You are on page 1of 2

SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU (Zaba)

A MAKSUD
RANGKAP 1
Baginda sultan menitahkan empat orang pembesar untuk membina istana sebagai
mercu tanda kotanya. Oleh hal yang demikian, Pawang Raja telah mengerah rakyat
untuk bekerja keras. Sebanyak empat puluh empat orang jurubina dan pandai
tukang dan projek pembinaan itu dijalankan siang dan malam tanpa henti.
RANGKAP 2
Pembinaan istana baginda itu menelan masa tujuh bulan sehingga siapkan
sempurna dengan perabot dan segala peralatan di dalamnya. Istana yang disiapkan
itu tersergam indah dengan sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang
tiang penyokong. Di dalam istana itu, ada kain yang disusun dan diikat serong
dengan puncanya tergantung dan memiliki kawasan anjung yang tinggi.
RANGKAP 3
Di dalam istana itu, ada tiga sudut untuk kegunaan lapan orang menteri yang
utama yang dihias dengan tiga batang tiang yang dinamakan maharaja lela. Di
tengah-tengah istana itu, ada sebatang tiang besar yang kukuh yang bertanggam
dengan ukiran corak ular yang garang. Kayu yang melintang pada atap istana pula
bercorak seorang puteri yang menyembah dan sebatang kayu yang melengkung
pada atap istana juga bercorak ukiran helang di sekelilingnya.
RANGKAP 4
Bahagian tingkap istana raja dibina dengan seni yang istimewa, yakni berukir corak
bunga dan ular sawa yang berbaring dengan lemah longlai. Di samping itu, jendela
istana pula diperbuat daripada batu yang kukuh dan bertiang. Seni bina ini
dipercantik dengan ukiran Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan di
sekeliling istana yang baharu untuk membuang segala kekotoran dan anasir jahat
yang cuba dibawa oleh pendatang asing atau nakhoda. Pada pintu istana yang
besar itu, ukiran bunga kenanga amat jelas kelihatan bersama corak ular.
Demikianlah keunikan istana raja yang siap dibina.
RANGKAP 5
Setelah istana siap dibina, tukang bina istana pun meninggal dunia. Kesetiaan
jurubina istana ini menyempurnakan pembinaan istana ini amat terserlah apabila
tiada sesiapa yang dapat meniru teknik dan gaya pembinaan istana tersebut.
Apabila istana siap dibina, pembesar yang bertanggungjawab dalam pembinaan itu
mempersembahkan istana tersebut kepada baginda raja dan permaisuri.
B TEMA DAN PERSOALAN

Tema seloka ini ialah keunikan seni bina istana yang dibina oleh jurubina yang setia.
Hal ini dapat dibuktikan apabila tukang bina istana meninggal dunia selepas istana
siap dibina dan memastikan tiada sesiapa yang mampu meniru pembinaan itu.
Persoalan
(a) Kepentingan istana kepada raja.
(b) Keunikan seni bina istana.
(c) Kesetiaan pembesar kepada raja.
(d) Kesempurnaan seni bina istana lama.
C GAYA BAHASA
(a) Repitasi
Buktinya, empat puluh empat tukang dan utas
(b) Imej alam atau imejan
Buktinya, Berbunga sawa mengelempai,
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenangan dimakan ular
(c) Anafora
Buktinya, Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
(d) Responsi
Buktinya, Istana siap dengan alatnya,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
D NILAI MURNI
(a) Kesetiaan
(b) Bertanggungjawab
(c) Amanah
(d) Kegigihan
(e) Ketaatan
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah setia kepada raja dan menjalankan titah perintah raja dengan
sempurna.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab dalam semua tugasan yang kita jalankan.
(c) Kita mestilah memegang amanah yang diberikan kepada kita oleh raja.
(d) Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga selesai.
(e) Kita mestilah taat setia kepada raja dan mengikut titah perintah baginda.

You might also like