You are on page 1of 12

FAKTA MUDAH EKONOMI ASAS KERTAS 1

TINGKATAN 4
BAB 1
EKONOMI
Mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber terhad kehendak tidak terhad
MASALAH EKONOMI
Individu - kekurangan pendapatan, pilihan barang, memaksimumkan kepuasan.kos
lepas barang ke dua terbaik dilepaskan.Cth pen, buku
Firma
- kekurangan faktor pengeluaran, pilihan output, memaksimumkan
keuntungan.kos lepas output/ keluaran ke dua terbaik dilepaskan. Cth kilang
kasut,kilang roti
Kerajaan- kekurangan sumber hasil, pilihan projek, memaksimumkan kebajikan
rakyat.kos lepas projek kedua terbaik dilepaskan.Cth komplek sukan, sekolah
MASALAH ASAS EKONOMI
Apa
- jenis barang
Berapa
- kuantiti
Bagaimana - cara (memaksimumkan keuntungan, minimumkan kos, teknik pengrluaran
cekap, intensif buruh atau modal
Untuk siapa orang (agihan pendapatan), penentuan golongan yang menggunakan
JENIS BARANG
Barang Ekonomi - ada harga, ada kos lepas,firma keluarkan,penawaran terhad.
cth pen, buku
Barang Percuma - alam semulajadi, tak perlu bayar, siapa boleh guna, penawaran tidak
terhad, tak ada kos lepas. Cth air hujan, cahaya matahari
Barang Awam - kerajaan keluarkan, siapa boleh gunakan, tiada harga/sikit saja bayar,
penawaran terhad,ada kos lepas
SISTEM EKONOMI
Sistem Ekonomi Kapitalis- tak ada campurtangan kerajaan,bebas buat,Swasta
saja,mekanisma harga,agihan pendapatan, memaksimumkan
keuntungan,harga ditentukan oleh pasaran(permintaan dan
penawaran),kebajikan masyarakat tidak di titik beratkan
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Kerajaan semua yang buat, tak ada mekanisma
harga, sistem catuan, memaksimumkan kebajikan
rakyat, harga kerajaan tentukan
Sistem Ekonomi Campuran Swasta dan kerajaan, swasta memaksimumkan keuntungan
dan kerajaan memaksimumkan kebajikan rakyat, ada
mekanisma harga,yang tak mampu bagi subsidi, yang
mampu kena cukai supaya selesaikan masalah ketidak
adilan dalam agihan pendapatan
Sistem Ekonomi Islam - Swasta dan kerajaan ikut syariat islam, manusia pemegang
amanah,konsep ibadat,swasta memaksimumkan keuntungan

dan kerajaan memaksimumkan kebajikan rakyat,


ada mekanisma harga,yang tak mampu bagi zakat,yang mampu
kena cukai pendapatan
BAB 2
Pemilihan Pekerjaan
Upah tinggi
Faedah sampingan- kemudahan beribadat, perubatan, pengangkutan, subsidi
makanan,cuti bersalin, kemudahan beribadat,bonus
Suasana tempat kerja selesa dan berhawa dingin, keselamatan semasa bekerja
Prospek kerajaan- kursus, latihan, peluang melanjutkan pelajaran
Kelayakan akademik- akauntan dpt ijazah perakaunan
Keadaan ekonomi semasa- kemelesetan, ramai menganggur terpaksa tukar aliran
kelayakan
Pengaruh keluarga ibubapa doktor anak ikut jejak langkah
Minat gemar pekerjaan ini
Pengalaman dan kemahiran
Jarak tempat kerja dan rumah dekat
Pendapatan Individu
Jumlah pendapatan faktor yang produktif dan pendapatan faktor yang tidak produktif
Pendapatan faktor produktif sewa, upah, faedah, untung, dividen
Pendapatan tidak produktif pencen, biasiswa hadiah bantuan kebajikan
Jenis pendapatan individu
Upah wang/ upah nominal upah diterima oleh seseorang pekerja pada tempoh masa
Upah benar kuasa beli upah wang/kemampuan individu untuk membeli barang
Upah benar= Upah wang
Harga purata barang
Faedah = jumlah wang yang di simpan x kadar faedah x tempoh simpanan
Untung = jumlah hasil jumlah kos
(harga x kuantiti) (kos tetap + kos berubah/ kos purata x kuantiti)
Bayaran pindahan = tak kerja dapat duit. Cth pencen, biasiswa, wang saku isteri dan
anak,subsidi kepada petani, bantuan kepada orang cacat,buku teks,
bantuan kebajikan masyarakat, hadiah wang kepada ahli-ahli sukan
Sumber Pendapatan Individu
Bekerja sendiri seperti petani dapat untung
Bekerja dengan orang lain seperti guru dapat upah
Punca pendapatan lain
Membeli aset tetap seperti rumah dapat sewa
Menyimpan wang di bank perdagangan dapat faedah
Membeli saham amanah seperti ASB dapat dividen

