You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IMPIAN PUTRA FASA 6


MESYUARAT AJK BIL 1/2016
Tarikh

14 Jun 2016 (Selasa)

Masa

10.30 malam

Tempat

Pejabat Persatuan

____________________________________________________________________

Hadir
1.

Y.Bhg. Dato Hj. Banuri bin Aris

Pengerusi

2.

Muhamad Amin bin Dasuki

Timbalan Pengerusi

3.

Mohd Hafizan bin Rojalai

Setiausaha

4.

Mohd Norlizu bin Ab Rahman

Penolong Setiausaha

5.

Abdul Hanan bin Hj. Abdul Aziz

Bendahari

6.

Abd Karim bin Mohd Ali

Penolong Bendahari

7.

Suhaimi bin Omar

AJK

8.

Mohd Radzi

AJK

9.

Mohd Kamal bin Ayob

AJK

10. Tn. Hj. Azman bin Hj. Idris

AJK

11. Y.Bhg. Dr. Muhammad Faisal bin Ashaari

AJK

12. Mohamad Nur Hilmi bin Mohd Saidi

AJK

13. Wan Sakiah binti Wan Hassan

AJK

14. Roslina binti Ilias

AJK

15. Ustazah Jamaliah binti Jalal

AJK

Tidak Hadir Bersebab


1.
2. Tajuddin bin Adan

1.

PERUTUSAN PENGERUSI

1.1

Y.Bhg. Dato Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan


salam serta ucapan terima kasih di atas kehadiran semua ahli
mesyuarat.

1.2

Y.Bhg. Dato Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang


telah dilantik. Semoga semua AJK dapat menjalankan tugas sukarela ini
dengan baik.

1.3

Y.Bhg. Dato Pengerusi juga merakamkan ucapan penghargaan dan


terima kasih kepada mantan Pengerusi Persatuan dan AJK pada sesi
yang lepas atas khidmat cemerlang yang telah diberikan.

1.4

Y.Bhg. Dato Pengerusi juga memaklumkan buat permulaan ini


mesyuarat AJK akan diadakan dengan lebih kerap memandangkan
beberapa perkara yang perlu digerakkan dan diperkemaskan dengan
segera.

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada

3.

PERKARA BERBANGKIT
3.1

Perbincangan dalam Mesyuarat Agung Khas PPTIPF6


3.1.1 Cadangan kenaikan yuran persatuan yang berjumlah RM30
sebulan kepada RM50.
Mesyuarat bersetuju agar perkara ditangguhkan dan memberi
penumpuan kepada yuran tertunggak.
Tindakan : Bendahari

3.1.2 Cadangan diutarakan untuk melaburkan sejumlah dana persatuan


ke dalam Simpanan Tetap (Fixed Deposit).
Mesyuarat

bersetuju

agar

perkara

ini

ditangguhkan

memandangkan jumlah dana persatuan ketika ini yang agak


terhad.
Tindakan : Bendahari
3.1.3 Apakah term yang perlu digunakan bagi baki kewangan
persatuan yang lama setelah ditamatkan pendaftaran oleh ROS.
Mesyuarat bersetuju untuk menggunakan term Sumbangan Ahli
bagi baki duit persatuan yang lepas.
Mesyuarat turut dimaklumkan jumlah yang akan diterima oleh
Bendahari daripada persatuan yang lepas adalah RM66,000.
Tuan Bendahari juga telah memaklumkan telah menerima
RM3,620 daripada Bendahari persatuan yang lepas.
Makluman

3.1.4 Cadangan yang diutarakan berkaitan dengan deposit yang akan


dikenakan sebanyak RM500 kepada kontraktor yang ingin
membuat pengubahsuaian rumah ahli. Ini bagi mengelakkan
kontraktor pengubahsuaian rumah berkenaan tidak membuat
pembersihan setelah siap.
Tuan Hj. Azman mencadangkan agar jumlah deposit berkenaan
dikaji semula dan menetapkan kadar yang lebih sesuai bagi
memastikan kontraktor lebih bertanggungjawab.
Tindakan : Bendahari

