You are on page 1of 1

Salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa profesion perguruan merupakan profesion
terakhir yang dipilih oleh masyarakat disebabkan beberapa faktor yang telah mengakibatkan hal
ini berlaku. 0leh itu, pihak kerajaan harus mengambil tindakan segera untuk memperbaiki
pandangan masyarakat terhadap profesion perguruan.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari bahawa faktor utama ialah profesional
perguruan dibebani dengan tugas yang banyak. Dalam era globalisasi ini, waktu kerja seseorang
guru di sekolah semakin bertambah dan kadang kala guru terpaksa pergi ke sekolah untuk
menyelesaikan tugasan pada waktu cuti. Ini menyebabkan golongan graduan bimbang untuk
menjadi sebagai guru. Guru juga terpaksa mengajar pelajar dari waktu pagi sehingga waktu
petang apabila guru mengadakan kelas tambahan bagi para pelajar. Guru juga terpaksa hadir ke
sekolah pada waktu cuti kerana telah mengadakan mesyuarat atau program bagi guru-guru.
Sebagai guru, guru juga harus menjaga prestasi akademik pelajar dengan mendidik pelajar itu
dengan cara yang betul dan berkesan.
Saya bersetuju dengan pendapat saudari iaitu tanggapan masyarakat mengenai sosioekonomi
guru sederhana. Gaji atau pendapatan memainkan peranan yang penting pada masa kini untuk
meneruskan hidup. Masyarakat tidak tahu bahawa pendapatan guru sangat tinggi mengikut tahap
kelayakannya. Profesion lain seperti doktor, akauntan, jurutera dan juruterbang mendapat
pendapatan lumayan berbanding dengan profesion perguruan. Kita bukan hanya bergantung pada
gaji semata-mata tetapi pekerjaan yang kita laksanakan sebagai seorang guru.
Faktor yang seterusnya ialah lambakan graduan pendidikan yang menganggur disebabkan tiada
atau lewat penempatan yang ditawarkan. Kejadian sebegini menyebabkan masyarakat bimbang
terhadap profesion perguruan dan tidak mendapat sambutan yang baik. Mereka juga takut dan
beranggap bahawa mereka akan senasib dengan mereka yang menganggur dan tiada peluang
untuk menjadi sebagai seorang pendidik. Lambakan graduan pada masa kini semakin bertambah
dan belum lagi ditempatkan di sekolah.
Kesimpulannya, profesion perguruan harus dijadikan sebagai pilihan utama kerana guru ialah
seorang yang mulia dan mendidik anak bangsa dengan pembangunan sahsiah.

You might also like