You are on page 1of 18

1.

PENGENALAN

Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifatsifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang. Ada
beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan
sebagai satu hobi yang unik. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina
ketenangan dan kesabaran seseorang. Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik
(berdarah dingin) yang hidup di air dan bernafas dengan insang. Ikan merupakan kelompok
vertebrata yang paling beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh
dunia.

Secara

taksonomi,

ikan

tergolong kelompok paraphyletic

yang hubungan

kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan dibahagi kepada ikan tanpa rahang
(kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas
Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan bertulang
keras (kelas Osteichthyes).
Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa
merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan
hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai
pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini,
anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air,
cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi
supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat.
Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar
yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam
akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari
habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat
menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat
hidup yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya
sifat keperihatinan seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan
hiasan yang dipelihara. Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan
kerana ia dapat menjana ekonomi seseorang. Aktiviti memelihara dan menjual ikan hiasan
serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha ikan
hiasan.
Justeru itu, dalam tugasan ini saya sebagai pengurus syarikat ikan hiasan yang
bercadang meluaskan pasaran ikan hiasan ke pasaran antarabangsa akan membincangkan
mengenai kaedah membangunkan ikan hiasan serta pertimbangan strategi pemasaran yang
boleh dilakukan bagi memajukan industri penternakan ikan hiasan.
1

2.0

KAEDAH MEMBANGUNKAN IKAN HIASAN

Dalam membangunkan ikan hiasan beberapa perkara perlu diterapkan mahupun diamalkan
oleh semua penternak ikan hiasan. Berikut merupakan perkara yang perlu dititikberatkan
oleh para penternak ikan hiasan.
2.1

Tujuan dan Faedah Pemeliharaan Ikan Hiasan

Tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan adalah sangat penting untuk memberi
hala tuju kepada penternak ikan hiasan tersebut. Berdasarkan kepada perkara
tersebut, saya sebagai pengurus syarikat ikan hiasan memelihara ikan hiasan
dengan tujuan untuk membangunkan industri ikan hiasan ke peringkat antarabangsa.
2.2

Ciri - Ciri Istimewa Ikan Hiasan

Ciri - ciri ikan hiasan adalah sangat penting dalam kaedah membangunkan ikan
hiasan kerana ia memberi pengetahuan mahupun gambaran mengenai ikan hiasan
tersebut. Berikut merupakan ciri - ciri istimewa ikan hiasan.
2.2.1

Sifat luar dan dalam

Ikan hiasan terkenal dengan beberapa jenis ciri istimewa yang berbeza beza mengikut jenis. Berikut merupakan beberapa ciri istimewa ikan hiasan.
a) Pergerakan
Salah satu ciri istimewa ikan hiasan ialah pergerakan. Ikan hiasan
mempunyai pergerakan tersendiri an unik. Sebagai contoh, ikan mas
yang bergerak perlahan dan mengasyikkan apabila diperhatikan oleh
individu.
b) Sisik
Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna
mengikut spesis. Sebagai contoh, ikan hiasan yang mempunyai sisik
nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan
serangan penyakit.
c) Saiz
Saiz merupakan ciri yang normal bagi ikan hiasan mahupun ikan
biasa. Saiz ialh ukuran yang digunakan untuk mengetahui kebesaran
ikan hiasan tersebut. Sebagai contoh, terdapat ikan hiasan yang kecil
dan besar seperti ikan Kelisa yang mempunyai saiz badan yang besar
manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil.
d) Sirip

Sirip ialah sejenis permukaan sperti ekor yang terdapat pada semua
jenis ikan dan pada kebiasaannya, ikan hiasa mempunyai sirip yang
pendek mahupun panjang mengikut jenisnya.
e) Bentuk Badan
Bentuk badan ialah jenis badan yang dimiliki oleh ikan hiasan
tersebut. Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti
pipih, gemuk, pendek, dan panjang. Sebagai contoh, ikan Tiger Barb
f)

mempunyai bentuk badan pipih.


