You are on page 1of 17

1.

0 Pengenalan
Perkembangan dunia global masa kini dalam banyak perkara seperti
politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya memang tidak dapat
dinafikan lagi. Keadaan ini berlaku dengan pantas tanpa mengenal batas
ruang dan waktu dalam semua peringkat. Dalam dunia perniagaan, aspek
pengurusan tidak lepas daripada tanggungjawab sosial dan moralnya
dalam memberi pertimbangan berkenaan dengan etika profesional.
Pengurusan yang menekankan keuntungan adalah menjadi matlamat
teras mereka. Walau bagaimanapun, pengurusan yang menjadi semakin
sengit dan berdaya saing telah memberi masalah dan tekanan berhubung
dengan perhubungan manusia, khususnya yang berkaitan dengan etika
dan moral. Keadaan ini berlaku kerana banyak

penyelewengan dan

penindasan dalam perhubungan manusia.


Berkaitan dengan tugasan ini, aspek perbincangan akan menjurus
kepada dunia pendidikan di mana ianya merupakan justifikasi pemilihan
tajuk yang berkaitan dengan karier pengkaji sendiri. Permasalahan etika
dalam pengurusan bukanlah perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku
dalam dunia perniagaan. Organisasi perniagaan yang menekankan aspek
keuntungan dan

persaingan terpaksa berhadapan dengan cabaran

penipuan dan amalan pemberian rasuah sebagai budaya. Senario


sebegini

telah

perhubungan

mengundang
individu,

banyak

kumpulan,

masalah
masyarakat,

berhubung

dengan

organisasi,

dan

sebagainya. Permasalahan yang wujud dalam aspek pengurusan menjadi


semakin rumit sehingga berlanjutan kepada masalah peribadi seseorang.
Keadaan ini akan memberi dilema etika yang sukar dibendung oleh
mereka.
Dalam konteks pendidikan, isu etika mempamerkan persoalan
tentang

etika

yang

tidak

berkesudahan

sehingga

mencetuskan

perbincangan dan isu dalam kalangan masyarakat kita (Juhary dan Ishak,
2004). Etika dan moral dalam dunia pendidikan adalah satu perilaku yang
dianggap common knowledge bagi indvidu sejak dari dulu sehingga
2

sekarang. Dalam tamadun masyarakat penerimaan tehadap aspek ini


sudah menjadi dasar dan keperluan dalam banyak perkara serta
menimbulkan banyak kesan ke atas perkerjaan, pengurusan, pentadbiran
dan penerapan kualiti hidup dalam keluarga (Muhammad Nuruddin, 2006).
Persoalannya, dalam dunia moden kini banyak berlaku masalah
berhubung dengan etika dan moral. Negara kita sedang dilanda dekadensi
moral dan etika yang parah (M. Kamal Hasan, 2004). Kehakisan nilai
dalam masyarakat dicerminkan oleh kakitangan awam dengan wujudnya
jenayah

kolar

putih,

gejala

sosial,

diskriminasi,

penindasan

dan

penyalahgunaan kuasa (Mustafar Ali, 2004, M. Kamal Hasan, 2004).


Kepincangan ini berlaku akibat manusia kini dipengaruhi oleh unsur
materialistik dan mengabaikan nilai agama (M. Kamal Hasan, 2004).
Justeru, pada pandangan saya nilai etika dan moral ini menuntut setiap
insan mempraktikkan teori keperibadian mulia dalam kehidupan mereka
agar konsep "the golden mean" dapat dicapai.
Etika profesional secara praktiknya menilai moral sesuatu kumpulan
atau individu dalam mengawal prestasi mereka berdasarkan sumber yang
ada supaya tidak menimbulkan dilema etika

dalam pekerjaan yang

dilakukan. Bertitik tolak daripada konsep ilmu, etika dan nilai berdasarkan
kepada keyakinan yang tinggi bagi seseorang insan merubah menjadi
individu yang suka berfikir dan mulia di sisi agama dan masyarakat
(Roslan, 2005). Bagi seseorang guru, dilema etika yang kerap berlaku
adalah berhubung dengan masalah kendiri, dengan pihak pentadbir, rakan
setugas, masyarakat (ibu bapa) dan pelajar itu sendiri. Oleh yang
demikian, keadaan ini

perlu ditangani dengan baik

supaya

tidak

mencetuskan krisis etika dan moral yang berpanjangan di sekolah.


