sukar untuk difahami. Terdapat bahagian-bahagian yang boleh dilakonkan oleh
pelajar. Oleh yang demikian, ia akan memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar. Ia juga
akan memudahkan pelajar mengingati apa yang dipelajari. Melalui cara ini juga pelajar akan
mudah mengingati apa yang diajar oleh guru. Mereka akan merasa sendiri keadaan yang mana
terdapat di dalam karya sastera tersebut. Apa yang boleh dikatakan, ramai ahli akademik
mengakui bahawa pembelajaran melalui pengalaman adalah sangat baik. Sebagai contoh, jika
mereka hanya membaca sahaja, mereka sukar untuk memahami jalan cerita dan plot yang ingin
disampaikan. Pemahaman yang penting dalam apa yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya
sastera adalah penting kerana ia akan memudahkan pelajar menjawab soalan yang dikemukakan
dalam peperiksaan.

Selain daripada itu juga, melalui cara ini juga akan membuatkan suasana kelas menjadi
lebih ceria. Suasana ceria ini memberikan pelajar keselesaan kepada untuk belajar. Alam remaja
ini penuh dengan keceriaan, jika kelas muram akan membuatkan pelajar turut lemah longlai di
dalam kelas. Ia akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini juga
akan membuatkan pelajar meyediakan diri sebelum masuk ke dalam kelas. Hal ini kerana, guru
akan memberikan pelajar masa untuk membuat latihan sebelum lakonan dijalankan. Sebagai
contoh guru memberikan kepada beberapa kumpulan dan memberikan bahagian yang sesuai
untuk dilakonkan. Oleh yang demikian, pelajar akan membuat ulangkaji yang sebaiknya bagi
memberi persembahan yang terbaik. Persembahan pula akan dinilai oleh guru dan memberikan
markah. Kumpulan yang paling banyak mengumpul markah akan diisytiharkan sebagai
pemenang. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memahami dan menghayati
pelajaran kerana sastera adalah satu subjek yang memerlukan penghayatan yang tinggi kerana ia
adalah satu bidang yang mempunyai nilai yang begitu tinggi. Melalui kebijaksaan guru ini juga
23

akan memberikan keyakinan dan kemantapan diri dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan
yang melanda semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia juga memberikan
lebih penumpuan pelajar di dalam kelas. Seperti yang diketahui, tumpuan pelajar yang baik di
dalam kelas merupakan resepi kejayaan di dalam peperiksaan. Langkah bijak yang diguna pakai
oleh guru ini akan lebih memberikan penumpuan yang lebih baik dalam kalangan pelajar.
Mereka akan lebih menumpukan perhatian semasa rakan-rakan melakonkan sesuatu. Hal ini akan
dapat membantu mereka cepat faham dan mudah mengingati sesuatu tajuk yang diajar oleh guru.
Pergerakan yang dilakukan di dalam kelas yang dilakukan sendiri oleh pelajar akan membuatkan
pelajar berasa senang hati dan akan dapat menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Jalan penyelesaian seterusnya yang boleh dilakukan untuk menyelesaian masalah dalam
sastera Tamil ini adalah dengan guru mengambil inisiatif bercerita tentang apa yang diajar. Hal
ini kerana subjek sastera Tamil ini memerlukan pelajar untuk menghabiskan pembacaan dalam
sesuatu puisi atau novel. Langkah ini perlu dilakukan kerana kadang-kala pelajar membaca,
tetapi tetapi tidak faham apa yang dibaca. Guru perlu bercerita dengan mempunyai pengetahuan
yang secukupnya kerana pelajar akan bertanya apabila tidak faham. Guru perlu bersedia sentiasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Intonasi semasa bercerita juga perlu
baik bagi memudahkan pelajar faham. Bahasa yang digunakan perlu jelas supaya pelajar tidak
keliru mengenai apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, perkembangan cerita hendaklah
diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Hal ini penting
supaya pelajar dapat mengetahui cerita tersebut dengan susun atur yang betul. Tidaklah cerita
yang disampaikan itu sekejap ke sana dan sini yang menyukarkan pelajar faham plot cerita itu.
Kaedah bercerita ini tidaklah untuk cerpen atau hikayat sahaja, tetapi boleh juga untuk seperti
puisi atau sajak. Hal ini kerana puisi dan sajak bukan untuk difahami dari maksud tersurat sahaja
tetapi perlu untuk maksud yang tersirat juga. Maksud yang tersirat inilah yang selalunya sukar
untuk difahami pelajar. Di samping itu, guru boleh menggunakan perkataan yang susah difahami
dan menerangkan maksudnya. Ia tidak akan membiarkan pelajar terkapai-kapai dengan tidak
memahami perkataan yang susah di dalam pembacaan mereka.

