You are on page 1of 2

Ahmad Muzani Bin Muhamad Hisham

PISMP 5A
Tajuk : Memori Seorang
Pak Itam digambarkan oleh penulis sebagai seorang pejuang yang cekal. Beliau keluar
masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Pak Itam merupakan anak Melayu
pertama yang menjadi majistret di negara ini. Beliau menolak jawatan berkenaan kerana
cintanya yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
Pak Itam berhasrat untuk mengadakan sambutan hari jadinya yang ke-85. Itulah
sambutan hari jadi yang pertama sejak beliau dilahirkan ke dunia. Beliau bercadang untuk
menjemput wartawan media massa, mahasiswa universiti, serta para penduduk Langat ke
majlis berkenaan supaya mereka dapat bersama-samanya meraikan hari tersebut. Beliau ingin
berkongsi cerita tentang kisah perjuangannya.Perjuangan Pak Itam adalah untuk memelayukan
orang Melayu dan mahu supaya Tanah Melayu ini diterajui oleh orang Melayu. Namun, Pak
Itam kecewa kerana banyak orang Melayu yang menjadi tukang angguk kepada penjajah dan
hidup dengan berlatarkan gaya hidup penjajah.
Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, terpapar kisah isterinya, Siti
Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir
beliau menatap wajah dua orang anaknya, lzwan dan Nuryani Iman. Peristiwa itu menyebabkan
Pak Itam tersentuh. Tuk Mat yang banyak membantu Pak Itam datang untuk memberitahu
bahawa segala persiapan untuk majlis itu sudah siap termasuklah urusan mengundang tetamu.
Bersama-sama dengan beberapa orang pemuda kampung, iaitu Isa, Latif, dan Jali, mereka
bekerjasama bagi menjayakan majlis tersebut.
Atur cara majlis ialah persembahan kebudayaan daripada jemputan khas serta pameran
hasil pena Pak Itam seperti akhbar, majalah, buku-buku, dan koleksi gambar Pak Itam. Para
tetamu akan dijamu juga dengan buah-buahan dan pelbagai jenis makanan. Pada hari itu,
tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan deklamasi puisi. Apabila ditanya
tentang Sidah anak angkatnya, Pak Itam memberitahu, Sidah tidak perlu dijemput kerana dia
kini berada di London bersama-sama dengan suaminya yang melanjutkan pelajaran. Dalam
kesibukan itu, Pak Itam teringat akan isteri dan kedua-dua orang anaknya.

Pada hari yang ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu.
Tetamu menikmati makanan dan persembahan kebudayaan. Orang kampung memenuhi
tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih
belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak
muncul. Pak Itam merasakan orang cepat lupa akan pengorbanannya.
Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk ke rumah. Beliau menunaikan solat. Kiah
yang cemas cuba memberitahukan perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat
mendekati Pak Itam yang terbaring di atas sejadah, beliau sudah meninggal dunia. Tetamu
yang hadir membaca surah Yasin untuk jenazah Pak Itam. Pada ketika itu, seorang perempuan
tua datang lalu mendekati jenazah Pak Itam. Dia memegang kaki Pak Itam sebelum meletakkan
sejambak ros. Dengan linangan air mata, perempuan tua itu beredar. Tatkala orang ramai
tercengang memikirkan identiti perempuan tua itu, Tuk Mat sambil menyapu air matanya
menganggap hajat Pak Itam sudah tercapai.

PETUNJUK
Empat Golongan Kata
Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Tugas

You might also like