Kepentingan integriti dalam sesebuah organisasi pendidikan adalah
mencapai sasaran utama iaitu mencapai kualiti khidmat lebih tinggi.
Pencapaian kualiti menerusi pengurangan kesilapan dalam urus tadbir,
masalah pelajar juga dapat diminumkan terutamanya kes disiplin,
mencapai kesetiaan lebih tinggi di kalangan staf, mencapai fokus yang
sama, memenuhi kepuasan pekerja atau pelanggan termasuk ibu bapa,
3

menjaga imej profesion keguruan, meningkatkan keimanan dan mengawal


tingkah

laku

warga

pendidikan.

Etika

merupakan

asas

penting

kesejahteraan staf dan membentuk staf yang mempunyai tingkah laku


yang baik. Sebaliknya, sekiranya etika terhakis di kalangan staf maka ia
akan menyumbangkan kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan
sesuatu profesyen pekerjaan.
Sehubungan dengan itu, setiap warga sesebuah organisasi perlu
menghayati nilai-nilai murni yang telah ditegaskan dan diulangi oleh
pentadbir urus yang beretika baik. Contohnya, sebagai penjawat awam
aspek etika disepadukan dalam nilai dan etika perkhidmatan awam.
Penghayatan nilai etika hendaklah dijadikan amalan hidup dan amalan
kerja supaya mencapai kecemerlangan, kecekapan, malahan organisasi
tersebut akan dipercayai dan dihormati.
Etika individu atau organisasi akan terjejas oleh gejala rasuah akibat
beberapa faktor. Di peringkat individu, kawalan dalaman yang lemah
(Mustafar

2005)

atau

kelemahan

individu

tersebut

dalam

kurang

menghayati agama dan pendidikan akhlak, bersifat tamak dan sikap yang
sering mengejar kebendaan dan kemewahan iaitu hamba kepada
kebendaan (Nur Syakiran dan Md Zawawi 2004), kos sara hidup yang
meningkat saban hari, tekanan modenisasi & keperluan , sikap yang
mudah terpedaya dengan gelojak nafsu dan bisikan syaitan serta kurang
faham sistem dan prosedur jabatan (Yusri n.d).
Dalam konteks organisasi pendidikan di sekolah seperti rasuah
masa di kalangan guru adalah satu perkara yang tidak sewajarnya
dilakukan oleh seorang pendidik. Setiap guru dikehendaki tepat pada
masanya dalam memulakan waktu proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Amalan rasuah masa adalah berkaitan dengan pencarian
rezeki yang halal dan amanat yang telah diberikan. Sekiranya guru lewat
secara sengaja, sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku di
dalam kelas adalah di bawah tanggungjawab guru yang seharusnya
memastikan keselamatan pelajar terjamin. Guru seharusnya mempunyai
4

sifat

akauntabiliti

iaitu

tanggungjawab

yang

harus

difahami

dan

dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan dan


bersifat etika iaitu guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan

menurut

kepentingan

umum.

Guru-guru

merupakan penentu utama kejayaan dalam melahirkan generasi beretika


melalui penerapan nilai etika yang diserap di dalam mata pelajaran
seperti Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
dan Pendidikan Moral melalui program dan aktiviti yang bersesuaian
(Hishammuddin 2007).

2.0 Definisi Etika


Terlalu banyak definisi etika diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke
semasa. Istilah etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermaksud
khusus kepada character, atau perwatakan dan keperibadian
Gluck (1986:176) telah mendefinisikan etika sebagai,kajian filosofikal
terhadap moraliti. Shea (1988: 17) mendefinisikan etika sebagai prinsipprinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion dan
sebagai satu standard tingkah laku
Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita
dalam apa juga tindak tanduk perlakuan.

