You are on page 1of 28

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL ,

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,


35900, TANJUNG MALIM, PERAK,
MALAYSIA.

CADANGAN PROPOSAL KAJIAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAPUR DEBU ( GML ) DAN KAPUR CECAIR


( HUMIBOX ) KE ATAS pH TANAH BAGI TANAMAN PADI

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA

: MUHAMAD SHAHIZI BIN BAHAROM

NO. MATRIK

: M20131001454

PROGRAM

: IJAZAH SARJANA SAINS


( SAINS PERTANIAN )

PENYELIA UTAMA :
DR. NOR AZLINA BINTI HASBULLAH
PENYELIA KEDUA :
PROF MADYA DR. MOHAMMAD B. MOHD LASSIM

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
ABSTRAK
ABSTRACT

1.0.

2.0.

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

1.2

Latar Belakang Kajian

1.3

Justifikasi / Rasional Kajian

1.4

Objektif Kajian

1.5

Kepentingan Kajian

1.6

Rumusan

KAJIAN BAHAN BERTULIS ( LITERATUR )


2.1

Pengenalan

2.2

3.0.

METODOLOGI PENYELIDIKAN / KAJIAN ( BAHAN DAN KAEDAH )


2

3.1

Pengenalan

3.2

Lokasi Kajian

3.3

Reka Bentuk Kajian


3.2.1

Model Kajian

3.2.2

Carta Aliran Kajian

3.4

Bahan-Bahan Yang Digunakan

3.5

Jangkamasa Kajian

3.6

Kaedah Persampelan

3.7

Kaedah Pengumpulan Data

3.8

3.7.1

Data Primer

3.7.2

Data Sekunder

Kaedah Penganalisian Data


3.8.1

3.9

Analisa Data

Rumusan

4.0.

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

5.0.

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

BAB 1
PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan
ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di
Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali
sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah
jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi
sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara
yang teratur.
Tanaman padi memerlukan sinaran matahari, suhu dan jumlah hujan (18-40oC dan 1240
mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung.[1]Oleh itu, tanah-tanah
berstruktur halus seperti lempung, lempung berkelodak, lom lempung atau lempung
berpasir adalah sesuai untuk tanaman padi. Sifat kimia tanah sawah yang subur ialah
dengan pH (5.0-6.0), nitrogen (2-3%), fosforus (>40 ppm), kalium (>0.1 meq/100g), CEC
(>20 meq/100g) dan karbon organik (2-3%).
Dasar Agromakanan Negara telah memberi fokus utama kepada industri padi dan beras.
Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara dan
mengurangkan import (DAN, 2011), penggunaan input-input pertanian khususnya baja dan
racun kimia sudah tentu akan meningkat. Baja telah dikenal pasti antara input utama untuk
meningkatkan hasil. Walau bagaimanapun, penggunaan secara berterusan input kimia akan
menjurus kepada faktor kemerosotan kesuburan tanah dan isu pencemaran alam sekitar
(Serpil, 2012).

Diantara perkara penting yang perlu diberi perhatian di dalam pembajaan tanaman padi ialah
kadar dan masa pembajaan dilakukan. Pengambilan baja oleh tanaman juga bergantung kepada
tahap kesuburan tanah termasuk faktor fizikal dan kimia tanah bagi sesuatu kawasan

Tanah merupakan elemen yang penting yang mempengaruhi tumbesaran tanaman padi serta
pengeluaran hasilnya. Tanah yang subur akan membolehkan akar tanaman membiak dengan
cepat keserata arah dan dapat menyerap zat makanan yang tersedia di dalam tanah
Namun begitu didapati tahap kesuburan tanah sawah di setiap kawasan adalah berbeza kerana
dipengaruhi oleh sifat-sifat fizikal dan kimia tanah di kawasan tersebut.

1.2

Latar Belakang Kajian/Masalah

1.2.1

Status Bidang Kajian


Tanaman Padi secara umumnya ditanam di atas tanah lanar laut walaupun jenis tanah

ini adalah sederhana sesuai atau tidak sesuai untuk penanaman padi kerana limitasi-limitasi
tanah seperti kurang salir, kemasinan yang tinggi dan keupayaan penyerapan nutrien dan pH
tanah yang rendah (< pH 3.5) sekiranya dalam keadaan kering. Selain daripada mengadakan
sistem pengairan dan kawalan air berterusan serta menjalankan program pembajaan yang
sempurna, pengapuran juga merupakan salah satu pengurusan tanah yang amat penting bagi
mengurangkan keasidan tanah, ketoksikan Mn2+ dan Al3+ dan membekalkan sumber Ca2+ dan
Mg2+ pada tanah serta dapat meningkatkan hasil tanaman padi.
Tanah lanar laut dan aluvium sungai adalah sederhana sesuai atau tidak sesuai untuk
penanaman padi kerana penyerapan nutrien dan pH tanah yang rendah (< pH 3.5). Selain sistem
pengairan, program pembajaan yang sempurna, pengapuran juga sangat diperlukan bagi
mencapai kesesuaian potensi tanah tersebut untuk penanaman padi.

