You are on page 1of 1

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan tajwid Al-Quran dalam
aplikasi hukum Mad Asli dan Idgham Maal Ghunnah di kalangan murid-murid tahun 4 dengan
menggunakan Bahan Multimedia Interaktif serta merangsang dan meningkatkan lagi minat
mereka dalam mempelajari ilmu Tajwid Al-Quran.
Kajian tindakan difokuskan kepada 7
orang murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tabuan Jaya Kuching Sarawak..
Pengkaji telah
menjalanan kajian tindakan ini didalam waktu pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam
selama 2 jam dalam tempoh 12 minggu. Hasil dapatan kajian diukur menggunakan ujian pra,
ujian pasca, pemerhatian dan temubual. .Bermula minggu pertama, pengkaji telah menjalankan
ujian pra terhadap sampel bagi mengetahui tahap sebenar penguasaan sampel terhadap ilmu
tajwid. Selain itu, pengkaji juga merekodkan hasil pemerhatian terhadap suasana dan
persekitaran bilik darjah didalam borang pemerhatian. Pada minggu seterusnya iaitu minggu
kedua hingga minggu keenam, pengkaji telah menjalankan kaedah permainan di dalam
pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al-Quran. Data-data berkenaan peningkatan dari aspek
minat, kerjasama dan suasana pembelajaran dinilai dan direkodkan pengkaji menggunakan
kaedah pemerhatian. Seterusnya pada minggu terakhir, pengkaji telah menjalankan ujian pos atau
ujian pasca bagi mengetahui keberkesanan tindakan yang telah dijalankan dan mengukur
penguasaan murid.Hasil kajian ini menunjukkan telah berlaku peningkatan terhadap penguasaan
murid terhadap penguasaan hukum tajwid. Begitu juga dengan minat dan suasana pembelajaran
di dalam pembelajaran Tilawah Al-Quran. Kajian ini memberi gambaran positif terhadap
penggunaan kaedah permainan di dalam pengajaran Tilawah Al-Quran. Oleh yang demikian,
pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru Pendidikan Islam
seterusnya menjadi galakkan bagi memikirkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan
didalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam disekolah.

You might also like