You are on page 1of 16

TAJUK:PERLINDUNGAN LITAR

Objektif:
Apabila para pelajar tamat mempelajari tajuk ini, para pelajar akan dapat:
i)Memahami istilah perlindungan dalam litar elektrik
ii)Mengetahui jenis-jenis alat perlindungan
iii)Memahami bagaimana alat perlindungan litar bertindak

1-Jenis perlindungan dalam litar elektrik mengikut


peraturan IEE
Dalam kerja-kerja pepasangan elektrik, perlindungan bermaksud memberi jagaan kepada alat-alat
dan pepasangan daripada sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik.
-Semua papan agihan ,unit pengguna hendaklah mengandungi peranti peranti perlindungan yang
mengawal litar akhir dari perkara berikut:
i)Lebihan arus beban
ii)Litar pintas.
iii)Kebocoran arus ke rangka logam(bumi)
Fungsi (i) dan (ii) biasanya dikawal oleh fius atau MCB(Pemutus litar kenit)
Fungsi(iii) dikawal oleh RCD(Peranti arus baki) dan mungkin juga oleh(i) & (ii)

2-Tujuannya
i)Melindungi pertambahan suhu dikabel yang boleh mengakibatkan kerosakan pada penebat kabel
dan punca kebakaran.
ii)Melindungi pengguna dari bahaya renjatan elektrik
-Susunan alat perlindungan litar hendaklah mengikut turutan yang betul,supaya litar akhir yang rosak
sahaja diputuskan dari bekalan.
3-Perlindungan lebihan arus beban(overload protection)
Pertambahan arus yang disebabkan oleh pertambahan beban
4-Peraturan IEE.

473-01-01-Peranti perlindungan beban lebih hendaklah ditempatkan pada poin dimana penurunan
berlaku dalam nilai kapasiti membawa arus pengalir dalam pepasangan disebabkan luas keratan
rentas pengalir, kaedah pemasangan,jenis kabel atau konduktor dan keadaan persekitaran.
433-01-01-Peranti pelindungan adalah perlu untuk memutuskan arus beban lebih yang mengalir
dalam konduktor litar sebelum suhu naik yang akan menjejaskan penebatan, sambungan,
penamatan dan keadaan sekeliling konduktor sesuatu konduktor itu.
433-02-01-Ciri-ciri peranti perlindungan hendaklah memenuhi syarat berikut:
a)Arus nominal atau set arus(In) tidak kurang dari arus rekabentuk litar(Ib)
b)Arus nominal(In)tidak melebihi yang terendah kapasiti membawa arus(Iz) sebarang konduktor litar.
c)Arus yang menyebabkan operasi berkesan peranti pelindung tidak melebihi 1.45 kali terendah
kapasiti membawa arus sebarang konduktor litar.
SUHAMAJU,

5-Perlindungan daripada litar pintas.


-Litar pintas bermaksud persentuhan antara fasa dengan fasa atau antara fasa dengan nutral.
-Jika sesuatu radas mudahalih yang dipasang kepada system pepasangan elektrik mengalami litar
pintas , fius bagi litar radas sepatutnya terputus.
-Litar pintas menyebabkan arus lebih meningkat berkali-kali ganda dan sekiranya alat perlindungan
mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar,boleh menyebabkan kabel panas dan
kebakaran boleh berlaku.
6-Mengira arus litar pintas:
Jika semasa berlaku litar pintas,rintangan dalam litar hanya 0.2 , dimana bekalan diberi 240V,kira
berapa kenaikan arus dalam litar.
V
240V
I = ____
=
______ =
1,200 Ampiar.
R

0.2

7--Cara mengesan litar pintas:


-Tanggalkan pengalir fasa dan nutral dari punca sambungan yang dicurigai dipapan fius agihan.
-Matikan semua suis dalam litar.
-Tanggalkan semua beban
-Jalankan ujian rintangan penebatan
-Sambungkan prod penguji diantara pengalir fasa dan nutral/bumi didalam papan fius agihan.
-ON suis satu persatu sehingga bacaan jangka menunjukkan bacaan rendah atau sifar(0) yang
menunjukkan punca terjadinya litar pintas
8-Perlindungan daripada kebocoran arus kebumi.