Di Malaysia, bahan kapur yang sering digunakan untuk memperbaiki pH tanah bagi penanaman
padi ialah ground magnesium limestone (GML). Namun begitu, hasil daripada transformasi
pertanian, kapur cecair Humibox telah diperkenalkan sebagai alternatif untuk memperbaiki pH
tanah disamping kelebihannya yang mudah dibawa, disimpan dan dikendalikan berbanding
kapur debu (GML).
Hasil daripada transformasi pertanian, selain daripada penggunaan kapur debu iaitu
ground magnesium limestone (GML), Syarikat Humibox Sdn. Bhd. telah memperkenalkan
sejenis kapur larutan atau cecair iaitu menggunakan jenama Humibox yang bertujuan untuk
meningkatkan pH tanah. Walaupun, kapur cecair lebih mudah dibawa, disimpan dan
dikendalikan berbanding penggunaan kapur debu, namun tiada kajian spesifik yang dijalankan
bagi menentukan keberkesanannya dalam mengurangkan keasidan tanah khususnya bagi tanah
lanar laut yang ditanam dengan tanaman padi.
Satu pemerhatian akan dijalankan dikawasan tanah lanar laut (siri tanah Kechai) bagi menilai
kesan penggunaan 2 jenis bahan kapur iaitu GML dan Humibox ke atas sifat-sifat kimia tanah
(pH tanah, Ca, Mg, KPK dan bahan organik). Sebanyak 12 sampel tanah dari setiap rawatan
[T0 (kawalan), T1 (Humibox) dan T2 (GML)] diambil secara rawak selama 2 musim
penanaman padi (12 bulan) dengan menggunakan Kaedah Rekabentuk Blok Penuh Rawak
(CRBD). Sepuluh (36) sampel daun juga akan diambil pada 85 hari lepas tanam padi bagi
penentuan kekurangan nutrien (N, P, K, Ca dan Mg) dalam tanaman padi selama 2 musim
tanaman padi.
Menurut Rutger (1981), tanaman padi memerlukan tanah pH 5.0 hingga pH 7.5 untuk
pertumbuhan optima, walaupun ia boleh hidup pada tanah pH 4.3 hinggg pH 8.7 (Duke, 1973).
Ting et al., 1993 mendapati hasil padi meningkat dari 1.4 tan/ha (1974) kepada 4.5 tan/ha
(1990) di kawasan penanaman padi yang dikenali sebagai Skim Merbok (Persisiran Pantai
Kedah-Perlis) selepas pemberian kapur sebanyak 2 tan GML/ha setiap tahun. Kajian pada tanah
asid sulfat oleh Totok Suswanto et al., 2007 menunjukkan bahawa pengapuran dapat
meningkatkan pH tanah dan Kalsium (Ca) dan ia juga boleh mempengaruhi peningkatan hasil
padi.

1.3 Penyataan Masalah

Kesuburan tanah berkaitan dengan jenis nutrien yang hadir di dalam tanah, bentuknya,
dan ketersediaannya diserap oleh akar tumbuhan. Kesuburan tanah berbeza mengikut
sumber asal tanah tersebut dari bahan induknya. Di tanah yang digunakan untuk pertanian
atau aktiviti manusia yang lain, tanah yang subur terhasil dengan amalan pemuliharaan
tanah yang baik. Asasnya kebolehan sesuatu tanah untuk membekalkan nutrien kepada
tumbuhan.
Kesuburan tanah adalah suatu keadaan tanah dimana air, udara dan unsur dalam keadaan
cukup seimbang dan tersedia sesuai pertumbuhan tanaman, baik fisik, kimia dan biologi tanah
(Syarif Effendi, 1995).
Kesuburan tanah adalah kondisi suatu tanah yg mampu menyediakan unsur hara
essensial untuk tanaman tanpa efek racun dari hara yang ada (Foth and Ellis ; 1997). Menurut
Brady, kesuburan tanah adalah kemampuan tanah untuk menyediakan unsur hara essensial
dalam jumlah dan proporsi yang seimbang untuk pertumbuhan.
Tanah yang subur adalah tanah yang mempunyai profil yang dalam (kedalaman yang
sangat dalam) melebihi 150 cm, strukturnya gembur remah, pH 6-6,5, mempunyai aktivitas
jasad renik yang tinggi (maksimum). Kandungan unsur haranya yang tersedia bagi tanaman
adalah cukup dan tidak terdapat pembatas-pembatas tanah untuk pertumbuhan tanaman
(Sutejo.M.M, 2002)
Jenis tanah merupakan salah satu faktor penting dalam pertumbuhan tanaman karena
perbedaan jenis tanah mempengaruhi sifat-sifat dari tanah tersebut. Untuk memahami
hubungan antara jenis tanah, diperlukan pengetahuan yang mampu mngelompokkan tanah
secara sistematik sehingga dikenal banyak sekali sistem klasifikasi yang berkembang.
Untuk mempelajari hubungan antar jenis tanah maka sistem klasifikasi tanah dibagi
menjadi sistem klasifikasi alami dan sistem klasifikasi teknis (Sutanto, 2005).