Jumlah Pendapatan
Gaji+ komisen, faedah, elaun, bonus,dividen,
Pelepasan cukai
Diri, isteri, anak, kwsp, insuran, anak belajar di universiti, perubatan ibu bapa
Pendapatan boleh Cukai
Jumlah pendapatan Pelepasan Cukai
Yang ini dikira untuk pengiraan cukai pendapatan
Cukai pendapatan
Daripada pendapatan boleh cukai, kira kadar cukai
Lepas dapat cukai- zakat dapat cukai pendapatan yang perlu dibayar
Pendapatan boleh guna = Jumlah pendapatan kwsp- cukai pendapatan-perkeso-zakat
Kwsp = Kadar peratus x pendapatan
Perkeso ialah pertubuhan keselamatan sosial yang mentadbirkan skim keselamatan sosial untuk
memberi perlindungan kepada pekerja yang menghadapi bencana pekerjaan
Ada dua
Skim bencana pekerjaan dan skim pencen ilat di bayar oleh pekerja dan majikan
Skim Insuran bencana dibayar oleh majikan sahaja
Keperluan dan Kehendak
Keperluan untuk hidup, terhad dan sama semua individu, semua individu memerlukannya, tidak di
pengaruhi oleh pendapatan, ada campurtangan kerajaan tentukan harga
Kehendak untuk selesa, tidak terhad dan sukar dipenuhi, tidak semua individu memerlukannya, di
pengaruhi oleh pendapatan, tiada campurtangan kerajaan tentukan harga
Belanjawan Peribadi
Belanjawan peribadi merupakan satu anggaran perbelanjaan berdasarkan anggaran pendapatan yang
akan diperoleh individu untuk jangka masa tertentu.
Perbelanjaan tidak dirancang perbelanjaan melebihi pendapatan, berhutang, inflasi,tak
ada tabungan,pembaziran
Langkah Menyediakan Belanjawan Peribadi
1 Catat jumlah pendapatan.
2 Tolak potongan wajib
3 Catat kesemua perbelanjaan
4 Susun ikut keutamaan
5 Seimbang perbelanjaan dengan pendapatan
6 Ada baki