Keberkesanan prinsip etika terletak

pada individu itu sendiri tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi
seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki.
2.1 Definisi Etika dalam Islam
Moral dan etika dalam Islam, meskipun berbeza dikenali sebagai akhlak.
Akhlaq adalah perkataan Arab, kata jamak kepada perkataan Khuluq. Akhlak
termasuklah tabiat, adab, maruah dan lain-lain perbuatan mulia atau positif yang
dilakukan oleh seseorang individu. Dari segi istilah, akhlak boleh diringkaskan
sebagai keadaan kejiwaan yang akan membentuk tingkah laku manusia.
Menurut perspektif Islam, akhlak adalah suatu sains atau kajian terhadap
sistem-sistem keimanan (Itiqadat) iaitu kajian terhadap baik buruk sesuatu
tingkah laku dengan objektif untuk memperaktikkan bukan untuk kepentingan
ilmu tetapi mengkaji tentang tingkah laku manusia berhubung dengan Allah
sesama manusia dan alam semesta.
2.2 Definisi Etika menurut kamus Dewan
Menurut kamus Dewan edisi ketiga, etika bermaksud prinsip moral (atau
akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau
sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain)
2.3 Defisini nilai dan etika dari segi Bahasa
Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang
atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan
nilai-nilai utama dalam masyarakat.

Penerimaan dan penghayatan

nilai-nilai

utama oleh masyarakat akan menjamin rakyat yang berpendidikan lengkap


dalam hubungan masyarakat iaitu perilaku etika, sosial dan budaya ilmu.
Etika pula bermaksud tanggungjawb dan akibat bagi tingkah laku
seseorang terhadap masyarakat.
berkewajipan

memahami

Setiap anggota masyarakat atau organisasi

tanggungjawab

terhadap

peranan

dan

perilaku

seseorang individu tersebut.

3.0 Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan etika


3.1 Definisi rasuah
Rasuah boleh ditafsirkan sebagai ganjaran atau imbuhan yang diperoleh
hasil daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan.
Rasuah bukan sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit
tetapi juga dalam bentuk material. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang
telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan

diri

sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya


Daripada Abu Hurairah RA. Ia telah berkata:

Rasulullah SAW telah

mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima
rauah dalam soal hukum menghukum.

Rasulullah SAW. yang bermaksud:

Pemberi dan penerim rasuah kedua-duanya akan masuk neraka.


Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh
seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya
sendiri.

Biasanya rasuah dijadikan sebagai satu jalan pintas seseorang untuk

mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain untuk mahu menjadi
kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak
memikirkan

kesan

buruk

yang

akan

terjadi,

sebaliknya

mereka

hanya

memikirkan keuntungan kepada diri mereka.

3.2 Punca berlakunya rasuah secara umum


Antara punca penyebab berlakunya salah laku rasuah, ialah faktor
keadaan (situation factor).

Bagi penjawat awam misalnya seperti bahagian

penguatkuasaan, mereka sangat terdedah dengan rasuah bilamana kecerdikan


perasuah dengan menawarkan sogokkan atau hadiah yang lumayan, ketiadaan
saksi ketika itu dan keinginan mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri
sendiri, maka tanpa berfikir panjang, lantas mereka pun

menerima rasuah.

Apabila sekali mereka terjebak dan terselamat dari hukuman, berkemungkinan


ianya akan menjadi sesuatu yang tidak ditakuti, bak kata pepatah alah bisa
tegal biasa. Besar kemungkinan perbuatan sebegitu akan berulang lagi di lain
masa.
Jika diteliti laporan akhbar sejak akhir-akhir ini, ramai pegawai tinggi
kerajaan yang berpangkat telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan
8

kes mereka masih dalam siasatan dan perbicaraan. Hal ini telah mencemarkan
imej organisasi kerajaan yang pada dasarnya pendokong amanah dalam
pelbagai bidang.

Ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.

