You are on page 1of 7

SMJK KATHOLIK BENTONG, PAHANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEDUA


Tarikh
: 23 April 2014 ( Khamis )
Masa
: 2.40 Petang
Tempat : 5 Usaha
Kehadiran :
1. Pn. Tui Soke Lai (Pengetua)
2. Pn. Ainida Ahmed Noordin (GPK Kokurikulum)
3. Pn. Noorul Aida Mohd. Roslan (KB Bahasa)
4. Pn. Rosnani Awang (KP Bahasa Melayu) Pengerusi
5. Cik Marzeyatulhana Mansor (Setiausaha Panitia) Pencatat
6. Pn. Hayuti Yaacob
7. Pn. Ku Ezriyani Ku Zaberi
Tidak Hadir :
1.
2.
3.
4.

BIL
1.0

En. Abd. Shukor Abd. Hamid (Perlawanan Bola Baling)


En. Mohd. Rosidi Ishak (Bawa Anak ke Klinik)
Pn. Rodiah Zakaria (GPK Pentadbiran)
Pn. Zaiton Azahari (Cuti Bersalin)

AGENDA

TINDAKAN

UCAPAN ALU-ALUAN
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat
Panitia Bahasa Melayu kali Kedua 2015.
1.2 Pengerusi mengucapkan penghargaan kepada pihak pentadbir atas
kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan pelantikan semula
sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu.

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA


2.1 Dicadangkan oleh : Pn. Ainida Ahmed Noordin

Pengesahan

2.2 Disokong oleh : Pn. Noorul Aida Mohd. Roslan


3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Sudut Bahasa Melayu :

Puan Hayuti

3.1.1 Puan Rosnani meminta Puan Hayuti mengemaskini sudut Bahasa


1

Melayu dengan menukar perkataan yang baru di papan putih sekurangkurangnya seminggu sekali .
3.2 Projek Kamus:

Semua Guru

3.2.1 Projek kamus dijalankan seperti biasa.


3.3 Program Penggabungjalinan Kemahiran:

Semua Guru

3.3.1 Puan Rosnani meminta guru menggunakan penggabungjalinan


kemahiran di dalam bilik darjah.
3.4 Meningkatkan Penyertaan Murid-Murid dalam Bidang KoAkademik
3.4.1 Berdasarkan kejayaan Premanesan yang mendapat tempat ke-3
dalam pertandingan Pidato Diraja Peringkat Daerah, Puan Rosnani dan

Semua Guru
BM

Panitia Bahasa Melayu akan menambah bilangan penyertaan dalam


pelbagai pertandingan Ko-Akademik seperti sajak, syair, sahibba, dan
forum remaja pada tahun hadapan.
3.4.2 Dua orang murid telah diberi pendedahan awal tentang

Makluman

pertandingan sajak, syair dan pidato dengan membawa mereka ke


pertandingan tersebut pada tahun ini.
3.4.3 Ucapan tahniah atas usaha Puan Noorul dan Puan Ainida

Penghargaan

membimbing peserta dalam pertandingan tersebut.


3.5 Puan Ainida mencadangkan Minggu Bahasa selama 1 minggu
dijalankan serentak dengan Karnival Kokurikulum.

3.6 KPI (PENUNJUK PRESTASI UTAMA)


3.6.1 Setiap guru perlu menetapkan KPI bagi kelas yang diajar
mengikut pencapaian akhir tahun murid dan perlu dicatat dalam Buku
2

Semua Guru
BM

Semua Guru

Rekod Mengajar guru.


4.0

PENAMBAHBAIKAN PROGRAM
4.1 NILAM
4.1.1 Beberapa cara telah dicadangkan untuk penambahbaikan
program NILAM iaitu :
(i)

Pengurusan Fail NILAM

Pn. Noorul &

Membuka satu fail induk NILAM yang mengandungi segala maklumat

Pn. Rosnani

berkaitan NILAM.
(ii) Data/ rekod bacaan murid

Semua Guru

Tugas guru mengesahkan atau menandatangani rekod bahan bacaan

BM

murid di mana data rekod dikumpulkan oleh guru Bahasa Melayu dan
diserahkan kepada penyelaras pusat sumber iaitu Puan Suriati.
(iii) Pelaksanaan Program NILAM

Semua Guru

Program NILAM dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya dalam

BM

mata pelajaran Bahasa Melayu untuk menjalankan aktiviti membaca.


Selain itu, murid digalakkan juga menjalankan aktiviti membaca dan
membuat ulasan buku di luar waktu persekolahan.
(iv)

Pemberian Pengiktirafan dan Ganjaran

Sekolah menyediakan hadiah atau sijil kepada murid yang mempunyai


rekod NILAM terbanyak.
(v)

Program Minggu NILAM

Penyelaras PS

Program Minggu NILAM diadakan untuk menggalakkan murid banyak


membaca.

(vi)

Penambahbaikan Pusat Sumber Sekolah Dari Segi :

Bilangan buku cerita untuk dibaca oleh murid.

Rak untuk menyimpan buku-buku NILAM murid.

Kemas kini buku-buku NILAM yang telah bercampur aduk


3

Penyelaras PS

semasa proses menaik taraf Pusat Sumber.


4.2 PROBIM

Pn. Noorul &

4.2 1 Penyediaan Fail Induk untuk PROBIM.