Warna Badan
Warna badan ialah warna yang ada pada permukaan badan ikan
hiasan. Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak
yang menarik. Sebagai contoh, ikan Mas mempunyai badan berwarna

emas.
g) Cara Makan
Makan adalah keperluan yang utama bagi manusia mahupun haiwan.
Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis spesis dan habitat. Oleh yang
demikian, pemakanan mereka adalah mengikut jenis serta habitat
mereka. Justeru itu, terdapat ikan hiasan yang makan makanan hidup
dan makanan kering. Sebagai contoh, ikan Tiger Barb makan
makanan rumusan dan makanan hidup
h) Jantina
Jantina merupakan gender untuk ikan hiasan. Berdasarkan keppada
itu, terdapat beberapa perkara yang membezakan jantina ikan hiasa
iaitu jantan atau betina seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan.
Sebagai contoh, ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan
i)

seperti ikan jantan lebih besar dan mempunyai perut pipih.


Cara Pembiakan
Dalam perniagaan, pembiakan adalah perkara utama

yang

memberikan keuntungan kepada syarikat. Berdasarkan kepada


pernyataan tersebut, ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan
beranak. Sebagai contoh, ikan Tiger Barb dan Guppy merupakan
spesis ikan yang beranak. Selain itu, di anggarkan setiap kali
kelahiran sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil manakala Ikan
Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas
menjadi anak ikan. Sehubungan dengan itu, ikan hiasan biasanya
bertelur di celah - celah tumbuhan akuatik.
2.2.2

Tabiat dan Keperluan Kehidupan

Tabiat dan keperluan kehidupan adalah perkara yang sangat penting untuk
diketahui oleh penternak ikan hiasan dalam membangunkan ikan hiasan.

Menurut kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua (?) merupakan perbuatan dan
perangai. Dalam konteks ikan hiasan tabiat dan keperluan kehidupan
merupakan cara pemakanan serta perkara yang diperlukan untuk hidup.
Berikut merupakan tabiat dan keperluan kehidupan ikan hiasan.
a) Ikan Hiasan tergolong kepada 4 kumpulan tabiat pemakanan :
i.
Ikan herbivore (pemakan tumbuhan)
ii.
Ikan karnivor (pemakan haiwan, terutama sekali memakan
iii.
iv.

haiwan hidup)
Ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organic)
Ikan omnivor (pemakan segala jenis makanan)

Namun begitu, kebanyakan ikan hiasan adalah ikan herbivor dan


omnivor. Makanan yang diberi mestilah bersesuaian dengan tabiat
makan ikan hiasan tersebut.
b) Kualiti Air
Air merupakan sejenis cecair yang sangat penting kepada ikan. Air
merupakan nyawa mereka dan tempat tinggal merela. Berdasarkan
kepada perkara tersebut, ikan hiasan tropika memerlukan suhu air
berada pada julat 25 c - 35 c. manakala ikan hiassan perairan sejuk
dan sederhana memerlukan suhu air berada pada julat 4 c - 25 c.
sehubungan dengan itu, suhu air perlulah diukur dengan meter
termometer.
c) Kadar Cahaya
Kadar cahaya adalah sangat penting untuk memastikan ikan hiasan
boleh hidup dengan sihat dan cergas. Berdasarkan kepada perkara
tersebut, ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat
arah berenang, bergerak, mencari makanan serta melihat objek yang
lain.

2.3

Jenis dan Contoh Spesies Ikan Hiasan

Ikan hiasan mempunyai banyak sepsis dan juga jenis. Seorang pengusaha ikan
hiasa haruslah mengetahui dan mengenali jenis serta contoh spesis ikan hiasan
yang dipeliharanya untuk menjaga ikan hiasan tersebut dengan berjaya. Justeru itu,
pada bahagian ini, saya akan menerangkan 5 famili mahupun jenis ikan hiasan
beserta dengan contoh sepsis yang ada. Sehubungan dengan itu, famili ikan hiasan
yang pertama ialah Cyprinidae dan contoh sepsis ikan hiasan jenis ini ialah seluang,
4