Kesuburan tanah merupakan kemampuan tanah menghasilkan bahan tanaman yang


dipanen. Maka disebut pula daya menghasilkan bahan panen atau produktivitas. Ungkapan
akhir kesuburan tanah ialah hasil panen, yang diukur dengan bobot bahan kering yang dipungut
per satuan luas (biasanya hektar) dan per satuan waktu. Dengan menggunakan tahun sebagai
satuan waktu untuk perhitungan hasilpanen, dapat dicakup akibat variasi keadaan habitat akar
tanaman karena musim (Schroeder, 1984).
Cepat dan lambatnya suatu pertumbuhan pada berbagai jenis tanaman juga sangat
ditentukan oleh pH tanah itu sendiri. Kerana Bagaimanapun unsur hara yang memiliki jenis
makanan yang seharusnya diserap oleh tanaman sebagai kebutuhannya, namun apabila PH
yang dikandungnya tidak normal maka tanaman itu sendiri tidak bisa menyerap makanan
tersebut dikarenakan tanaman tersebut tidak memiliki keinginan untuk menyerap semua gizi
yang ada dalam tanah.
Dalam ilmu pertanian pengaruh terhadap PH tanah sangat memiliki peranan yang sangat
penting gunanya untuk Menentukan mudah tidaknya ion-ion unsur hara diserap oleh tanaman.
Pada umumnya unsur hara akan mudah diserap tanaman pada pH 6-7, karena pada pH tersebut
sebagian besar unsur hara akan mudah larut dalam air.
Nilai pH dalam tanah juga menunjukkan keberadaan unsur-unsur yang bersifat racun bagi
tanaman. Jika tanah masam akan banyak ditemukan unsur alumunium (Al) yang selain
meracuni tanaman juga mengikat phosphor sehingga tidak bisa diserap tanaman. Selain itu
pada tanah masam juga terlalu banyak unsur mikro yang bisa meracuni tanaman. Sedangkan
pada tanah basa banyak ditemukan unsur Na (Natrium) dan Mo (Molibdenum) . Kondisi pH
tanah juga menentukan perkembangan mikroorganisme dalam tanah. Pada pH 5,5 7 jamur
dan bakteri pengurai bahan organik akan tumbuh dengan baik. Demikian juga mikroorganisme
yang menguntungkan bagi akar tanaman juga akan berkembang dengan baik.

pH tanah atau kemasaman tanah atau reaksi tanah menunjukkan sifat kemasaman atau
alkalinitas tanah yang dinyatakan dengan nilai pH. Nilai pH menunjukkan banyaknya
konsentrasi ion hidrogen (H +) di dalam tanah. Makin tinggi kadar ion H+ di dalam tanah,
semakin masam tanah tersebut. Di dalam tanah selain ion H+ dan ion-ion lain terdapat juga ion
hidroksida (OH-), yang jumlahnya berbanding terbalik dengan banyaknya ion H+. Pada tanahtanah masam jumlah ion H+ lebih tinggi dibandingakan dengan jumlah ion OH-, sedangkan
pada tanah alkalis kandungan ion OH- lebih banyak dari ion H+. Jika ion H+ dan ion OH- sama
8

banyak

di

dalam

tanah

atau

seimbang,

maka

tanah

bereaksi

netral.

Kemasaman tanah merupakan hal yang biasa terjadi di wilayah-wilayah bercurah hujan
tinggi yang menyebabkan tercucinya basa-basa dari kompleks jerapan dan hilang melalui air
drainase. Pada keadaan basa-basa habis tercuci, tinggallah kation Al dan H sebagai kation
dominant yang menyebaabkan tanah bereaksi masam (Coleman dan Thomas, 1970).

1.4 Justifikasi / Rasional Kajian


Di Malaysia, jenis bahan kapur yang sering digunakan untuk memperbaiki pH tanah bagi
penanaman padi ialah ground magnesium limestone (GML). Namun begitu, hasil daripada
transformasi pertanian, kapur cecair berjenama Humibox telah diperkenalkan sebagai alternatif
untuk memperbaiki pH tanah disamping kelebihannya yang mudah dibawa, disimpan dan
dikendalikan berbanding kapur debu (GML).

Kajian

ini

menggunapakai

kadar

bahan

pengapuran

mengikut

standard

yang

di

anjurkan/disyorkan dalam program Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), Kementerian


Pertanian & Industri Asas Tani, Malaysia.

Terdapat dua rasionalnya penyelidikan ini dilakukan :

i.

Mengetahui jangkamasa penggunaan kapur debu (GML) dan kapur cecair


(Humibox) bagi meningkatkan dan mengekalkan nilai pH tanah pada paras
optimum bagi pertumbuhan pokok padi.

ii.

Mengetahui jenis bahan kapur yang dapat meningkatkan dan mengekalkan nilai
pH tanah pada paras yang optimum.

1.5

Objektif Kajian
Kapur cecair ( Humibox ) lebih mudah dibawa, disimpan dan dikendalikan berbanding
penggunaan kapur debu (GML), namun tiada kajian spesifik yang dijalankan bagi
menentukan keberkesanannya dalam mengurangkan keasidan tanah khususnya bagi
tanah lanar laut yang ditanam dengan tanaman padi.
Di antara objektif kajian ini ialah :
i.

Menilai keberkesanan penggunaan kapur debu (GML) dan kapur cecair


(Humibox) ke atas sifat-sifat kimia tanah (pH tanah, Ca, Mg, KPK dan bahan
organik).

ii.

Mengetahui perubahan sifat-sifat kimia dalam tanah (pH tanah, Ca, Mg, KPK
dan bahan organik) selama 2 musim penanaman ( 12 bulan ) di mana ia juga
melibatkan persampelan tanah sebelum kajian dan selepas padi di tuai.

iii.

Mengetahui perubahan kekurangan kadar nutrien melalui sampel daun yang


diambil pada hari ke 85 selepas padi di tanam.

1.6

Hipotesis Kajian
i.

Hipotesis Nol :
Di jangka dengan pengunaan kapur debu (GML) dan kapur cecair (Humibox) tidak
menyebabkan perubahan ke atas sifat-sifat kimia tanah (pH tanah, Ca, Mg, KPK dan
bahan organik).

10

1.6

Kepentingan Kajian

Terdapat dua faedah/rasionalnya penyelidikan ini dilakukan :


i.

