You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT STAF KEDUA 2016

SK GEMANG, SERIAN ( YBB 8237 )


BIL. 2/2016
__________________________________________________________________
_

Tarikh / Hari
Masa
Tempat

: 21 Julai 2016 ( Khamis )


: 1400
: Makmal Komputer, SK. Gemang, Serian

Kehadiran

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

En. Stephen @ Jatu Anak Sawet


( Pengerusi )
Pn. Sapinah Binti Tendek
( PK 1 )
En. Taif Bin Seli
( PK HEM )
En. Konzoe Anak Ridis
En. Taif Bin Seli
Pn. Daisy Velarie Suyang
En. Gilbert Anak Allen Buyong Ahan
Pn. Sabarina Binti Abu Bakar
Pn. Rosnah Binti Bujang
Pn. Dina Anak Simpo
Pn. Christina Binti Among
Pn. Dian Tuman
Pn. Masliana Binti Roslan
En. Khalik Bin Sabeli
En. Norhisyam Bin Mahmud

Tidak Hadir Bersebab

1.

Pn. Angelene Anak Mady ( Temu Janji Klinik Ibu Anak )

2.

Pn. Azina Anak Meka ( Menghadiri Mesyuarat Agung PSKPP )

3.

Pn. Siti Norhalfiza Binti Boji ( Temujanji Klinik )

1.0

KATA - KATA ALUAN GURU BESAR

Guru Besar mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran


semua guru dan staf sokongan. Guru Besar juga mengucapkan terima kasih
kepada semua guru kerana telah meningkatkan GPS sekolah walaupun
peratus menurun. Sekolah kita juga mendapat penghargaan daripada JPN
atas kejayaan ini. Guru Besar memaklumkan tujuan mesyuarat kali ini
diadakan adalah untuk melengkapkan takwim mesyuarat 4 kali setahun dan
juga untuk membincangkan perkara berkaitan aktiviti - aktiviti yang akan
dilaksanakan.

2.0

BACA DAN SAHKAN MINIT MESYUARAT SATF BIL. 1/2016

Cikgu Konzoe mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh


Cikgu Gilbert.
Makluman Semua

3.0

PERKARA BERBANGKIT
3.1 Enrolmen terkini setakat 21.07.2016 adalah seramai 109 orang
mengikut pecahan di bawah :-

Kelas

Prasekolah
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Keseluruh
an

Jantina

Jumlah

Lelaki

Perempuan

7
6
4
7
12
10
5
51

5
7
9
8
14
4
11
58

12
13
13
15
26
14
16
109

Makluman
semua.
3.2
keempat.

Aktiviti hari Sabtu dikekalkan pada Sabtu kedua dan Sabtu

Makluman
semua.
3.3 Guru Besar memohon semua guru dan staf untuk mencukupkan
jumlah hari berkursus sebanyak 7 hari setahun.
Makluman dan tindakan
semua.
3.4

KESELAMATAN
3.4.1 Cikgu Gilbert menyarankan agar semua pihak sama - sama
memantau murid - murid yang memanjat tembok yang sedang
dalam pembinaan oleh pihak JKR di luar kawasan sekolah.
3.4.2 PK HEM mencadangkan agar pagar sekolah sentiasa
ditutup seawal jam 0730 pagi. Guru Bertugas Harian dimohon
untuk mengambil tindakan memastikan pagar sekolah sentiasa
ditutup. Keputusan Guru Besar dan sebulat suara menetapkan
supaya pagar sekolah mula ditutup pada jam 0730 pagi hingga

1330 petang. Dibuka semula pada 1130 pagi untuk murid - murid
Prasekolah pulang. Perkara ini akan dimaklumkan oleh PK HEM
pada perhimpunan hari Isnin nanti.
Makluman semua dan tindakan Guru Bertugas
Harian
3.5

