You are on page 1of 8

Pengenalan

Surah ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-


Kitab, al-Sab’ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama fatihah
sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai 22 nama, sama ada
secara tauqif daripada Nabi atau ijtihad para sahabat. Mempunyai tujuh ayat dengan
ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya sama ada basmalah termasuk dalam
ayat atau tidak.
Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-
Wahidi dalam Asbab al-Nuzul dan al-Tha’labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-
Baihaqi.
Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan
kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A’rabi, al-Tabarani
daripada Mujahid daripada Abi Hurairah: “Menangislah iblis ketika diturunkan al-
Fatihah di Madinah.” Pendapat yang ketiga ini diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah
sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat.
         
         
       
       
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami
memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat
1. Konsep yang terdapat dalam surah Al-Fatihah

1.1 Tauhid Rububiyah


Maknanya ialah beriktiqad bahawa hanya Allah Tuhan , kerajaan langit dan
kerajaan bumi ,dan juga Allah juga al-Khaliq (pencipta segala sesuatu),Dia jugalah
pemilik segala apa yang terdapat diatas alam ini,tiadalah sekutu bagiNya pada kerajaan
milikNya,tidaklah ada penghukum keatasNya pada apa yang telah diputuskanya,Dialah
hanyasanya tuhan yang maha esa lagi tunggal pemilik sekalian alam,Dialah pemberi
rezeki pada setiap yang bernyawa,
Dialah juga pentadbir setiap perkara,Dialah hanyasanya yang bisa menundukkan
pada setiap yang meninggi,Dialah pemberi pada setiap yang terlarang,Dialah juga yang
bisa memberi kemudharatan pada setiap yang memberi manfaat,Dialah juga yang bisa
memuliakan pada setiap yang terhina,dan setiap yang selain daripadaNya tidaklah
memiliki pada dirinya kemanfaatan walau kemudharatan melainkan dengan izin dan
kehendakNyalah jua.

1.2. Tauhid Uluhiyah

Makna tauhid Al-Uluhiyyah pula ialah emngesakan Allah pada setiap ibadat dan tunduk
taat secara mutlak kepada Allah, iaitu tidak menyembah selain daripada Allah dan tidak
menyengutukanya dengan sesuatu yang lain. ,dan tidaklah dapat direalisasikan tauhid itu
secara hakiki jika tidak menggabungkan Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah
bersama,tidaklah mencukupi jika hanya beriktiqad dengan salah satu tauhid sahaja,maka
kaum arab Musyrikin juga mengakui pada tauhid ini,tetapi dalam masa yang sama
mereka tidaklah memeluk agama islam kerana mereka telah menyekutukan Allah dengan
sesuatu yang tidak mempunyai apa-apa keupayaan walau kekuasaan,lalu mereka
mengimani pada makhluk lain sebagai tuhan,dengan sangkaan bahawa mereka dapat
mendekatkan diri mereka pada Allah Yang Maha Tinggi,ataupun dapat memberikan
manfaat kepada mereka disisi Allah Taala.

1.3. Tauhid Asma wasifat


Tauhid Asma wa-Sifat ialah tauhid yang menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah
sebagaimana yang Dia tetapkan untuk diriNya atau apa yang telah ditetapkan oleh
RasulNya Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam tanpa melakukan tahrif, ta’til, takyif
atau tamsil. Mengingkari tauhid Asma wa-Sifat adalah kafir hukumnya, sebagaimana
yang telah dijelaskan oleh para ulama Salaf as-Soleh berdasarkan firman Allah:
“Padahal mereka kafir (mengingkari) kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha
Pemurah)”.1 Allah telah menamakan mereka yang mengingkari satu dari nama-nama
Allah (Asma ul-Husna) iaitu Ar-Rahman dengan kafir, maka hal ini menunjukkan
bahawa mengingkari salah satu dari nama-nama dan sifat Allah adalah kafir. Dengan
demikian sesiapa sahaja yang mengingkari sesuatu dari nama-nama dan sifat-sifatNya
sama ada Ahli Falsafah, Jahamiyah, Mu’tazilah atau selain mereka termasuk juga kafir
yang sesuai dengan kadar pengingkaran mereka terhadap nama-nama atau sifat-sifat
Allah

1.4. Konsep Ibadah

Berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh, taat,
menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain.
Menurut istilah syarak: taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt -
mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan
sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa
hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah
swt.