ikan mas dan barb. Selain itu, ikan hiasan jenis ini kebiasaannya kecil, berbadan
mampat dan bersesungut manakala ikan hiasan ini turut mempunyai ekor terbuka
dan berbentuk fork serta mempunyai badan bersisik serta bergerak dengan pantas.
Di samping itu, jenis mahupun famili ikan hiasan yang kedua ialah
Chiichildea. Contohnya ialah ikan angel, ikan discus, dan ikan oscar. Ikan hiasan
jenis ini hanya mempunyai sepasang lubang hidung dan dorsal fin serta mempunyai
sirip ekor bulat. Seterusnya, jenis ikan hiasan yang ketiga ialah Charachidae. Ikan
hiasan jenis ini terdiri daripada ikan hiasan sepsis jenis ikan tetra seperti ikan blue
tetra dan green tetra. Sepsis ikan hiasan ini seakan ikan barb dan tidak mempunyai
sesungut. Selain itu, ikan hiasan jenis ini turut mempunyai gigi dan adiposfin serta
berasal dari Amerika Selatan dan Afrika Tengah.
Tambahan lagi, jenis mahupun famili ikan hiasan yang seterusnya ialah
Belontiidea. Spesis ikan jenis Belontiidea terdiri daripada ikan hiasan seperti ikan
pelaga siam (Betta slenden) dan gourami biru (Trichogaster trichopterus).
Sehubungan dengan itu, ikan hiasa sepsis ini mahupun jenis ini mempunyai badan
yang lebar dan mampat manakala siripnya pula berbentuk anal panjang. Seterusnya,
ikan hiasan ini mempunyai aksesori respiratory organ untuk bernafas di udara serta
berasal daripada Korea Selatan, Asia Tenggara dan Afrika Barat.
Akhir sekali, jenis ikan yang serterusnya ialah Catfish Families. Sepsis ikan
hiasan ini termasuklah Coridoras spices seperti Ikan bndaran (Rinelloricaria parva).
Ikan hiasan jenis ini mempunyai sesungut dan mulut yang berbentuk Suckermouth.
Justeru itu, pengetahuan mengenai jenis ikan hiasan serta spesis ikan hiasan sedikit
sebanyak membantu pengusaha ikan hiasan mendapat informasi mengenai ciri - ciri
utama ikan hiasan tersebut. Informasi tersebut amatlah penting bagi memberi ilmu
kepada pengusaha ikan hiasan untuk menjaga ikan hiasan dengan rapi dan betul.

2.4

Peralatan dan Kelengkapan serta Bahan

Peralatan, kelengkapan dan bahan adalah perkara yang sangat penting dalam
mengusaha ikan hiasan. Seorang pengusaha ikan hiasan yang berhasrat untuk
membangunkan ikan hiasan perlu memahami dan mengetahui menegnai perlatan,
kelengkapan dan bahan yang digunakan dan mengusaha ikan hiasan untuk
membantu pengusaha tersebut mendapat hasil yang bermanfaaat. Justeru itu, pada
bahagian ini saya akan menerangkan mengenai peralatan dan kelengkapan serta

bahan yang digunakan untuk membangunkan ikan hiasan kerana ia merupaka salah
satu kaedah membangunkan ikan hiasan.
2.4.1

Alat Kelengkapan dan Bahan serta ciri - cirinya

Alat kelengkapan dan bahan yang digunakan dalam membangunkan ikan


hiasan adalah sangat banyak. Berikut merupakan alat kelengkapan dan
bahan beserta dengan ciri - cirinya.
2.4.1.1 Akuarium / Bekas
Akuarium merupakan tempat kehidupan ikan hiasan dan juga kediaman
mereka. Berdasarkan kepada itu, terdapat berbagai jenis akuarium di
pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris.
Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan
pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada
beberapa jenis berdasarkan saiz akuarium, bentuk akuarium, bahan buatan
akuarium dan jenis ikan berdasarkan salinity air di habitat asli ikan.
Sehubungan

dengan

itu,

berdasarkan

saiz,

akuarium

boleh

dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat


besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz
akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana
dan akuarium besar. Sebagai contoh, garis panduan yang digunakan di
Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5
hingga 15 gelen (12.5 - 75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40
gelen isipadu air (100 - 200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180
gelen air (250 - 900 liter).
Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam
jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat
menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan kelp (kelp ialah
rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia).
Selain itu, dari segi bentuk akuariam pula, Akuarium hari ini dibuat
dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Sebagai
contoh, di Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di
pasaran. Namun begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk
akuarium yang digunakan ialah akuarium

empat segi sama (rectangular

aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium


6

berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata


(flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical
aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium) (Rajah 1).
Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa
digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi
dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding.
Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia.
Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang
dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa
bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium
kubus berbentuk kubus sebagai namanya. Rajah 1 di bawah merupakan
contoh jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium.

Rajah 1 : Contoh Rekabentuk Akuarium. Bentuk Akuarium : segi empat


tepat (A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat
segi sama (D), separa silinder (E) dan silinder (F)
Seterusnya,

bahan

buatan

akuarium

adalah

sangat

penting.

