Professional Documents
Culture Documents
43800 DENGKIL
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS DAN MATEMATIK
BIL 1 TAHUN 2016
Tarikh
4 Februari 2016
Masa
: 2.00 petang
Tempat
Kehadiran
Bil
Nama
Jawatan
1.
2.
3.
4.
5.
5.
6.
Guru Besar
- Pengerusi
Penolong Kanan Akademik
- Timbalan Pengerusi
- Guru Matematik Tahun 3
Penolong Kanan Kokurikulum
Ketua Panitia Sains
- Guru Sains Tahun 4, 5 & 6
Ketua Panitia Matematik
- Guru Matematik Tahun 4,5 & 6
Guru Sains Tahun 1
Guru Matematik Tahun 1 & 2
Guru Sains Tahun 3
Setiausaha
Guru Sains Tahun 2
-
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru Sains dan Matematik bagi
menjayakan Mesyuarat Panitia Sains Bil 1 bagi tahun 2015.
1.2
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Tuan Pengerusi.
1.3
Pengerusi berharap semua guru dapat berkongsi pendapat dan pandangan bagi
meningkatkan prestasi terutama dalam matapelajaran Sains dan Matematik.
PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4.3
4.3.1
Pengurusan Akademik
Ahli mesyuarat dimaklumkan Dokumen Standard perlu ada pada semua guru Sains dan
Matematik walaupun ia masih dalam bentuk draf sehingga sekarang. Guru diminta
menyiapkan RPT dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 menulis rancangan pelajaran harian
berdasarkan RPT yang telah disediakan.
Tindakan : Semua guru Sains dan Matematik
4.3.2 Ahli mensyuarat diminta mengambil maklum tentang semakan buku latihan oleh pentadbir
mengikut takwim tahunan yang telah disediakan. Guru-guru diminta sentiasa menyemak
buku murid dan semakan perlu konstruktif, serta dikemaskini. Murid juga perlu membuat
pembetulan atas kesilapan dalam buku latihan.
Tindakan : Makluman
4.3.3 Mesyuarat mengambil maklum bahawa perincian peruntukkan panitia belum diterima oleh
pihak sekolah dan akan dimaklumkan serta diedarkan lampirannya sewaktu perjumpaan
kongsi minda. Ahli mesyuarat juga perlu membuat nota minta untuk sebarang pembelian
dan pesanan tidak boleh dibuat sebelum peruntukkan diterima ataupun tidak mendapat
kelulusan daripada pihak pengurusan sekolah.
Tindakan : Makluman
4.5
Pengurusan Panitia (Sains)
4.5.1 Ketua Panitia Sains menyebarkan maklumat tentang bilangan eksperimen yang boleh
dilaksanakan oleh guru matapelajaran 3 hingga 6. Bilangan serta tajuk amali ini telah
dicadangkan oleh Unit Sains di PPD dan telah disebarkan ke semua sekolah rendah
Daerah Sepang.
Tindakan: Makluman
4.5.2 Semua guru matapelajaran diminta mengisi rekod setiap kali menggunakan Bilik Sains
Tindakan: Semua guru Sains
4.5.3
Program-program yang telah dirancang bagi Tahun 2016 adalah seperti Buletin Sains
Digital, Kuiz Sains, Sinar Pagi, Gedung Ilmu Sains serta Minggu Sains dan Matematik.
Tindakan: Semua guru Sains
4.6
Pengurusan Panitia (Matematik)
4.6.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa saringan LINUS akan dijalankan dua kali setahun
iaitu pada bulan Mac dan Oktober.
Tindakan: Makluman
4.6.2 Program-program yang telah dirancang bagi Tahun 2016 adalah Kelas Tambahan
Berfokus serta Minggu Sains dan Matematik.
Tindakan: Semua guru Matematik
4.7
4.7.1
Tindakan: Makluman
HAL-HAL LAIN
Tiada
PENUTUP
6.1
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 tengahari.
Disediakan oleh,
................................
( NOR HAIZA BINTI MOKHTAR )
Setiausaha Panitia Sains
SK Bukit Tampoi A, Dengkil