Teknik bercerita ini juga boleh diterapkan juga kepada pelajar. Hal ini demikian kerana
untuk memupuk budaya perkongsian ilmu antara pelajar. Pelajar akan bercerita mengenai apa
yang difahami kepada rakan-rakan lain. Guru juga boleh menilai tahap kefahaman pelajar
selepas guru mengajar di dalam kelas. Ia boleh membuatkan guru menambahbaik dalam proses
pengajaran kepada pelajar. Guru juga boleh menambah apa yang kurang disampaikan oleh
pelajar. Melalui teknik juga akan membuatkan pelajar melakukan teknik penghafalan kerana
akan bercerita di dalam kelas. Mereka akan lebih bersedia sebelum kelas bermula. Ia akan
membuatkan mereka tidak akan berasa bosan apabila belajar di dalam kelas dengan hanya
mendengar guru bercerita. Mereka juga akan mengulangkaji pelajaran di rumah. Oleh yang
demikian, teknik bercerita ini adalah sesuai dipraktikkan di sekolah bagi mengatasi masalah yang
terdapat dalam sastera Tamil. Langkah ini juga akan dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar
dalam mata pelajaran ini dan memberi mereka peluang untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini adalah penting bagi mereka supaya dapat meneruskan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini juga bagi memupuk minat mereka kepada
24

sastera Tamil kerana bidang ini saban hari seperti dilupakan kerana terdapat anggapan bahawa
orang yang memasuki bidang sastera tidak kira sastera apa pun akan tidak mempunyai masa
hadapan yang cerah.

Kaedah seterusnya yang boleh dilakukan guru untuk menyelesaikan masalah yang
terdapat dalam sastera Tamil adalah dengan melakukan set induksi selama beberapa minit
sebelum memulakan kelas. Set induksi ini adalah penting bagi menerangkan serba sedikit apa
yang akan dipelajari pada masa kelas tersebut. Ia adalah penting untuk memberikan bayangan
kepada pelajar mengenai ilmu yang akan disampaikan. Mengikut kajian yang telah dijalankan
oleh ahli akademik menunjukkan ramai guru yang telah menngabaikan set induksi ini.
Kebanyakkan alasan yang diberikan adalah terpaksa menghabiskan sukatan pada masa yang
ditetapkan, memastikan kelas bersih dan yang lain-lain lagi dengan mengabaikan set induksi.
Cara untuk menjalankan set induksi ini juga perlu bersifat unik kerana set induksi yang baik akan
dapat menarik perhatian pelajar terhadap apa yang dipelajari. Set induksi juga penting bagi
subjek ini kerana sastera Tamil ini lebih banyak yang tersirat dari yang tersurat. Oleh yang
demikian, ia perlu diberikan penekanan yang sewajarnya supaya pelajar akan dapat mengetahui
apa yang akan dipelajari. Set induksi yang perlu menarik seperti teka-teki, puzzle dan lain-lain
lagi bagi membuatkan pelajar selesa dan gembira untuk memulakan kelas. Keceriaan kelas pada
awal pengajaran dan pembelajaran akan membangkitkan semangat yang mendalam dalam diri
pelajar bagi memperolehi ilmu yang sangat berguna.

