You are on page 1of 21

Pengenalan

Latar Belakang Model Pendidikan Montessori

Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952)


Seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai
pendidikan kanak-kanak yang terencat akal.

Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di
Rome.Beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya untuk
melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak
terencat akal.

Beliau

membuat pemerhatian dan ujikaji menggunakan pelbagai bahan dan

kaedah dalam kajian tersebut.

Melalui kaedah pembelajaran yang di perkenalkan oleh beliau kepada kanakkanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa.

Objektif Kajian

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori,kanak-kanak yang berusia 3


hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka..

Ciri-ciri berikut adalah:


Semua kanak-kanak mempunyai absorbent mind
Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif
Semua kanak-kanak ingin belajar
Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja
Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan
Semua kanak-kanak ingin berdikari

Menurut falsafah Montessori;


1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara
menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak
menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut
kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.
3.

Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum


daripada orang dewasa.Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses
pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 4

4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis
pembelajaran.
5. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak
berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar
dan kegunaan bahan manipulatif dan betul diri.
6. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanakkanak.
7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan
bersaiz kanak-kanak.
8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak
belajar secara bebas.
9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu
arah pembelajaran mereka.

Prinsip- prinsip dalam kaedah Montessori .


1. Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
2. Konsep kebebasan
3. Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
4. Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
5. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
6. Pentingnya disiplin diri.
7. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.
8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya.
1

9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.


10. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan
hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri
Kaedah Mengajar Montessori menekankan kepada:

Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar


yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh
menggunakan deria mereka.

Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan Sensory Teaching


And Learning. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan
daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak
mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.

Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu


usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan
mereka. Idea ini iaitu The part to intellectual development is through the hand,
merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.

Matlamat Pendidikan Montessori

Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu


secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek.

Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998
menyatakan

bahawa

matlamat

program

memperkembangkan aspek-aspek berikut:

Montessori

adalah

untuk

Penumpuan
Kemahiran membuat pemerhatian
Kesedaran dan segi susunan dan urutan
Koordinasi
Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
Konsep matematik
Kemahiran bahasa
Kemahiran menulis dan membaca
Kebiasaan dari segi seni kreatif
Kefahaman tentang alam semulajadi
Pengalaman dalam memahami sains sosial
Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik
Penyelesaian masalah
Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu:

Persekitaran Pusat Prasekolah

Kanak-kanak

Guru

Bahan

Kurikulum

Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)

Bahan Deria (Sensorial Material)

Persekitaran Pusat Prasekolah

Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan


yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan
taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang
menyeronokkan.

Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam
dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan
kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelak
daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah
Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah.

Kanak-kanak

Berdasarkan kepada aktiviti individu. Kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri


dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih
mana-mana projek yang mereka sukai.

Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut
arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih
muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakanrakan yang lebih tua.

Guru

Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh
dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak
tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru.

Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk


mendapat self rewarding, motivasi intristik. Guru-guru Montessori mempelajari
kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di peringkat ijazah.

Bahan

Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk


mengajar pelajaran tertentu.

Berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah


berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut.

Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina
dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish.
4

Kurikulum
Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah:

Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian

Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria

Aktiviti yang bercorak akademik

Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)


Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:

Mengenakan butang baju

Memasang tali kasut

Menggilap kasut

Menyikat rambut

Menyiram pokok

Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja.

Bahan Deria
Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta berbagai
alat bantuan mengajar seperti:

Pink Tower

Brown Stairs

Red Rods

Cylinder Block

Smelling Jar

Baric Tablets

Latihan Mengecam Warna

Sound Boxes
5

Temperature Jugs

Pelbagai Jenis Kain

Bahan-bahan Konsep Dan Akademik

Geometric Insert of Wood and Frame

Latihan Pengecaman Bentuk

Kertas Pasir

Huruf Abjad

Manik

Artistic or Cultural Material and Exercise

Falsafah Pendidikan
1. Falsafah pendidikan ialah kepercayaan mengenai bagaimana kanak-kanak
berkembang dan belajar serta bagaimana mereka seharusnya diajar. Falsafah
hidup seseorang menentukan apa yang perlu diajar pada kanak-kanak. Falsafah
pendidikan yang dihayati guru akan membantunya menentukan arah tuju dan
matlamat pengajarannya.
2. Keyakinan seseorang guru tentang sebaik mana kanak-kanak belajar menentukan
pilihan

strategi

pengajarannya,

sama

ada

untuk

menggunakan

kaedah

berpandukan individu atau menggunakan kaedah yang sama ke atas semua


pelajar. Falsafah guru itu turut menentukan sama ada guru membantu kanakkanak dalam melaksanakan aktiviti untuk dirinya sendiri atau guru membantu
kanak-kanak untuk kanak-kanak tersebut.