Pengetahuan
Dapat mengetahui jenis bahan kapur yang dapat meningkatkan dan
mengekalkan nilai pH tanah pada paras yang optimum. Dengan mengetahui
jenis kapur yang berkualiti ini bagi menjamin pertumbuhan pokok baik dan
seterusnya dapat memiliki hasil padi yang tinggi. Dengan mengetahui jenis
bahan kapur yang bersesuaian dan berkualiti, maka pihak-pihak yang terlibat
(petani dan pihak kerajaan/swasta yang berkepentingan) dapat mengetahui dan
menggunakan bahan kapur yang tertentu dan berkesan untuk meningkatkan
dan mengekalkan pH tanah seterusnya hasil tuai padi dapat ditingkatkan.

ii.

Sektor kerajaan dan swasta


Mengetahui jangkamasa penggunaan kapur debu (GML) dan kapur cecair
(Humibox) bagi meningkatkan dan mengekalkan nilai pH tanah pada paras
optimum bagi pertumbuhan pokok padi.
Kadar bahan pengapuran mengikut standard yang di anjurkan/disyorkan dalam
program Bantuan/Insentif Pengeluaran Beras (IPB) melalui Kementerian
Pertanian & Industri Asas Tani, Malaysia sebanyak 3 metrik tan kapur/hektar
dengan jumlah peruntukan RM 970.00/hektar. Bantuan ini diberikan kepada
kawasan yang mempunyai pH tanah yang rendah ( pH < 5) dan ditentukan oleh
Jabatan Pertanian/Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dalam
masa satu kali pengapuran dalam tempoh 3 tahun.
Oleh yang demikian kajian ini dapat mengetahui jenis bahan kapur yang
bersesuaian dan dapat meningkatkan dan mengekalkan nilai pH tanah pada paras
yang optimum oleh kerana pada setiap tahun peruntukan sebanyak RM 20 juta
telah di luluskan bertujuan meningkat pH tanah. Insentif ini diperkenalkan
bertujuan untuk mengurangkan kos yang di tanggung oleh pesawah secara tidak
langsung boleh menggalak pesawah menjalankan usaha yang lebih bagi
11

meningkatkan pengeluaran hasil padi mereka serta mengurang kos pengeluaran


yang di hadapi oleh pesawah-pesawah yang sentiasa meningkat.
Pihak Kerajaan melalui Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Malaysia
perlu menilai dan membuat keputusan yang tepat dalam membelanjakan
peruntukan kerajaan yang besar agar tujuan asal pembekalan bahan pengapuran
kepada pesawah boleh meningkatkan dan mengekalkan nilai pH tanah pada
paras optimum bagi pertumbuhan pokok padi seterusnya hasil tuai padi dapat
ditingkatkan.
Manakala syarikat swasta yang membekal bahan pengapuran pula dapat
mengetahui dan mempelajari maklumat-maklumat tentang jenis bahan
pengapuran yang berkualiti dan berkesan untuk meningkatkan dan mengekalkan
pH tanah pada paras optimum bagi pertumbuhan pokok padi. Oleh yang
demikian, jenis bahan kapur yang di bekalkan atau di jual di pasaran hendaklah
menepati spesifikasi kualiti dan berkesan bagi meningkatkan dan mengekalkan
nilai pH tanah pada paras optimum bagi pertumbuhan pokok padi seterusnya
hasil tuai padi dapat ditingkatkan.

1.7

Rumusan
Kajian ini adalah untuk menentukan jenis bahan kapur yang lebih berkesan
untuk memperbaiki pH tanah seterusnya dapat meningkatkan dan mengekalkan
pH tanah pada paras optimum bagi pertumbuhan pokok padi seterusnya
seterusnya hasil tuai padi dapat ditingkatkan. Bagaimanapun, satu pengesyoran
atau cadangan mengenai kekerapan atau jangkamasa pengapuran perlu
dilaksanakan semula bagi mengekalkan pH tanah.

12

BAB 2
KAJIAN BAHAN BERTULIS ( LITERATUR )
2.1 Pengenalan
Tahap pengeluaran padi negara mempunyai potensi untuk di tingkatkan kerana di beberapa
kawasan dengan signifikannya jauh lebih tinggi produktivitinya. Beberapa kajian mengambil
maklum bahawa faktor lain yang menyebabkan peningkatan hasil padi seperti faktor kesuburan
dan kesesuaian tanah serta cuaca adalah di luar kawalan petani. Namun bagitu faktor lain yang
didalam kawalan petani dan pemberi perkhidmatan seperti pengurusan pesawah, pengunaan
input pertanian secara optima serta perkhidmatan oleh penyedia perkhidmatan yang cekap juga
akan menyumbang kepada peniingkatan produtiviti dan pengeluaran hasil padi.
13

2.2

Kesihatan Tanah (soil health)

Kesihatan tanah boleh ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk memenuhi fungsinya
sebagai media pertumbuhan tanaman dalam ruang lingkup ekosistem dan persekitarannya.
Peningkatan kesedaran terhadap impak pertanian ke atas alam sekitar telah menyebabkan
konsep kesihatan tanah mula diperkatakan. Konsep kesihatan tanah telah memberikan
kesedaran kepada para ahli pertanian dan sains tanah tentang betapa pentingnya meningkatkan
pengeluaran tanaman di samping menjaga kualiti alam dalam jangkamasa panjang.
Istilah kesihatan tanah digunakan bagi menilai keupayaan tanah untuk:
i.

Melestarikan produktiviti dan kepelbagaian tumbuhan dan haiwan.

ii.

Mengekalkan atau meningkatkan kualiti air dan udara.

iii.

Menyokong kesihatan manusia dan alam sekitar.

