You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA

SK. ULU YAM BHARU


44300 BATANG KALI
SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh/Hari: 24 Januari 2013 / Khamis


Masa

: 1:30 petang- 2.30 Petang

Tempa: Bilik Mesyuarat SK Ulu Yam Bharu


Pengerusi: Pn. Azlina bt. Ahmad

Kehadiran (bilangan) :18

Nama Yang Hadir :


1. Pn. Noor Aine Bt Mahyuddin

2. Cik Hanizah bt. Bashir


3. Pn. Fatimah bt Yusof
4. En. Mohamad Munir b. Mohamad Gus
5. En. Shamsul Fadilah b. Asmara
6. Pn. Azlina bt. Ahmad
7. Pn. Aslinda bt. Rasul
8. Pn. Azizah bt. Othman
9. Pn. Sanisah bt. Mohd Basir
10.Pn. Khairun Nadiah Tey bt. Abdullah
11. Pn Norlian bt. Harun
12. Pn. Azilen bt. Yusof

GPK 1

13. Pn. Noraziellah bt. Hussian


14. Pn. Yusnira bt. Yusof
15. Pn. Norazliza bt. Alias
16. En. Abdul Mutalib bin Rapee
17. Pn. Haniza bt. Mohamed
18. Pn. Rassidah bt. Mohd Jusan

Tidak Hadir
1. Pn Norsiah bt. Hassan

cuti sakit

Ucapan Pengerusi
1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab dan ucapan terima kasih di atas
kehadiran semua guru Panitia Bahasa Melayu.
2. Ucapan GPK 1 Pn Noor ine bt Mahyuddin.
2.1 Merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang dapat menghadirkan diri
dalam mesyuarat pada kali pertama ini.
2.2 Memohon kerjasama kepada semua guru-guru guru untuk bersama-sama berusaha
bagi meningkatkan kecemerlangan anak-anak di sekolah ini.
Tindakan : Semua guru

3. Ucapan Ketua panitia Bahasa Melayu


3.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu
Yang berusaha keras membantu kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu khususnya peperiksaan UPSR 2012. Beliau berharap program Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Jabatan pelajaran Selangor pada tahun ini dapat dilaksanakan
dengan baik.
Tindakan : Guru Bahasa Melayu

4. Takwim Panitia Bahasa Melayu Tahun 2013

4.1 Program Panitia Bahasa Melayu Tahun 2013


4.1.1 Pengerusi mencadangkan agar Program Panitia Bahasa Melayu tahun 2013 dapat
dibuat penambahbaikan untuk tahun 2013.Antara program yang dicadangkan ialah
Program Motivasi, Bengkel Teknik menjawab solan Bahasa Melayu dan kelas tambahan
pada setiap hujung minggu.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.2 Program Ceramah Motivasi dan teknik menjawab soalan

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.3 Program Nilam

4.3.1 Guru- guru mata pelajaran Bahasa Melayu dikehendaki melaksanakan program ini
untuk semua murid dan mewajibkan murid membaca buku cerita yang disediakan di
kelas.
4.3.2 Murid-murid perlu menyertai pertandingan Nilam yang dianjurkan untuk meggilap
potensi murid yang telah dikanal pasti berbakat.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.4 Penilaian Berasaskan Sekolah

4.4.1 Ketua panitia perlu memantau serta memastikan program ini dapat dilaksanakan
dengan baik.

4.4.2 Guru-guru perlu mengemaskini fail dengan maklumat-maklumat yang terkini dan
melengkapkannya.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.5 Program LINUS dan KSSR

4.5.1 Guru guru yang terlibat perlu tahu program yang dijalankan serta
melaksanakannya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan hasil daripada kursus
yang telah dihadiri.
4.5.2 Guru guru tahun 1 dan 2 yang mengajar Bahasa Melayu perlu masalah
menyediakan fail perkembangan murid serta sentiasa mengemukakan masalah- yang
dihadapi kapada pihak pentadbiran.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.6 Pemantauan P&P guru dan penyeliaan buku latihan murid

4.6.1 Ketua panitia perlu membuat pematauan terhadap guru-guru lain yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang kurangnya 2 kali setahun.
4.6.2 Guru-guru perlu menanda buku latihan murid serta melengkapkan borang
penyeliaan yang telah disediakan.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.7 Analisa dan markah peperiksaan

4.7.1 Memohon kerjasama daripada semua guru supaya melengkapkan markah secara
online dalam masa yang telah ditetapkan.
4.7.2 Guru-guru perlu menyediakan analisa peperiksaan untuk mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh murid-murid.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.8 Protim

4.8.1 Mohon kerjasama daripada semua guru Bahasa Melayu supaya secara jujur
melaksanakan ujian protim mengikut instrumen yang ditetapkan.
4.8.2 Guru yang terlibat perlu membimbing dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
membantu murid-murid yang bermasalah pembelajaran supaya dapat meningkatkan
prestasi sekolah.
4.8.3 Guru yang terlibat perlu menghantar data kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam
masa yang telah ditetapkan.

Tindakan : Guru Bahasa Melayu

5. Hal-hal lain
5.1 Mohon kerjasama kepada semua guru-guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan
mesyuarat, taklimat, bengkel atau kursus diminta melampirkan surat tersedbut dalam fail
yang telah disediakan.
Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

6. Ucapan Penanggunhan
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kesungguhan yang
ditunjukkan oleh guru-guru dan berharap agar segala perancangan yang diatur dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya dan penuh tanggungjawab.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh :

.............................................
(En. Mohamad Munir)

Disemak oleh :

................................................
(Pn Azlina bt. Ahmad)

Setiausaha Panitia Bahasa Melayu,

Ketua Panitia Bahasa Melayu ,

SK. Ulu Yam Bharu

SK Ulu Yam Bharu.

You might also like