You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KALI KE 1 / 2016

Panitia Mata Pelajaran

:Bahasa Inggeris

Tarikh

: 07 Jan 2015 (Rabu)

Masa

: 1.10 tengah hari

Tempat

: Makmal Komputer SK Telaga Nanas

Pengerusi
Kehadiran ( Bilangan )

: En.M. Sathis
: 3 orang

Nama Yang Hadir

: En. Ahmad Nazri B. Mohd. Yusof ( Guru Kanan )


En.M. Sathis
Pn. Hamimah bt hashim

Nama Yang Tidak Hadir

Minit Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi :
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK.
1.2 Beliau mengharap agar panitia Bahasa Inggeris terus berusaha dan berganding bahu dengan
panitia mata pelajaran teras yang lain bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris khususnya dan menjayakan segala aktiviti dan program yang akan
dirancang bagi tahun 2016.
Tindakan : AJK
2. Ucapan Penasihat :
2.1

Penasihat mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir di atas pencapaian mata
pelajaran Bahasa Inggers UPSR 2015 teutamanya dari segi kualitii dimana peratus pencapaian
keseluruhannya adalah 97.5%.
2.2
Dari calon seramai 14 orang, 3calon mendapat A , 2 orang pangkat B, 3 orang mendapat C.
2.3
Beliau menyarankan agar guru-guru Bahasa Inggeris merancang dan melaksanakan aktiviti
dan program untuk mengekalkan lagi prestasi Bahasa Inggeris dari segi kualiti dan kuantitinya
terutamanya bagi pelajar-pelajar tahun 6 Tahun 2016.
2.4
Ucapan tahniah dari En. Ahmad Nazri atas pencapaian LINUS 2015. Hanya terdapat
seorang murid LINUS untuk tahun 2016. Beliau berharap agar prestasi yang baik ini
dikekalkan.
Tindakan : Guru-Guru Bahasa Inggeris

3. Perkara berbangkit ;
3.1 Pengerusi mengingkat mengenai perkara yang telah dibincang di dalam Mesyuarat Kurikulum
Bil. 4/2015:
3.1.1 Guru-guru akur dan mematuhi setiap pekeliling terkini dalam melaksanakan setiap
aktiviti dan tindakan seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Perak contohnya NKRA/ sub NKRA / KSSR /
MBMMBI / LINUS / KJJR / PBS DAN 1M1S.
3.1.2 Guru sentiasa peka dengan setiap pekeliling dan perubahan semasa. Guru diminta
merujuk Portal JPN Perak dan PPD Manjung dari masa ke semasa.
3.1.3 Buku rekod mengajar dihantar pada setiap hari Jumaat pada setiap minggu untuk disemak
oleh guru besar. Guru-guru diingatkan tentang keperluan menulis impak selepas setiap
sesi PdP. Rancangan Pengajaran berdasarkan DSP bagi Tahap 1, DSKP bagi Tahun 4 dan
HSP bagi Tahun 5 dan 6.
3.1.4 PdP guru mengandungi set induksi, ABM dan aktiviti pengkayaan dan pemulihan.
Makluman : Semua AJK
4. Dasar Kurikulum :
4.1 Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Inggeris mesti dilaksanakan berdasarkan Huraian Sukatan
Pelajaran ( HSP ) dan Sukatan Pelajaran ( SP ) yang sedia ada bagi semua tahap.
4.2 PdP tahun 1 - 6 adalah berdasarkan pada DSP KSSR.
4.3 Guru Tahun 1 - 6 telah didedahkan dengan kursus KSSR.
4.4 DSP & DSKP mesti bersama guru setiap kali guru tersebut mengajar mengikut kelas KSSR.
4.5 Buku Rekod mengajar yang lengkap dihantar pada setiap hari Jumaat untuk disemak dan
ditandatangan oleh Guru Besar.
4.6 Ujian bulanan dilaksanakan berdasarkan topik yang diajar untuk mengukur tahap pencapaian
murid dari masa ke semasa. Ujian ini akan dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac
dan September. Ujian PKSR 1 dan 2 dijalankan sebelum penghujung setiap penggal
persekolahan.
4.7 Program peningkatan akademik dan mata pelajaran disediakan berdasarkan perancangan
strategik sekolah.
4.8 Takwim disediakan untuk semua kelas.
Tindakan : Guru Besar & Guru Bahasa Inggeris
5. Rancangan Pelajaran :
5.1 Disediakan berdasarkan DSKP KSSR.
5.2 Format penulisan mata pelajaran Bahasa Inggeris diselaraskan dan ditulis mengikut format
yang telah didedahkan pada guru.
5.3 Guru mesti mencatat refleksi PdP diruangan impak pada penghujung setiap pelajaran bagi
setiap kelas yang diajar.
5.4 Rekod pernyataan DSKP Tahun 1-6 direkodkan secara offline menggunakan format excel.
Guru yang mengajar akan merekaodkan pernyataan eviden murid 3 bulan sekali.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

6. Buku Persediaan Mengajar :


6.1 Buku Persediaan Mengajar dihantar pada setiap hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangan

oleh Guru besar.