-Perlindungan bagi mengelak pengguna terkena renjatan elektrik akibat sentuhan lansung dan tidak
lansung.(direct & indirect contact).
-Bagi mengelak sentuhan lansung, pengalir dilindungi penebatan dan kabel yang tidak bersarung
dimasukkan kedalam kondiut atau trunking.
-RCD 30mA juga dipasang untuk melindungi pengguna bila berlaku sentuhan lansung.
-Bagi mengelak sentuhan tak lansung dapat dilindungi dengan
i)Kordinasi peranti perlindungan dan impeden litar
ii)Penggunaan RCD yang menghadkan masa litar diputuskan.
iii)Penggunaan peralatan klas II.-peralatan yang mengandungi penebatan asas dan penebatan
tambahan bagi perlindungan kejutan elektrik.
-Apabila berlaku sentuhan pengalir hidup dengan bahagian rangka logam peralatan elektrik akan
menyebabkan bahagian beraliran yang terdedah menjadi hidup dan menyebabkan bahaya renjatan
elektrik kepada pengguna.
SUHAMAJU

9-Jenis-jenis alat perlindungan litar


9.1-Fius
Fius sepatutnya memutuskan litar bila berlakunya litar pintas dan lebihan arus.
Semua fius yang mengawal litar akhir didalam pendawaian elektrik mestilah tidak melebihi kadar
arus bagi kabel.
9.2-Fius separuh tertutup yang boleh didawaikan semula
-Dibawah BS 3036
-Murah dan boleh diperbaiki dengan mengantikan unsur(elemen)
-Elemen diperbuat daripada timah, plambam atau tinned copper wire.
JADUAL 53A-Saiz elemen fius
Arus namaan(A)

Diameter
elemen fius(mm)

0.15

0.2

10

0.35

15

0.5

20

0.6

25

0.75

30

0.85

45

1.25

60

1.53

80

1.8

100

2.0

-Jika penggantian elemen tidak berkadaran betul


menyebabkan risiko kebakaran bila
kerosakan
berlaku.
-Kadaran arus nominal bergantung kepada saiz dawai
elemen ditentukan jadual 53A.
- Faktor fius ialah kelas R, 1.75 3 kali.
-contoh , fius yang berkadar 10A akan lebur pada kira-kira
1.75 x 10 = 17.5 hingga
3 x 10 = 30 kali.

9.3-Fius katrij
-Dibawah BS 1362.
-Penghubung fius dimasukkan kedalam suatu tiub kaca atau seramik.
-Berbentuk kecil dan boleh dikadarkan agak tepat.
-Kemerosotannya kurang berbanding dengan fius separuh tertutup.
-Faktor fiusnya dalam kelas Q1 dan Q2, iaitu -1.25 1.50 kali , 1.50 1.75 kali- 2.4 kali.
9.4-Fius HRC & HBC
-Dibawah BS 88 dan 1361.
-Penghubung fius ialah satu tiub seramik,yang mana penutup hujungnya diperbuat daripada logam
yang berbagai bentuk
-Elemen fius diperbuat daripada jalur kupram bersalut perak dan disokong oleh silicon serta
diselaputi serbuk mineral.
-Tujuan dimasukkan serbuk mineral ialah untuk mengelakkan arka dan bunyi yang kuat
-Direka untuk mengatasi arus litar pintas dengan lebih cepat dan selamat.
atau kapasiti pemutusan yang tinggi.
-Lebih baik dari fius katrij.
-Kos pengantian penyambungnya lebih tinggi daripada fius jenis lain.
-Faktor fiusnya 1.0 1.25 kali.
10-Istilah-istilah berkaitan fius
-Kadaran Fius(Fuse rating)
Kadar arus maksimum yang boleh mengalir dalam elemen fius tanpa meleburkannya.
-Kadar arus pencairan (arus fiusan/fusing current)
Kadar arus minima yang boleh menyebabkan elemen fius lebur.
Faktor fius(Fusing factor) -

Kadaran arus pencairan


Kadar arus fius

suhamaju
11-Pemutus litar
11.1-Pemutus litar kenit- Miniature circuit breaker
-Alat suis otomatik yang direka untuk memutuskan bekalan pada nilai yang ditentukan.
-Dikendalikan secara mekanisma terma dan magnet.
11.2-Komponen utama sebuah MCB terdiri daripada:
a)sebuah mekanisma penyuisan
b)sebuah alat pelantikan otomatik

c)sebuah alat pemadam arka.