Berdasarkan kepada pembacaan saya, terdapat dua jenis akuarium iaitu


akuarium kaca (glass aquarium) dan akuarium akrilik (acrylic aquarium).
Akuarium

kaca

diperbuat

daripada

kepingan-kepingan

kaca

yang

dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat
rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang
membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat
percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan
7

menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium. Selain itu, akuarium akrilik


diperbuat daripada akrilik iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat
dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam
berbagai bentuk.
2.4.1.2 Sistem Penapis
Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium.
Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses
penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column)
dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis
ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini
merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini
akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan
oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan
meningkatkan kandungan ammonia dalam air dan ammonia melebihi paras
tertentu boleh menjadi racun kepada ikan
.

Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal

dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung


kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya
untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari
akuarium.

Sistem

penapisan

mekanikal

pula

menggunakan

alat-alat

sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan
untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan
mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor
dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan,
setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam
akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus.
Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam
penapis (filtering ump),

penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan

beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan


(filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual
di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan
kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible
filtering pump).

Selain itu, sistem pengudaraan juga sangat penting kepada ikan


hiasan. sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan
cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam
akuarium. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi
membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah 3). Aksesoriaksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu
udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air
tubing) dan injap-injap akuarium (aquarium valves).
Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau
bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga
membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang
menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium.
Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara
dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui
tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi
sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam
udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak
membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air
untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air
akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting.
Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.
Justeru itu, pengetahuan menegenai sisitem penapis air adalah
sangat penting kepada pengusaha ikan hiasan dan ianya merupakan salah
satu kaedah untuk membangunkan ikan hiasan.
2.4.1.3 Aksesori
Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan
akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat
dan selesa dalam akuarium tersebut. Dalam membangunkan ikan hiasan
kaedah mengetahui jenis aksesori yang sesuiai unutk ikan hiasan adalah
sangat penting.
Berdasarkan kepada perkara tersebut, antara fungsi akuarium ialah
membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan, memastikan pH air
pada tahap optima dan memastikan bahan kumbahan dan kekotoran
daripada najis ikan dan lebihan makanan dapat dipam keluar daripada
9

akuarium. Selain itu, akuariuam turut berfungsi sebagau alat untuk


memastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa
jernih dan bersih serta lampu akuarium boleh berfungsi dengan baik untuk
memberi sumber cahaya kepada tumbuhan akuarium.
Seterusnya, untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium
memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara
aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialahasesori
berkaitan dengan system pengudaraan dalam akuarium, system penapisan,
sisitem lampu, tudung akuarium dan pasir untuk lantai akuarium.
Justeru itu, aksesori akuarium adalah sangat penting dalam
membangunkan ikan hiasan untuk menceriakan akuarium tersebut serta
memberi kehidupan yang selesa kepada ikan hiasa serta tumbuhan
akuarium.
2.4.1.4 Tumbuhan Akuatik
Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada
sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan
untuk menghiasai akuarium ikan hiasan. Namun begitu, penggunaan
tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor,
antaranya ialah kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, sama ada
ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, tahap pencahayaan
akuarium, tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam
akuarium dan kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium.
Sehubungan dengan itu, jika memelihara ikan hiasan laut, atau air
tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai
dengan saliniti air berkenaan. Contohnya, spesies laut tidak dapat hidup di air
tawar dan sebaliknya.
Selain itu, akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin
tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar
tumbuhan akan dimakan ikan. Tambahan lagi, lampu yang sesuai perlu
digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan
akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis.
2.4.1.5 Makanan

10

Makanan merupakan perkara yang penting untuk tumbuhan manusia dan


juga hidupan laut. Seterusnya, ikan hiasan memerlukan makanan untuk hidup
dan seorang pengusaha ikan hiasan yang berhasrat mengembangkan
syarikatnya perlulah mengetahui jenis makanan ikan hiasan yang tepat dan
sesuai dengan jenis ikan hiasan tersebut. Justeru itu, terdapat makanan
hidup. makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan atau pellet
untuk ikan hiasan. Makanan diberi mengikut jenis ikan. Makanan pelet jenis
terapung sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala
ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel.
Makanan tenggelam sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut
menghala kebawah seperti ikan Corydoras atau Loach.
Tambahan lagi, makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana
boleh mengotorkan air akuarium. Selain itu, tetapkan masa memberi
makanan iaitu pada masa pagi, tengahari mahupun petang. Selain daripada
itu, antara contoh makanan kering ialah cacing darah yang diawet kering dan
udang geragau kering manakala makanan jenis basah pula ialah daging dan
hati. Seterusnya, makanan contoh makanan jenis rumusan pula ialah pellet
dan emping.
2.5