Sejaran & penubuhan Kelas Tabika Kemas


1. Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali
sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang
6

memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6


tahun.
2. Konsep Tabika KEMAS ialah Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan
dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba.
Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M
(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
3. Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak
menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka
menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
4. Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanakkanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran
kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan
nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan
berstruktur.
5. Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan
dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping
kerjasama erat dengan ibu bapa.
Objektif
1. Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani
(SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi Menyedia dan
mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan ;
2. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu
kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai
dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak ;
3. Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk
menjadi warganegara yang patriotik ;

4. dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan


mengembangkan sifat ingin tahu ; dan
5. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan,
kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang
seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.
Pengurusan
1. Pengurusan, pengelolaan dan pemantauan Tabika ialah tanggungjawab dan
kerjasama erat antara KEMAS dan masyarakat.Pemaju Masyarakat / Guru Tabika
2. Bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan aktiviti
kokurikulum dan aktiviti penglibatan ibu bapa.
3. Pembantu Guru Tabika
Bertanggungjawab menyediakan makanan tambahan, menjaga kebersihan dan
keceriaan kelas dan membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Jawatankuasa Tabika
Bertanggungjawab

dalam

pengurusan

dan

pentadbiran

aktiviti,kokurikulum dan aktiviti penglibatan masyarakat.


5. Penyelia Prasekolah
Membuat pemantauan pelaksanaan Tabika di peringkat parlimen.

Aktiviti Kokurikulum
Kokurikulum Mingguan:
Masa 2 jam seminggu (1 jam setiap sesi selepas waktu kelas)
Aktiviti :
Kelas Fardhu Ain/Iqra'
Kelas Bahasa Inggeris
Kompang/Percussion
8

Tabika,

Seni mempertahankan diri


Seni Tari/senamrobik
Kokurikulum Tahunan :
Hari Potensi/Hari Kecemerlangan
Hari Sukan/Sukaneka/gotong royong
Lawatan Pendidikan/3K
Aktiviti dan Penglibatan ibu bapa:

Ibu bapa digalakkan melibatkan diri secara aktif melalui kerjasama yang erat
sebagai rakan kongsi dengan Tabika bagi tujuan meningkatkan kualiti dan
kecemerlangan pendidikan anak-anak. Ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktivitiaktiviti seperti berikut :-

Pendidikan

Membantu memperkukuhkan pendidikan anak-anak di rumah supaya terdapat


kesinambungan pendidikan antara Tabika dan rumah, termasuk membantu
membina bahan bantu mengajar untuk guru.

Pendidikan Keibubapaan

Bengkel dan kursus untuk ibu bapa yang dianjurkan oleh Tabika untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa berkaitan pendidikan awal
kanak-kanak.

Aktiviti Kokurikulum

Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum, pelaksanaan Hari Potensi, sukaneka,


penyampaian sijil dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan masyarakat
setempat.

Aktiviti Keindahan, Keselamatan dan Kebersihan Tabika

Bersama

dengan

Ahli

Jawatankuasa

Tabika

meningkatkan

keindahan,

keselamatan dan kebersihan dan keceriaan Tabika melalui aktiviti gotong-royong,

sumbangan kewangan dan bahan untuk mengindahkan lanskap, menganjurkan


kempen-kempen bulanan seperti Kempen Kebersihan, Menabung dan lain-lain.
Pendekatan

Pemaju Masyarakat/guru Tabika KEMAS menggunakan pelbagai pendekatan


pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan diri,
keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang kanak-kanak.

Tujuannya ialah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna,


berkesan dan mengembirakan.Pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah
berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :-

Belajar Melalui Bermain

Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan, meningkatkan


keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin
tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran berfikir secara inovatif, kritis
dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.

Pengalaman pembelajaran akan memberi kesan yang bermakna dan penguasaan


kemahiran akan terbina dan membantu perkembangan ke tahap yang maksima.

Bertema

Pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih
bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang kanak-kanak
dijadikan sebagai alat untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti bertutur,
membaca, menulis, asas matematik dan berfikir di samping memberi peluang
kanak-kanak meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.

Bersepadu

Proses pengajaran dan pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami


hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan
bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Ini akan menyediakan kanak-kanak
mendalamai atau meneroka sesuatu topik, banyak pilihan dan motivasi,
menimbulkan kepuasan belajar, pembelajaran lebih aktif, menggembirakan,
10

bermakna, meningkatkan daya imaginasi, kreatif, kemahiran berbahasa dan nilai


murni.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat,


berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan dengan rakan serta
memperkaya pengalaman pembelajaran.

Pengelolaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dikelolakan secara kelas,


kumpulan dan individu yang dijalankan secara terancang.

Penilaian dan Rekod Perkembangan Kanak-kanak

Pemaju Masyarakat/guru Tabika akan membuat penilaian melalui proses


pengumpulan maklumat perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara
berterusan. Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi
untuk dipertingkatkan serta pengukuhan.

