You are on page 1of 9

KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

MUKA SURAT

Pengenalan

2-3

Pencarian Literatur

Perbincangan

Rumusan

Rujukan

4
5-7

PENGENALAN

Pembedahan merupakan sesuatu keputusan atau pengalaman yang sukar bagi


kesemua pesakit. Ini kerana, pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi kepada pesakit.
Oleh itu, tidak hairan lagi jika pesakit dan keluarganya menunjukkan sikap yang agak
berlebihan dengan kecemasan yang mereka alami. Kecemasan yang mereka alami
biasanya terkait dengan segala macam prosedur asing yang harus dijalani oleh pesakit
dan juga ancaman terhadap keselamatan nyawa akibat segala macam prosedur
pembedahan dan kesan dari pembiusan. Perawat perlu mempunyai peranan yang
sangat penting dalam setiap tindakan pembedahan, baik pada masa sebelum, semasa,
dan selepas pembedahan. Intervensi keperawatan yang tepat diperlukan untuk
mempersiapkan pesakit baik dari segi fizikal dan jugan mental. Tingkat keberhasilan
sesuatu pembedahan itu adalah bergantung pada dari doktor bedah, pakar anesthesia,
dan perawat. Di samping itu peranan pesakit dalam memberi kerjasama selama proses
perioperative juga tingkat keberhasilan pembedahan. Oleh itu, penjagaan perioperative
adalah sangat penting dalam melakukan sesuatu pembedahan.
Penjagaan perioperative adalah merujuk kepada penjagaan sebelum, semasa,
dan selepas pembedahan. Di unit dewan bedah, perkara ini adalah amat dititikberatkan
kerana ia akan mempengaruhi keadaan pesakit semasa dibedah dan selepas dibedah.
Di fasa sebelum pembedahan, pesakit perlu di diperiksa sepenuhnya sihat dari segi
fizikal, dalaman dan mental. Selain itu, pemantauan tanda vital juga akan dilakukan
bagi mengesan sebarang keabnormalan. Pesakit juga akan diberi penerangan tentang
pembedahan yang dia akan jalani dan risiko yang dia bakal hadapi. Borang-borang
keizinan akan di beri untuk ditandatangani oleh pesakit sebelum menjalani
pembedahan.
Penjagaan semasa pembedahan adalah merujuk kepada penjagaan semasa
proses pembedahan dijalankan dalam bilik bedah. Salah satu penjagaan yang akan
dilakukan ialah memberi oksigen kepada pesakit dan memantau tanda vital pesakit.

Selain itu penjagaan sterile perlu diapatuhi semasa pembedahan bagi mengelakkan
komplikasi selepas pembedahan.
Selepas pembedahan, pesakit perlu direhatkan sepenuhnya di atas katil.
Pastikan pemerhatian tanda vital pesakit diteruskan untuk mengelakkan komplikasi.
Seterusnya , berikan keselesaan kepada pesakit dengan memberikan selimut ,
menghidupkan mesin pemanas untuk mengelakkan rasa sejuk dalam dewan bedah,
dan berikan ubat jika pesakit rasa loya, dan pening. Setelah mendapatkan arahan
doktor, pesakit akan dipindahkan ke wad untuk rawatan lanjut.

LITERATURE REVIEW

Menurut Gina Boamah (2011), penjagaan sebelum pembedahan adalah satu


persediaan dan pengurusan pesakit sebelum dibedah.

Phillips (2004) berkata, pesakit perlu dibawa ke dewan bedah menggunakan katil,
tetapi di sesetengah hospital ada memberi pilihan jika pesakit ingin berjalan sendiri ke
dewan bedah.

Pesakit perlu di bawa ke dewan bedah ditemani oleh jururawat wad dengan membawa
dokumen maklumat diri pesakit, nota kes, dan borang kebenaran bedah yang lengkap
di tandatangani, barulah boleh dibawa masuk ke dalam bilik bedah. Taylor dan
Campbell (2000).

Starritt (2000) menambah, penjagaan selepas pembedahan adalah memindahkan


pesakit ke bilik pemulihan untuk menilai keadaan pesakit dan menstabilkan pesakit,
serta mencegah komplikasi yang membahayakan nyawa pesakit sebelum dipindahkan
ke dalam wad.