Penyediaan Akuarium dan Peralatan untuk Pemeliharaan

Dalam kaedah membangunkan ikan hiasan, penyediaan akuarium dan peralatan


untuk pemeliharaan adalah sangat penting. Berdasarkan kepada itu, dalam bahagian
ini saya akan membincangkan mengenai penyediaan akuarium dan peralatan untuk
pemeliharaan.
2.5.1

Faktor Pemilihan Lokasi Untuk Menempatkan Akuarium

Faktor pemilihan lokasi untuk menenmpatkan akuarium adalah sangat


penting dan faktor yang pertama ialah keamatan cahaya. Kajian mendapati
bahawa

cahaya

dalam

akuarium

mempengaruhi

warna

badan

dan

pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa
terdedah dengan cahaya pada setiap hari. Di samping itu, ikan memerlukan
cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat
makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah
menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. Selain ikan
hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk
fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan
11

mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan


boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis.
Selain itu, faktor yang seterusnya ialah kadar cahaya. Kadar cahaya
ialah kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam unit lx (lux) .
Bagi akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya sebanyak 5000 lx selama
10-12 jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan lebih 6000 lx untuk
10-12

jam

seharai.

Kadar

cahaya

diukur

menggunakan

fotometer

(photometer).
Seterusnya ialah suhu. suhu air adalah tahap kepanasan air diukur
dalam unit C. Bagi ikan hiasan tropika, suhu air mesti berada pada julat
25C -35C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada
julat 4C hingga 25C. sehubungan dengan itu, suhu boleh diukur
menggunakan meter termometer. Di samping itu, suhu mempengaruhi
pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan, penghadaman, selera
makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini cuma boleh
berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja.
Akhir sekali, faktor keselamatan juga sangat penting. Akuarium perlu
diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh menyebabkab
bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium itu sendiri.
Berdasarkan kepada semua faktor tersebut, ianya sangat penting bagi
pengusaha ikan hiasan untuk menitikberatkannya kerana ia memberikan
kesan yang besar.
2.5.2

Pembersihan dan Membasmi Kuman Peralatan

Pembersihan dan membasmi kuman peraltan adalah sangat penting dalam


mengusaha ikan hiasan untuk memastikan ikan hiasan sentiasa sihat dan
segar. Pembersihan dan membasmi kuman peralatan terbahagi menikut
bahagian tersebut.
2.5.2.1 Landskap dalam Akuarium
Dalam landskap dalam akuarium, akuaris perlu mengambil berat menegenai
rawatan air. Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam
akuarium yang menunjukkan kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini
ialah perubahan warna air, bau air dan tabiat luar biasa ikan.

12

Seterusnya, salinity air dan tekanan khusu air perlu berada pada
tahap yang bersesuaian dengan ikan hiasan. Saliniti merujuk kepada tahap
kemasinan air. Saliniti air ditentukan menggunakan alat pengukurnya.
Berdasarkan kandungan garam air, kita boleh mengkategorikan air kepada
beberapa jenis air iaitu air masin, air payau dan air tawar. Selain itu, Kita juga
perlu mengetahui tekanan khusus air (specific gravity). Tekanan khusus untuk
air masin dianggarkan antara 1.020 hingga 1.025 atm dan biasanya
dinyatakan pada bungkusan garam yang digunakan. Alat yang digunakan
untuk menyukat tekanan khusus air ialah hydrometer.
Sehubungan dengan itu, kita perlu mengawal dan membasmi
patogen. Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda
penyakit ikan hiasan. Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan, dan
jika perlu, aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama,
terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya.
Di samping itu, kita juga perlu mengawal dan mgurus akuarium dan
kolam ikan hiasan. Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium
dan kolam serta aksesori berkaitan secara berkala tanpa menunggu
tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin yang penting
dalam hobi menyimpan ikan hiasan.
2.5.1.2 Teknik Melepaskan Ikan Hiasan Ke Dalam Bekas
Teknik yang betul perlulah diambil untuk melepaskan ikan hiassan ke dalam
akuarium selepas pembersihan mahupun tempat yang baru. Pertama sekali
rendamkan beg plastik yag mengandungi ikan ke dalam akuarium selama 20
minit hingga 30 minit. Kemudian, buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan
hiasan keluar degan sendirinya bersama - sama air ke dalam akuarium. Akhir
sekali, setelah semua ikan hiasan keluar dari beg plastik, keluarkan beg
plastik tersebut daripada akuarium.