Pn. Rosnani

4.2.2 Bagi pelaksanaan PROBIM, Ketua Panitia perlu mendapatkan


Modul PROBIM dari sekolah lain.
Pn Noorul,
4.3 MBMMBI

Pn. Rosnani &

4.3.1 Kemas kini aktiviti panitia untuk laporan.


5.0

Pn. Hu

4.3.3 Semua perancangan bidang Bahasa perlu didokumentasikan.


PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
5.1 Analisis PBS Tingkatan 1-3 bagi tahun 2014

Makluman

- Sila Rujuk Lampiran 1.


5.2 Guru-guru diingatkan supaya memasukkan markah off-line muridmurid

untuk

PBS

dengan

lebih

awal

supaya

murid

dapat

Semua Guru
BM

mempertingkatkan kemahiran membaca dan lisan mereka sehingga


hujung tahun.
5.3 Guru-guru diminta membantu murid meningkatkan keputusan
supaya tiada murid yang mendapat band satu.

Semua Guru
BM

5.4 Pengurusan Fail Induk dan Fail Guru untuk PBS harus disediakan

Semua Guru

secara sistematik dengan membuat penyelarasan untuk penjaminan

BM

kualiti bermula pada tahun 2015.

6.0

ANALISIS UJIAN MAC


6.1 Analisis setiap tingkatan.

Makluman

- Sila Rujuk Lampiran 2.


6.2 Kelemahan yang dikenal pasti
6.2.1 Menengah Atas

Perbincangan

- Murid-murid menghantar kertas jawapan kosong


- Murid-murid tidak tahu menjawab soalan.
- Murid tidak dapat menghurai idea karangan.
4

- Murid keliru mengenal pasti isi tersurat untuk membuat rumusan.


6.2.2 Menengah Rendah

Perbincangan

- Murid tidak menjawab soalan.


- Murid tidak faham maksud perkataan dalam Bahasa Melayu.
- Murid tidak menguasai teknik menjawab.
- Murid tidak menguasai Komsas (kurang membaca).
6.3 Penambahbaikan

Semua Guru

6.3.1 Menengah Atas


- Mengenal pasti kata kunci soalan rumusan dan menukarkan kata

BM

kunci kepada perkataan sinonim.


- Membina pendahuluan rumusan yang betul.
- Mengenal pasti 6 isi tersurat dalam petikan.
- Mengenal pasti tema dan tugasan berdasarkan soalan.
- Latihan membina ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat
penegas berpandukan rangka karangan pasang siap.
6.3.2 Menengah Rendah
- Pencerahan yang berulang tentang teknik menjawab.
- Membuat Latih Tubi bahagian ejaan dan peribahasa.

Semua Guru
BM

- Membuat Latih Tubi bahagian Antalogi dan Novel.


6.4 Program Intervensi dan RCA Ujian Mac bagi Tingkatan 3 perlu
disediakan dengan kemas kerana akan dihantar ke JPN.
7.0

Semua Guru
BM Ting. 3

SKPM
7.1 Semua guru Bahasa Melayu telah selesai pencerapan PdP untuk sesi

Semua Guru

pertama.
7.2 Semua guru diingatkan supaya menjalankan semakan buku latihan
berdasarkan tarikh yang ditetapkan untuk sesi pertama.
5

Semua Guru

8.0

HAL-HAL LAIN
8.1 Puan Tui memaklumkan beberapa perkara iaitu :
8.1.1 Tindakan akan dikenakan kepada murid-murid yang menghantar
kertas jawapan kosong semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun nanti.
8.1.2 Mengehadkan penyertaan Liew Jian Min (3D) dalam pertandingan
olahraga kerana bapanya telah membuat aduan bahawa prestasi anaknya

Unit Disiplin
Pn. Ainida

semakin merosot.
8.1.3 Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dibeli oleh sekolah.

Pentadbir

8.2 Pn. Rosnani memaklumkan beberapa perkara iaitu :


8.2.1 Ucapan terima kepada Pn. Zaiton kerana menghias Anjung Bahasa
Melayu dengan cantik.
8.2.2 Ujian mendengar dan lisan bagi PT3 akan dijalankan pada
pertengahan bulan Julai.
8.2.3 ULBS untuk Tingkatan Lima perlu disiapkan sebelum Ogos.
8.2.4 Pemilihan peribahasa yang bersesuaian untuk dipaparkan di papan
LED di kantin.
8.2.5 Penyediaan RPH yang mengandungi Fokus Utama (FU) dan Fokus
Sampingan (FS) pada ruangan objektif.

Penghargaan
Semua Guru
BM Ting. 3
Semua Guru
BM Ting. 5
Pn. Noorul
Semua Guru
BM

8.2.6 Terdapat perubahan jadual waktu dan akan disusun oleh guru
jadual waktu.
8.3 Pn. Rosnani mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru
yang memberi perhatian dan cadangan dalam mesyuarat Panitia Bahasa
Melayu kali kedua.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.40 petang.

Makluman

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

___________________________

__________________

___________________

(MARZEYATULHANA MANSOR)

(ROSNANI AWANG)

(TUI SOKE LAI)

Setiausaha Panitia
Bahasa Melayu
SMJK Katholik.

Ketua Panitia
Bahasa Melayu
SMJK Katholik.

Disahkan oleh,

Pengetua
SMJK Katholik.

You might also like