You are on page 1of 8

SEJARAH PERKHEMAHAN

Sejarah berkhemah bermula lebih kurang sama dengan sejarah manusia dan tempat
kediaman. Berkhemah ialah mendirikan (memasang) khemah untuk membuat tempat
kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam. Khemah ini diperbuat daripada kain
tebal, nilon, dan kain layer. Khemah yang diperbuat daripada kain nilon lebih popular kerana
ia lebih ringan dan senang dibawa. Khemah-khemah ini ditegakkan dengan tiang besi atau
kayu dan tali. Kebiasaannya askar, pemburu, pengembara dan sesetengah puak yang selalu
berpindah randah mendirikan khemah untuk berteduh. Beberapa puak yang selalu berpindah
randah seperti kaum Badwi dan Bushman sangat cekap dan pandai memasang khemah.
Pada tahun 1907 Lord Baden Powel, iaitu pengasas pergerakan pengakap dunia
telah membawa seramai 12 orang belia ke Pulau Brownsea, England. Di pulau ini satu
perkhemahan pengakap yang pertama di dunia telah berjaya dilakukan. Kini perkhemahan
merupakan satu aktiviti yang diutamakan dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri.
Lord Baden Powell (1955) menyatakan berkhemah merupakan satu kegiatan yang paling
menyeronokkan dalam kehidupan seorang pengakap. Perkhemahan dapat dikelaskan
kepada tiga kategori. Tiga kategori tersebut ialah perkhemahan ringkas, perkhemahan
kumpulan dan Jambori atau rover mood atau dikenali juga dengan nama korobori.
Berkhemah bukanlah semata-mata satu jenis sukan. Pada suatu ketika dahulu
berkhemah adalah satu cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat dan
kemudian bagi golongan peneroka-peneroka di dunia baru itu. Terkenang juga kita kepada
betapa syahdunya kita berkhemah semasa wukuf di Arafah dalam musim Haji dengan hati
setulus sutera yang putih, yang membawa satu keinsafan bahawa kita sebenarnya hanyalah
berkhemah sementara di alam ini sebelum kita berpindah ke alam kekal di Akhirat kelak.
Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta
umat manusia. Manusia sudah pun didorong oleh naluri dan perasaan sayang dan
kesediaan melindungi alam sekitar semula jadinya yang penuh dengan keindahan dan
keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah
alam sekitar semula jadi luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak hentihenti membinasakannya, buat selama-lamanya.

TOKOH DALAM PERKHEMAHAN.


Semua manusia kenal bahawa pekhemah ulung di dunia ini ialah Lord Baden Powell,
iaitu pengasas pengakap sedunia yang menganjurkan perkhemahan sebagai satu kegiatan
yang wajib. Bila disebut perkhemahan maka serentak diingati namanya dan pengakap. Lama
sebelum Lord Baden Powell mempopularkan perkhemahan sebagai satu kegiatan latihan
yang sepadu dengan kesempurnaan pendidikan sahsiah manusia, terdapat tokoh-tokoh lain
seperti Alexandar The Great, The Roman Legions dan berbagai ketumbukan bala tentera
dunia telah berkhemah semasa peperangan yang telah merubah tamadun dunia.
Nabi kepada umat Islam, iaitu Nabi Muhammad S.A.W adalah salah seorang
pekhemah yang masyhur semasa baginda berulang alik ke negeri Syam dan lain-lain negeri
dalam urusan perniagaanya. Satu bukti pentingnya berkhemah ini dalam Islam ialah ia
termasuk di dalam salah satu hubungan Rukun Islam yang kelima dimana semasa
mengerjakan rukun yang kelima iaitu Rukun Haji umat islam seluruh dunia seramai berjutajuta orang diwajibkan berada (wukuf) di Arafah dan bermalam di Muzdalifah. Inilah
perkhemahan agung muslim setahun sekali. Sebelum Kota Mekah dimodenkan tidak semua
jemaah haji itu terpaksa bermukim di bawah khemah.

OBJEKTIF/ RASIONAL PERKHEMAHAN.


Objektif, rasional dan matlamat utama dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan ini ialah:
i. Memantapkan jati diri rakyat Malaysia khususnya belia-belia melalui pengalaman
(Experiential Learning) dan pengembaraan ke arah menyumbangkan kepada pembangunan
negara yang mempunyai warganegara yang lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan
rohani.
ii.Membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan
pengembaraan untuk meningkatkan serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik
seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya,
kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan.
iii. Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai penyumbang
kepada masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam
masyrakat yang dinamik.

Nilai-nilai yang hendak dipupuk melalui aktiviti perkhemahan ialah:

Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan.


Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi.
Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk berjaya.
Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan

keupayaan untuk bekerja secara berpasukan.


Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal.
Sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.