1.5. Konsep Akhlak


Imam Al-Ghazali menyebut akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa .
Daripada jiwa itu ,timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa melakukan
pertimbangan fikiran.

b) Prof. Dr. Ahmad Amin mendefinasikan akhlak sebagai kehendak yang dibiasakan .
Maksudnya, sesuatu yang mencirikan akhlak itu ialah kehendak yang dibiasakan.
Ertinya, kehendak itu apabila membiasakan sesuatu, maka kebiasaan itu dinamakan
akhlak. Ahmad Amin menjelaskan erti kehendak itu ialah ketentuan daripada beberapa
keinginan manusia. Manakala kebiasaan pula ialah perbuatan yang diulang-ulang
sehingga mudah melakukanya. Daripada kehendak dan kebiasaan ini mempunyai
kekuatan ke arah menimbulkan apa yang disebut sebagai akhlak.

1.6. Konsep Hidayah


Maksud Hidayah: Hidayat Allah ialah petunjuk yg dikurniakan oleh Allah kepada
manusia untuk mencapai kebahagiaan yang sejati dan abadi di dunia dan akhirat. Allah
juga mengurniakan hidayah kpd sesiapa yg dikehendaki, tetapi kita hendaklah berusaha
untuk mendapatkannya dgn syarat ianya benar-benar beriman
hanya ada perbezaan tinggi rendah nilai dan pengaruh hidayat itu dalam kehidupan
seseorang. Manusia tidak akan memperoleh kebahagiaan sejati lebih-lebih lagi
kebahagiaan dan kenikmatan rohani jika tidak mendapat hidayah dari Allah.
Cara menperolehi hidayah;
a) -Sentiasa membaca al-Quran dan menghayati kandungannya
b) -Istiqamah dalam melakukan ibadat wajib
c) -Melazimkan diri melakukan ibadat sunat seperti solat sunat dan puasa sunat
d) -Sentiasa berzikir kepada Allah swt
e) Sentiasa berdoa memohon hidayah daripada Allah swt

Penerangan konsep yang terdapat dalam Surah Al-Fatihah dan penghayatan dalam
kehidupan seorang Muslim
Pertama: Al Fatihah digelar sebagai ‘Sabu’n Masani’ iaitu tujuh pujian. Segala
ayat di dalam Al Fatihah sebenarnya bertujuan memuji diriNya sebanyak 17 kali sehari
semalam sebagai kewajipan. Tidak hairanlah Allah memulakan surah ini dengan memuji
dirinya sendiri disamping memulakan dengan namaNYa pada ayat pertama.
Apakah hukum bagi kita memuji manusia? Bolehkah kita selaku pendakwah meminta
pujian daripada manusia.
Dalam Surah Ali Imran :188 bermaksud
‘ Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa
yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang
belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas dari siksa
dan bagi mereka siksa yang pedih’
Ayat ini sebenarnya diturunkan kepada golongan munafiq dan ahli kitab yang
selalu menginginkan perhatian Rasulullah. Kononnya merekalah asal manusia yang
berpegang dengan agama tauhid. Mereka mengatakan merekalah yang layak
mendampingi Rasulullah dan bukannya golongan penyembah berhala jahiliyyah Quraisy.
Inilah antara sebab Abdullah bin Saba’ mengasaskan fahaman Syiah apabila beliau tidak
berjaya mendapat perhatian Khalifah Saiyidina Uthman Al Affan. Justeru itu, Umat Islam
seharusnya mengamalkan aklak yang mulia dalam kehidupan