PERBINCANGAN

Sepanjang 2 minggu saya menjalani praktikal di dewan bedah Hospital Tuaran,


saya mendapat banyak pengalaman, pengajaran, serta informasi tentang dewan bedah,
terutamanya tentang penjagaan perioperative. Perioperative ialah penjagaan sebelum
pembedahan, semasa pembedahan, dan selepas pembedahan dilakukan. Saya
mendapati penjagaan perioperative adalah sangat penting dalam melakukan satu
prosidur pembedahan kerana ini akan melibatkan nyawa dan diri pesakit.
Penjagaan preoperative atau sebelum pembedahan adalah langkah pertama
yang perlu dilaksanakan sebelum pesakit dibawa masuk ke bilik bedah. Sebelum
pembedahan, pesakit haruslah dimasukkan ke dalam wad selama 2 atau 3 hari lebih
awal sekiranya tarikh pembedahan telah diketahui. Pesakit biasanya akan ditempatkan
berdekatan dengan pesakit yang telah sembuh daripada pembedahan yang sama agar
pesakit dapat keyakinan dan informasi dengan pembedahan yang akan dijalankan
nanti. Jururawat akan menerangkan perkara yang berkaitan dengan pembedahan
seperti kebaikan pembedahan, dan risiko yang mungkin akan timbul dan jangka masa
penyembuhan. Keluarga pesakit juga akan diberi penerangan tentang pembedahan
pesakit, keadaan pesakit dan jangka masa pesakit akan dirawat. Sokongan moral juga
akan diberikan oleh jururawat, doktor dan juga oleh keluarga pesakit agar pesakit yakin
dan tabah menjalani pembedahan nanti. Pesakit akan dilarang makan dan minum
sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pembedahan untuk mengelakkan pesakit muntah
dan tersedut ke dalam salur pernafasan semasa pembedahan. Biasanya pesakit akan
diberi makanan lembut pada petang sebelum hari pembedahan. Jika masa untuk
mengosongkan gaster adalah singkat, gaster perlu dikosongkan dengan memasukkan
tiub nasogastric. Kawasan kulit pembedahan juga perlu dicukur dan dibersihkan. Pundi
kencing dan usus perlu dikosongkan dengan memberi enema atau suppository dan
menggalakkan pesakit membuang urin. Pesakit akan diajar cara pernafasan yang betul
dan dilarang merokok. Pemeriksaan dan pemerhatian rutin akan dijalankan iaitu
memeriksa tanda vital, urin, hemoglobin, pemeriksaan fizikal oleh doktor, dan
pemeriksaan darah untuk kumpulan dan kesesuaian. Segala barang-barang perhiasan,
5

gigi palsu akan ditanggalkan dan disimpan. Pesakit juga akan dipakaikan pakaian
pembedahan iaitu gaun pembedahan. Rambut yang panjang akan diikat dan ditutup
dengan kain dan pesakit akan ditutup dengan selimut hinga paras dada. Segala
pemberian ubat-ubatan sebelum pembedahan akan dicatatkan untuk rujukan. Sebelum
masuk ke dalam dewan bedah, pesakit atau warisnya perlu mendatangani borang
keizinan pembedahan kerana dalam keadaan kecemasan, doktor akan membuat
keputusan berdasarkan keselamatan nyawa pesakit.