d)sesentuh tetap dan bergerak

11.3-Kebaikan miniature circuit breaker:


a)Sifat terpelantik beban lebihan ditatah oleh pihak pengeluar.
b)Litar-litar yang rosak senang dikesan.
c)Bekalan boleh dibekalkan dengan mudah dan segera bila kerosakan diperbaiki
Dapat beroperasi pada beban lampau tidak melebihi 1.5 x arus beban.
11.4-Pemutus litar bekas beracuan.-Moulded case circuit breaker
11.5-Pemutus litar udara- Air circuit breaker
11.6-Pemutus litar minyak Oil circuit breaker
11.7-Pemutus litar hampagas-Vacum circuit breaker.
Penerangannya dalam nota system 3 fasa.
12-Pemutus litar bocor kebumi
Apabila berlaku kebocoran arus kebumi,pengalir atau bahagian logam pepasangan yang terdedah
akah menjadi laluan arus bocor kebumi,jika tiada keterusan boleh menyebabkan renjatan elektrik.
Bagi mengelak dari terkena kejutan,alat perlindungan digunakan bagi memutuskan bekalan utama.
Alat yang digunakan bagi tujuan ini ialah :i)Peranti pelindung arus lebih dengan syarat galangan bahagian arus bocor dilitar tersebut cukup
rendah untuk mengendalikan fius atau pemutus litar pelindung arus.
ii)Pemutus litar bocor kebumi.
a)PLBB kendalian voltan telah dimansuhkan oleh JBE&G
b)Pemutus litar kendalian arus baki Residual current circuit breaker.
Dikenali juga sebagai peranti arus baki(RCD)
12.1-Kadaran PLBB.
Pada setiap pemutus litar bocor kebumi,biasanya dinyatakan:
a)Kadaran arus yang boleh ditanggung oleh PLBB tersebut, contohnya, 40A,60A, 100A.dll
b) I n - Kadaran arus yang membuat PLBK terpelantik,contohnya 10mA 30mA,100mA,300mA.dll.
12.2-Syarat-syarat penggunaan Peranti arus baki mengikut peraturan IEE.
531-3-Peranti arus baki haruslah mempunyai keupayaan untuk memutuskan semua pengalir fasa
sesuatu litar.

413-02-19-Satu atau lebih jenis peranti pelindung yang berikut perlu digunakan,yang terdahulu
adalah lebih baik:
i)Peranti arus baki
ii)Peranti pelindung arus lebih.
413-02-20-Syarat-syarat berikut akan dipenuhi bagi setiap litar.
Ra Ia 50V
Dimana:
Ra -adalah jumlah rintangan elektrod bumi dan konduktor pelindung yang menyambungkannya
kepada bahagian konduktif terdedah.
Ia -adalah arus yang menyebabkan pengendalian otomatik peranti pelindung dalam masa 5 saat.
Apabila peranti pelindung adalah peranti arus baki, Ia adalah arus pengendalian baki berkadar In .
In- ialah arus pengendalian baki.
SUHAMAJU

12.3-Susunan peranti arus baki mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994.


-

(Peraturan 36(1)Bagi tempat permainan kanak-kanak hendaklah dipasang peranti arus baki yang
berkadar tidak melebihi 10mA.
(Peraturan 36(2) Bagi tempat yang berkemungkinan basah hendaklah dipasang peranti arus baki
yang berkadar tidak melebihi 10mA.
(Peraturan 36(3)Bagi melindungi alur keluar yang mungkin dipegang dengan tangan hendaklah
dipasang peranti arus baki yang berkadar tidak melebihi 30mA
(Peraturan 36(4)Bagi kegunaan litar umum hendaklah dipasang peranti arus baki berkadar tidak
melebihi 100mA. Dengan syarat:
a)Adalah didapati tidak selamat menggunakan RCD kadaran itu
b) Tidak sesuai dengan fungsinya
*Peranti arus baki yang mana In 300mA digunakan untuk litar umum system 3 fasa.

13-Pengasingan/pemencilan dan penyuisan(Isolation & switching)


Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang mudah digunakan dan mudah dicapai oleh
pengguna bagi tujuan:
i)Pengasingan dan penyuisan
ii)Perlindungan arus lebihan
iii)Perlindungan kebocoran arus kebumi.