Kepentingan belanjawan peribadi


Mengelakkan pembaziran
Menabung/membuat tabungan
Selaraskan perbelanjaan denganpendapatan
Mengelakkan inflasi
Mengelakkan berhutang
Penggunaan pendapatan boleh guna
Keperluan utk hidup, sama setiap orang, mesti dipenuhi, tidak dipengaruhi pendapatan
Kehendak utk selesa, beza setiap orang, tak semestinya dipenuhi, di pengaruhi
pendapatan
KONSEP TABUNGAN, PINJAMAN DAN PELABURAN
Tabungan
Tabungan sebahagian pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan tetapi di simpan
oleh individu
Tabungan= Pendapatan boleh guna perbelanjaan
Tujuan tabungan
Awasan dan kecemasan- kemalangan dan kematian
Pembelian barang tahan lama rumah, perabot
Pendidikan melanjutkan pelajaran ke universiti
Menambah punca kewangan simpan wang/ beli saham amanah
Memenuhi cita-cita tertentu melancung, berkahwin
Cara menabung
Bank perdagangan Cth Maybank, Cimb.ada akaun tabungan, tetap dan semasa
Bank Simpanan Nasional simpanan tetap dan tabungan, giro sijil simpanan premium
Syarikat kewangan- Cth Maybank finance, Public finance ada akaun tabungan dan tetap
Lembaga Tabung Haji utk orang Islam pergi haji/ tabungan/membeli rumah
Unit Amanah
Koperasi
Polisi Insuran Nyawa
Pinjaman
Pinjaman sejumlah wang diperoleh daripada sumber-sumber tertentu spt kawan, bank
Tujuan pinjaman
Individu pembelian harian beli perbelanjaan harian
Membeli barang tahan lama seperti rumah
Menampung kos pendidikan seperti melanjut pelajaran ke universiti
Menampung waktu kecemasan seperti kemalangan dan kematian
Pengeluar Memulakan perniagaan beli barang modal atau barang niaga
Menambahkan modal perniagaan seperti beli bahan mentah, mesin,besar ruang niaga
Meningkatkan produktiviti seperti beli barang modal, komputer
Mengurangkan pembayaran cukaisyarikat

Sumber pinjaman
Bank perdagangan overdraf dan akaun semasa
Syarikat kewangan beli barang tahan lama
Agensi kerajaan MARA
Syarikat kredit perumahan MBSB
Koperasi
Sumber pinjaman lain ceti, pajak gadai, rakan-rakan, saudara mara
Pemberi pinjaman dibayar ganjaran faedah
Pampaan menanguhkan perbelanjaan masa kini
Pampasan menanggung risiko
Pampasan kejatuhan nilai wang untuk jangka panjang
Pelaburan
Pelaburan perbelanjaan keatas penggunaan barang-barang modal dan penambahan stok modal
Tujuan pelaburan
Untuk mendapatkan pulangan pulangan pelaburan tinggi dan tidak tetap
Untuk menggantikan barang modal mesin, jentera
Untuk meningkatkan daya pengeluaran beli mesin, jentera
Cara Pelaburan
Pembelian aset tetap tanah, rumah
Pembelian barang modal mesin, jentera
Pembelian stok bahan mentah atau barang niaga tambah keluaran bila permintan meningkat
Sumber manusia pendidikan, latihan
Perbandingan pulangan pelaburan dengan pulangan tabungan
Pulangan pelaburan bersifat tidak mudah cair, risiko tinggi, kurang selamat, pulangan lebih tinggi
Pulangan tabungan - bersifat mudah cair, risiko rendah, lebih selamat, pulangan rendah
BAB 3
Maksud isirumah Semua individu yang tinggal dalm sebuah rumah dan membuat
keputusan secara bersama
Isirumah pengguna rasional memilih barang yg utiliti maksimum
Peranan Isirumah
Sebagai pembekal faktor pengeluaran menawarkan Tanah,Buruh,Modal dan Usahawan
Sebagai pengguna membelanjakan barangan
Utiliti kepuasan
Jumlah kepuasan adalah jumlah utiliti. Mencapai utiliti maksimum

