You are on page 1of 1

Kompetensi kaunselor Muslim dalam mengintegrasi Islam dalam proses

kaunseling.
Mohd Khir Johari bin Abas*, Mohd Noor bin Saper & Nurul Ain binti Mohd Daud
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
*mkhir@puo.edu.my
Abstrak
Penggunaan nilai Islam dalam kaunseling bukanlah suatu perkara yang baru di
Malaysia. Masyarakat Melayu Islam telah lama menjadikan imam-imam dan golongan
yang diakui keagamaan sebagai tempat menyelesaikan masalah dan mengutarakan
aduan. Sebagai sebuah negara yang diduduki majoriti masyarakat Islam, amalan
kaunseling yang terkandung di dalamnya elemen Islam perlu diketengahkan. Walau
bagaimana pun, kebanyakkan kajian berkaitan kaunseling spritual hanya memfokus
terhadap agama dan kefungsiannya dalam menyelesaikan masalah klien tanpa melihat
kepada kefungsian agama dalam kaunseling sebagai suatu komponen yang
melengkapinya. Dalam konteks Malaysia, kontradik antara nilai agama dan kaunseling
tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana nature ilmu barat hanya menekankan
perkembangan dan perubahan tingkah laku dengan mengabaikan aspek kejiwaan.
Menjadi cabaran kepada para kaunselor untuk mengiyakan sesuatu yang bercanggah
dengan nilai agama kerana tersepit dengan kod etika yang perlu dipelihara.
Sebahagian kaunselor mencari jalan selamat daripada terikat dengan nilai kaunseling
barat dan memaksa nilai agama yang luhur ke atas klien. Situasi ini menjadi cabaran
terhadap proses integrasi. Hal ini kerana proses integrasi Islam dalam kaunseling
sangat bergantung kepada kompetensi seseorang kaunselor. Tahap kesedaran,
pengetahuan dan kemahiran kaunselor menjadi tonggak utamanya. Kegagalan
seseorang kaunselor memahami konsep integrasi agama berpotensi menjadikan sesi
kaunseling sebagai sesi bimbingan, nasihat dan panduan. Kaunselor yang tidak
kompeten dalam mengintegrasi agama dalam kaunseling juga cenderung mengubah
pandangan klien terhadap agama. Justeru, seorang kaunselor profesional perlu
kompeten dalam mengendalikan isu berkaitan kepercayaan yang diimaninya. Beliau
perlu bertindak profesional mengikut kod etika dan berusaha mengintegrasikan
kepercayaannya tanpa memaksa nilai ke atas klien. Kajian ini membincangkan
kompetensi yang perlu dimiliki kaunselor Muslim dalam mengintegrasikan Islam dalam
proses kaunseling.

Kata kunci: Integrasi, Kaunseling Islam, Kompetensi

You might also like