6.2 Penyediaan Buku Rekod mengajar berdasarkan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999
yang terdapat didalam buku rekod mengajar guru.
6.3 Kegagalan menghantarnya adalah menjadi satu kesalahan dari segi akta pendidikan .
Tindakan : Guru Besar dan Guru Bahasa Inggeris
7. Prosedur Pembelian Barangan Panitia dan Pengurusan Stok :
7.1 Guru penasihat berbincang dengan guru Bahasa Inggeris mengenai barangan yang diperlukan
selepas berunding dengan pihak pembekal. Barangan diperlukan akan dipesan mengikut
peruntukan panitia pada tahun semasa.
7.1 Barangan tersebut dimasukkan kedalam buku stok yang disimpan dipejabat sekolah.
7.1 Rekod bahan digital KSSR diuruskan oleh guru PSS.
Tindakan : Guru Besar, Guru Bahasa Inggeris & Guru PSS
8. Pencerapan Hasil Kerja Murid ( menentukan jenis latihan dan bilangan latihan )
8.1 Sebanyak 5 buah buku rampaian/latihan murid dihantar secara rawak kepada Guru Besar dan
10 buah buku rampaian/latihan kepada Guru Kanan mengikut jadual semakan buku rampaian
seperti berikut :
Bahasa Inggeris Thn. 1 - 3

Minggu Pertama bulan Mac, Mei, Julai


dan September

Bahasa Inggeris Thn. 4 - 6

Minggu Pertama bulan Mac, Mei, Julai


dan September

8.2 Latihan yang diberi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris tahun 4, 5 & 6 merangkumi latihan
dari segi :
(a)
(b)
(c)
(d)

Vocabulary
Social Expressions
Grammar
Text Completion

(e)
(f )
(g)
(i)

Reading Comprehension
Sentence Construction
Information transfer
Note Expansion
Tindakan : Guru Besar dan Guru Bahasa Inggeris

9. Peperiksaan ( penyediaan soalan & skema ) :


9.1 Untuk tahun ini ujian bulanan akan disediakan oleh guru Bahasa Inggeris dan PKSR boleh
dibeli daripada Majlis Guru Besar dan disediakan berdasarkan format kertas UPSR baru untuk
semua murid.
Tindakan : Guru Besar & Guru Bahasa Inggeris

10. Analisa Keputusan UPSR & PKSR II 2015 :


10.1 Pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris UPSR tahun 2015 adalah seperti
berikut :
Bilangan pelajar : 13 orang

GRED A

Bil
3

%
23.06

GRED B

Bil
2

%
15.35

GRED C

Bil
3

MENGUASAI

%
23.07

Bil
8

%
61.53

GRED D

Bil
1

%
7.69

GRED E

Bil
-

%
-

TIDAK
MENGUASAI

Bil

%
.

10.2 Post Mortem keputusan ini dibuat oleh Pn. Hamimah, guru Bahasa Inggeris Tahun 6/2015.
10.3 Peratus pencapaian Lulus ABC pada keseluruhannya memuaskan. AJK akan terus
menjalankan aktiviti dan program untuk mengurangkan kadar tidak menguasai dan
meningkatkan kadar pelajar yang mendapat A.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris
11. Head Count :
11.1 Head Count mata pelajaran disiapkan sebelum penghujung Februari 2016.
11.2 Head Count mata pelajaran Bahasa Inggeris telah disediakan dan disertakan bersama .
( Rujuk lampiran 2 )
11.3 Target Penyampaian UPSR 2016 adalah 92% untuk kertas Pemahaman dan 77% untuk kertas
penulisan dan bilangan Calon mendapat A adalah 3 orang.
Tindakan

: Setiausaha Peperiksaan & Guru Bahasa Inggeris

12. Merancang Program Panitia :


12.1 Program peningkatan akademik 2015 bagi Tahun 6 yang dirancang oleh panitia terdiri
daripada:
Projek Utama
Projek Sokongan
Projek Sampingan
( Rujuk lampiran takwim untuk keterangan lanjut )
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris
13. Hal-Hal lain :
13.1 Bilik-bilik khas seperti PSS dan makmal komputer digunakan mengikut jadual dan
menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin.
13.2 Guru peka dengan sistem online yang digunakan iaitu APDM, SAPS, SPPBS, LADAP,
EduwebTV, NKRA , SPS.
13.3 AJK juga dimaklumkan bahawa tiada murid yang memperolehi BAND 1 dan 2.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris & Guru PSS

Ucapan Penangguhan :
Pengerusi berharap segala aktiviti dan program yang dirancang akan berjalan lancar dan tahap
penguasan Bahasa Inggeris pelajar akan meningkat dari segi kualiti dan kuantiti dan seterusnya
meningkatkan kualiti pencapaian dalam kelas dan UPSR.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,
.......
(PN. HAMIMAH BT. HASHIM)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Inggers 2016.

Disahkan oleh,
.........................................
(EN. AMINUDDIN Bin ABDUL RAHMAN)
Guru Besar,
SK Telaga Nanas.

You might also like