You are on page 1of 2

Azfa Hanani: Tema dan Persoalan

TEMA
Novel ini bertemakan pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam
menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar
sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa
menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga
dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu,
penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin
Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah
tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh
dalam satu kemalangan jalan raya.

PERSOALAN
1.

Pengorbanan dalam menempuh kehidupan

a. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi
menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan
sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan.
b. Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di
kampung.
c. Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di
rumah
Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa
Tengku
Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di
rumah itu.

2.

Berani mengambil risiko

a. Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani
mengambil risiko
dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
b. Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu,
sekolah
baharu dan kawan-kawan yang baharu.

3.
Kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan
seharian
a. Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar
dengan tujuan
untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.
b. Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa
Hanani masih
bersikap optimis dan tidak berputus asa.

4.

Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat

a. Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar


kerana
tamakkan harta.
b. Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan
Ekran kerana
Ekran berasal dari keluarga yang susah.
c. Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga
yang kaya.

5.

Berpegang kepada janji

a. Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar upah


kepada
Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni.
b. Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan
Zuraini.
c. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16
tahun yang
lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus
kesalahan
mereka.

You might also like