Selain itu, kaedah yang boleh dilakukan oleh guru untuk menyelesaikan masalah dalam
sastera Tamil ini adalah dengan menyediakan masa dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu
pengajaran bagi membincangkan topik-topik yang susah. Hal ini adalah penting bagi seseorang
guru itu mengetahui topik mana yang tidak difahami. Dalam situasi ini peranan guru adalah amat
penting sekali. Guru sentiasa mengkaji topik mana yang susah supaya dapat diberikan petunjuk
kepada pelajar. Interaksi antara guru dan pelajar pada masa ini adalah sangat perlu. Topik yang
susah ini perlu diberikan lebih perhatian oleh guru. Hal ini demikian kerana, akan terdapat
pelajar pelajar yang akan keciciran daripada memahami apa yang diajar oleh guru. Di sini, guru
perlu selalu membuat andaian bahawa bukan semua yang diajar itu difahami oleh semua pelajar.
Masa yang diperuntukkan ini adalah tidak boleh disia-siakan dan perlu digunakan dengan
sebaiknya. Guru perlu memastikan bahawa pada masa ini semua pelajar menumpukan tumpuan
pada proses pengajaran dan pembelajaran kerana topik yang susah perlu diberikan penekanan
yang sewajarnya. Oleh yang demikian, cara guru membahagikan masa pengajaran perlu
dilakukan secara bijak bagi memastikan semua pelajar memperolehi ilmu yang diajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

25

Teknik seterusnya yang boleh dilakukan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sastera Tamil di dalam kelas adalah dengan guru memastikan susun atur kelas yang
sesuai bagi proses pembelajaran. Guru perlu menjadi seorang yang aktif di dalam kelas. Guru
perlu menyusun kedudukan pelajar dengan susunan yang baik. Sebagai contoh, guru perlu
sentiasa bergerak di dalam kelas. Guru tidak boleh hanya berada di hadapan kelas semasa
mengajar. Guru perlu juga bergerak ke belakang kerana ia boleh memantau kefahaman pelajar
yang berada di belakang. Kadang-kala pelajar yang berada di belakang membuat kerja lain
kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Mereka juga kadang-kala tidur di dalam kelas
kerana bosan dengan apa yang diajar oleh guru. Selain itu, ia adalah bagi mengikis prasangka
pelajar yang berada di belakang yang mana mereka mengatakan bahawa guru hanya memberikan
perhatian kepada pelajar yang berada di hadapan. Pemantauan guru ini perlu bagi memmastikan
pejalanan kelas menjadi lancar dan berkesan. Kaedah pengajaran yang berkesan dapat
menyelesaikan masalah pembelajaran sastera Tamil yang dianggap susah. Susun atur dan
kedudukan pelajar yang mempunyai laluan untuk guru bergerak akan dapat memberikan pelajar
keselesaan untuk belajar dan akan mempengaruhi tahap pemerolehan ilmu yang tinggi dalam
kalangan pelajar. Oleh itu, guru perlu memastikan susun atur kelas yang sesuai untuk memulakan
kelas.

Langkah penyelesaian yang lain boleh dilakukan guru untuk memastikan pelajar Berjaya
di dalam peperiksaan dan seterusnya menyelesaikan masalah dalam sastera Tamil ialah
pengajaran guru berfokuskan kepada peperiksaan. Hal ini adalah penting untuk pelajar
mengetahui gambaran sebenar apa yang akan dihadapi di dalam peperiksaan. Guru perlu
menekankan tajuk dan topik yang selalu diajukan di dalam peperiksaan. Penekanan dalam bab
yang selalu keluar di dalam peprisaan adalah sangat penting. Pelajar boleh lebih mengulangkaji
topik tersebut. Guru perlu mendedahkan kepada pelajar mengenai kaedah menjawab yang betul.
Kadang-kala pelajar tahu jawapan kepada sesuatu soalan tetapi tidak dapat menjawab dengan
betul kerana tidak tahu teknik yang betul. Guru perlu mencari dan mengkaji cara yang betul
menjawab soalan. Selain itu, guru perlu dan menunujukkan skema jawapan yang betul kepada
pelajar bagi pendedahan kepada pelajar. Pendedahan skema jawapan ini akan memberikan
pengetahuan kepada pelajar bagaimana untuk memperolehi markah di dalam peperiksaan. Oleh
yang demikian, guru perlu mengajar berpandukan peperiksaan bagi memberitahu pelajar bahawa
subjek ini tidak susah mendapat markah seperti yang disangka selama ini.

