You are on page 1of 8

KERTAS KERJA CADANGAN

PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF


SK BANGGOL KATONG 2015
1.0 TAJUK
Pertandingan Kelas Kondusif SK Banggol Katong tahun 2015
2.0 PENDAHULUAN
Kelas merupakan tempat dan rumah bagi murid di sekolah. Kelas yang menarik dan
kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi menuntut
ilmu. Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid keselesaan untuk belajar di
samping merasa teruja untuk menerima ilmu yang baru.
Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid dalam
kelas tersebut. Pertandingan keceriaan kelas adalah salah satu medium untuk guru
dan murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah dan menceriakan kelas
mereka untuk kepuasan diri sendiri dan untuk keselesaan semasa belajar di dalam
kelas.
Semoga Pertandingan Kelas Kondusif ini akan dapat mencapai objektifnya untuk
menceriakan kelas dan memberi murid suasana pembelajaran yang baru dan lebih
ceria.
3.0 OBJEKTIF
1)

Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.

2)

Membina kreativiti murid dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas

bersih dan ceria.


3)

Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama,

hormat-menghormati, menghargai dan tolong-menolong.


4)

Menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang

kepada pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.


5)

Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

6)

Membina disiplin kendiri murid khasnya pematuhan kepada undang-undang

sekolah.

4.0 MATLAMAT
1)

Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.

2)

Meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.

3)

Memberi murid suasana baru di dalam kelas yang lebih kondusif.

4)

Melahirkan murid yang berdisiplin dan sentiasa teruja untuk hadir ke sekolah.

5.0 PENGANJUR
Jawatankuasa 3K SK Banggol Katong.
6.0 PELAKSANAAN
Pertandingan dijalankan selama 10 bulan bermula Januari hingga Oktober. Penilaian
akan dibuat pada setiap minggu dan pemenang merupakan kelas yang mendapat
markah terkumpul paling tinggi pada setiap bulan.

Pengumuman keputusan

pertandingan & penyampaian hadiah akan diumumkan pada perhimpunan


mingguan.
7.0 PESERTA PERTANDINGAN
Semua kelas daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6 tanpa sebarang pengecualian.
Terbahagi kepada 2 tahap iaitu tahap 1 ( tahun 1,2,3 ) dan tahap 2 ( tahun 4,5,6 )
8.0 JANGKA MASA PERTANDINGAN
Januari hingga Oktober 2015
9.0 SENARAI JAWATANKUASA & JURI PENILAI
Rujuk lampiran 1
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk lampiran 2
11.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Rujuk lampiran 3
12.0 BORANG PEMARKAHAN
Rujuk lampiran 4

13.0 PENUTUP
Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa
panjang penganjur. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan visi Falsafah
Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek
jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui pertandingan ini
juga diharap objektif penganjur untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas
yang lebih kondusif dan menarik akan dapat dicapai dengan kerjasama semua
pihak.

Disediakan oleh,

______________________
( AZURAINI ABDULLAH)
SETIAUSAHA
JAWATANKUASA 3K &
PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF 2015
SK BANGGOL KATONG

Disahkan Oleh,

_____________________
( MOHD SUKRI BIN OTHMAN )
PENASIHAT
PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF 2015
SK BANGGOL KATONG

Lampiran 1
JAWATANKUASA INDUK
PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF
SK BANGGOL KATONG, KUALA TERENGGANU 2015
PENGERUSI

: ENCIK AB, MAJID BIN SALLEH ( GURU BESAR )

NAIB PENGERUSI

: ENCIK SUKRI BIN OTHMAN ( GPK KOKU )

PENYELARAS

: PUAN NORLIZA BT ISMAIL ( PENYELARAS 3K )

SETIAUSAHA

: PUAN AZURAINI BT ABDULLAH ( SETIAUSAHA 3K )

AHLI JAWATANKUASA KERJA


ENCIK ZAWAWI BIN SALLEH
PUAN ROSLINA BT AWANG
PUAN ZUBAIDAH BT IBRAHIM
PUAN RAHIMAH BT ABD. GHANI
PANEL / JURI PENILAI
JURI PRA-PENYELIAAN
GURU BERTUGAS MINGGUAN
JURI PENYELIAAN
1. PN. NORLIZA BT ISMAIL
2. PN. AZURAINI BT ABDULLAH
3. PN. ROSLINA BT AWANG
4. PN. ZUBAIDAH BT IBRAHIM
5. PN. RAHIMAH BT ABD. GHANI
6. EN. ZAWAWI BIN SALLEH

Lampiran 2
BI
L

KUANTITI

HARGA
SEUNIT

HARGA
KESELURUHAN

JOHAN TAHAP 1
JOHAN TAHAP 2

1
1

RM 10.00
RM 10.00

RM 10.00
RM 10.00

HADIAH
JAN ~ OKT ( 10 BULAN )

RM 20.00

RM 200.00

SIJIL

20

RM 1.20

RM 24.00

BAHAN FOTOKOPI

RM 6.80

RM 6.60

BARANG BARANG /
INVENTORI
PIALA PUSINGAN :

ANGGARAN KESELURUHAN

RM 250.80

Lampiran 3
Syarat-Syarat Pertandingan
i.

Pertandingan melibatkan semua kelas.

ii.

Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut:-

a. Kebersihan lantai, tingkap, siling dan dinding.


b. Papan kenyataan hadapan (maklumat kelas dan maklumat sekolah) dan
papan kenyataan belakang: ( visi dan misi / peraturan kelas / jadual waktu /
pelan kebakaran / jadual bertugas sudut mata pelajaran / carta organisasi /
senarai pelajar )

Hiasan dan kata-kata motivasi

d. Susun atur perabot (kerusi, meja, almari) termasuk semasa dan selepas
waktu persekolahan.
e. Disiplin pelajar didalam kelas
f. Kehadiran pelajar

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF
SK BANGGOL KATONG
2015

KELAS
KONDUSIF
MURID
CERIA
PEMBELAJA
RAN
BERMAKNA

You might also like