Permintaan
Hukum Permintaan harga naik kuantiti turun dan harga turun kuantit naik
Keluk permintaan - mencerun kebawah dari kiri kekanan
- harga berkadar songsang dengan kuantiti diminta
- cerun negatif kerana pengguna tingkatkan kepuasan dan beli barang pengganti
yang murah
Perubahan kuantiti- Harga berubah
Keluk tak pindah,bergerak di atas keluk permintaan yang sama
Perubahan permintaan Harga tetap
Keluk berpindah, kekiri berkurang, kekanan bertambah
Permintaan bertambah kekanan kerana citarasa bertambah, musim perayaan, pendapatan
bertambah,harga barang pengganti meningkat,ramai orang kaya
Permintaan berkurang kekiri kerana citarasa berkurang, bukan musim, pendapatan berkurang,harga
barang pengganti menurun,ramai orang miskin
Keanjalan harga permintaan mengukur peratus perubahan kuantiti di minta akibat daripada peratus
perubahan harga
Ed = peratus perubahan kuantiti diminta
-----------------------------------------peratus perubahan harga
Q1-Q0 x 100
Q0
P1 p0 x 100
P0
KATA KUNCI
Nampak harga mula-mula itu harga asal P0
Nampak harga seterusnya itu harga baru P1
Nampak kuantiti asal itu kuantiti asal Q0
Nampak kuantiti baru itu kuantiti baru Q1
Bila peratus terus bahagi/ atau ada satu angka kuantiti dan harga - kuantiti bahagi harga
Ed = peratus perubahan kuantiti diminta
-----------------------------------------peratus perubahan harga
Bila ada dua angka kuantiti dan dua angka harga cari perubahan baru bahagi
Q1-Q0 x 100
Q0
P1 p0 x 100
P0

Anjal (jawapan 1.1 ke atas) Q > P, ED>1


Tak anjal (jawapan 0.1 hingga 0.9) P>Q,ED<1
Anjal 1. (jawapan 1) Q = P ED = 1
Anjal
Peratus perubahan kuantiti di minta lebih besar dari peratus perubahan harga
Nilai pekali keanjalan lebih dari Satu
Strategi pengeluar turunkan harga, tambahkan jualan, jumlah hasil bertambah
Harga naik 1% kuantiti permintaan turun ___________(ikut jawapan pengiraan)
Tak Anjal
Peratus perubahan harga lebih besar dari peratus perubahan kuantiti diminta
Nilai pekali keanjalan kurang dari Satu
Strategi pengeluar naikkan harga, jumlah hasil bertambah
Harga naik 1% kuantiti permintan turun ___________(ikut jawapan pengiraan)
Anjal Satu
Peratus perubahan harga sama dengan peratus perubahan kuantiti di minta
Nilai pekali keanjalan sama dengan Satu
Strategi pengeluar kekalkan harga
Harga naik 1% kuantiti permintaan 1%
BAB 4
FIRMA
1 Menawarkan barang
2. Beri pendapatan faktor Sewa,Upah, Faedah dan Untung
Matlamat firma memaksimumkan keuntungan, jualan dan kebajikan masyarakat
Pengeluaran
Proses mengabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
Input tetap kuantiti sukar di ubah,tidak berubah ikut keluaran, tetap wujud walaupun output
sifarcth tapak kilang, tanah
Input berubah kuantiti mudah di ubah, berubah ikut keluaran cth buruh, bahan mentah
Pengeluaran jangka pendek
Input berubah dapat diubah sedangkan input tetap tidak berubah mengikut perubahan kuantiti keluaran
Ada input tetap dan input berubah
Keluaran purata keluaran yang dihasilkan oleh seunit unit berubah dalam proses pengeluaran
Keluaran Sut Perubahan jumlah keluaran akibat pertambahan seunit input berubah dalam proses
pengeluaran
Pengeluaran jangka panjang

Input berubah dan input tetap dapat ditambah selari dengan pertambahan keluaran
Semua input berubah, input tetap tak ada.

FORMULA
BI
L

JENIS
PENGELUARAN

KELUARAN PURATA

KELUARAN SUT

JUMLAH
KELUARAN

FORMULA
= JUMLAH KELUARAN
INPUT BERUBAH
= PERUBAHAN JUMLAH KELUARAN
PERUBAHAN INPUT BERUBAH
= KELUARAN PURATA x INPUT BERUBAH