Mereka yang didapati bersalah bakal berdepan dengan masa depan yang gelap
kerana hukuman yang dikenakan bukan sahaja menghancurkan kerjaya mereka,
malah mereka terpaksa menjelaskan lebih daripada

sekali ganda dengan nilai

suapan yang mereka terima. Berbaloikah kita menjadi penerima rasuah? Tepuk
dada tanya selera.
Faktor yang kedua punca berlakunya rasuah ialah nilai peribadi dan prinsip
moral

(personal values and morals).

iman dan taqwa seseorang.

Kelemahan ini juga disebabkan kurang

Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh

agama dan undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi.
Sikap sesorang yang terlalu mementingkan kejayaan, pangkat dan kewangan
seringkali bertindak berdasarkn keuntungan peribadi tanpa mengira kesannya
terhadap orang lain.
Faktor

seterusnya

adalah

disebabkan

kelemahan

dan

pengurusan

organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada


pemantauan , lembap menjalankan tugas, lebih cenderung ke arah berlakunya
penyelewengan khususnya rasuah.

3.3 Masalah yang berkaitan rasuah di sekolah.


Tanpa disedari banyak masalah rasuah telah berlaku di sekolah walaupun
tidak

dinyatakan.

Kesalahan

rasuah

boleh

berlaku

didalam

organisasi,

pentadbiran, dan dikalangan guru. Misalnya seorang guru Matematik

yang

mengajar di kelas 5A, anak perempuannya juga belajar di kelas berkenaan.


Semasa peperiksaan pertengahan tahun, anaknya tidak mengapat Gred A dalam
mata pelajaran berkenaan. Sebagai seorang ibu beliau merasa kasihan terhadap
anaknya. Beliau telah mengambil tindakan untuk menaikkan markah anaknya
kerana berasa malu dengan rakan guru yang lain.

Adakah tindakan guru ini

beretika?
Menurut pandangan etika Utilitarianism, tindakan yang dilakukan oleh
guru dalam masalah ini adalah gagal dan tidak beretika dan tidak bermoral
kerana

tindakannya

tidak

memberi

menafaat

kepada

orang

lain

malah

merugikan murid lain yang telah berusaha keras untuk peperiksaan tersebut.
9

Dalam pandangan etika Universalism, tindakan guru tersebut adalah


baik kerana mempunyai niat yang baik untuk meningkatkan markah anaknya
sendiri

selain meningkatkan bilangan A Matematik di dalam kelas berkenaan.

Niat yang baik seringkali membawa kepada kebaikan

kerana mendahului

kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri.


Sebagai seorang guru saya berpendapat tindakan guru berkenaan tidak
beretika dan tidak bermoral. Guru tersebut secara jelas lebih mementingkan diri
sendiri tanpa memikirkan akibat terhadap orang lain atas tindakan yang
dilakukannya.

Kesan yang pasti timbul adalah pandangan negatif daripada

murid dan guru lain seandainya rahsia guru ini diketahui umum.

Dari segi

pandangan agama pula, guru ini tidak amanah dan tidak beriman kerana
melakukan tindakan tersebut tanpa memikirkan dosa dan pahala.
Masalah rasuah lain yang berlaku di sekolah seperti pihak pentadbir yang
mempunyai sikap pilih kasih terhadap kakitangan bawahannya. Situasi yang
jelas dilihat, pemilihan guru penerima pemberian Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang yang tidak bertepatan.

Kadang kala disebabkan pihak pentadbir

yang mempunyai pertalian yang akrab dengan guru seringkali dipandang


berbanding guru yang memberi perkhidmatan sepenuh hati tetapi tidak dinilai
setanding dengan perkhidmatannya atas alasan guru berkenaan tidak popular
dikalangan pentadbir.
Menurut

pandangan

Golden

Rules,

berdasarkan

agama

Kristian,

menyatakan do to others as you would have them do to you. Dalam hal ini,
tindakan yang diambil oleh pentadbir adalah baik kerana sesuatu kebaikan yang
diterima perlu di balas dengan kebaikan.
Utilitariansm

Berbeza dengan pandangan

ianya tidak memberi manafaat kepada organisasi

kerana

kepentingan tugas tidak menjadi keutamaan sebaliknya perhubungan menjadi


kayu ukur untuk penerimaan anugerah berkenaan. Kesan kepada majoriti, atau
anggota organisasi sekolah berkenaan, menyebabkan suasana bekerja tidak
menjadi kondusif .

