You are on page 1of 1

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG SM SAINS KUALA SELANGOR


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberi kesempatan untuk
mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga SMSKS terutamanya sidang redaksi
majalah sekolah kerana berjaya menerbitkan PARADIGMA edisi ke-17, tahun 2014.
Barisan PIBG sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan oleh sekolah.
Umpamanya usaha menerbitkan majalah tahunan sekolah adalah amat dihargai dan harus
diberi pujian. Pastinya aktiviti dan kecemerlangan yang ditempa oleh sekolah sepanjang tahun
perlu direkodkan sebagai lakaran sejarah yang bermakna. Imej dan identiti sesebuah sekolah
dapat dikenali melalui majalah seumpama ini. Diharapkan penerbitan sesebuah majalah
sekolah yang berkualiti dapat dikongsi manfaatnya. Hal ini secara tidak langsung akan
menyemarakkan aspirasi warga sekolah untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada
masa hadapan
Berbekalkan semangat ukhwah dan musyawarah yang tersemat di jiwa, saya percaya
PIBG mampu memperlihatkan peranannya sebagai tulang belakang yang menyokong
sesebuah sekolah sama ada dari segi tenaga, masa dan wang ringgit. Atas kesedaran ini,
PIBG bermuafakat dan beriltizam untuk lebih aktif dan berswadaya dalam menjayakan aktivitiaktiviti pendidikan demi meningkatkan pencapaian anak-anak, waima dari segi akademik,
kokurikulum mahupun sahsiah. Oleh hal yang demikian, PIBG akan terus merangka strategi,
perancangan dan pelaksanaan agenda kecemerlangan agar sekolah sentiasa dapat meraih
kejayaan dalam pelbagai bidang.
Akhir kata, semoga kesepakatan yang padu antara PIBG dan sekolah mampu
membuahkan idea-idea yang baharu dalam menjayakan agenda kecemeralangan SMSKS.
Insya-Allah, agar usaha-usaha yang dilakukan diberkati oleh-Nya dengan limpahan hidayah dan
rahmat-Nya.

Sekian, terima kasih.

(ENCIK MOHD ZAHRI BIN ABDUL RAHIM)


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SM Sains Kuala Selangor

You might also like