2.6

Pengurusan dan Penjagaan

Pengurusan dan penjagaan adalah sangat penting untuk memastikan ikan hiasan
sentiasa terurus dan terjaga dengan baik. Penjagaan dan pengurusan merupakan
kaedah yang sangat penting dalam membangunkan ikan hiasan untuk memastikan

13

keuntungan pengusaha. Penjagaan ikan hiasan tebahagi kepada 3 bahagian iaitu


penjagaan harian, penjagaan mingguan dan penjagaan bulanan.
Berdasarkan kepada itu, pejagaan harian termasuklah memberi makan
kepada ikan hiasan sebanyak sekali mahupun dua kali dalam sehari dan pengusaha
perlu memerhati perlakuan ikan hiasan kerana perlakuan boleh menunjukkan
samaada ikan tersebut sihat mahupun tidak. Selain itu, pengusaha juga perlu
membuang ikan yang mati dan memastikan ke semua alatan berfungsi dengan baik
serta mengukur kualiti air untuk memastikan ikan hiasan boleh hidup dengan baik.
Sehubungan dengan itu, bagi bahagian penjagaan mingguan pula,
pengusaha ikan hiasan perlu mengganti separuh ataupun suku air daripada isipadu
akuarium untuk memastikan air sentiasa bersih. Selain itu, tumbuhan akuatik yang
tidak diperlukan haruslah dicantas dan bersihkan bahgian depan cermin akuarium
untuk menjelaskan penglihatan kepada ikan di dalam akuarium. Tambahan lagi,
kapas penapis perlulah di cuci mahupun ditukar kepada yang bahru untuk
memastikan kualiti air sentiasa pada tahap yang memuaskan.
Akhir sekali, pada setiap bulan, pengusaha ikan hiasan perlulah menguji
kualiti air untuk memastikan ianya sentiasa pada tahap yang bersesuaian dengan
ikan hiasan dan penapis air perlulah dibersihkan ataupun ditukar kepada yang
baharu untuk memberikan air yang baik kepada ikan hiasan.
Kesimpulannya, penjagaan dan pengurusan ikan hiasan amatlah penting dan
merupakan salah satu kaedah yang perlu diambil perhatian dalam membangunkan
perniagaan ikan hiasan supaya pengusaha boleh mendapatkan ikan hiasan yang
berkualiti dan tidak berpenyakit.

3.0

Strategi Pemasaran Bagi Memajukan Industri Penternakan Ikan Hiasan

Strategi pemasaran adalah sangat penting dalam usaha untuk memajukan sesuatu
perniagaan. Menurut Armstrong dan Kotler (2000:37), Marketing Strategy

ialah

The

marketing logic by which the business unit hopes to achieve its marketing objective. Selain