Prinsip yang ingin ditekankan dengan istilah kesihatan tanah ialah tanah bukan sahaja media
untuk pertumbuhan tanaman tetapi ia adalah suatu yang hidup dan persekitaran yang dinamik
seperti manusia. Suatu tanah diistilahkan sebagai tanah yang sihat apabila ia:1. Mempunyai sifat fizikal, sifat kimia dan sifat biologi yang berinteraksi serta
memberikan kesan interaksi yang baik kepada tumbuhan dan alam sekitar.
2. Mampu untuk berfungsi dan menyokong kitaran nutrien, karbon dan air bagi
mengekalkan kelestariannya di masa hadapan.
Pengurusan kesihatan tanah melibatkan kombinasi amalan-amalan yang dapat meningkatkan
kesesuaian sifat fizikal, kimia dan biologi tanah bagi pengeluaran tanaman. Oleh itu, bagi
menjaga supaya tanah akan sentiasa subur dan sihat perkara-perkara berikut perlu diamalkan:
1. Menjalankan pemulihan tanah bagi tanah-tanah berasid dan bermasalah.
2. Mengawal hakisan tanah bagi mengurangkan kehilangan nutrien dan kemusnahan
mikroorganisma.
3. Mengekalkan bahan organik tanaman bagi menggalakkan kitaran nutrien dan proses
pembaikan struktur tanah.
4. Menjalankan pembajaan secara berhemah untuk menjaga alam sekitar termasuk
kualiti air bawah tanah.
14

2.3

Konsep Kesuburan Tanah

Tanah merupakan media dan stor simpanan (storehouse) untuk membekalkan nutrien kepada
tanaman. Para saintis tanah menganggap sesuatu tanah yang subur mesti mampu untuk
menyokong pertumbuhan tanaman dan membekalkan nutrien yang diperlukan tanaman dalam
kuantiti yang cukup dan seimbang.
Konsep kesuburan tanah mengambil kira bukan hanya jumlah kandungan nutrien dalam tanah,
tetapi juga bagaimana ketersediaan nutrien tersebut untuk diambil oleh akar tanaman dan
bagaimana nutrien dipelihara daripada hilang. Oleh itu, kesuburan tanah adalah satu juzuk
daripada kesihatan tanah secara keseluruhan dan ia lebih menekankan kepada keupayaan tanah
untuk menyokong pertumbuhan tanaman melalui gabungan komponen sifat utama tanah iaitu
sifat fizikal, sifat kimia dan sifat biologi.
Kesuburan tanah dipengaruhi oleh faktor-faktor tanah yang terdiri daripada:
1.

Fizikal - Tekstur dan struktur tanah, air tanah, keupayaan memegang


air, saliran dan kedalaman tanah.

2. Kimia

- pH, keupayaan pertukaran kation (KPK) dan ketepuan bes.

3. Biologi

- Bahan organik, cacing tanah dan mikroorganisma lain.

Faktor-faktor diatas dan kesannya ke atas kesuburan tanah akan dibincangkan dengan lebih
terperinci di dalam bab yang ke dua di dalam manual ini.
pH ialah ukuran aktiviti ion-ion hidrogen [H+] berdasarkan persamaan berikut :
pH = -log[H+]

15

Salah satu petunjuk kimia terbaik untuk menentukan kualiti sesuatu tanah ialah pH tanah.
Jadual 2.0: Julat pH Tanah.
Julat
Beralkali
Optima
Sedikit berasid
Berasid
Sangat berasid
(rujuk buku kanapathy)

Nilai pH
>8.0
5.5 6.5
5.0 5.49
4.5-4.99
<4.49

Oleh kerana, pH tanah biasanya diukur sebagai pH larutan tanah, ia juga merupakan penunjuk
kepada jumlah pertukaran ion-ion bes dan asid yang wujud dalam tanah. Ini kerana,
keseimbangan ion-ion di dalam larutan melibatkan pertukaran ion-ion.

2.4

Faktor Yang Mempengaruhi pH Tanah

Nilai pH tanah dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk pereputan bahan organik, bahan
induk tanah, hujan, tumbuhan semulajadi, pertumbuhan tanaman, kedalaman tanah, pembajaan
Nitrogen (N) dan banjir.
Pereputan bahan organik
Bahan organik tanah akan diurai oleh mikroorganisma secara berterusan membentuk
asid organik, karbon dioksida (CO2) dan air (H2O) lalu membentuk asid karbonik
(HCO3-). Asid karbonik bertindakbalas dengan kalsium karbonat (CaCO3) dan
magnesium karbonat (MgCO3) di dalam tanah untuk membentuk bikarbonat H(CO3)2
yang lebih larut yang akan dilarutresapkan ke dalam tanah dan menjadikan tanah lebih
berasid.

Bahan induk

16

Tanah yang terbentuk daripada bahan induk batuan bes selalunya mempunyai pH yang
lebih tinggi berbanding tanah yang terbentuk daripada batuan berasid.

Hujan
Air hujan yang turun melalui tanah akan menyebabkan nutrien dilarutresap seperti
kalsium (Ca) dan magnesium (Mg). Ianya akan ditukarganti dengan ion berasid seperti
aluminium (Al), hidrogen (H) dan mangan (Mn). Oleh yang demikian, tanah yang
menerima kadar hujan yang tinggi akan lebih berasid berbanding dengan tanah di
kawasan gurun.