KOS PENGELUARAN
BI
L

JENIS KOS

FORMULA

KOS TETAP

= JUMLAH KOS KOS BERUBAH

KOS BERUBAH

= JUMLAH KOS KOS TETAP

JUMLAH KOS

KOS PURATA

KOS MARGINAL / KOS SUT

KELUARAN / KUANTITI /
OUTPUT

= KOS TETAP + KOS BERUBAH ATAU


KOS PURATA x KUANTITI
= JUMLAH KOS
KUANTITI
= PERUBAHAN JUMLAH KOS
PERUBAHAN KUANTITI
= JUMLAH KOS
KOS PURATA

Kos Tetap perbelanjaan untuk membiayai input tetap


Cth sewa tanah, bangunan, mesin,alat pengeluaran
Penawaran
Penawaran bertambah kekanan kerana kos pengeluaran berkurang, tingkat teknologi
meningkat,matlamat pengeluar memaksimumkan keuntungan, dasar kerajaan bagi subsidi ,harga
barang pengganti meningkat,dijangka harga meningkat pada masa hadapan
Penawaran berkurang kekiri kerana kos pengeluaran bertambah, tingkat teknologi
menurun,matlamat pengeluar memaksimumkan keuntungan, dasar kerajaan kenakan cukai ,harga
barang pengganti menurun,dijangka harga menurun pada masa hadapan

Bab 5
Pasaran
Permintaan pasaran merujuk kepad kuantiti barang yang dimita oleh semua individu dalam pasaran
pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh masa tertentu
Permintaan pasaran- campurkan individu
Penawaran pasaran campurkan firma
Keseimbangan pasaran barang
DD > SS= lebihan DD harga cenderung naik
SS > DD= lebihan SS harga cenderung turun
DD = SS= seimbang dapat harga dan kuantiti keseimbangan
Keseimbangan pasaran buruh
DDL > SSL= lebihan DDL upah cenderung naik
SSL > DDL= lebihan SSLupah cenderung turun
DDL = SSL= seimbang dapat upah dan buruh keseimbangan
TINGKATAN 5
BAB 1
Ciri Wang
Diterima umum
Tahan lama
Penawaran terhad
Kestabilan nilai
Mudah dibawa
Dibahagikan kepada unit yang lebih kecil
Fungsi wang
Alat perantaraan pertukaran dengan wang dapat barang
Ukuran nilai ada harga
Simpan nilai simpan dibank
Bayaran tertunda bayar secara ansuran, wang pendahuluan
Bank
Bank Pusat
Mengeluarkan mata wang
Mengawal kestabilan nilai mata wang
Jurubank kepada kerajaan -perkhidmatan kewangan kepada kerajaan, mentadbir akaun kerajaan
dengan membuat dan menerima pembayaran, menguruskan sumber dan pembayaran hutang Negara
Jurubank kepada bank perdagangan - menyimpan dan mengawal rizab tunai dan rizab
berkanun bank-bank perdagangan, menyediakan rumah penjelasan cek, sumber pinjaman terakhir jika bank
perdagangan mengalami masalah kewangan

BANK SAUDAGAR
(i) Memberi perkhidmatan rundingan korporat
(ii) Menguruskan pinjaman bersindiket
(iii) Menanggung jamin terbitan syer
(iv) Khidmat pengurusan berportfolio

BANK PERDAGANGAN
Menguruskan akaun tabungan, akaun tetap dan akaun semasa
Institusi Kewangan
Kwsp perlindungan hari tua
LUTH menerima deposit drpd umat islam, bayar zakat, buat pelaburan
Takaful insuran
BAB 2
TIADA PERGANTUNGAN KEPADA SEKTOR UTAMA
Peluang pekerjaan terjejas, pupus, daya pengeluaran rendah
BELANJAWAN NEGARA KAWAL KEMELESETAN
Tambah perbelanjaan kerajaan, turun cukai
BELANJAWAN NEGARA KAWAL INFLASI
Turun perbelanjaan kerajaan, naik cukai
SUMBER HASIL
CUKAI LANGSUNG
Cukai pendapatan individu, syarikat, petroleum, cukai tanah,duti stem, cukai pintu
CUKAI TIDAK LANGSUNG
Cukai import cukai dikenakan keatas barang impot
Cukai eksport cukai dikenakan keatas barang ekspot
Cukai eksais cukai yang dikenakan keatas barang keluaran tempatan
yang dijual di negara ini
Cukai jualan Cukai yang dikenakan terhadap jualan akhir
Cukai perkhidmatan - cukai yang dikenakan keatas perkhidmatan yg diberikan di hotel,
restoran segera dgn kadar 5%
HASIL BUKAN CUKAI
Lesen, permit, denda royalti
PERBELANJAAN MENGURUS
Emolumen, hutang, bekalan dan perkhidmatan , pencen ,pemberian dan serahan kpd kerajaan negeri
subsidi