Hasil penilaian membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan


bagi mengembangkan potensi kanak-kanak. Rekod kesihatan dinilai dengan
kerjasama Jabatan Kesihatan di peringkat daerah yang membuat pemeriksaan
fizikal dan gigi secara berkala di Tabika.

Pengajaran & Pembelajaran


Kurikulum
1. Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) yang telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta
Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

11

2. Kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS akan belajar mengikut 6 Tunjang


Pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :Komunikasi,Kerohanian,
Sikap
dan
Nilai,Kemanusiaan,Keterampilan
diri,Perkembangan Fizikal dan Estetika dan Sains dan Teknologi

Tempoh Masa

Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam
7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa 2 jam (1 jam bagi setiap
sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan
aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain dan iqra', Bahasa Inggeris, Muzik,
Seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari mengikut keperluan.

Jadual Waktu Harian


Contoh rancangan harian yang terdapat dalam program Montessori

Kelas bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi


Masa

Aktiviti
1. Kanak-kanak tiba dan guru
menyambut kedatangan
mereka.
2. Periksa kebersihan kanak-kanak.
3. Latihan kehidupan harian; Membantu rakan lain.

7.30-9.30 pagi

4. Memakai dan menanggal apron.


5. Memeriksa keadaan bilik agar teratur.
6. Bahasa: Perbualan: Kanak-kanak menceritakan peristiwa
yang mereka alami pada hari semalam.
7. Latihan agama.
1. Latihan intelektual

9.30-10.30 pagi
10.30 pagi 11.00
pagi
11.00 pagi 11.30

2. Rehat
3. Latihan penggunaan deria
Gimnastik:Pergerakkan anggota

badan.
Ref Doa pendek
12

pagi
Pada pandangan Saya,kelebihan model Montessori diantaranya ialah:
1. Masa depan anak-anak kita akan cerah
2. menjadi pelajar yang berpendidikan.
3. mempunyai hala tuju yang betul.
4. dapat berfikir secara rasional.
5. dapat dicapai cita-cita yang diingini.
Dari segi kelemahan pula:
1. Tidak berpendidikan
2. cita-citanya tidak dapat dikecapi.
3. masyarakat akan pandang rendah terhadap mereka.
4. tidak tentu arah.
5. menjadi seorang yang pemalas.

Kesimpulan

Melalui pendidikan menggunakan model Montessori, kami dapati banyak faedah


yang diperolehi oleh kanak-kanak iaitu dalam membantu perkembangan kognitif,
fizikal, sosial dan emosi mereka.

Selain itu, melalui aktiviti seharian mereka di dalam kelas dapat membantu
kanak-kanak memperkembang, menyusun, meluas dan menghalusi persepsi deria
dari segi penglihatan, pendengaran bau dan rasa.

Pendidikan Montessori juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih


teratur dan lebih menyeronokkan serta dapat melatih kanak-kanak agar lebih
berdikari,bertanggugjawab dan fokus dalam melakukan setiap tugasan mereka.

Guru-guru memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid berada


dalam keadaan lebih bersedia dan sentiasa memerhati tingkahlaku kanak-kanak
ketika menjalankan aktiviti bagi menilai kebolehan mereka.
13

Suasana persekitaran dan kemudahan pembelajaran yang di sediakan dalam


pendidikan Montessori yang berkesan dan efektif dapat melahirkan kanak-kanak
yang lebih positif dan berkeyakinan tinggi. Secara keseluruhannya pendidikan
Montessori sangat berkesan dalam membentuk pendidikan awal kanak-kanak
yang lebih berkualiti.

Lampiran
SUASANA PEMBELAJARAN MONTESSORI

Berkerjasama dalam melakukan aktiviti menggunakan bahan montessori

14

Aktiviti menggilap pasu bunga

Replika ladang ternakan


ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI

15

Pink Interlocking Cubes Tower, Nester & More

Wooden Shapes & Numbers

Butterfly Wave Tray Puzzle

Fruits 3-D Felt Motif Set

16

ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI

First Storytime Book and CD Set

Ten Ring Puzzle Stacker

Wood Drying Rack/Clothesline/Paint Rack

17

Large Moveable Alphabets

ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI

Lobster Spooning & Tonging Kit

18

Wood Sequence Patterns & Beads

Broad (Brown) Stair Replacement Prism

Sound Boxes

19

Bibliografi & Rujukan


1. http://pelangipetang89.blogspot.my/2009/08/tokoh-pengasas-pendidikanawal-kanak.html
2. http://www.slideshare.net/katiklaa/kai1023-falsafahteori-dan-dasar3.
4.
5.
6.

pendidikan-awal-kanakkanak
https://www.scribd.com/doc/24902467/Model-Montessori
http://nasznasuzu.blogspot.my/2012/06/pendekatan-model-montessori.html
maria-montossori.html
http://www.kemas.gov.my/index.php/my/premis/taman-bimbingan-kanakkanak-tabika

20

You might also like