You are on page 1of 1

Kata nafi digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

Terdapat dua bentuk kata nafi,


iaitu:
Bukan - menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Tidak - menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh ayat : a) Ini bukan baju saya
b) Saya tidak mahu pergi ke rumah itu lagi.

iii-

1. Encik

Osman _____________ bapa saudara saya.


2. Marina _______________ gemar makan buah durian.
3. Suraya _______________ takut ketika memberikan laporan kepada polis
berkaitan dengan kejadian rompakan itu.
4. Mereka ______________dapat menyiapkan kerja sekolah kerana leka
dengan permainan video.
5. Ashikin ____________berasal dari Kelantan.
6. Amin ____________suka membaca buku hingga larut malam.
7. Kalau ___________kamu, siapa lagi yang mencuri pensel Jamal ? Kata Cikgu Ani.
8. Jam tangan itu ___________milik Mastura.
9. Dia ____________kakak kandung Hamidah.
10. Encik Lim ___________tidak melakukan perbuatan itu.
1. Tun

Dr. Mahathir Mohamad ( tidak / bukan ) berasal dari negeri Perlis tetapi Kedah.
Mereka datang ( tidak / bukan ) hendak bergaduh dengan Hassan tetapi untuk
bertanyakan khabar.
3. Basikal yang dijumpai di dalam semak itu ( tidak / bukan ) kepunyaan adiknya.
4. Pemuda yang dituduh mencuri itu ( tidak / bukan ) takut kerana dia tidak bersalah.
5. Suzaili tetap tersenyum walaupun dia ( tidak / bukan ) terpilih menyertai pertandingan itu.
6. Suraj ( tidak / bukan ) mahu mendengar nasihat daripada abangnya.
7. Tong Seng ( tidak / bukan ) berani mengganggu budak itu selepas dia dimarahi ibunya.
8. Puan Wong tidak kenal budak itu kerana dia ( tidak / bukan ) jirannya.
9. Duit itu ( tidak / bukan ) kepunyaan Anson.
10. Hanif terpaksa berpisah dengan kawan baiknya walaupun itu ( tidak / bukan )
kemahuannya.
2.

You might also like