Tumbuhan Semulajadi
Tanah yang terdapat di kawasan hutan cenderung untuk menjadi lebih berasid
berbanding tanah yang terdapat di padang rumput.
Pertumbuhan Tanaman
Tanah selalunya menjadi lebih berasid apabila tanaman dituai kerana bes dibebaskan
mengikut jenis tanaman yang ditanam. Contohnya, nutrien selalunya mengandungi
tahap bes yang lebih tinggi berbanding bes daripada rumput. Legum juga membebaskan
H+ kepada rhizosfera, iaitu zon yang mempunyai banyak aktiviti mikrob di sekitar akar
apabila proses pengikatan nitrogen (N) daripada atmosfera berlaku secara aktif.
Kedalaman Tanah
Bagi kawasan yang menerima kadar hujan yang tinggi, pH tanah selalunya meningkat
mengikut kedalaman. Kehilangan tanah lapisan atas melalui hakisan menjadikan tanah
menjadi berasid di tanah lapisan bawah (lapisan pembajakan). Oleh itu, pengetahuan
praktikal atau analisis tanah diperlukan bagi mengatasi perubahan pH secara semulajadi
mengikut kedalaman tanah sebelum menjalankan program pengapuran.
Pembajaan Nitrogen

17

Nitrogen (N) yang terkandung dalam baja, bahan nutrien, najis haiwan dan proses
pengikatan N oleh nutrien boleh menghasilkan kesan keasidan bergantung kepada kadar
N yang diberi. Sekiranya kadar N adalah rendah, proses keasidan adalah perlahan dan
sebaliknya.
Banjir
Banjir boleh menyebabkan pH meningkat di tanah berasid dan menurun di tanah
beralkali. pH tanah berasid boleh mencapai 6.5 hingga 7.2 di dalam tempoh satu bulan
selepas banjir dan kekal pada tahap tersebut sehingga kering. Kekurangan nutrien mikro
seperti zink (Zn) pula boleh berlaku di kawasan padi semasa banjir kerana pemberian
kapur yang sedikit.

Penurunan pH tanah tidak menghadkan pertumbuhan pokok tetapi mempengaruhi faktor lain
yang memberi kesan kepada pertumbuhan pokok. Kesan utama pH pada tanah disenaraikan di
Jadual 2.4.
Pengambilan nutrien tanaman oleh tumbuhan adalah optima pada julat pH 5.5 hingga 6.5. Pada
pH yang rendah (berasid), ketersediaan nutrien Ferum (Fe), Mangan (Mn) dan Aluminium (Al)
adalah tinggi dan boleh memberi kesan toksik tanaman. Pada pH yang tinggi (beralkali) pula,
kebanyakan mikronutrien adalah rendah dan ini akan menjejaskan pertumbuhan dan
pengeluaran hasil pokok.
Jadual 2.4: Kesan utama pH pada tanah.
Faktor
Ketoksikan Al

Kesan
Ketoksikan Al berkurangan dengan peningkatan

Kebolehupayaan Pengambilan P

pH
Semua mikronutrien kecuali Molibdenum (Mo)
boleh diambil pada julat pH 5.5 6.0 (ketoksikan

Mn dan Fe adalah minima pada julat ini)


Kadar Keupayaan Pertukaran Kation KPK bertambah dengan peningkatan pH di
(kebolehan tanah untuk memegang kawasan tanah yang iklimnya bermusim. Ini
kation seperti Ca, Mg, K)

bermakna tanah mampu memegang lebih banyak


Ca, Mg, K yang mana mungkin hilang melalui
proses larut resap.
18

Mineralisasi N (membebaskan N Organisma tanah diperlukan untuk menjalankan


daripada organik kepada bentuk proses mineralisasi N pada julat pH tanah 5.5 6.5
yang boleh diambil oleh tanaman)
Pengikatan N (penukaran N daripada

Pengikatan N oleh nodul akar adalah jarang

atmosfera kepada bentuk yang boleh

berlaku dan fungsinya kurang berkesan pada pH

digunakan oleh tanaman)


Penyakit

kurang daripada 5
Sesetengah penyakit

boleh

dikawal

dengan

memulih pH tanah (cth: kejadian potato scab


Perlarutan batuan fosfat

berkurangan dengan penurunan pH)


pH tanah mestilah kurang daripada 5.5 untuk
batuan fosfat larut dan membebaskan P untuk
diambil oleh tumbuhan

Tanah lebih berisiko untuk mengalami masalah keasidan yang akan menghadkan pengeluaran
hasil tanaman, terutama pada keadaan dimana:

pH tanah kurang daripada 4.5

Pemberian kadar bahan organik yang tinggi

Pemberian kadar baja nitrogen yang tinggi terutama pemberian baja urea, ammonium
sulfat dan ammonium nitrat

Kawasan yang berulangkali menjalankan penanaman seperti tanaman sayur-sayuran dan

Padang ragut yang mempunyai tanaman kekacang dan rumput-rumput saka.

Tanah yang produktif akan terlebih dahulu mengalami keasidan tanah dan tanah tersebut adalah
kawasan ladang yang baik.
Mengurangkan Keasidan Tanah
Bagi menentukan pH tanah, sebaiknya pengambilan sampel tanah pada kedalaman sehingga
satu meter diperlukan bagi menilai kesan keasidan tanah bawah. Bagaimanapun, dalam
keadaan yang sebenar, cara ini hanya memberikan kesan yang sedikit dalam memperbaiki
keasidan tanah. Oleh itu, persampelan mengikut musim penanaman secara tetap hanya
dilakukan pada tanah atas sahaja.
Keasidan tanah yang tinggi boleh dikurangkan dengan pengapuran. Kapur perlu diberi sebelum
keadaan tersebut memberi kesan kepada penurunan pengeluaran hasil.
19