Langkah penyelesaian yang lain boleh dilakukan oleh guru ialah mendedahkan pelajar
kepada soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Gambaran mengenai soalan yang diajukan di
dalam peperiksaan sebenar amat penting. Selain itu, pelajar boleh menjawab soalan-soalan yang
lepas. Hal ini adalah penting bagi membiasakan pelajar menjawab soalan peperiksaan. Ia juga
akan membantu pelajar mengetahui trend soalan yang selalu ditanya di dalam peperiksaan.
Kadang-kala soalan yang diajukan di dalam peperiksaan adalah lebih kurang sahaja pada setiap
tahun. Hal ini perlu diketahui oleh para pelajar. Guru juga perlu mengambil inisiatif dengan
mengumpulkan sebanyak mana soalan peperiksaan percubaan bagi dijadikan latih tubi kepada
pelajar. Latih tubi adalah salah satu cara yang berkesan untuk berjaya di dalam peperiksaan. Ia
juga baik kerana soalan percubaan ini adalah soalan ramalan oleh banyak pihak. Oleh yang
26

demikian, usaha ini adalah baik bagi memudahkan pelajar menjawab soalan di dalam
peperiksaan.

Selain peranan guru dalam menangani masalah dalam pembelajaran sastera Tamil ini,
pihak pentadbiran juga memainkan peranan yang sangat penting. Dalam menyelesaikan masalah,
pihak pentadbiran sekolah terutamanya pengetua perlu membantu guru dalam proses pengajaran.
Membantu dalam perkara ini adalah pengetua perlu mengambil tahu apa yang diperlukan guru
semasa proses pengajaran. Pengetua harus selalu memantau apa yang diperlukan oleh guru.
Sebagai contoh pengetua menyelia guru-guru dengan mengetahui apa yang tidak cukup semasa
mengajar seperti alat bantu mengajar. Selain itu juga, buku rujukan untuk sastera Tamil ini sukar
untuk di dapati. Oleh yang demikian, pengetua dan pihak pentadbiran sekolah perlu berusaha
mendapatkan buku rujukan subjek ini. Buku teks sahaja tidak mencukupi dalam mempelajari
sastera Tamil ini. Keprihatinan pentadbiran sekolah kepada kebajikan guru dan pelajar adalah
sangat penting. Hal ini untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek bahasa Tamil ini.

Langkah seterusnya yang boleh dilakukan pihak pentadbiran sekolah dalam


menyelesaikan masalah sastera Tamil ini adalah dengan merangka kelas tambahan kepada para
pelajar. Hal ini kerana demikian masa yang ada semasa waktu persekolahan tidak mencukupi
bagi guru memberikan latihan atau menyelesaikan masalah yang terdapat di dalam kelas.
Selalunya waktu persekolahan adalah masa untuk guru menghabiskan sukatan pada masa yang
telah ditetapkan. Sebab itu guru akan memberikan kerja rumah kepada pelajar. Apabila membuat
latihan di rumah dan pelajar tidak tahu untuk menjawab, ia akan menghalang daripada pelajar
untuk menyukai subjek ini dan mengatakan ia susah. Apabila latihan dilakukan di dalam kelas
bersama-sama guru, guru boleh menjadi petunjuk apabila pelajar tidak tahu untuk menjawab
soalan. Kelas tambahan ini adalah medan untuk guru memberikan penekanan kepada topik-topik
yang tidak difahami oleh para pelajar. Melalui kelas tambahan ini juga guru boleh memberikan
ujian mudah kepada pelajar bagi menguji tahap pemahaman pelajar semasa di dalam kelas. Kelas
tambahan ini boleh diadakan selepas waktu persekolahan atau pada waktu malam. Oleh yang
demikian, kelas tamabahan ini adalah sangat bermanfaat kepada pelajar.