3.1.5 Cadangan wujudkan zon selamat iaitu disepanjang lorong di tepi


lebuhraya supaya kanak-kanak dapat bermain dengan lebih
selamat.
Mesyuarat bersetuju mewujudkan

Zon selamat

ini hanya

berkuatkuasa ketika cuti hujung minggu sahaja. Setiap simpang

akan ditutup dengan kon supaya kenderaan tidak memasuki


laluan tersebut.
Tindakan : Biro Keselamatan

3.1.6 Penyelenggaraan pokok-pokok besar dalam kawasan Taman


Impian

Putra

(TIP)

perlu

dibuat

dengan

segera

kerana

menganggu keselesaan penduduk.


Mesyuarat dimaklumkan perkara berkenaan telah dimaklumkan
kepada Ahli Majlis MPKj Zon 24 pada 6 April 2016 untuk tindakan.
Tindakan : Biro Tugas-Tugas Khas

3.2

Perlantikan Biro
3.2.1 Biro Keselamatan
a) Muhamad Amin bin Dasuki - Ketua
b) Mohamad Nur Hilmi bin Mohd Saidi
3.2.2 Biro Pembangunan dan Ekonomi
a) Tn. Hj. Azman bin Hj. Idris - Ketua
b) Wan Sakiah binti Wan Hassan
3.2.3 Biro Belia dan Sukan
a) Mohd Kamal bin Ayob - Ketua
b) Roslina binti Ilias
3.2.4 Biro Hal Ehwal Komuniti
a) Suhaimi bin Omar - Ketua
b) Ustaz Dr. Muhamaad Faisal bin Ashaari
c) Ustazah Jamaliah binti Jalal
3.2.5 Biro Tugas-Tugas Khas
a) Mohd Radzi bin Mawi

3.2.6 Pengerusi

memohon

agar

semua

biro

membentangkan

perancangan aktiviti yang akan dijalankan pada mesyuarat akan


datang.
Tindakan : Semua Biro
3.3 Bank Persatuan
Cadangan untuk membuka akaun bank persatuan yang baru bagi
menyimpan semua wang yang diperolehi untuk persatuan.
Bank yang dicadangkan adalah Maybank Islamic cawangan Bandar
Baru Bangi atau CIMB Bank cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bendahari

dipohon

untuk

mendapatkan

maklumat

Bank

yang

bersesuaian.
Tindakan : Bendahari & Setiausaha
3.4 Maklumat Ahli
Mesyuarat bersetuju untuk mengedarkan borang maklumat ahli kepada
semua penduduk bagi mengemaskini rekod ahli persatuan.
Tindakan : Setiausaha
3.5 Kelengkapan Pejabat
Mesyuarat

dimaklumkan

beberapa

kelengkapan

pejabat

akan

disediakan bagi memudahkan urusan aktiviti persatuan.


Diantara kelengkapan yang akan disediakan adalah :
a) Komputer
b) Pencetak
c) Alat Penghawa Dingin
Tuan Haji Azman bersetuju untuk membiayai semua kelengkapan
berkenaan.
Tindakan : Biro Pembangunan dan Ekonomi

3.6 Logo Persatuan


Mesyuarat turut dimaklumkan berkenaan logo persatuan lama yang
belum didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Mesyuarat bersetuju untuk menggunapakai logo berkenaan dengan
dibuat sedikit pengubahsuaian.
Tindakan : Setiausaha & Penolong Setiausaha

3.7 Badan Khairat Kematian


Y.Bhg. Dato Pengerusi mencadangkan agar Badan Khairat Kematian
yang sebelum ini diuruskan oleh pihak persatuan diserahkan kepada
pihak Surau Ar-Rahman. Walau bagaimanapun pihak persatuan akan
membantu dari segi kutipan sumbangan.
Y.Bhg. Dato Pengerusi juga turut meminta Biro Tugas-Tugas Khas
untuk berhubung dengan Badan Khairat Kematian Masjid Mustaqim
Bandar Seri Putra, Bangi Selangor.
Tindakan : Biro Tugas-Tugas Khas