Pengapuran dengan menggunakan kalsium (atau magnesium) karbonat, di mana berlakunya


kombinasi di antara ion H+ dengan karbon dan oksigen untuk pembentukan karbon dioksida
dan air. Dengan pengurangan ion H+, pH tanah akan meningkat.
Keperluan kapur yang diperlukan adalah bergantung kepada tekstur tanah, jenis tanaman dan
nilai semasa pH tanah. Sekiranya pH tanah kurang daripada 5.0, kapur perlu diberikan
sekurang-kurangnya pada setiap tiga tahun. Sekiranya pH melebihi 5.0, aplikasi kapur pada
setiap lima tahun adalah mencukupi.
Status pH perlu dipantau selalu dan pemberian semula kapur adalah mengikut keperluan
bergantung kepada cuaca, jenis tanah dan amalan pertanian. Bagi tanah yang mengamalkan
pertanian secara intensif, kadar kapur yang lebih tinggi perlu diberikan dan dengan ulangan
pada setiap dua hingga lima tahun.
Tindakan kapur paling berkesan apabila digaulkan ke dalam tanah. Sekiranya sukar, kapur
boleh diberikan secara tabur terus. Kapur yang diberikan pada permukaan tanah tidak akan
memberikan tindakbalas yang cepat di mana ia perlu mengambil masa setahun untuk bergerak
masuk ke dalam profil tanah. Jadi, program pengapuran pada peringkat penyediaan tanah
sangat penting dan pemberiannya perlu berulangkali dilakukan, sebelum pH tanah menurun
kepada tahap yang kritikal.
Bahan pengapuran termasuklah kapur (kalsium karbonat), hydrated lime, burnt lime, dolomit,
magnesit dan magnesit yang dibakar.
Kualiti kapur sangat penting. Keberkesanan bahan kapur ditafsirkan berdasarkan nilai
peneutralan, peratus kandungan kalsium dan magnesium dan saiz partikel.
Kapur yang lebih halus (dalam keadaan hancur) merupakan bentuk kapur yang dapat
memberikan tindakbalas yang lebih cepat. Gred kapur yang kasar memberikan masa yang lebih
lama untuk meneutralkan keasidan tanah.

20

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN / KAJIAN

3.1

Pengenalan / Aktiviti Penyelidikan

21

Aktiviti penyelidikan/kajian ini merangkumi semua aspek bagi tempoh 4


semester (2 tahun) dalam tempoh pengajian, bermula Semester 1 (September)
sesi 2013/2014 sehinggalah selesai pada semester 4 ( Jun) sesi 2014/2015.

3.2

Metodologi Kajian (Bahan Dan Kaedah)


i.

Lokasi kajian

Lokasi pemerhatian terletak di kawasan sawah padi, bertempat di Pusat


Kecemerlangan Pertanian ( COE ) Padi Stesen Pertanian Bumbung Lima,
Bumbung Lima, Kepala Batas, Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang
dengan keluasan petak kajian seluas 1260 meter iaitu sebanyak 9 petak yang
yang setiap petak bersaiz ( 10 meter x 14 meter ). Jenis tanah yang terdapat di
petak kajian ini adalah tanah jenis Tanah lanar laut yang bersiri Kechai, iaitu
adalah sederhana sesuai atau tidak sesuai untuk penanaman padi kerana
penyerapan nutrien dan pH tanah yang rendah (< pH 3.5). Nilai pH tanahnya
ialah pH 4.5 hingga pH 5.0 dan mempunyai sejarah pengeluaran hasil tanaman
padi yang sederhana sekitar 4 hingga 5 tan/ha.

ii.

Varieti Padi

Varieti tanaman padi yang digunakan dalam pemerhatian ini ialah MR 220 CL 2,
dimana ia merupakan varieti yang biasa ditanam oleh penanam padi di Malaysia.
Varieti ini sesuai ditanam kerana sesuai dgn iklim Malaysia.

22

iii.

Pengapuran

Pemeriksaan pH tanah dilakukan semasa sebelum penyediaan tanah dijalankan


dan kadar pemberian ditentukan berdasarkan nilai pH tanah semasa iaitu pH 4.5
hingga pH 5.0. Bahan kapur yang digunakan ialah kapur debu iaitu GML dan
kapur cecair iaitu jenama Humibox. Humibox disembur pada permukaan tanah
satu hari sebelum benih padi ditanam dan GML pula diberi sebulan sebelum
padi ditanam. Pemberian kapur hanya dilakukan sekali sahaja bagi 2 musim
penanaman padi.
3.3

Rekabentuk Pemerhatian

Pemerhatian ini dijalankan menggunakan kaedah Rekabentuk Penuh Rawak (CRBD), dengan 3
rawatan (T0, T1, T2). Setiap satu rawatan mengandungi 3 replikasi (3 blok/petak). Bagi setiap
blok/petak sebanyak 4 sampel tanah akan diambil selama dua (2) musim tanaman padi iaitu
selama 12 bulan yamg berjumlah 36 sampel tanah. Manakala setiap musim tanaman padi
persampelan daun akan di jalankan sebanyak 36 sampel daun diambil pada hari ke 85 selepas
padi di tanam (HST). Kajian ini menggunapakai kadar bahan pengapuran mengikut standard
yang di anjurkan/disyorkan dalam program Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), Kementer
ian Pertanian & Industri Asas Tani, Malaysia dengan rawatan seperti :

Rawatan
Kawalan

Simbol
T0

Blok/Petak
3 petak

Kadar pengapuran

Masa

0 tan/ha

Tiada

40 liter/ha

1 HST

(10 m x 14 m)
= 140 meter/petak
= 140 m x 3 petak
= 420 meter
Kapur cecair

T1

3 petak

23

(Humibox)

(10 m x 14 m)