Langkah lain yang perlu dijalankan oleh pengurusan sekolah ialah menitikberatkan
kehadiran pelajar ke sekolah dan kelas. Terdapat pelajar yang hadir ke sekolah tetapi tidak masuk
ke dalam kelas. Menghadirkan diri semasa kelas berlangsung adalah sangat penting kepada
sekolah. Sekiranya sekali tidak masuk kelas boleh menyebabkan pelajar ketinggalan apa yang
diajar oleh guru. Oleh kerana ini subjek sastera, ia adalah saling berkaitan antara satu sama lain
sama ada pelajaran yang lepas atau yang akan datang. Mereka yang tidak hadir ke sekolah atau
kelas perlu disiasat dengan sebetulnya mengapa tidak hadir. Hal ini penting kerana banyak
pelajar yang menipu kerana tidak minat untuk belajar. Mereka perlu diberikan perhatian yang
lebih oleh guru. Oleh yang demikian, pentadbiran perlu memainkan peranan penting dalam isu
ini.

27

PENUTUP

Konklusinya, kesusasteraan Tamil merupakan penyebab utama kepada kegagalan pelajar


Tamil yang mengambil mata pelajaran tersebut. Hal yang demikian adalah, minat para pelajar
terhadap kesusasteraan yang berkurangan akibat beberapa faktor menyebabkan mereka tidak
mengambil penekanan terhadap subjek tersebut. Penggunaan bahasa-bahasa klasik yang
digunakan di dalam puisi-puisi Tamil tersebut yang mana berasal daripada nenek moyang
mereka dahulu menyebabkan mereka sukar untuk memahami apa yang ingin disampaikan di
dalam bait-bait puisi tersebut.

Oleh yang demikian, tanggungjawab sebagai guru bahasa adalah amat besar untuk
menarik semula minat pelajar untuk mempelajari serta memahami apa yang terdapat di dalam
kandungan pelajaran kesusasteraan tamil. Disamping itu juga, sebagai guru bahasa ataupun guru
yang mengajar di sekolah Jenis Kebangsaan Tamil perlu mangambil langkah yang bijak bagi
memudahkan para pelajar mereka untuk memahami dengan lebih baik bait-bait puisi di dalam
kesusasteraan Tamil tersebut. Akhirnya, guru-guru perlulah bekerjasama membantu pelajar yang
mempunyai masalah di dalam pembelajaran mereka serta mengambil tindakan yang sewajarnya
supaya pelajar tersebut bersungguh-sungguh untuk memahami kesusasteraan tersebut.

Disamping itu juga, pihak pengurusan sekolah juga memainkan peranan penting dalam
memastikan para pelajar mereka dapat memahami semua isi kandungan setiap mata pelajaran,
terutamanya di dalam kesusasteraan Tamil ini. Kemudahan infrastruktur yang lengkap serta
ditambah dengan para guru yang berdedikasi serta mampu untuk menyelesaikan masalah pelajar,
secara tidak langsung akan dapat menarik minat pelajar tersebut untuk belajar bersungguhsungguh serta tekun untuk memahami apa yang dipelajari mereka. Oleh itu, kejayaan seseorang
pelajar itu, adalah terletak pada cara dan teknik seseorang guru itu dalam membantu mereka
menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam pembelajaran mereka.

28

BIBLIOGRAFI

Kulandasamy A/L Rajagopal ( 1989/1990). Persepsi Murid Terhadap


Pengajaran Bahasa Tamil Di Sekolah Menengah: Universiti Malaya.
Kartheges A/L Ponniah ( 2005). Komponen Sastera Tamil Dalam
Matapelajaran Bahasa Tamil Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil: Jabatan
Pengajian India Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM.
Vasanta A/P Mithiah: Minat pelajar tingkatan empat di kawasan seremban
terhadap matapelajaran bahasa tamil.
Gopalan Muthiah ( 1971-2000). Keindahan bahasa dalam antologi puisi Tamil
di Malaysia: Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM.

Kamaruddin Haji Husin (1986). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran


Bahasa.
Howard S.Adelman And Linda C Taylor ( 2006 ). Teaching Student With
Learning Problem: Corwin Press.
Howard S.Adelman And Linda C Taylor ( 2006 ). The Implementitaion Guide
To Student Learning Support In The Classroom And Schoolwide: New Direction
For Adreessing Barier To Learning: Corwin Press.

29

You might also like