Kedua: Ayat 5 surah al-Fatihah Ayat ini merupakan petanda bahawa Al Fatihah
menegaskan perihal ubudiyyah dan tauhidnya. Perlu ditegaskan bahawa Surah Al Fatihah
adalah konklusi kepada keseluruhan intipati kitab samawi termasuk Al Quran. Antara
intipati penegasannya ialah perihal tauhid. Disini kita melihat perkataan na’budu iaitu
istilah kami sembah. Terma ini menjelaskan tauhid Rububiyyah. Tauhid ini adalah
membuktikan bahawa alam maya ini mempunyai suatu pencipta dan raja segala raja
lantaran adanya ‘perhambaan’ dan golongan ‘hamba’ tersebut. Manakala penegasan
Uluhiyyah terdapat dengan memerhatikan istilah Iyyaka iaitu membawa maksud ‘hanya
kepada mu semata-mata’. Klausa ini mematikan hujah bahawa diperbolehkan kita
beribadah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira siapa tuhan kita. Tauhid ini adalah
penyucian fikrah kita daripada pergantungan kepada sesiapa sahaja termasuk;
* Malaikat
* Raja/pemimpin manusia
* Jin Islam
* Haiwan

Walaupun tempat pergantungan kita itu adalah golongan yang baik. Namun perlu
dibezakan unsur Ikhtiyariy dengan pergantungan ini.

Ketiga: Konsep Ibadah


Dalam ayat ini juga mengajar kita erti ibadah. Ibadah bermaksud penundukan dan
ketaatan kita kepada Allah semata-mata. Sheikh Rashid Redho dalam Tafsir Al Manarnya
menyatakan nilai penundukan dan ketaatan makhluk kepada rajanya tidak boleh
dikatakan sebagai Ibadah walaupun ada unsur perhambaan dan ketaatan di situ. Ibadah
ialah suatu pekerjaan yang disertai dengan keikhlasan mendalam, niat yang tulus, bebas
daripada tujuan lain dan dikhususkan untuk Allah SWT. Ibadah terdapat 2 bahagian iaitu:

a) Ibadah Khusus: suatu Ibadah yang dimaktubkan secara jelas dalam Al Quran dan
disarankan dalam Hadis dan Athar Rasulullah. Seperti Ibadah Solat, Nikah, Zakat dan
berhaji.iBadah ini dilarang sama sekali penambahan dan ubahsuai yang boleh membawa
kepada Bida’ah Dzalalah. Adapun beberapa tindakan berdoa dan berlafaz niat solat
dilakukan selepas dan sebelum Ibadah khusus dilakukan tidak dikatakan Bida’ah
sebaliknya sebagai galakan untuk beribadah. Ibadah khusus mempunyai syarat dan
rukunya yang semestinya berpandukan kepada kaedah Rasulullah dan para Sahabat
Ajmai’n.
b) Ibadah Umum: Ibadah ini dilakukan secara tidak langsung. Segala perbuatan yang
diniatkan untuk mendapat pahala asalkan mengikut syara’ tiada nas yang mengharamkan,
tidak melampaui batas dan berniat ikhlas maka sesuatu itu dinamakan Ibadah umum.
Contohnya membaca buku agama dan akademik, makan, memebrsih rumah dan
mengarang untuk dakwah. Walaubagaimanapun terdapat sebahagian ulama’ yang
mangkhususkan pahala sekadar perkara yang dinaskan daripada sunnah Rasulullah yang
sahih. Walaupun saranan ini kelihatan untuk memebrsihkan ibadah daripada bida’ah,
namun usaha ini kadangkala menyempitkan pengertian Ibadah yang disebut dalam Surah
Az Zariat ayat 56 tersebut.
Keempat, Hidayah Menurut Jamaain Abdul Murad dalam Tafsir Juzu’ Amma dan
Sheikh Rashid Redho dalam Tafsiran Al Manarnya, manusia sedari kecil sudah diberikan
hidayah. Iaitu:
* Hidayah Wujdan At Tabii’y: Ini ialah hidayah dan petunjuk yang Allah beri kepada
manusia sejak dilahirkan. Iaitu rasa lapar, dahaga dan panas yang tidak memerlukan guru
untuk difahami oleh mereka.
* Hidayah Al Hawas: Hidayah panca indera yang memandu manusia untuk mendapat
maklumat seperti mata, telinga dan kulit. Petunjuk ini disebut sebagai reseptor dalam
istilah sainsnya.
* Hidayah Aqli: iaitu petunjuk dan maklumat yang disintesis atau diproses oleh akal
manusia. Melalui akallah manusia tahu mana yang baik atau buruk. Lantaran itulah
manusia yang bijak (ulul Albab) akan menggunakan akalnya untuk melihat kebenaran
Ilahi dan memastikan dirinya mentaati Allah melalui anugerah akal. Allah sering
menyindir golongan pandir yang tidak mahu menggunakan akalnya demi mendapat
kebenaran sebagai (Afala ya’qilun, afala tatafakkarun)
* Hidayah Ad Din: Ini ialah hidayah yang Allah beri kepada sesiapa yang berhak. Tidak
semua insane diberikan hidayah ini. Kerana itulah jika kita semata-mata menggunakan
nazarah (penglihatan dan pengamatan) untuk mencari kebenaran kita tidaka akan
memperolehi kebenaran lantaran tiadanya hidayah ini pada kita.
* Taufiq: Taufiq adalah usaha ikhtiyariy manusia untuk mendapatkan kebenaran. Tanpa
usaha Allah tidaka akan mengubah diri dan situasi kejahilan kita kepada kebenaran.
Inilah peranannya pendakwah untuk menggerakkan taufiq ke dalam diri madu’ mereka
tanpa mengira sasaran menerima dakwah atau tidak.

