You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2016

Tarikh : 23 DISEMBER 2015


Tempat

: Bilik Transformasi

Masa

: 8.30 Pagi

Kehadiran

: Pn Shafinaz binti Saad


Pn Masita binti Ismail
En Nasarudin bin Ab Rahman
En Shamsul Azrul bin Saari

Tidak hadir : Pn Nor Azlin binti Teh ( Tidak bersebab)


Hadir Bersama: Pn Norfaralina (Penolong Kanan Kurikulum)
Agenda mesyuarat:
I. Ucapan Aluan Pengerusi
II. Perutusan Guru Besar
III. Membentang dan Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
IV. Perkara Berbangkit
V. KSSR
VI. Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)
1) Pengurusan Panitia dan PdP - Pedagogi
2) Penyemakan Buku Latihan
3) Kontrak latihan Murid
4) Headcount
5) Prestasi Murid Tahun 6 2015
6) Analisa UPSR Sains 2015
7) Post Mortem
8) Sukatan Pelajaran Format Penulisan Ringkasan Mengajar
9) Refleksi
VIII. Perancangan Panitia Sains
X. PEKA
IX. Hal-hal lain
I.

Ucapan Aluan Pengerusi

1.

Pengerusi panitia, Pn Shafinaz bin Saad mengucapkan terima kasih di atas kesudian
semua guru panitia Sains yang hadir ke pada Mesyuarat Panitia Sains kali yang
pertama 2016.

2. Beliau berharap mesyuarat kali ini dapat membantu untuk meneruskan kecemerlangan
Sains pada tahun ini.
Makluman dan tindakan : Semua ahli
II.

Ucapan Penolong Kanan Kurikulum

3. Pn Norfaralina selaku penasihat mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada


Panitia Sains kerana dapat mengadakan Mesyuarat Panitia Kali Pertama.
4.

Beliau juga mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh guruguru. Beliau berharap mesyuarat kali ini dapat dimanfaatkan bagi membincangkan
program untuk membantu meningkatkan prestasi Sains pada tahun ini.
Makluman dan tindakan : Semua ahli

III.

Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

5. Minit mesyuarat telah dibentang dan disahkan


Cadangan : En Shamsul Azrul b. Saari
Sokongan : En Nasarudin bin Ab Rahman
IV.

Perkara berbangkit.

6. Tiada perkara berbangkit


Makluman dan tindakan : Semua ahli

V.

Program dan Isu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

7. .KSSR
a. Pengerusi memaklumkan kepada semua guru wajib mengisi rekod offline
setiap kelas yang di ajar.
b. Pengerusi mencadangkan semua ahli panitia menggunakan sumber pengajaran
dan pembelajaran yang menarik mengikut kesesuaian tahap penguasaan murid.
Buku teks hendaklah digunakan di dalam PnP.
c. Pengerusi memaklumkan bilik Sains akan dijadikan bilik Sains abad ke-21.
Makluman dan tindakan
VI.

: Semua ahli

Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB).


8. Pengurusan Panitia dan PdP
8.1 Pengerusi memaklumkan tentang senarai guru yang mengajar Sains berdasarkan
status semasa untuk tahun 2016 adalah seperti berikut :
Nama

Tahun

Pn Shafinaz binti Saad

6A, 5A, 5C,3A, 3B, 3C

Pn Masita binti Ismail

6C, 5B, 2A, 2B, 2C

En Shamsul Azrul bin Saari

6B

En Nasarudin bin Ab Rahman1A, 1B, 4A, 4B


Pn Nor Azlin binti Teh
Makluman dan tindakan

1C
: Semua ahli

9. Penyemakan buku latihan


9.1 Pengerusi meminta semua ahli merujuk Buku Panduan Kurikulum yang telah diedarkan
oleh Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyemak jadual penghantaran buku latihan
murid.
Makluman dan tindakan
9.

Kontrak latihan murid

: Semua ahli

9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kontrak latihan murid disediakan berdasarkan


rancangan pengajaran tahunan yang disediakan oleh guru mata pelajaran. Kontrak
latihan mestilah bersesuaian dengan tahap murid.
9.2 Pengerusi juga memaklumkan kontrak latihan juga mesti diselitkan dengan jenis
soalan KBAT terutama untuk murid
tahap 2.
Makluman dan tindakan

: Semua ahli

10. Headcount
10.1

Guru-guru haruslah menyiapkan headcout dan dilekatkan di belakang buku


ringkasan mengajar dan satu untuk salinan fail panitia.

10.2

Guru-guru diharapkan sudah

mengemaskini Laporan Headcount

(HC3) dan

melekatkannya dalam buku ringkasan pengajaran.


Makluman dan tindakan

: Semua ahli

10. Analisa dan Post Mortem Sains UPSR 2015


Analisa dan laporan post mortem Sains UPSR 2015 adalah seperti dalam lampiran.
Makluman dan tindakan : Semua ahli
11. Sukatan Pelajaran Format Penulisan Ringkasan Mengajar
Format penulisan ringkasan mengajar adalah seperti di dalam lampiran.

12. Refleksi

12.1

Pengerusi memaklumkan penulisan refleksi haruslah mengikut bilangan murid


yang yang menguasai dan tidak menguasai pembelajaran dan seterusnya
dinyatakan cara-cara mengatasinya.
Makluman dan tindakan

VIII.

: Semua ahli

Perancangan Panitia

13. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2016 adalah seperti berikut:
a) Kelas tambahan
b) Teknik menjawab Sains
c) Taman IImu
d) Program mingguan bersama Panitia Sains
Makluman dan tindakan : Semua ahli
X. PEKA
Pengerusi memaklumkan bahawa En Shamsul Azrul dilantik sebagai penyelaras PEKA.
Semasa guru menjalankan aktiviti PEKA diminta guru-guru digalakkan mengambil gambar
sebagai bukti untuk simpanan dalam fail PEKA.
Makluman dan tindakan : Semua ahli
IX.

Hal-hal lain.

Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru digalakkan menggunakan Bilik Sains untuk PdP.
Penggunaan Bilik Sains hendaklah direkodkan di dalam buku yang telah disediakan.
Makluman dan tindakan : Semua ahli

X.

Penutup

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam Mesyuarat
Panitia Sains Kali Pertama 2016 dan berharap segala perancangan yang dibuat akan dapat
dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(Pn Masita bt. Ismail)


Setiausaha
Panitia Sains SKLB 2016

(Pn Shafinaz bt. Saad)


Pengerusi
Panitia Sains SKLB 2016

You might also like