Secara tidak langsung, misi dan visi sekolah sukar untuk

dicapai.
Secara peribadi tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbir ini jelas
amat mendukacitakan semua pihak.

Secara terang-terangan pihak pentadbir

mempunyai sikap pilih kasih atau pilih bulu. Tindakan yang baik perlu diambil
terhadap pihak pentadbir atau individu yang terlibat dengan memindahkannya
ke sekolah lain atau dikaunseling oleh pihak atasan. Kesedaran tentang etika
10

dan moral serta nilai dalam pendidikan perlu diberikan semula agar masalah ini
dapat dibenteras dari akar umbi.
Dalam hal ini peranan Ombusman iaitu seseorang yang biasanya agak
berumur dan biasanya diberi tanggungjawab oleh pentadbir sebagai kaunselor.
Orang seperti

ini sangat berguna apabila mereka memberi maklumat kepada

pentadbir. Sekurang-kurangnya pentadbir boleh mendapat pelbagai maklumat


dan bukannya menilai seseorang itu daripada mata kasar sahaja.
Tidak dapat dinafikan juga kewujudan Internal Whistel Blowing (kaki adu
dalaman)

yang

berperanan

menyebarkan

maklumat

kepada

pentadbir.

Berkemungkinan apa yang diadu tidak semestinya benar dan berkemungkinan


untuk menjatuhkan seseorang demi kepentingan dirinya sendiri, ibarat menikam
musuh dari belakang.

11

4.0 Etika dan rasuah


Malaysia

kini

menitik

beratkan

penghasilan

modal

insan

yang

berkualiti,berdaya-saing dan juga memiliki etika dan berintergriti tinggi. Namun


begitu,masih terdapat kes-kes rasuah dan pecah amanah yang berlaku. Menurut
laporan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) terdapat sebanyak 580 tangkapankes
rasuah sepanjang bulan Januari sehingga November 2008. Hal Ini menunjukkan
kes rasuah masih besar dan adakah ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih
belum memiliki etika dan nilai intergriti yang tinggi. Jikadi lihat pada statistik
negara maju jelas menunjukkan jumlahnya lebih kecil jikadi bandingkan dengan
negara membangun. Contohnya laporan daripada Ireland Bisness News, Malaysia
berada berada ditangga ke- 43 manakala Singapura berada pada tangga ke- 4.
Senario ini jelas menunjukkan pendidikan etika adalah seiring dengan pendidikan
pencegahan rasuah. Hal ini kerana jika individu tersebut telah tersedia untuk
menghadapi cabaran semasa bekerja, atau mempunyai keyakinan dan juga nilainilai norma kehidupan serta kemasyarakatan sebarang rintangan dan godaan
yang mendatang tidak akan memberi sebarang implikasi kepada individu
tersebut. Sebagai contohnya, seseorang yang telah di terapkan dengan nilai
agama yang baik akan mempunyai nilai dan etika yang baik di dalam
kehidupannya. Oleh itu, jika ia melaksanakan tugasannya maka tidaklah berlaku
urusan rasuah. Selain itu juga boleh dikatakan semua ajaran agama menolak
rasuah. Secara keseluruhannya, rasuah dan Pengajaran Pembelajaran Beretika
tidak dapat dipisahkan kerana jika pendidikan etika dapat dilaksanakan dengan
berkesan

dan

mencapai

matlamat

diharapkan

kegiatan

rasuah

akan

berkurangan.

