You are on page 1of 3

SJK( C ) SIN MIN TRONOH MINES 31910 KAMPAR

MINIT MESYUARAT DISIPLIN KALI PERTAMA TAHUN 2013


TARIKH

: 19 APRIL 2013

MASA

: 2:00 PM

TEMPAT

: PUSAT SUMBER SEKOLAH

SENARAI KEHADIRAN :

1. EN YEE CHUN WENG (GB)


2. CIK NG KIN KUAN
3. PN PHAN LEE HAR
4. CIK 4. CIK LEE BIN YEE
5. EN LIEW BOON CHUN
6. PN. HO FUNG CHOO
7. EN. CHAI YOON LIN
8. CIK LOO PIK QI
9. CIK LIM FUI LING
10. CIK CHAN PEI TING
11. CIK LIM CHING WEN

AGENDA

1. UCAPAN PENGERUSI
Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru sekolah dalam mesyuarat
disiplin kali Pertama hari ini.
1.1
Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana disiplin
pelajar merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula dengan disiplin.
Mesyuarat pada hari ini adalah khusus untuk ditumpukan kepada disiplin murid
sepenuhnya.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Pencadang : CIK LEE BIN YEE


Penyokong : CIK LOO PIK QI
3. PERKARA BERBANGKIT
-Tiada
4. PERKARA YANG DIBINCANGKAN
4.1 PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN
a

Rekod Pemantauan Murid Lewat

1. Buku Log Pemantauan Murid Lewat dikendalikan oleh guru bertugas harian,pengawas
dan juga pengawal keselamatan.
2. Guru bertugas harian bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap murid yang datang lambat
dengan melakukan kerja amal.
Tindakan: Guru Bertugas Harian/Pengawas/Pengawal Keselamatan
4.2 SSDM
1. Setiausaha Disiplin menjelaskan statistik kesalahan tingkahlaku disiplin murid
sehingga Disember 2012.
2. Pengerusi memohon penjelasan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling tentang
pelaksanaan terhadap murid yang bermasalah.
3. Murid-murid yang dikenakan tindakan disiplin haruslah dirujuk kepada Unit
Bimbingan dan Kaunseling.
Mesyuarat ambil maklum dan akan diambil perhatian selanjutnya.
4. Kekemasan Pelajar memerlukan teguran sepanjang masa.
Tindakan : JK Disiplin/ JK Pengawas/ Guru Bertugas
4.3 PERANCANGAN AKTIVITI 2013

4.3.1 Kreatif Minda


Pengerusi menjelaskan adalah wajar untuk mencungkil bakat murid. Beliau
mengharapkan ramai murid dapat dicungkil bakat mereka melalui pelbagai aktiviti yang
dilakukan oleh pihak sekolah,
Waktu perhimpunan 6.45 pagi digalakkan mengutarakan lagu-lagu patriotik serta lagulagu yang memberikan motivasi kepada murid.
Tindakan : JK Pengawas/JK Perhimpunan Rasmi Sekolah
4.3.2 Program Minda Sihat
Guru bimbingan dan kaunseling memberikan ceramah yang berkaitan dengan
pengetahuan minda sihat murid-murid yang dirancangkan.
Tindakan : Guru Bimbingan dan kaunseling
5.0 PENUTUP
Pengerusi mengharapkan SJK(C) SIN MIN, TRONOH MINES KAMPAR akan lebih
cemerlang dan mengutamakan disiplin murid-murid di sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.


Disediakan oleh :
________________________
( EN. LIEW BOON CHUN )

Disemak oleh :
______________________
( EN. YEE CHUN WENG)

You might also like