3.8 Alamat Persatuan


Mesyuarat bersetuju alamat rumah Setiausaha persatuan digunakan
untuk urusan surat menyurat.
Tindakan : Setiausaha

3.9 Komunikasi
Bagi memudahkan urusan komunikasi, mesyuarat bersetuju untuk
menggunakan Whatsapp sebagai alat komunikasi antara AJK dengan
penduduk.
Mesyuarat juga bersetuju agar hanya Biro yang berkaitan sahaja yang
akan memberi respon dengan masalah yang dihadapi penduduk.
Mesyuarat juga bersetuju agar hanya satu group whatsapp sahaja
digunapakai bagi urusan komukasi antara AJK dengan penduduk.
Makluman

3.10

Kunjungan Hormat

Mesyuarat bersetuju untuk membuat kunjungan hormat dengan


beberapa pihak berkuasa yang berkenaan.
a) Ketua Balai, Balai Polis Bandar Seri Putra
b) Nazir Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra
c) Ahli Majlis MPKj Zon 24
d) YB ADUN Bangi
Tindakan : Biro Tugas-Tugas Khas

4. HAL-HAL LAIN

4.1

Belanja Penyelenggaraan
Tuan Mohammad Amin meminta peruntukan perbelanjaan sebanyak
RM500 sebulan bagi membersihkan kawasan persekitaran seperti
memotong rumput dan sebagainya.
Mesyuarat memohon agar Biro Keselamatan membentangkan dalam
perancangan aktiviti Biro dalam mesyuarat akan datang.

Tindakan : Ketua Biro Keselamatan

4.2

Carta Organisasi
Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan Carta Organisasi Persatuan
bagi memperkemaskan perjalanan pentadbiran persatuan.
Tindakan: Setiausaha

4.3

Tanggungjawab Biro
Mesyuarat diingatkan agar semua Biro mengambil peranan dan
tanggungjawab masing-masing agar tidak berlaku salah faham diantara
Biro.
Tindakan: Semua Biro

4.4

Perlantikan AJK Kecil


Mesyuarat bersetuju untuk melantik AJK kecil dibawah setiap Biro.
Semua Biro yang memerlukan AJK kecil diminta perlu memaklumkan
kepada pihak persatuan agar surat lantikan rasmi dapat dikeluarkan.
Tindakan: Semua Biro

4.5

Maklumat Penduduk (Google Drive)


Mesyuarat dimaklumkan bahawa maklumat penduduk boleh diperolehi
dengan mendapatkan secara online yang boleh mempercepatkan
proses hebahan maklumat serta menjimatkan kos.
Tindakan: Setiausaha

4.6

Penasihat Persatuan
Mesyuarat bersetuju agar Ketua Balai Polis Bandar Seri Putra dilantik
sebagai penasihat persatuan.
Tindakan: Makluman

4.7

Pelekat Keselamatan Kenderaan


Mesyuarat bersetuju agar pihak persatuan menyediakan pelekat
keselamatan kenderaan bagi tujuan keselamatan.
Tindakan: Biro Keselamatan

4.8

Minit Mesyuarat Khas PPTIPF6


Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa Minit Mesyuarat Khas yang lepas
telah dicatit oleh Setiausaha Penaja iaitu Y.Bhg. Dato Idrus bin Mohd.
Mesyuarat juga memohon agar minit berkenaan diambil bagi tujuan
rekod persatuan.
Tindakan: Setiausaha

4.9

Tempoh Lantikan AJK dan Tahun Kewangan Persatuan


Mesyuarat dimaklumkan bahawa Perlembagaan Persatuan Fasal 8
perkara 1, tempoh memegang jawatan AJK adalah selama 2 tahun dan
Tahun

Kewangan

Persatuan

adalah

bermula

pada

1hb

Julai

berdasarkan Perlembagaan Pertubuhan Fasal 10 perkara 6.


Tindakan: Makluman

5.

PENUTUP
Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli mesyuarat dan meminta supaya semua keputusan yang
telah dicapai dalam mesyuarat ini diambil tindakan segera. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 12.40 malam.

Disediakan Oleh:
Penolong Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi

Disemak Oleh :
Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi

10

You might also like