5.0 Strategi Menangani Rasuah


Peranan pencegahan rasuah tidak terletak pada tanggungjawab kepada
kerajaan sahaja, tetapi juga melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO)masyarakat
dan juga individu itu sendiri.
Kerajaan telah menjalankan beberapa kaedah antaranya ialah melalui
Pelan Intergriti Nasional (PIN).Pelaksanaan lapan strategi PIN yang merangkumi
institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosio budaya,agama, ekonomi,
politik dan pentadbiran akan dipergiat. Dalam fasa pertama pelaksanaan PIN,
penekanan akan diberikan kepada lima bidang keutamaan, iaitu mengurangkan
12

gejala

rasuah,

penyelewengan

dan

salah

guna

kuasa,

menambah

baik

kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam, menambah baik tadbir


urus korporat dan etika perniagaan, memantapkan institusi keluarga dan
komuniti serta menambah baik kesejahteraan masyarakat.
Seterusnya, melalui penubuhan satu badan suruhanjaya iaitu Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penubuhan SPRM kerana tugas tugas
membanteras rasuah tidak mudah dan sarat denganprasangka serta persepsi
biarpun BPR telah berusaha ke titik terakhir untukmemerangi gejala rasuah.
Paling penting SPRM bukan sekadar mengulangi perkara-perkara yang melingkari
BPR sebelum ini, kerana untuk menjadi lebih berkesan semestinya perlu ada
kelainan yang ditonjolkan supaya SPRM benar-benar membawa pembaharuan
untuk membasmi rasuah. Atas dasar tersebutlah maka SPRM ditubuhkan bagi
membentras gejala rasuah sehingga keperingkat akar umbi lagi.
Selain itu juga dicadangkan agar kakitangan kerajaan atau pekerja
sesuatu agensi perlulah di gerakan setiap lima tahun sekali bertujuan
mengelakkan kaki tangan tersebut bertindak sebagai dominan dan seterusnya
mengakibatkan rasuah senang berlaku. Sebagai contohnya anggota polis
hendaklah berkhidmat di setiap balai atau daerah hanya dalam masa 5 tahun
sahaja dan akan bertugas di tempat lain. Terdapat juga beberapa cadangan
untuk pencegahan rasuah melalui pemberikan gaji yang lebih tinggi kepada
kakitangan yang berisiko untuk melalakukan rasuah dan juga memperketatkan
undang-undang serta mengiatkan lagi penguatkuasaan terhadap rasuah.
Badan bukan kerajaan (NGO) pula bolehlah melaksanakan kempen
kesedaran dikalangan masyarakat terhadap rasuah melalui kaedah promosi
,kempen kesedaran dan lain-lain lagi. Selain itu , masyarakat dan individu itu
sendiri perlu sedar supaya tidak melakukan atau memberi peluang terhadap
rasuah. Ini kerana rasuah hanya akan berlaku jika melibatkan kedua-dua pihak.

6.0 Kesimpulan
Dapat dirumuskan bahawa pengajaran dan latihan etika tidak cukup jika
hanya berlaku di dalam bilik darjah sebalinya perlu di terapkan secarabijaksana
selaras dengan perkembangan globalisasi melalui pendekatan yang kreatif dan
menarik .

Usaha sama antara Kementerian

Pelajaran

dan badan-badan

penguatkuasaan dan undang-undang perlu diterusan secara terangcang. Pada


13

peringkat kementerian pembelajaran dan latihan etika perlu dirancang dan


disampaikan secara menarik dan berkesan atau wujudnya keperluan menjadikan
etika sebagai satu mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Pendidikan dan latihan dalam etika sememangnya diperlukan dalam
menangani segala bentuk pelanggaran etika seperti amalan rasuah. Malah, ilmu
pendidikan ini juga perlu dilaksanakan seawal mungkin kerana lebih awal nilainilai itu diterapkan lebih hasil yang akan diterima . ini diperlukan kerana rasuah
ini memberikan pelbagai kesan negatif, malahan mampu meruntuhkan negara
dan juga sesebuah organisasi. Diharapkan apabila modal insan yangdihasilkan
beretika maka hasrat negara dalam membangunkan negara ke arah negara maju
akan terlaksana. Jika dilihat kejayaan Nabi Muhammad S.A.W menyampai ajaranNya adalah disebabkan baginda seorang yang beretika tinggi dan meletakkan
dirinya jauh dari rasuah. Ketika Rasulullah S.A.W ditawarkan dengan pelbagai
kesenangan

