Professional Documents
Culture Documents
MMM
[SIDEBAR TITLE]
EDISI PERTAMA
TAHUN 2016
ISI KANDUNGAN
Kata-kata Aluan Pengerusi
Syukur Alhamdulillah kerana buat julung kalinya saya berkesempatan untuk mengabdikan kata alualuan dalam buletin keluaran Pertama SMK Gajah Berang The TORCH .Terlebih dahulu ,saya ingin
merakamkan setinggi penghargaan kepada jawatankuasa buletin yang berjaya menerbitkan semula
catatan peristiwa dalam catatan sejarah GBS yang masyhur ini.
Saya percaya usaha murni tuan puan daripada kalangan murid, guru dan pentadbir akan
mempercepat pembudayaan penulisan dan penerbitan secara e-Pembelajaran yang seiring dengan
perkembangan Pendidikan Abad ke 21 ini .Hasrat menghasikan kelompok bakal pekerja berilmu
pada masa depan yang bercirikan inovatif, kreatif, dahagakan ilmu, menguasai kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi juga pembelajaran sepanjang hayat, mudah-mudahan akan berhasil
bermula dengan kerja yang kita laksanakan pada peringkat sekolah lagi.
Akhir kata saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan
terima kasih kepada semua tenaga penggerak penghasilan The TORCH sulung ini dan seharusnya
semua warga GBS terus memberi sokongan padu dalam meneruskan agenda e-Pembelajaran di
Malaysia.
PEN. SETIAUSAHA
CIK WONG ZEE YI
AJK
PN. HJH. NOORAINI
HARUN
PN. DE KWEE POH
PN. EVELINE WONG ING
LING
PN. CHU SIEW LENG
EN. VIVAKANANDAN
A/L SINNATHAMBY
REKA LETAK (LAYOUT)/PENYUNTING
PN. ZAIMAH MOHAMED
THE TORCH
SEJARAH SMK GAJAH BERANG, MELAKA
Pada awal penubuhannya, nama sekolah ini ialah
Gajah Berang Secondary Modern School dan
kemudian bertukar kepada Gajah Berang Secondary
English School (GBSES). Pada masa masa sekarang
sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah
Kebangsaan Gajah Berang (SMKGB) terletak kirakira 1.5 km dari pusat Bandar Melaka. Nama sekolah
ini juga ada berkaitan dengan nama jalan yang
berhadapan dengan sekolah iaitu Jalan Gajah Berang
yang menghubungkan Jalan Tengkera di baratnya
dan Jalan Hang Tuah, Bachang di timurnya. Keluasan
kawasan sekolah ini ialah 7.5 ekar.
DAHULU
SEKARANG
THE TORCH
KURIKULUM
GBS MENCIPTA KECEMERLANGANSTPM 2015
Too Hon Lin menerima Anugerah Kecemerlangan STPM 2015 Peringkat Kebangsaan daripada Dato Seri Mahadzir bin Khalid,
Menteri Pendidikan Malaysia.
Putrajaya Mac 2016 - Seorang pelajar dari SMK Gajah Berang, Too Hon Lin, 19, telah melakar sejarah buat
negeri Melaka khususnya SMK Gajah Berang kerana telah mencapai kejayaan cemerlang dalam STPM 2015
sebagai pelajar terbaik negeri Melaka bahkan juga telah dinobatkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang
STPM 2015 di peringkat kebangsaan. Beliau telah menerima anugerah kecemerlangan tersebut daripada YB
Dato Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.
Pelajar ini juga merupakan Ketua Pengawas SMKGB yang berdedikasi dan tidak menjadikan tanggungjawab
sebagai ketua pengawas sebagai penghalang untuk cemerlang dalam bidang akademik.
Kejayaan pelajar ini diharap akan menjadi contoh
kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
(Sumber gambar dari akhbar )
THE TORCH
KOKURIKULUM
SMK GAJAH BERANG- Aktiviti musketry telah
diadakan pada 23 Februari 2016 dengan
kerjasama Cawangan Persenjataan Polis di Raja
Malaysia. 3 orang pegawai dari PDRM, Koperal
Zainuddin, Koperal Azri dan Koperal Faizan telah
menjadi jurulatih bagi ahli Persatuan Kadet Polis
SMKGB sepanjang aktiviti berkenaan
berlansung.
Turut sama dalam aktiviti berkenaan ialah guruguru penasihat Pasukan Kadet Polis sekolah
SMK Gajah Berang.
THE TORCH
KOKURIKULUM
Kejohanan Golf MSSN Melaka 2016
AYER KEROH- Kejohanan Golf MSSN Melaka telah diadakan di Ayer Keroh
Country Club pada 4 Feb yang lalu. Teo Kok Ping, 17, dari SMK Gajah Berang telah
mendapat tempat ketiga bagi Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun. Kejayaan beliau ini
akan menjadi perangsang untuknya lebih cemerlang dalam bidang sukan ini.
Warga sekolah SMK Gajah Berang sangat-sangat berbangga akan kejayaan beliau
dan seterusnya akan terus mencatat kejayaan yang cemerlang dalam sukan elit ini.
THE TORCH
KOKURIKULUM
Genap 100 Tahun Persatuan Pandu
Puteri Malaysia
THE TORCH
THE TORCH
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN
THE TORCH
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN
KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BARU
CINA 2016 DI SMKGB
Persatuan Bahasa Cina SMKGB telah
menganjurkan beberapa aktiviti sempena
sambutan Tahun Baru Cina 2016. Aktiviti ini
diadakan pada hari Rabu, 17 Februari dengan
mengadakan Station aktiviti Seni Kebudayaan
Cina yang turut disertai oleh Persatuan
Kebudayaan India, Persatuan Bahasa Melayu,
Kelab Seni Visual dan Kelab Muzik SMK Gajah
Berang.
Kaligrafi (Tulisan)
Kirigami
Kaligrafi (Lukisan)
THE TORCH
10
THE TORCH
11
THE TORCH
12
THE TORCH
13
THE TORCH
14
THE TORCH
15
THE TORCH
16