Memperbaiki Aqidah umat manusia sekeliling yang telah diselaputi karat penyelewengan
baik daripada pihak musuh Islama atau umatnya sendiri yang menjadi pesuruh musuh
Islam. Inilah kerja tetap para anbiya’ dan mursalin. Kerja Aqidah adalah kerja asasi para
pejuangn Islam. Matlamat perjuangn baik dengan method ziarah, method bengkel,
seminar, tazkirah atau mata pena, matlamatnya adalah membina generasi ubudiyyah.
Adapun matlamat pembinaan masyarakat dan negara adalah matlamat sementara yang
membawa kepada matlamat agung ini.
* Memperbaiki akhlak dan sikap. Akhlak manusia adalah berpandukan kepada sistem
Aqidah. Akhlak yang kukuh akan dimanifestasikan daripada Aqidah. Usaha memoralkan
masyarakat adalah sia-sia jika lunas Islam tidak dipenuhi. Kerana Sistem Islamlah yang
boleh memugar sikap, gelagat, tanggapan dan perilaku.
* Memperbaiki system pengurusan dunia. Ini bermula dengan pengurusan keluarga
menurut Al Quran dan Sunnah, pengurusan masyarakat, negeri, Negara dan diplomasi
negara menurut Islam.

Kesemua matlamat pendakwah ini adalah memerlukan pemilihan jalan yang sejahtera
dan taqwa. Inilah jalan yang penuh ranjau dan berduri. Hassan Al Banna dalam
ceramahnya pada awal penubuhan Ikhwan selalu mengingatkan pengikutnya akan
cabaran, siksaan, dilemma dan kesusahan mendatang walaupun kesusahan tersebut hanya
berlaku sekitar 10 tahun selepas ucapan tersebut. Ini menunjukkan sekiranya kita memilih
jalan taqwa sekalipun kita tidak akan terlepas daripada kesusahan akibat manusia yang
berhati Iblis.

Golongan yang dijamin mendapat nikmat melalui jalan sejahtera adalah;


* Rasul dan Nabi
* Syuhada’ yang menyaksikan keesaan Allah melalui penjualan nyawanya sendiri.
* Para solehin yang beramal.
* Golongan mujahidin yang istiqamah, serta golongan-golongan lain yang dijamin
melalui ayat Al Quran sendiri.

You might also like