TUJUAN DAN KEPENTINGAN PERKHEMAHAN


Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti
penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada
masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan
moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas
telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi
manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan
merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.
Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah.
Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk
terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang
diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan diantaranya ialah:

I. Berkhemah Sebagai Cara Pendidikan.


Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan
secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai
contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal
dan sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai.
Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani
menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat
juga sihat fizikal, jasmani dan mental.

Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik
semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta

dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada


sesiapa pun contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan
sebagainya.
Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang
tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan
desa. Sesetengah- sesetengah mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan
sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan,
perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan,
binatang, batu batan, dan sebagainya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu
batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.

Ii. Berkhemah Sebagai Cara Ibadat.


Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang
kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas
saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada - Nya dan juga
menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti
perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah
yang berbagai-bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas spesimenspesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah
S.W.T yang menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting
ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan
ibadat terhadap Allah S.W.T.

.Iii. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.


Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan
tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan
di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua
aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini
sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa
dan keturunan.

Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang


berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta

seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan
aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk
serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.
Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan. Peserta
dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat
mununjukkan kebudayaan masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat
resam sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita yang berbilang
kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik diantara
kaum, agama dan kebudayaan.

Iv. Berkhemah Untuk Rekreasi.


Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat
mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka
lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara
formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal buku-buku
pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu
perkhemahan.Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.

V. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi Dan Mencari Ketenangan.


Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh
berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta
kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan
keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah
alam

luput

dan

hilang

bersama-sama

tamadun

manusia

yang

tidak

henti-henti

membinasakannya.
Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan
nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga dengan
alam semulajadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada
pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan dimana apabila dunia sedang pesat
membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambah-tambah. Seolah-olah kasih
sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit
tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya.

Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang
aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau
menemui

cabaran-cabaran

tanpa

bantuan

sesiapa

pun

yang

sebelum

ini

kita

memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi yang


canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai
kemudahan lagi.

vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.


Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II.
Bermula dari beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut
kelahiran semula minat untuk berkhemah kerajaan tempatan dan kebangsaan telah
memajukan taman-taman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. Lebih dari
9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan,
hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati
memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan
kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku
dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan.
Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita
bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang khemah,
membuat unggun api, memasak serta mandi bersama-sama di sungai. Selain dapat
mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk lebih memahami
pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk bersama-sama melakukan
aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama
tegang.

Vii. Perkhemahan Membuka Mata Perihal Kesihatan.


Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan
pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan
perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan
berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan mereka.
Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai topiktopik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga aktiviti yang
menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta

menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil


pil atau dadah dan sebagainnya.
berbukit. Hal ini kerana, jika hujan dikawasan tersebut, terutamanya di sebalah hulu,
paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.
Selain itu, tempat yang kita pilih untuk aktiviti perkhemahan perlu selamat dan rata
dan bukan tempat laluan air. Kawasan yang kita juga selamat daripada gangguan binatang
buas.Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Sebaik-baiknya
walaupun tapak yang rata, kita perlu mengelakkan kawasan yang terdapat akar pokok atau
batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Kita tidak memilih tepat yang mempunyai
pokok yang besar atau pun sudah tua. Hal ini kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok
tersebut boleh menghempap khemah kita. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit
daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung atau banjir ketika hujan
lebat. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah kita.
Kita juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan yang kita pilih jauh dari
semak dan berlukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang seranga ataupun
binatang merayap seperti seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang
yang tajam boleh mengoyakkan khemah. Tetapi kita juga diingatkan supaya tidak mencari
kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat yang mempunyai pokok
atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Kita juga dilarang untuk mendirikan khemah
yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.
Semasa memilih tempat perkhemahan kita harus memilih tempat yang mudah untuk
mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Sebagai contohnya, tapak
perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung atau laluan orang ramai. Kawasan yang kita
pilih juga perlu mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan
perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk
kampung dan sebagainya. Hal ini untuk memudahkan kita mendapatkan bantuan segera jika
perlu.
Selain itu, pemilihan tapak perkhemahan juga perlulah bersesuaian dengan aktiviti
yang hendak dilakukan. Terdapat perkhemahan bagi tujuan beriadah, perkhemahan
sebagai hobi dan terdapat juga perkehamahan unit berunifom. Oleh itu, kawasan
perkhemahan perlulah menepati kehendak atau tujuan perkhemahan itu diadakan. Hal ini
kerana, kawasan perkhemahan yang tidak sesuai akan mengganggu kelancaran program
perkhemahan. Pemilihan tempat perkhemahan perlu dinilai terlebih dahulu dan ajk yang

berkenaan perlulah mendapatkan maklumat berkaitan tapak perkhemahan dan aktiviti yang
terdapat di kawasan berkenaan.

You might also like