hidup, harta dan takhta oleh kaum Quraish

mereka telah

menetapkan beberapa syarat iaitu Rasulullah S.A.W mestilah meninggalkan


perjuangan

untuk

mendaulatkan

idealisme

Islam,

meninggalkan

jihad,

meninggalkan dakwah dan meninggalkan wawasan baginda Rasulullah untuk


membina masyarakat rabbani. Walaubagaimanapun, Rasulullah S.A.W tidak
tunduk dengan tawaran rasuah itu dan tidak berganjak seinci pun dengan
komitmen Baginda meskipun mereka mendesak.
Pendidikan etika perlu dipupuk di peringkat sekolah, di institut pengajian
tinggi dan seterusnya di tempat kerja. Pendidikan etika akan memberi garis
panduan kod etika kerja professional. Etika ini diwujudkan untuk mengawal
tingkahlaku para professional supaya mereka dapat menggunakan segala
pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak.
Untuk mencapai tujuan ini etika kerja professional memainkan peranan penting
untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun demikian,
mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui etika
professional. Ini kerana terdapat banyak fakor yang mempengaruhi dan
menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya.
Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup,
penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain
perlu di ambil kira supaya mewujukan satu persekitaran kehidupan yang
sentiasa mendorong seseorang

individu melakukan sesuatu yang hanya

mendatang faedah dan kebaikan semua pihak.


14

Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan harian dan


dalam apa jua tindak tanduk kita. Keberkesanan prinsip etika terletak pada
individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang
itu tidak dapat mencapai etika yang dikehendaki.

Apabila masalah etika ini

tidak dapat ditangani, maka jalan terakhir ialah penguatkuasaan undangundang.

Apabila ini berlaku sudah tentu keadaan sudah terlambat untuk

diperbetulkan kerana sudah tentu ada hukuman yang menanti mereka yang
bersalah. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud
dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu
sendiri.

15

7.0 Rujukan
1. Leonard J. B (2006).
Business & Professional Ethics for Directors,Executives & Accountants
, (4thEdition) ,Toronto,: ThomsonHigher Education.
2. Dr. Muhammad Diah Jurini (2008). OUM320 Professional Ethics ,(cetakan
kelapan) Seri Kembangan Selangor: Open UniversityMalaysia (OUM).
3.Mok Soon Sang (2005),Siri Pendidikan PTK (Teras DanProfesional),Kuala
Lumpur: Multimedia ES Resources Sdn Bhd.
4.Abdul Rahim M. (2001)Ilmu Pendidikan Untuk KPLI,SungaiBesi, Selangor: Sanon
Printing Corporation Sdn Bhd.
5. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1992) Teknik Pengajaran DanPembelajaran
(cetakan kedua). Kuala Lumpur: Percetakan RinaSdn Bhd.
6. Mok Soon Sang (2005), Siri Pendidikan PTK (PengurusanPengajaran dan
Pembelajaran), Kuala Lumpur: Multimedia ESResources Sdn Bhd.
7. Pelan Induk Pembangunan Persekutuan 2006 2010 Kementerian Pelajaran
Malaysia.8. Perutusan Khas Hari Guru 2007 YB. Dato Sri HishammuddinTun
Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia
8.Akhbar Sinar Harian (2008) http://www.Sinar
9.Akhbar Utusan Malaysia (2008) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1211&pub=Utus
10.Sarenne Benchimol Sutton (2007). Principle of Ethics
http://www.asha.org/about/ethics/2007seea2.htm
11. MyLMS Open University Malaysia
http://lms.oum.edu.my/modules/groupforum/showmesg.php?new=120
12.Charles Bernheimer (1994), Comperative Literature in the Age of
Multiculturalism, The Johns Hopkins University Press.
13. Joseph W.Weiss (2006), Business Ethics, Thomson, United States.
14. Steven Luper (2002), A Guide to Ethics, Mc Graw Hill, Yew York.
15. Malaysia Kita, Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
16. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbir Awam Negara,
Kuala Lumpur, 1991.

16

17. Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut


Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
18. Laporan Seminar Kebangsaan Etika professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel
Hilton, Kuala Lumpur.

17

You might also like