10

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN
Perkhidmatan ekonomi bina kedai
Perkhidmatan sosial - bina sekolah, hospital
Perkhidmatan keselamatan bina kuarter tentera polis n tentera, beli kelengkapan tentera
Pentadbiran bina pejabat pentadbiran
WUJUD PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Sumber semulajadi, iklim dan jenis tanah, budaya, citarasa
PINJAMAN DALAM NEGERI
Surat jaminan kerajaan, bil perbendaharaan, sijil pelaburan( utk institusi kewangan islam)
PINJAMAN LUAR NEGERI
Pinjaman pasaran, pinjaman projek, kredit pembekal dan tabung dana antarabangsa
Ekspot duit masuk
Impot duit keluar
Nampak barang
Tak nampak perkhidmatan cth orang
Ekspot barang nampak- komoditi, perkilangan
Ekspot barang tidak nampak tambang dan insuran, pengangkutan, perjalanan,
pendapatan pelaburan, urusniaga kerajaan
Impot barang nampak barang-barang sahaja. barang pelaburan, penggunaan, barang
impot utk diekspot semula
Impot tidak nampak - perkhidmatan tambang dan insuran, pengangkutan, perjalanan,
pendapatan pelaburan, urusniaga kerajaan
BAB 3
IMBANGAN DAGANGAN
Ekspot barang nampak dgn impot barang nampak
Imbangan dagangan = nilai ekspot nampak nilai impot nampak
Lebihan = nilai ekspot barang nampak > nilai impot barang nampak
Kurangan = nilai impot barang nampak > nilai ekspot barang nampak
Seimbang = nilai ekspot barang nampak = nilai impot barang nampak
IMBANGAN PEMBAYARAN
Rekod jumlah penerimaan dan pembayaran
Imbangan pembayaran = Akaun dagangan + A. perkhidmatan + A. pendapatan + A
pindahan + Akaun modal
Akaun Semasa + Akaun Modal
AKAUN SEMASA
Akaun Dagangan ekspot dagangan nampak tolak impot dagangan nampak
Akaun Perkhidmatan ekspot dan impot dagangan tak nampak

11

Akaun pendapatan - Penerimaan dari luar negeri dan pembayaran keluar negeri
Akaun pindahan- persendirian swasta dan kerajaan
AKAUN MODAL
Aliran keluar modal dan aliran masuk modal
Akaun Dagangan
Imbangan dagangan lebihan = Nilai ekspot nampak melebihi nilai impot nampak
Imbangan dagangan kurangan = Nilai impot nampak melebihi nilai ekspot nampak
Akaun Perkhidmatan
Imbangan Perkhidmatan positif = Ekspot tak nampak melebihi impot tak nampak
Imbangan perkhidmata negatif = Impot tak nampak melebihi ekspot tak nampak
SEKATAN PAB
Tarif- cukai ke atas barang impot
Kuota sekatan dlm kuantiti
Subsidi- bantuan
Embargo larangan impot /ekspot
Sekatan bukan ekonomi sekatan kuatkuasa undang
Kawalan pertukan kerajaan Dasar kerjaan mengawal kuantiti
KU DOAKAN SEMOGA ANAK DIDIK KU BEROLEH KEJAYAAN DENGAN RAMAI
PELAJAR MENDAPAT A PLUS DALAM EKONOMI ASAS
INSYAALAH
HASIL USAHA
PN HJH ASMAH BT HJ OTHMAN
GURU CEMERLANG EKONOMI ASAS DG 48
SMK(P) SAB MUAR

12

You might also like