Pengasingan diperlukan untuk membolehkan orang kompeten untuk mengendalikan kerja-kerja


keatas pepasangan,keatas bahagian-bahagiannya atau berdekatan dengan pepasangan yang
hidup.
Pengasingan terdiri dari perkara berikut:
i)Suis utama atau Pemutus litar .
ii)Setiap litar akhir atau kumpulan litar akhir.
iii)Setiap litar motor.
Pengasing mestilah dapat memutuskan semua pengalir hidup dan untuk satu fasa hendaklah dua
kutub(hidup&nutral).Pemutusan dan penyambungan nya hendaklah serentak serta cepat bagi
mengelakkan arka.
Bagi pengasingan 3 fasa 4 kutub jika termasuk satu kutub nutral,pengalir nutral hendaklah
diputuskan selepas semua pengalir fasa diasingkan.

Setiap pemasangan pengguna mestilah mengadakan kawalan peralatan suis yang mencukupi.
- Boleh membawa arus beban penuh
Dipasang ditempat yang mudah diakses
Ditanda dengan label yang kekal tentang litar yang dikawal serta penunjuk ON dan OFF
Semua suis kutub tunggal yang dipasang pada sistem TN dan TT hendaklah hanya kepada pengalir
fasa(hidup) sahaja.
Pengalir neutral tidak perlu diputuskan kecuali pada;
i)Suis utama
ii)alat perkakas pemanas dimana elemennya boleh disentuh
iii)Pengubah auto lampu discas yang tidak melebihi 1.5kV
14-Jenis suis gear.(Switchgear)
a)Sius-Fius(Switchfuse)-untuk perlindungan ,pemencilan dan pensuisan.
b)Fius-suis(Fuseswitch)-sama.
c)Pemutus litar(Circuit breaker,MCCB,ACB dll.)-sama
d)Isolator
e)Change Over Switch/contacter- menukar sumber bekalan-hendaklah jenis 4 kutub yang boleh
memutuskan nutral

15-Peraturan IEE
530-1-Suisgear yang digunakan untuk memutuskan pengalir hidup dalam suatu litar,haruslah jenis
yang tidak memutuskan pengalir nutral sebelum ia dapat memutuskan pengalir fasa dan

disambungkan kembali pada masa yang sama atau sebelum sambungan kembali pengalir fasa
dibuat.
461-01-07-Setiap peranti pemencilan hendaklah ditanda dengan terang fungsi kawalannya.
16-Suis kecemasan(Emergency switching)
Suis kecemasan mengikut peraturan IEE ialah satu suis yang mengawal keseluruhan bangunan.

Peraturan IEE.
463-01-01-Suatu cara pensuisan kecemasan akan disediakan bagi setiap bahagian pemasangan
yang mana ia mungkin perlu diputuskan dengan cepat daripada bekalan untuk mencegah bahaya.
463-01-04-Setiap peranti bagi pensuisan kecemasan hendaklah senang dicapai dan ditanda.
463-01-05-Suatu cara berhenti kecemasan akan disediakan dimana pergerakan mekanikal alat yang
digerakkan secara elektrik mungkin menimbulkan bahaya.
17- Syarat-syarat suis bomba mengikut Peraturan peraturan Elektrik 1994.
-Dicat merah dan ditanda suis bomba.
-Disusun bagi membolehkan ia mengasingkan papan tanda dari semua kutub.
-Ditulis SUIS BOMBA ,ditanda OFF dan ON dengan terang.
-Dipasang ditempat yang mudah dilihat oleh ahli bomba.
-Hendaklah dikunci atau alat pengunci direkabentuk untuk mencegah suis itu dengan tak sengaja
terbalik kekedudukan ON.
-Ketinggian dari lantai ialah 2.7 meter.
SUHAMAJU

18-Istilah-istilah pelindung arus lebih.


Pelindung arius lebih kelas halus.
-Kumpulan pelindung arus lebih yang tidak akan berkendali dalam jangkamasa 1 jam apabila arus
sebanyak 1.2 X arus kadaran peranti itu mengalir melaluinya.Kadaran ini benar untuk fius jenis BS
88 sehingga 63A sahaja.Kadaran arus fius yang lebih daripada itu perlu mengambil masa 4 jam.
Pelindung arus lebih kelas kasar.
-Kumpulan peranti pelindung yang akan berkendali dalam masa 1 jam apabila arus sebanyak 1.5 X
arus peranti itu mengalir melaluinya. Had ini benar untuk peranti berkadar sehingga sahaja.Kadaran
arus peranti yang lebih dari 10A hendaklah berupaya berkendali dalam masa 1 jam apabila arus
sebanyak 1.3 X kadaran arus peranti mengalir kedalamnya.
Masa lazim

Masa yang diperlukan untuk berkendali. Contohnya fius 3036 mengambil masa empat jam untuk
berkendali apabila arus sebanyak 1.2 x kadaran arus fius mengalir melaluinya.

