You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI, MELAKA

77400, SG RAMBAI , MELAKA


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA (1), 2016
Tarikh

: 21 Januari, 2016

Hari

: Rabu

Masa

: 1.30 petang,

Tempat: Bilik Mesyuarat SKSR


SENARAI KEHADIRAN
1.
2.
3.
4.

En. Azahari B. Limat ( GPK Kurikulum )


Pn. Siti Marini Tahir
Pn. Rosila Othman
Pn. Zaleha Mohd Atim

5. En. Rosdi Ismail


6. Pn. Amizasuzlin Jaafar

TIDAK HADIR (bersebab) : 1. Pn. Norizan Mohamad


Agenda Mesyuarat:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Ucapan Pengerusi
Ucapan Penasihat
Pengesahan Minit Mesyuarat
Perkara Berbangkit
Analisa, post-mortem keputusan UPSR, 2015
PEKA
Perancangan Strategik Panitia Sains, 2016
Hal-hal lain

1.0

Ucapan Pengerusi (En Rosdi)


1.1
Ucapan Alu-aluan
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang dapat hadir Mesyuarat Panitia Sains kali 1, 2016.
1.2
Mempersilakan ucapan wakil pentadbir iaitu En. Azahari Limat.

2.0

Ucapan Wakil Pentadbir (En. Azahari Limat)


2.1
Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang hadir serta
kerjasama yang diberikan dalam menjalankan tugas dengan baik.
2.2
Beliau menyatakan bahawa berdasarkan analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2015
didapati murid T4 Usaha dan T5 Usaha mempunyai peratus lulus Sains yang
sangat lemah yang mana kelas-kelas inilah yang sedang diajar pada tahun ini
iaitu T6U dan T5U.
2.3
Beliau akan cuba untuk mengubah tingkahlaku murid-murid ini yang kelihatan
sangat agresif ke arah yang lebih baik untuk kebaikan bersama.

Makluman : Semua guru Sains


3.0

Pengesahan minit:3.1
Minit mesyuarat diterima sebulat suara.

4.0

Perkara Berbangkit
4.1
Tiada

5.0

Analisa UPSR Tahun 2007 - 2015


5.1
Berdasarkan keputusan UPSR yang lalu terdapat peningkatan pencapaian pada
tahun 2015 adalah sangat baik dan En. Rosdi berharap ia akan dapat
ditingkatkan lagi pada tahun 2016 dengan kerjasama daripada semua ahli
Panitia Sains 2016. ( lihat lampiran).
5.2
Beliau juga memberitahu bahawa akan memuat turunkan soalan-soalan
berbentuk KBAT dan akan dipamerkan dipapan kenyataan bagi maklumat
murid-murid.
5.3
En. Rosdi juga menyatakan bahawa beliau sedang berusaha untuk
mengumpulkan keseluruhan RPT Sains dari Tahun 1 Tahun 6 termasuklah Pra
dan PKI supaya dapat dijadikan rujukan oleh semua guru Sains.
Tindakan : Semua guru sains

6.0

PEKA
6.1
Bagi program PEKA, ia perlu dilaksanakan untuk kelas tahun 3, 4, 5 dan 6.
Semua guru yang mengajar tahun berkenaan perlu menyimpan buku PEKA dan
segala bahan yang telah disediakan sebagai bukti apabila berlaku pemantauan.
6.2
Walaupun KSSR, namun PEKA masih perlu diteruskan. Jika tiada buku Peka
buku Amali Sains perlu diwujudkan untuk dianggap sebagai buku PEKA.
6.3
Setakat ini hanya kelas tahun 6 sahaja yang telah melaksanakan PEKA untuk
pemantauan.
6.4
Namun begitu, tiada surat pekeliling yang telah dikeluarkan bagi pemansuhan
PEKA. Oleh itu, menurut En. Rosdi penetapan penggunaan Buku PEKA
diteruskan sehingga ada maklumat terkini tentangnya.
Tindakan : guru Sains tahun 3, 4, 5 dan 6

7.0

Perancangan Strategik Panitia 2016 ( lihat lampiran)


7.1
aktiviti yang telah dipersetujui selepas perbincangan ialah:
memperkenalkan system belajar dan teknik menjawab yang lebih
berkesan terutama dalam menjawab soalan KBAT.
Memperbanyakkan bahan-bahan dan modul latihan sains yang berbentuk
soalan KBAT.
Menambah latihan untuk menguasai taakulan berdasarkan soalan serta
penggunaan 8 Peta Pemikiran (I-THINK) secara lebih intensif.
Menjemput beberapa guru pakar untuk memberi lebih pendedahan skil
dan teknik menjawab yang lebih berkesan terutama teknik menjawab
soalan KBAT.

7.2

7.3

7.4

Memperkuatkan disiplin murid-murid.


En. Azahari menyarankan agar Pendidikan Alaf 21 iaitu cara kedudukan murid
dalam kelas juga dapat mempengaruhi keberkesanan murid belajar terutama
kerja secara berkumpulan dan penggunaan Peta I-THINK yang lebih meluas.
En. Rosdi juga memberitahu bahawa Panitia akan mengadakan aktiviti lawatan
murid-murid ke tempat-tempat yang dapat menambahkan pengetahuan dan
minat murid untuk mempelajari subjek Sains dengan lebih serius lagi.
En. Rosdi juga memberitahu bahawa aktiviti Panitia Pagi masih diteruskan
mengikut giliran masing-masing sepanjang tahun. Guru-guru masih boleh
membincangkan tajuk-tajuk yang sesuai dan ganjaran untuk murid akan
disediakan. (lihat lampiran)
Tindakan dan makluman : semua guru