14

itu, menurut Guiltinan dan Paul (1992), definisi strategi pemasaran adalah pernyataan pokok
tentang dampak yang diharapkan akan dicapai dalam hal permintaan pada target pasar
yang telah ditentukan. Berdasarkan kepada pemahaman saya, pemasaran merupakan
aktiviti merangkumi semua aspek ataupun perkara yang dapat meningkatkan jualan produk.
Sehubungan dengan itu, Produk yang dihasilkan mesti memenuhi kehendak pengguna dan
seterusnya pemasaran berkesan dapat membantu memaksimakan keuntungan. Selain itu,
pemasaran ialah proses perancangan dan pelaksanaan keseluruhan aktiviti dalam
pengagihan produk daripada pengeluar kepada pengguna. Oleh yang demikian, pada
bahagian ini saya akan membincangkan mengenai stategi pemasaran yang sesuai bagi
emmajukan industri penternakan ikan hiasan.
Strategi pemasaran yang pertama ialah berkaitan dengan produk mahupun ikan
hiasan yang ingin dipasarkan. Ikan hiasan yang ingin dipasarkan oleh pengusaha haruslah
mempunyai mutu mahupun kualiti yang baik. Sebagai contoh, ikan tersebut haruslah
mempunyai kulit yang menarik, saiz yang bessar dan tidak mempunyai penyakit.
Berdasarkan kepada contoh tersebut, ia akan membantu menarik minat para pelanggan
untuk membeli ikan hiasan mahupun produk daripada kita hasil daripada kualiti ikan hiasan
yang kita bekalkan. Selain itu, hal ini akan membantu syarikat kita dikenali oleh ramai orang
kerana reputasi pengeluaran yang baik. Oleh yang demikian, kualiti ikan hiasan mahupun
produk adalah sangat penting untuk dijaga dalam usaha untuk memastikan kita dapat
memajukan industri penternakan ikan hiasan.
Sehubungan dengan itu, strategi pemasaran yang seterusnya bagi memajukan
industri penternakan ikan hiasan ke peringkat yang lebih tinggi ialah harga ikan hiasan
mahupun produk kita. Berdasarkan kepada itu, harga dalam konteks ini merujuk kepada
nilai ikan hiasan tersebut. Dalam usaha untuk memajukan industri penternakan ikan hiasan,
nilai ikan hiasan yang hendak dipasarkan haruslah berpatutan dan bersesuaian dengan
kualiti ikan hiasan tersebut. Sebagai contoh, ikan hiasan yang kecil dan kurang menarik
dijual pada harga yang tinggi. Berdasarkan kepada contoh tersebut, perkara ini tidak
seharusnya berlaku kerana saiz dan kualiti ikan hiasan melambangkan harga yang
bersesuian dengan produk kita. Justeru itu, harga yang bersesuaian adalah sangat penting
kerana ianya adalah salah satu punca utama para pelanggan memilih produk kita mahupun
ikan hiasan kita. Untuk yang sedikit adalah sangat berguna jika diambil dengan jumlah yang
banyak daripada untuk yang banyak pada satu produk namun diambil pada kuantiti yang
sedikit.
Disamping itu, strategi yang seterusnya ialah kesesuian tempat. Tempat merujuk
kepada kawasan pemasaran yang dipilih oleh pengusaha. Tambahan lagi, tempat
15

merupakan kaedah menyaurkan produk kepada pengguna. Pemilihan tempat yang sesuai
mampu memberikan impak yang positif kepada para pengusaha ikan hiasan. Sebagai
contoh, ikan hiasan tersbut dipilih untuk dipasarkan di kawasan Bandar dan pasar. Hal ini
akan membantu pengusaha ikan hiasan mendapat pelanggan yang ramai kerana kawasan
pilihan pengusaha berdasarkan kepada contoh yang diberikan adalah tumpuan orang ramai
mahupun pengguna. Selain daripada itu, pada peringkat antarabangsa, pengusaha ikan
hiasan boleh memasarkan produk mereka di Negara - Negara lain seperti Indonesia dan
Australia kerana Negara tersebut mempunyai penduduk yang ramai dan ianya serba sedikit
membantu untuk memastikan pengguna membeli ikan hiasan yang dipasarkan oleh yang
demikian, pemilihan tempat yang sesuai adalah sangat penting kerana ianya mampu
memberikan impak kepada pengusaha ikan hiasan seperta memberikan keuntungan dan
pengguna yang ramai.
Selain daripada itu, strategi pemasran yang sesuai bagi memajukan industry ikan
hiasan ialah proosi. Promosi dalam konteks ini merujuk kepada kaedah komunikasi antara
penjual dangan pembeli mahupun proses pengiklanan. Berdaasarkan kepada itu, kaedah
promosi yang sesuai adalah sangat penting untuk menarik minat para pengguna memberli
produk mahupun ikan hiasan keluaran syarikat kita. Selain itu, proses promosi dan
pengiklanan ini boleh dilakukan melalui banyak perkara seperti brochure, internet dan
banner. Sebagai contoh, pengusaha ikan hiasan boleh memaparkan mahupun memberitahu
pengguna mengenai penjualan ikan hiasannya melalui laman seesawang facebook dengan
bantuan gambar dan video untuk ditunjukkan kepada pengguna. Sehubungan itu,
pengusaha ikan hiasan boleh memberitahu penurunan harga pada tempoh tertentu kepada
pengguna pada masa - masa tertentu melalui brochure yang diberikan kepada pengguna
mahupun banner yang digantung pada kawasan tumpuan orang ramai. Justeru itu, kaedah
promosi dan pengiklanan sangat penting dalam memasarkan sesuatu produk.
Disamping strategi pemasaran ikan hiasan, penghasilan ikan hiasan untuk pasaran
antarabangsa juga sangat penting dan akan memberikan keuntungan yang lebih kepada
pengusahanya. Namun begitu, ianya haruslah pada kaedah yang betul. Pertama sekali,
kaedah untuk menghasilkan ikan hiassan untuk pasaran antarabangsa ialah meningkatkan
teknologi yang digunakan dalam menternak ikan hiasan. Sebagai contoh mengurangkan
tenaga kerja melalui penggunaan mesin yang mampun memberi makan kepada ikan hiasan
pada kuantiti yang besar secara automatic pada setiap hari serta mesin yang mampu
menukar air kolam mahupun akuarium secara automatik apabila ianya sudah tidak sesuai
dengan ikan hiasan yang ada. Berdasarkan kepada contoh tersbut, ianya membantu
memudahkan kerja para pengusaha ikan hiasan dan membantu mereka untuk
menghasilkan ikan hiasan dengan jumlah yang lebih banyak demi pasaran antaranbangsa.
16