Arus nominal/setting current(In)


Arus permintaan maksimum yang diperlukan oleh sesuatu litar termasuk simpanan untuk masa akan
dating.

Arus kendalian peranti pelindung arus lebih(I2)


Arus yang menyebabkan peranti berkendali pada masa lazimnya bagi melindungi litar daripada
beban lebih.Arus ini hendaklah tidak melebihi 1.45 keupayaan kabel membawa arus.
Arus penjadualan(It)
Kadaran arus bagi sesuatu jenis kabel yang terdapat dalam jadual kabel dan dianggapkan
berkendali pada suhu tidak melebihi 30C
Arus beban atau arus rekaan(Ib)
Magnetiud arus yang hendak dibawa oleh sesuatu litar dalam penggunaan biasa.
Keupayaan kabel membawa arus(Iz)
Arus yang paling berkesan(maksimum) yang mampu dibawa oleh kabel untuk perkhidmatan yang
berterusan tanpa menaikkan suhu atau merosakkan penebatan kabel pada pemasangan tertentu.
Contoh soalan
1-Apakah sebab, pelindung lebihan arus litar tidak boleh beroperasi bila berlaku arus arus bocor
kebumi?
A-Nilai impeden gelung ke bumi,tinggi.
B-Nilai impeden gelung bumi rendah
C-Rintangan bumi rendah
D-Tiada impeden gelung bumi
2-Sebelum kerja senggaraan dilakukan ________dicabut dahulu,kemudian________
A- fius,nutral
B-nutral , fius
C-pengalir perlindungan , nutral
D-fius , pengalir perlindungan
3-Semua dawai logam dibawah ini boleh digunakan sebagai unsur(elemen) fius,kecuali:
A-Timah

B-Perak
C-Kupram
D-Keluli galvani
4-Pemutus litar digunakan sebagai alat perlindungan bagi sesuatu litar dari:
A-Kebocoran arus dibingkai
B-Lebihan arus
C-Litar pintas
D-Kesemua diatas
5-Geganti perlindungan digunakan untuk melindungi daripada kesan
A-Lebih beban
B-Kerosakan penebatan
C-Lebihbeban dan kerosakan penebatan
D-Tiada diatas.
6-Pelindung lebihan arus litar itu tidak boleh beroperasi apabila berlaku arus bocor kebumi
kerana..
A-nilai impedens gelung bumi rendah
B-nilai impeden gelung bumi tinggi
C-nilai voltan bekalan rendah
D-nilai arus yang mengalir tinggi
7-Apakah jenis peranti pelindung yang harus digunakan didalam sesuatu litar untuk memutuskan
sebarang arus sebelum ia boleh mendatangkan bahaya akibat tindakbalas terma atau mekanikal
yang dihasilkan didalam pengalir-pengalir dan sambungan-sambungan litar berkenaan?
A-Peranti pelindung arus litar pintas
B-Peranti pelindung arus beban yang berlebihan
C-Peranti pelindung arus bocor kebumi.
D-Peranti pelindung arus balikan
8-Berapakah kepekaan Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus yang diperlukan bagi sesuatu
pepasangan elektrik yang mendapat bekalan 1 fasa untuk litar umum:
A-30mA
B-10mA
C-100mA
D-300mA
9-Bagi sesuatu pepasangan ditempat hiburan awam,perlindungan terhadap arus kebocoran bumi
hendaklah menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki berkadar tidak
melebihi:
A-100mA