8.0

Hal-hal Lain
8.1
En. Rosdi menyatakan bahawa Penetapan Strategi Mengikut Isu, Matlamat,
Objektif, KPI dan Sasaran untuk tahun 2015 dan 2016 adalah makluman yang
perlu diketahui oleh semua guru Sains agar kelemahan yang dikesan dapat
diperbaiki dengan segera. ( lihat lampiran).
8.2
Beliau juga memberitahu bahawa guru-guru Pra dan PKI boleh dan digalakkan
untuk menggunakan Bilik Sains bagi membuat atau melakukan eksperimen
serta aktiviti yang berkaitan Sains.
8.3
En. Rosdi memberitahu bahawa Panitia telah membuat permohonan untuk
pembelian peralatan yang baru bagi tahun 2015 dan peralatan juga telah
diperolehi. Namun permohonan untuk tahun 2016 juga akan dibuat berdasarkan
jumlah PCG yang akan diberi. ( Lihat lampiran PCG dan Nota Minta).
8.4
En. Azahari menyatakan ia boleh dibincangkan setelah duit PCG diperolehi
nanti dan beliau akan cuba berbincang dengan Guru Besar berkaitan dengan
menaiktaraf Bilik Sains ke satu keadaan yang lebih kondusif berbanding yang
ada sekarang ini.
8.5
En. Rosdi berharap agar prestasi subjek Sains boleh menjadi lebih cemerlang
untuk masa hadapan.
Tindakan dan makluman : semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada 2.45 petang.

Disediakan Oleh.
Disahkan oleh,
............................................
(SITI MARINI BTE TAHIR)
SETIAUSAHA PANITIA SAINS

....................................................
(ROSDI BIN ISMAIL)
KETUA PANITIA SAINS

SEKOLAH KEBANGSAAN SUN

GAI RAMBAI, MELAKA


77400, SG RAMBAI , MELAKA
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE 2, 2012
Tarikh

: 05/07/2012, Khamis, 01.10 petang, Bilik Mesyuarat SKSR

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi

2.
3.
4.
5.
6.

Ucapan Penasihat
Pengesahan Minit Mesyuarat
Bangkitan
Post mortem peperiksaan tahun
Hal-hal lain

SENARAI KEHADIRAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Pn Jalina Mahudin (GPK Koku)


En. Arzaman Ali
En. Md Yusof Mohd Saat
En. Rosdi Ismail
Pn. Siti Marini Tahir
Pn Maslida Daud
Pn. Zaleha Mohd Atim

TIDAK HADIR
-Tiada-

1. Ucapan Wakil Pentadbir (GB)


1.1
Pn. Zainon mengalu-alukan kedatangan guru-guru panitia Sains dan
memulakan mesyuarat dengan bacaan Umul kitab al fatihah.
1.2
Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Ajk panitia sains kerana
telah berjaya mengadakan bengkel penandaan kertas UPSR Sains dengan baik
dan lancar.
1.3
Beliau menyerahkan mesyuarat kepada Ketua Panitia Sains iaitu En. Rosdi
untuk agenda yang seterusnya.
Makluman: semua
Ajk panitia sains
2. Bangkitan
- Tiada-

3. Pengesahan minit yag lepas


3.1 Pn. Zaleha mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan.
3.2 En. Arzaman menyokong.
4. Ucapan ketua panitia
4.1 En. Rosdi mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat panitia
sains kali ke 2.
4.2 Beliau melaporkan pencapaian prestasi murid-murid pada peperiksaan
pertengahan yang lalu adalah agak memuaskan secara keseluruhannya.
Murid-murid tahun 3 hingga 6 mencapai kelulusan sebanyak 85.4%.

Peratus pencapaian ini turun sedikit berbanding tahun lepas kerana ada
murid tahun 4u dan 5u yang gagal.
4.3 Beliau menyarankan beberapa tindakan bagi mengatasi masalah ini iaitu
membuat program penambahbaikan seperti sentiasa memberi latih tubi
kepada murid-murid dan memperkenalkan teknik-teknik menjawab sains
yang lebih berkesan.
4.4 Beliau juga mengingatkan supaya mengemas kinikan bukubuku latihan
terutama buku PEKA harus dibuat kerana dikhuatiri pihak pemantauan
dari JPM yang akan hadir pada hari Rabu ingin melihat buku-buku sains
tersebut.
4.5 En. Rosdi juga memberitahu bahawa fail-fail yang berkaitan dengan KSSR
bagi subjek Dunia Sains dan Teknologi iaitu untuk murid tahun 1 dan 2
perlu dikemaskinikan terutama pada bahagian evident dan keputusan
pentaksiran murid juga perlu ada.
Makluman dan tindakan : Semua AJK
panita sains
5. Hal-hal lain
5.1 En. Arzaman mencadangkan agar mengadakan 1 hari bagi hari bergotong
royong untuk membersihkan taman sains dan bilik sains.
5.2 Beliau menyatakan alatan di bilik sains juga perlu ditambah kerana ada
alatan yang sudah kekurangan dan perlu di tambah yang baru.
5.3 En. Rosdi menyatakan Ajk Panitia akan cuba mencari satu hari yang
bersesuaian untuk mengadakn hari bergotong royong itu.
5.4 Pn. Jalina menyatakan bahawa bahasa pengantar dalam mengajar subjek
sains untuk tahun 3,4,5 dan 6 masih boleh dilakukan dalam dwi bahasa.
Makluman dan tindakan: Ajk Panitia
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2. 15 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

______________________

______________________

(SITI MARINI BINTI TAHIR)

(EN. ROSDI B ISMAIL)

SETIUSAHA PANITIA SAINS

KETUA PANITIA SAINS

You might also like