Penjagaan intraoperative atau emasa pembedahan adalah langkah kedua yang


perlu dilaksanakan. Pembedahan akan dijalankan di dalam bilik bedah. Penjagaan yang
akan diberikan ialah berikan pesakit oksigen mengunakan nasal prong untuk membantu
pernafasan. Biasanya ini adalah untuk pesakit yang bius separuh badan. Bagi pesakit
yang akan dibius seluruh badan, pesakit akan di intubate untuk memberikan pesakit
bantuan pernafasan. Sebelum melakukan prosedur intubate, tangan perlu dicuci secara
surgical dan memakai sterile glove. Ini bertujuan bagi mengelakkan komplikasi kepada
pesakit. Penjagaan branula juga perlu dia berikan perhatian iaitu elakkan terkena
benda yang kotor dengan menutup dengan selimut atau kain steril. Udara pada tiub
branula juga perlu di buka sebelum diberikan kepada pesakit kerana perkara ini boleh
menyebabkan komplikasi seperti strok, Tanda vital pesakit perlu dipantau untuk
mengesan sebarang keabnormalan. Selepas pembedahan siap, bersihkan kawasan
luka yang dibedah, dan berikan pakaian baru kepada pesakit. Berhati-hati semasa
memindahkan pesakit ke katil yang baru.
Penjagaan postoperative atau selepas pembedahan,adalah langkah terakhir di
dewan bedah. Selepas pembedahan selesai, pesakit akan dipindahkan ke bilik
pemulihan sebeum di pindahkan ke dalam wad. Di bilik pemulihan, tanda vital pesakit
akan dipantau 15 atau 30 minit mengikut arahan doktor untuk mengesan jika ada
sebarang keabnormalan seperti hypothermia, hypotension, takikardia dan lain-lain.
Pesakit akan direhatkan sepenuhnya di atas katil. Pesakit akan ditutupi dengan selimut
hingga paras dada untuk mengelakkan pesakit hypothermia disebabkan suhu dewan
bedah yang sejuk. Biasanya mesin pemanas akan dihidupkan untuk memberikan
6

pesakit suhu bilik yang selesa. Segala dokumen pembedahan akan disimpan dan
dicatatkan untuk rujukan. Pemeriksaan pada setiap kulit pesakit akan dipantau untuk
mengesan keabnormalan. Selepas mendapat arahan doktor untuk memindahkan
pesakit ke wad, barulah menghubungi bahagian wad untuk mengambil pesakit. Berhatihati semasa memindahkan pesakit ke katil seterusnya kerana risau jahitan akan
terbuka.

RUMUSAN

Penjagaan perioperative adalah amat penting dalam sesuatu pembedahan yang


dijalankan. Oleh itu, semua hospital wajib melaksanakan dan mengambil berat tentang
hal ini. Jika hal ini di buat dengan langkah yang betul saya yakin risiko komplikasi yang
pesakit alami akan menurun atau berkurangan. Contohnya risiko jangkinan biasanya
disebabkan peralatan atau prosidur tidak dijalankan secara sterile. Oleh itu, jika perkara
ini dapat dielakkan sudah tentu akan mengurangkan risiko-risiko komplikasi
pembedahan.
Penjagaan perioperative bukan sahaja dilakukan oleh ahli perawat dewan bedah
tetapi perlu juga pihak-pihak lain seperti keluarga pesakit, perawat di wad, rakan-rakan
pesakit dan pesakit itu sendiri. Biasanya pesakit sering melanggar peraturan puasa
6jam sebelum pembedahan. Begitu juga dengan keluarga pesakit yang biasanya
memberi pesakit makan dan minum secara sembunyi sebelum pembedahan. Oleh itu,
komplikasi akan berlaku sewaktu pembedahan.
Secara amnya, penjagaan perioperative ini di dilakukan oleh manusia, oleh itu
seperti yang kita sudah tahu, manusia sering melakukan kesilapan. Tetapi saya yakin
jika peraturan sentiasa dipatuhi, lama-lama akan terbiasa melaksakannya dengan baik.
Banyak komplikasi yang boleh berlaku jika penjagaan perioperative tidak dilakukan
dengan betul, oleh itu pihak hospital dan pekerja hospital itu sendiri perlu tangani
masalah ini.

RUJUKAN

1. Perioperative Care, Gina Boamah. Ghana June 2011


2. http://www.icsi.orghealth/
3. Perioperative care, Diane Gilmour 2005
4. https://en.wikipedia.org/wiki/Preoperative_care
5. http://www.surgeryencyclopedia.com/Pa-St/Preoperative-Care.html
6. http://www.merckmanuals.com/professional/special-subjects/care-of-the-surgicalpatient/postoperative-care
7. http://www.healthline.com/health/postoperative-care
8. http://nurseslabs.com/intraoperative-phase/
9. http://www.encyclopedia.com/article-1G2-2584700465/intraoperative-care.html
10. http://nursingcrib.com/perioperative-nursing/intraoperative-phase/

You might also like