You are on page 1of 1

KAEDAH PISTOL DAN TUKUL : SATU KAEDAH UNTUK MENDARAB ANGKA TIGA DIGIT DAN DUA DIGIT

MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

OLEH
WARDATUL FADILAH BT KAMARUZAMAN
SEK. MEN. KEB. KUALA LANAR , KUALA LIPIS ,
27200 KUALA LIPIS , PAHANG

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol dalam meningkatkan
penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula dalam Tajuk Nombor Bulat .
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui data yang dikumpulkan melalui ujian pra , ujian pos , soal selidik ,
pemerhatian serta temubual . Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisis menggunakan statistik deskriptif manakala
soal selidik persepsi murid dianalisis dengan mengira peratus . Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat
melakukan operasi darab dengan baik . Perancangan tindakan ini difoukuskan kepada teknik untuk mendarab angka
tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan Kaedah Pistol dan Tukul
bagi membantu pelajar menjawab soalan pendaraban melibatkan tiga digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula . Pelajar didedahkan kepada kaedah Pistol dan Tukul selama 80 minit dan kajian ini telah
diselesaikan dalam tempoh 8 minggu . Penggunaan kaedah ini , akan mengggalakkan tingkah laku aktif dan seronok
dalam kalangan murid dan semua murid bersetuju bahawa kaedah ini dapat menarik minat mereka dalam
mempelajari Matematik . Keputusan Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar . Kajian akan
membuktikan bahawa Kaedah Tukul dan Pistol ini mampu meningkatkan penguasaan dan minat murid dalam
menjawab soalan pendaraban dalam topik Nombor Bulat dalam Matapelajaran Matematik Tingkatan 1.

You might also like