Sehubungan dengan itu, para pengusaha ikan hiasan perlulah mendaftar dengan
Jabatan Perikanan Malaysia. Jabatan ini akan membantu para pengusaha ikan hiasan
memasarkan ikan hiasan mereka di peringkat antaranbangsa pada saluran yang betul
disamping membantu mereka menghasilkan ikan hiasan yang berkualiti dengan cara yang
betul. Sebagai contoh,pihak Jabatan Perikanan Malaysia membantu para pengusaha ikan
hiasan untuk mengeksport ikan hiasan mereka ke Negara yang memunyai permintaan yang
tinggi seperti Amarika, Europe dan Jepun. Oleh yang demikian, kerjasama anatara
pengusaha ikan hiasan dan Jabatan yang tertentu adalah sangat penting dalam memberi
keuntugan

kepada

Negara

juga

pengusaha

ikan

hiasan

dan

menaikkan

serta

mengharumkan nama Negara.


Akhir sekali, Negara Malaysia perlu meningkatkan kajian dan pembangunan
mengenai ikan hiasan untuk menjadi pengeluar ikan hiasan berkualiti tinggi di samping
merangka skim insentif yang lebih menarik untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam
industry ini. Isu kecekapan, kekerapan dan kos kargo perlu diatasi dengan penuh komitmen,
perancangan dan perlaksanaan program pemasaran dan pengeluaran yang bersepadu di
antara kerajaan dan industry ikan hiasan adalah perlu bagi mewuudkan sinergi kearah
mencapai matlamat tersebut. Pembangunan sumber manusia yang berkesan dan sistem
maklumat yang cekap dan berkesalan adalah tonggak kepada kejayaan. secara
keseluruhannya, industri ini telah menunjukkan potensi tinggi untuk dibangunkan secara
lebih serius, keadaan pasaran dunia yang kosisten juga boleh membantu industry ini
berkembang dengan lebih pesat.

4.0

Kesimpulan

Kesimpulannya, pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi
pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang
seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi
antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di
17

Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Menternak
ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai
satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi
industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan
tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan
sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian
tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat
bersaing dengan pasaran antarabangsa.
Selain itu, disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari
sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak
memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan
melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang
mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat
hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan
kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.
Tambahan lagi, memelihara ikan hiasan dapat mengindahkan ruang kediaman dan
kawasan luar kediaman. Bagi sesetengah orang, dengan meletakkan ikan hiasan di satu
sudut rumah boleh mencantikkan ruang kediamannya. Ia adalah sebagai salah satu
aksesori tambahan di dalam rumah. Selalunya akuarium akan diletakkan di satu sudut di
ruang tamu. Ikan yang diisi adalah ikan yang bersaiz kecil atau sederhana. Manakala bagi
yang membina kolam diluar kediaman, ia tentulah diisi dengan pelbagai jenis ikan hiasan
seperti ikan kap atau ikan yang bersaiz sederhana atau besar.
Akhir sekali, pemeliharaan ikan hiasan boleh juga dijadikan sebagai satu medium
terapi untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi seharian seperti ketika bekerja,
bersukan dan sebagainya. Kadangkala kita boleh melihat ada orang bercakap dengan ikan
hiasan mereka, kerana bagi orang sebegini mereka menganggap bahawa ikan hiasan
mereka boleh mendengar dan memahami luahan hati mereka. Selain itu, bentuk badan dan
warna ikan hiasan yang cantik juga dapat menyumbang kepada ketenangan jiwa.

18

You might also like