TELEFON
- Penggunaan telefon pejabat adalah untuk urusan rasmi sahaja
dan bukan untuk urusan peribadi. Sekiranya benar - benar gawat, tulis
butir - butir panggilan di dalam buku yang disediakan.
Makluman dan tindakan
semua.
3.6 Pengurusan HEM dan KK perlu mengadakan mesyuarat sebanyak
4 kali setahun atau sekurang - kurangnya 3 kali setahun.
Makluman dan tindakan PK HEM
dan PK KK.
.
3.7 Program Internship akan bermula pada 11.07.2016 hingga
05.08.2016.
3.8 Cikgu Khalik memaklumkan penggunaan Frog VLE di sekolah ini
adalah pada tahap yang minimum. Guru Besar menyarankan agar
semua guru dan staf menggunakan Frog VLE sekerap mungkin.
Sekiranya terdapat masalah bolehlah berjumpa dengan Cikgu Khalik.
Cikgu Khalik mencadangkan untuk mengadakan teori tetapi
memandangkan line internet di sekolah ini agak lambat, beliau
mencadangkan agar semua mencuba untuk masuk ke Frog VLE
sekerap mungkin.
Makluman dan tindakan
semua.
4.0

PERBINCANGAN ISU - ISU SEMASA


4.0.1 - Pecutan Terakhir UPSR
Dalam mesyuarat Guru Besar diputuskan, bendahari Zon Taee akan
membeli CD dan akan dihantar pada 25.07.2016 ke sekolah - sekolah
yang akan menyediakan kertas soalan. Ujian seragam UPSR akan
dilaksanakan pada 09.05.2016.

4.0.2 - Karnival Sukan Zon Taee


Karnival Sukan Zon Taee akan dijalankan mengikut pusat - pusat yang
dipersetujui. Lima pusat itu adalah seperti berikut :1)

Badminton, Bola Tampar dan Bola Baling -

SK

2)

Sepak Takraw, Bola Jaring, Merentas Desa

3)

Permainan Hoki

4)

Ragbi Sentuh

5)
Bola Sepak
LANCHANG

SK TAEE
-

SK PATI

SK PARUN SUAN

SK ST. MATHEW

Tarikh belum ditetapkan tetapi akan diadakan selepas UPSR.


4.0.3 - Kelas Tambahan Tahun 6
Melalui perbincangan dengan PK HEM, mulai minggu hadapan Isnin
hingga Khamis setiap satu hari adalah satu mata pelajaran. Jadual
akan disediakan oleh PK HEM. Murid Tahun 6 tidak terlibat dalam
aktiviti Kokurikulum.
4.0.4 - Pengawas Pelapis
Guru Besar memaklumkan kepada PK HEM untuk mencari pengawas
pelapis dari Tahun 4 dan 5 bagi menggantikan pengawas Tahun 6 yang
akan menduduki UPSR.
4.0.5 - Tip pagi
Tip pagi perlu dilaksanakan seperti yang telah dirancang. PK HEM
menyarankan agar semua guru mengikut rancangan yang telah dibuat
kerana ini adalah tanggungjawab semua guru. Semua guru perlu
mengikut ketetapan jadual yang telah dibuat. Mulai Isnin minggu
hadapan, Guru Besarmemohon semua guru memberi sumbangan
dalam membimbing murid tahun 6 kerana ini tahun pertama
dilaksanakan UPSR 6 mata pelajaran.
4.0.6 - Jadual Guru Bertugas Harian
Guru Besar memohon agar Guru Bertugas Harian menjalankan tugas
seawal jam 0700 pagi hingga tamat sesi persekolahan. Guru disaran
untuk menyemak jadual bertugas sebelum pulang ke rumah dan
mencatat waktu bertugas. Guru bertugas perlu memantau murid pada
waktu pagi , waktu rehat dan waktu pulang.

4.0.7 - Program Motivasi Tahun 6


Pada 29.07.2016, Program Motivasi Tahun 6 dan ibu bapa akan
dijalankan bersama guru pelatih sebelum murid Tahun 6 menduduki
UPSR.

5.0

HAL - HAL LAIN

5.1 Tiada hal - hal lain yang dibincangkan.


6.0

PENUTUP

Taklimat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.


Minit dicatat oleh :
oleh :

Disemak dan disahkan

( En. Taif Bin Seli )


Anak Sawet )
Setiausaha PBPPP

( En. Stephen@Jatu
Pengerusi PBPPP

You might also like