= 0.56 liter/petak x

= 140 meter/petak

3 petak

= 140 m x 3 petak

= 1.68 liter

= 420 meter
Kapur debu
(GML)

T2

3 petak

3.0 tan/ha

(10 m x 14 m)

= 66 kg/petak x

= 140 meter/petak

3 petak

= 140 m x 3 petak

= 198 kg

25 HST

= 420 meter

HST : Hari Sebelum Tanam Padi

3.4

Persampelan Tanah

Sebanyak 36 sampel tanah pada kedalaman 0-25 sm diambil pada setiap bulan dari setiap
rawatan, iaitu selama 2 musim penanaman (12 bulan) dimana ia juga melibatkan persampelan
tanah sebelum pemerhatian dijalankan dan selepas hasil dituai. Sampel tanah kemudiannya
dikering udara selama seminggu, ditumbuk, diayak menggunakan ayakan 2 mm dan 250
mikron dan dianalisis bagi penentuan pH tanah, Ca, Mg, KPK dan bahan organik.
Persampelan Daun
Sebanyak 36 sampel daun diambil pada hari ke 85 selepas padi di tanam. Sampel daun dikering
oven pada suhu 50-65C, dikisar dan dianalisis bagi penentuan N, P, K, Ca dan Mg.

3.5

Analisis Data

Analisis Statistik
Data dianalisis menggunakan program SAS 9.1 bagi mendapatkan perbandingan min antara
rawatan melalui ANOVA (LSD). Aplikasi norma DRIS (Diagnostic Recommended Index
System) digunakan bagi menentukan kekurangan nutrien dalam sampel daun dengan merujuk
kepada Indeks DRIS yang paling negatif.

24

Penghimpunan dan Pentafsiran Data


Kesemua data yang direkodkan sepanjang tempoh penyelidikan akan dilakukan pentafsiran.
Data yang diperolehi akan menyokong semua penyelidikan yang telah dilakukan.

4. KEPUTUSAN YANG DIJANGKA


Kesan penggunaan GML telah menunjukkan peningkatan pH tanah ke paras optimum (pH
5.5-5.7), Ca, Mg dan bahan organik dalam tanah. Terdapat perubahan pH tanah berlaku
dimana pH tanah menurun bagi sampel tanah yang diambil selepas hasil padi dituai. Ini
menunjukkan bahawa jangkamasa GML untuk meningkatkan dan mengekalkan nilai pH
tanah pada paras opitmum adalah selama setahun dan tanah perlu dikapur (GML) semula
bagi mengekalkan tahap optima pH tanah bagi pertumbuhan padi. Penggunaan GML juga
menunjukkan peningkatan hasil padi berbanding Humibox.
Kajian ini adalah untuk menentukan jenis bahan kapur yang lebih berkesan untuk
memperbaiki pH tanah seterusnya dapat meningkatkan dan mengekalkan pH tanah pada
paras optimum bagi pertumbuhan pokok padi seterusnya seterusnya hasil tuai padi dapat
ditingkatkan. Bagaimanapun, satu pengesyoran atau cadangan mengenai kekerapan atau
jangkamasa pengapuran perlu dilaksanakan semula bagi mengekalkan pH tanah.

5. RUJUKAN
Alva, A.K., C.J. Asher and D.G. Edwards. 1986. The role of calcium in alleviating aluminum
toxicity. Aust. J. Soil Res. 37:375-383.
Buletin Teknologi Padi Jilid 1, Jabatan Pertanian (2008)
Dierolf, Thomas Fairhurst and Ernst Mutert. Soil Fertility kit.

25

Dobermann, A. and T. Fairhurst. 2000. Rice: Nutrient Disorders and Nutrient Management.
Los Banos, The Philippines: Phosphate Institute of Canada and International Rice
Research Institute.
Duke, J. A. 1979. Ecosystematic data on economic plants. Quart. J. Crude Drug Res.
17: 91-110.
Jabatan Pertanian Malaysia (2008). Jurnal Pengembangan Pertanian : Perkhidmatan
Pengembangan Menerajui Transformasi Pertanian Moden.
Jabatan Pertanian Selangor (2008). Kertas Kajian Meningkatkan Pengeluaran Padi Kawasan
Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Jabatan Pertanian. (2003). Rice Check Edisi 2.
Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, 1997. Pakej Teknologi Tanaman Padi
Jabatan Pertanian Malaysia, 2006. Manual Tanaman padi
Manual Teknologi Penanaman Padi Lestari, MARDI (2008)
Pakej Terknologi Padi, Jabatan Pertanian (2008).
Pamplet MR269 Padi Berhasil Tinggi, MARDI (2012)
Palhares, M. 2000. Recommendation for fertilizer application for soils via qualitative
reasoning. J. Agric. Sys. 67: 21-30.
Rutger, J. N. 1981. Rice. Rice: Oryza sativa. In Handbook of Bioresources, ed. T.A. McClure
and E.S. Lipinsky, pp.199-209. Boca Raton, Florida:CRS Press Inc.
Ting, C.C., Rohani, W.S. Diemont and B.Y. Aminuddin. 1993. The development of an acid
sulfate soil in former mangroves in Merbok, Kedah, Malaysia. In International Institute
for Land Reclamation and Improvement, ed D.L. Dent and M.E.F. van Mensvoort, pp:
95-101. Publ. 53, Wageningen, The Netherlands.
Totok, S., J. Shamshuddin, S.R. Syed Omar, Peli Mat, C.B.S Teh. 2007. Effects of lime and
fertiliser application in combination with water management on rice (oryza sativa)
cultivated on an acid sulfate soil.
26

27

28

You might also like