You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

1.1 DEFINISI UNDANG-UNDANG

Ahli-ahli falsafah undang-undang seperti Aristolte, JJ Rousseau dan Finnis


mendefinasikan undang-undang adalah suatu peraturan-peraturan yang
membolehkan dan menegah sesuatu kelakuan atau tindakan. Undang-undang
diadakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi masyarakat supaya mereka
hidup secara aman. Pihak berkuasa berhak mengeluarkan arahan-arahan dan
membuat undang-undang baru untuk kebaikan awam. Undang-undang mestilah
untuk kebaikan awam iaitu mewujudkan ketenteraman awam, kesihatan awam,
kelakuan moral dan keadilan semulajadi.

Austin, Kelsen, Bentham dan Hart pula mendefinasikan bahawa udang-undang


adalah peraturan-peraturan yang diadakan oleh pihak pemerintah dan jika
pelanggaran undang-undang berlaku, maka pihak pemerintah boleh
mengenakan hukuman.

Ciri-ciri utama undang-undang ialah kuasa pemerintah untuk membuat undangundang, ketaatan masyarakat terhadap undang-undang dan kesahihan undangundang itu.

Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan oleh


sesuatu pihak berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai kekesanan
undang-undang. Undang-undang adalah peraturan-peraturan mengenai kelakuan
yang mesti dipatuhi oleh semua rakyat dan tertakluk kepada hukuman atau
tindakan undang-undang.

1.2 FUNGSI UNDANG-UNDANG

Undang-undang diadakan untuk mengawal dan mengatur kehidupan masyarakat


serta membendung kezaliman. Contohnya seperti undang-undang jenayah
mengenalpasti kelakuan yang tidak diredai oleh masyarakat seperti mencuri,
mencederakan orang, merompak atau membunuh. Perbuatan-perbuatan seperti
di atas akan dihukum mengikut undang-undang jenayah seperti hukuman denda,
penjara, sebat atau hukum mati.

Undang-undang juga diwujudkan untuk menjaga hak-hak dan kewajipan.


Contohnya seperti hak isteri menerima nafkah dari suaminya atau seorang anak
mendapat nafkah daripada ibubapanya. Sekiranya perkara ini gagal dilakukan, si
suami atau bapa akan diperintahkan oleh mahkamah untuk melaksanakan
kewajipannya.

Undang-undang berfungsi mewujudkan satu sistem kehidupan dalam sesuatu


masyarakat. Contohnya di negara-negara Islam, undang-undang syariah
digunakan di mana adalah berbeza dari undang-undang sivil.

Undang-undang juga bertujuan mengujudkan keadilan. Di bawah undang-undang


perlembagaan konsep hak-hak asasi dan kesamarataan diamalkan. Contohnya di
Malaysia semua warganegara berhak mengamal agama masing-masing.
Undang-undang jenayah yang sama akan digunakan atas semua rakyat tidak
kira agama, kaum atau keturunan.

1.3 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG

Undang-undang diklasifikasikan seperti :

1.3.1 Undang-undang Awam atau Persendirian

Undang-undang awam adalah undang-undang mengenai hubungan antara


kerajaan dan individu. Undang-undang awam meliput undang-undang jenayah,
undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan. Undang-undang
jenayah adalah menyenaraikan kelakuan-kelakuan yang disifatkan sebagai
kesalahan oleh sesebuah negara dan seseorang yang disabitkan kesalahan oleh
pihak mahkamah akan dihukum mengikut undang-undang negara tersebut.

Undang-undang persedirian adalah undang-undang mengenai hubungan hak dan


kewajipan antara individu seperti undang-undang kontrak, tort, undang-undang
perbankan, undang-undang keluarga, undang-undang wasiat dan sebagainya.

1.3.2 Undang-undang Negara atau Antarabangsa

Undang-undang jenis ini diwujudkan untuk kedamaian dalam negara seperti


undang-undang pentadbiran, tanah atau imigresen.

Negara kita Malaysia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu


mewujudkan satu persefahaman di antara anggota-anggotanya melalui
perjanjian-perjanjian. Antara undang-undang antarabangsa yang telah
dipersetujui adalah mengenai penggunaan laluan antarabangsa, penggunaan
satelit di angkasa lepas dan hak asasi manusia. Mahkamah keadilan
antarabangsa ditubuhkan di Eropah untuk mendengar kes-kes mengenai hak-hak
asasi manusia.

1.3.3 Undang-undang Sivi dan Jenayah

Undang-undag sivil adalah mengenai hubungan dan urusan antara individu.