B-30mA
C-10mA
D-60mA
10-Pada litar akhir lampu,apakah perlindungan yang perlu dipasang?
A-RCD kepekaan100mA
B-RCD kepekaan30mA
C-RCD kepekaan10mA
D-RCD kepekaan60mA
11-Pada litar akhir portable hand toolsperlindungan apakah yang perlu dipasang?
A-RCD kepekaan100mA
B-RCD kepekaan30mA-
C-RCD kepekaan10mA
D-RCD kepekaan60mA
12-Perlindungan arus lebih hendaklah mampu menahan arus litar pintas, jika suatu alat dibuat untuk
pelindung arus lebih 15A,jadi ketahanan badannya haruslah dapat menahan arus tersebut dengan
rintangan ____Ohm . Jika beban berubah kepada 0.26 Ohm dan berlaku litar pintas, arus litar pintas
akan menjadi________Amp.
A-0.0625 Ohm,62.4 A
B-3600 Ohm,16 A
C-16 Ohm62.4 A
D-16 Ohm,923 A
Soalan subjektif
1-Apakah perlindungan yang perlu diberikan kepada sesuatu pepasangan elektrik mengikut
peraturan IEE ?
Jawapan:
a)Perlindungan daripada bahaya renjatan.
b)Perlindungan daripada bahaya arus lebih.
c)Perlindungan daripada kesan terma
d)Perlindungan secara penyampukan bekalan utama.
e)Perlindungan daripada arus litar pintas.
f)Perlindungan daripada pengaruh luaran.
2-Apakah tujuan utama perlindungan?
Jawapan:Untuk mengelak daripada sebarang bahaya yang mungkin wujud dan menganggu
pengguna elektrik.
3-Apakah kawalan perlindungan litar yang perlu bagi sesuatu pepasangan elektrik?

Jawapan:
a)Pengasing
b)Pelindung arus lebihan dan litar pintas
c)Pelindung arus bocor kebumi.
4-Apakah perlindungan dari bahaya renjatan?
Jawapan:
Perlindungan terhadap peralatan ,kelengkapan atau pepasangan elektrik yang membawa arus
apabila disentuh oleh manusia atau haiwan yang mengakibatkan arus mengalir kedalam jasad
mereka(renjatan elektrik).
Kekuatan renjatan bergantung kepada: rintangan jasad seseorang,voltan dan arus yang mengalir.
Dua jenis sentuhan yang mengakibatkan renjatan ialah:
a)Sentuhan terus(secara lansung)
b)Sentuhan tidak lansung.
5-Bagaimanakah sentuhan lansung dilindungi?
a)Menebatkan semua bahagian hidup
b)Menggunakan penutup atau sawar
c)Perlindungan secara halangan
d)Perlindungan secara meletakkan bahagian hidup jauh dari jangkauan/capaian.
6-Bagaimanakah perlindungan sentuhan tidak lansung dilakukan?
a)Perlindungan dengan menggunakan pengikatan pembumian samaupaya dan pemotongan
bekalan secara otomatik menggunakan peranti arus baki.
b)Perlindungan dengan menggunakan kelengkapan klas II atau penebatan yang setara.
c)Perlindungan dengan menempatkan pengalir hidup pada tempat yang berpenebat.
SUHAMAJU

7-Apakah fungsi geganti perlindungan ?


Jawapan:1-Melindungi lebihan beban yang menyebabkan lebihan arus.
2-Melindungi litar pintas yang mungkin disebabkan oleh kerosakan penebatan.
8-Bolehkah fius disambung pada talian nutral?
Jawapan:Tidak boleh,bahaya.
9-Apakah tujuan pasir halus dimasukkan kedalam kelonsong fius?
Jawapan:Bagi mengelakkan arka dan bunyi yang kuat.
10-Apakah tindakan kamu,jika satu MCB yang mengawal litar akhir trip.?
Jawapan:Mencari dan memperbaiki kerosakan litar akhir itu , membuat ujian penebatan, reset MCB
dan ON semula.

11-Jika fius rewirable 30A digunakan sebagai alat perlindungan arus bocor kebumi sesebuah
pemasangan elektrik satu fasa,berapakah nilai rintangan kebumi maksima.?
Jawapan: 2.66 ohm.
240
30A x 3
12-Bolehkah fius disambung selari?
Jawapan:Tidak boleh ,sebab kadar arus fiusan nya tidak sama
13-Apakah warna bagi fius katrij 1362 berkadar 13A.?
Jawapan:Coklat.
14-Kirakan nilai galangan gelung bumi bagi pemutus litar arus baki yang(RCCB) yang mempunyai
kepekaan seperti berikut:
1-100mA
2-30mA
Jawapan: 100mA = 0.1A,
Zs = V
I
= 50
0.1
= 500 ohm.
15-Lukiskan gambarajah pemutus litar arus baki(RCCB) dan terangkan kegunaan serta bagaimana
cara ia beroperasi.
Bekalan masuk
L
N

