You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN

MURID PRASEKOLAH BAGI SESI 2014


SK TROLAK UTARA

TARIKH
HARI

: 11 NOVEMBER 2013
: ISNIN

MASA

: 11.00 PAGI

TEMPAT

: BILIK GERAKAN SK TROLAK UTARA

KEHADIRAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

EN. ABDUL LATIFF BIN HASHIM


EN. ZAIRI BIN HAMID
EN. MOHD DAUD BIN ARSAD
PN. AMINAH BINTI MOHAMAD NADZRI
TN. HJ. HYDZER BIN YUSOP
EN. MOHD SANUSI BIN ABDUL WAHAB
PN. RODIAH BT. MD SIDEK

( GURU BESAR )
(YDP PIBG)
(PK HEM)
(PK PENTADBIRAN)
(PK KOKURIKULUM)
(SETIUSAHA PRASEKOLAH)
(GURU PEMULIHAN)

AGENDA :
1. Ucapan Pengerusi (En. Mohd Daud Bin Arsad PK HEM)
1.1
1.2

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Umul Kitab


Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Guru
Besar dan juga En. Zairi Bin Hamid selaku wakil PIBG untuk memilih
murid prasekolah bagi sesi 2014.
1.3 Pengerusi membacakan pekeliling bagi pemilihan murid prasekolah.
1.3.1 Akta/ Surat Pekeliling Pemilihan dan kemasukan kanak-kanak ke kelas
prasekolah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan SPI Bil.15
Tahun 2002.
1.3.2 Mengutamakan warganegara Malaysia sahaja.
1.3.3 Kanak-kanak yang mencapai umur lima (5+) tahun pada hari pertama
bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.

1.3.4 Kanak-kanak yang pada kohort umur empat (4+) tahun ke atas layak
memohon.
1.3.5 Keutamaan pemilihan berdasarkan kepada merit pendapatan ibu
bapa/penjaga di bawah garis kemiskinan dan ranking
pendapatan perkapita keluarga dari rendah ke tinggi.
1.3.6 Jumlah bilangan murid setiap kelas tidak melebihi daripada 25 orang jadi
untuk 2 kelas jumlah murid adalah 50 orang Rujuk kepada EPRD.
1.3.7 Pihak sekolah hendaklah membuat siaran permohonan murid secara
meluas dan menerima seberapa banyak permohonan sehingga tarikh tutup.
1.3.8 Semua permohonan hendaklah diperakui (Berjaya/Gagal)
olehJawatankuasa Pemilihan dalam mesyuarat tersebut.
1.3.9 Pemilihan kemasukan murid hendaklah diberi keutamaankepada kanakkanak yang berumur lima (5) tahun ke atas.
1.3.10 Keputusan semua permohonan sama ada berjaya atau gagal hendaklah
dimaklumkan kepada pemohon.
1.3.11 Pihak sekolah akan mengeluarkan surat tawaran dan boring
penerimaan tawaran kemasukan murid prasekolah kepada
ibubapa/penjaga.
1.3.12 Sekiranya ada calon yang menolak tawaran tersebut, pihak
Jawatankuasa Pemilihan berhak memilih calon-calon simpanan
mengikut senarai keutamaan.
2. PEMILIHAN PRASEKOLAH BAGI SESI 2014
2.1
2.2
2.3

2.4

Fokus Utama : Pemohon yang berumur 6 Tahun


Hasil perbincangan mengutamakan murid yang berumur 6 tahun
dan menolak permohonan daripada murid 5 tahun sesi 2014.
Bilangan borang yang telah dikeluarkan sebanyak 86 borang dan
yang menghantar permohonan sebanyak 76 orang. 3 orang murid
daripada 5 tahun ditolak. 1 orang murid bukan warganegara telah
ditolak.
Seramai 50 orang dipilih mengikut ranking pendapatan berkapita
murid. Semua yang hadir sebulat suara.

3. UCAPAN ULASAN GURU BESAR


3.1

3.2
3.3

Guru Besar berpuas hati dengan pemilihan Prasekolah Sesi 2014.


Pemilihan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam
pekeliling.
Guru Besar menyatakan jika terdapat kelewatan penghantaran
borang oleh ibubapa penjaga. Kelewatan tersebut ditolak.
Guru Besar berpuas hati dengan sambutan luar biasa untuk
permohonan prasekolah bagi sesi 2014.

4. HAL-HAL LAIN :

4.1

Tiada hal-hal lain yang dibincangkan

PENANGGUHAN MESYUARAT :
1. Pengerusi menjelaskan sekali lagi keputusan Pemilihan Murid sesi 2014
adalah mengikut pekeliling yang telah ditetapkan.
2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih
3. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh :

..
(MOHD SANUSI BIN ABDUL WAHAB)
Setiausaha Prasekolah Sesi 2013
SK. Trolak Utara.

Disemak oleh :

(EN. MOHD DAUD BIN ARSAD)


Penolong Kanan HEM
SK Trolak Utara.

Disahkan oleh :

..
(EN. ABDUL LATIFF BIN HASHIM)
Guru Besar
SK Trolak Utara.

You might also like