Udang-undang sivil merangkumi undang-undang kontrak, tort, tanah, keluarga,
syarikat dan sebagainya.

Undang-undang jenayah adalah hubungan antara kerajaan dengan individ.


Tujuannya adalah menghukum pesalah-pesalah yang melakukan perbuatan yang
tidak diredai oleh masyarakat. Contohnya Akta Dadah Merbahaya, Akta
Keselamatan Dalam Negari, Akta Senjata Api dan sebagainya.

1.3.4 Undang-undang Ciptaan manusia atau Tuhan.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, undang-undang digubal oleh Perlimen atau


badan yang diberi kuasa oleh undang-undang dan ini adalah undang-undang
yang dicipta oleh manusia. Undang-undang ini sering dipinda dari masa ke
semasa untuk disesuaikan dengan kehendak masyarakat dan negara. Undangundang Islam adalah undang Tuhan. Undang-undang ini tidak boleh dipinda
tetapi pelbagai tafsiran telah dibuat oleh para ulama dan diterima oleh
penganut-penganut agama Islam.

Undang-undang Islam meliputi perkara seperti undang-undang jenayah,


keluarga, pentadbiran, tanah dan juga antarabangsa.

1.3.5 Undang-undang Substantif atau Prosedur

Undang-undang substantif adalah undang-undang yang menjelaskan hak dan


kewajipan individu di dalam sesuatu perkara.

Undang-undang prosidur adalah mengenai acara bagaimana melakukan sesuatu.


Contohnya kontrak atau perjanjian antara dua pihak yang memberi persetujuan
mengenai sesuatu secara bertulis. Kegagalan menyempurnakan perkara-perkara
yang dipersetujui boleh menyebabkan kontrak itu tidak sah disisi undangundang.

Sumber Undang-undang Malaysia

Sumber Undang-undang Tidak Bertulis Bertulis

Undang-undang Islam
Undang-undang Inggeris.
Undang-undang Adat
Keputusan Mahkamah
1.1 Undang-undang islam
Al-quran
Hadis
Qias
Ijma' Ulamak
2.1 Undang-undang Inggeris

Seksyen 3 - Akta Undang-Sivil 1956


Seksyen 5 Akta Undang-Sivil 1956
3.1 Undang-undang Adat
Adat Temenggung
Adat Perpatih
Adat Hindu & Cina
Adat Bumiputera
4.1 Keputusan Mahkamah

Sumber Undang-undang Bertulis Bertulis

Undang-undang Perundangan dan Perundangan Kecil


Perlembagaan

2.0 PROSES PENGGUBALAN

Proses penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia adalah mengikut caracara dan peraturan tertentu seperti yang ditetapkan dalam Bab 5 Acara
Perundangan Perlembagaan Persekutuan.

Permulaan Penggubalan Undang-undang adalah dengan perangkaan dasar-dasar


yang berkaitan dengan sesuatu rang undang-undang yang hendak dibentangkan
di Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dalam membuat rangka
dasar rang undang-undang, Menteri atau pihak Kementerian berkenaan perlu
berunding dengan Jabatan Peguam Negara, Perbendaharaan atau KementerianKementerian lain yang ada kaitan dengan rang undang-undang berkenaan.

Setelah dipersetujui oleh semua pihak yang terbabit tadi, satu draf rang undangundang perlu disediakan. Draf ini disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dan
dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan badan tersebut.
Setelah diluluskan oleh Jemaah Menteri, notis pemberitahuan akan dihantar oleh
Menteri berkenaan kepada kedua-dua Setiausaha Majlis Parlimen. Rang undangundang tersebut akan dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara untuk diedarkan
kepada semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Akhir sekali, rang undang-undang ini akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat
dan Dewan Negara bagi mendapat kelulusan kedua-dua Majlis Parlimen tersebut.
Di dalam tiap-tiap dewan yang disebutkan tadi rang undang-undang tersebut
akan dibaca untuk kali pertama, kedua dan ketiga sebelum diluluskan.

2.1 Pertingkat Bacaan Dewan Rakyat

Peringkat bacaan Dewan Rakyat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu


peringkat bacaan pertama, peringkat bacaan kedua dan peringkat bacaan
ketiga. Di dalam peringkat bacaan pertama, Menteri yang terlibat dalam
pembikinan draf akan mengemukakan rang undang-undang kepada semua ahli
Dewan. Menteri berkenaan akan memberitahu Dewan mengenai masa untuk
bacaan kedua dan ketiga sebelum diluluskan.