Beban

Operasi PLBB .
Dalam keadaan biasa, bila bekalan disambung kealat ini,arus mengalir melalui kedua-dua gelung
utama.Arus dikedua-dua konduktor hidup adalah sama dan seimbang dan keadaan bertentangan
antara satu samalain. Aruhan d.g.e. tidak terhasil pada gelung pengesan.
Apabila berlaku kebocoran, arus pada kedua-dua gelung utama akan menjadi tidak
seimbang.Gelung pengesan akan mendapat d.g.e aruhan. Ini menyebabkan gelung pelantik
beroperasi dan seterusnya menarik suis dan memutuskan litar utama.
16-Kadar maksima gelung galangan bumi bagi pepasangan sebuah PLAB kendalian arus dengan
kepekaan 30mA ialah:
Zs =
50V
0.03A
Jawapan: Z = 1666.6 ohm

SUHAMAJU

17-Pemutus litar arus baki kendalian arus yang mempunyai arus kendalian 25mA tidak boleh
digunakan pada impeden gelung bumi melebihi:
Zs = 50V

0.025A
Jawapan:Z = 2000 ohm.
18-Jika konduktor pembumian sesuatu pepasangan elektrik terputus,apa yang akan berlaku
kepada alat-alat perlindungan jika berlaku kebocoran kebumi:
Jawapan:PLBB kendalian arus tidak akan terpelantik.
.
19-Fius akan memutuskan litar apabila berlakunya:
Jawapan : Litar pintas dan lebihan arus beban.
20-Apakah maksud yang ditanda pada pemutus litar bocor kebumi 63A/0.3A.?
Jawapan: 63A bermaksud kadaran arus yang boleh ditanggung oleh PLBK tersebut, 0.3A
bermaksud kadaran arus yang membuat PLBK terpelantik.
21-Pelindung lebihan arus litar itu tidak boleh beroperasi apabila berlaku arus bocor kebumi
kerana.
Jawapan: nilai impeden gelung bumi tinggi.
22-Kebaikan MCB adalah seperti berikut,pilih yang betul.
i)Sifat terpelantik beban lebihan ditatah oleh pihak pengeluar
ii)Litar yang rosak senang dikesan
iv)Boleh digunakan sebagai gantian fius bagi mengawal pepasangan domestik.
Jawapan:semua betul.
23-Suatu fius yang mengawal litar akhir didalam pendawaian elektrik mestilah
Jawapan:Tidak melebihi kadar arus bagi kabel.
24-Apakah yang akan berlaku kepada system pemasangan elektrik jika radas mudahalih
mengalami litar pintas.
Jawapan:Fius bagi litar radas terputus.
25-Kegunaan RCCB ialah,
Jawapan:Memutuskan litar bila berlaku arus bocor kebumi

26-Apakah kebaikan miniature circuit breaker

Kebaikan miniature circuit breaker adalah seperti berikut


1-Sifat terpelantik beban ditatah oleh pihak pengeluar
2-Litar yang rosak senang dikesan
3-MCB boleh digunakan sebagai gantian fius bagi mengawal pepasangan domestik.
27-Apakah factor-faktor pemilihan peranti pelindung
Faktor pemilihan peranti pelindung
1-Jenis beban
Semak beban yang digunakan itu seimbang atau tidak,jika beban arus berubah-ubah,peralatan arus
beban lebih hendaklah diambil kira bersama dengan arus beban itu.
2-Ketahanan pelindung arus lebih
Peralatan pelindung arus lebih itu berkemampuan menahan arus litar pintasnya.Contoh fius 15A
berkemampuan menahan arus pintasnya sebanyak 2 kali ganda kadaran fius itu.
3-Suhu sekitaran (ambient) kecekapan suhu peralatan pelindung ini perlu diambil kira agar fungsi
peranti itu bersesuaian dengan kadar perlindungan yang dikehendaki.
4-Alat khas
Semak semua kilang menggunakan peralatan yang peka iaitu mudah rosak akibat arus lebih yang
mendadak naik.
5-Harga dan bahaya
Jika terdapat pelindung arus lebih yang mempunyai keupayaan yang sama tetapi harganya murah

28-Tempat yang manakah tidak perlu dipasang alat perlindungan

i)Litar yang bahaya sekiranya bekalan diputuskan


ii)Litar alatubah arus

30-Apakah akibat pemilihan alat perlindungan yang salah

Kepanasan kabel pengalir yang akan mengakibatkan kebakaran.

You might also like