Pada bacaan kali kedua rang undang-undang yang telah dibentangkan dahulu
akan dibahaskan secara mendalam oleh ahli Dewan. Ahli-ahli Dewan akan
menimbangkan semula semua aspek kebaikan, keburukan, kesan dan
pengaruhnya terhadap negara dan rakyat. Menteri yang terlibat dalam
mengemukakan draf undang-undang berkenaan akan bertanggungjawab dalam
memberi jawapan dan kemusykilan oleh ahli-ahli Dewan. Rang undang-undang
tersebutnya kemudiannya akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa.

Apabila rang undang-undang selesai dibahaskan dan mendapat persetujuan


Dewan Rakyat pada kali kedua, ia akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa.
Diperingkat ini, penelitian terperinci ke atas setiap fasal mengikut susunannya
akan dilakukan. Pihak Jawatankuasa ini juga berupaya dan mempunyai hak untuk
membuat pindaan ke atas rang undang-undang tersebut jika perlu.

Peringkat terakhir, iaitu bacaan kali ketiga akan dijalankan ke atas rang undangundang yang telah diluluskan oleh pihak Jawatankuasa. Dalam peringkat ini, rang
undang-undang tersebut akan dikemukan semula oleh Menteri berkenaan
kepada Dewan Rakyat untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Setelah
diluluskan, rang undang-undang tersebut akan di bawa ke Dewan Negara untuk
dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan.

2.1 Peringkat Bacaan Dewan Negara

Pada peringkat bacaan Dewan Negara, rang undang-undang yang telah


diluluskan oleh Dewan Rakyat akan mengalami proses pembacaan kali pertama,
kedua dan ketiga sepertimana yang berlaku di Dewan Rakyat sebelum diluluskan
oleh pihak ahli Dewan Negara.

Pada peringkat bacaan kali pertama di Dewan Negara, rang undang-undang


tersebut akan dibentangkan oleh Menteri yang berkenaan kepada semua ahli
Dewan. Penbacaan ini dilakukan untuk diperdengarkan kepada ahli Dewan
Negara yang akan kembali bersidang pada pembacaan yang kedua dan ketiga
yang akan ditetapkan tarikhnya oleh pihak Dewan.

Pembacaan kali kedua akan membahaskan rang undang-undang tersebut secara


mendalam oleh pihak Dewan Negara. Setelah diteliti segala aspek kebaikan dan
keburukan serta kesan dan pengaruhnya ke atas negara dan rakyat, barulah
rang undang-undang tersebut di bawa ke peringkat Jawatankuasa untuk diteliti
secara terperinci. Pada peringkat ini penggubalan rang undang-undang akan
mengambil masa yang panjang, ini bergantung kepada persetujuan ahli Dewan
ke atas rang undang-undang yang dibahaskan. Soalan dan kemusykilan oleh ahli
Dewan Negara perlu diberi jawapan dan penjelasan oleh pihak yang merangka
dasar-dasar rang undang-undang tersebut.

Pada peringkat Jawatankuasa penelitian yang terperinci dibuat ke atas setiap


fasal rang undang-undang tersebut. Jawatankuasa juga berhak membuat
pindaan ke atas rang undang-undang tersebut jika difikirkan perlu. Pihak

Jawatankuasa juga perlu mendapat persetujuan semua ahli Jawatankuasa


sebelum meminda rang undang-undang tersebut.

Pada peringkat bacaan kali ketiga, rang undang-undang tersebut akan


dikemukan semula kepada ahli Dewan Negara untuk mendapatkan kelulusan.
Pada peringkat ini rang undang-undang tersebut telah melalui proses
penggubalan yang terperinci di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Apabila rang undang-undang tersebut mendapat kelulusan daripada Dewan


Negara, rang undang-undang tersebut perlulah dipersembahkan kepada ke
bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk
mendapat persetujuan Baginda dan diperkenankan untuk dijadikan undangundang.

Daripada proses yang dihuraikan di atas nyata bahawa sesuatu proses


penggubalan undang-undang itu dilakukan secara terperinci, adil dan saksama.
Perbahasan dan perbincangan serta kesimpulan yang dilakukan menjamin rang
undang-undang yang digubal memenuhi tuntutan hak semua warganegara di
negara ini.

Sebagai rujukan Semua....

MiQdAd
Disiarkan 11th February 2010 oleh MiQdAd

Memuatkan
Templat Dynamic Views. Dikuasakan oleh Blogger.

You might also like