You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN MELINTANG

36000 HUTAN MELINTANG, PERAK.


(ABA 5035)
MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM BIL.4/2013
AGENDA
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan berterimakasih kepada semua guru kerana memberi
kerjasama untuk melaksanakan aktiviti ko-kurikulum dan temasya sukan tahunan
sekolah
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd Noor Ridzuan dan En Mohd
Norhidayat kerana bersedia menggalas tanggungjawab sebagai SU dan PSU Sukan
walaupun dilantik secara adhoc.
1.3 Pengerusi juga mengharapkan penglibatan dan sokongan setiap guru untuk memberi
sokongan kepada pasukan sekolah dan guru pembimbing semasa berlangsungnya
perlawanan sukan dan pertandingan ko akademik tanpa mengira pasukan permainan
atau opsyen.guru.
Tindakan : Semua Guru
2. Membentang dan Mengesah Minit Mesyuarat
2.1 Laporan minit mesyuarat ko-kurikulum yang ketiga sesi 2013 telah dibentangkan oleh
Setiausaha Pn Hasmah bt Usman. Disahkan oleh En. Mohd Ammar b Hassan dan
disokong oleh En. Khairman b Jalil.
Tindakan : Semua Guru
3. Laporan Aktiviti Dan Program Ko Kurikulum 2013
3.1 Pengerusi membentangkan laporan aktiviti dan programko kurikulum dan ko akademik
sepanjang tahun sehingga yang terkini.
3.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru penasihat dan
pembimbing pasukan sekolah dan ko akademik diatas kesungguhan dan kejayaan
membawa peserta dan pasukan bagi mewakili sekolah keperingkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
Tindakan : Makluman
3.3 Puan Zakiah Othman memaklumkan bahawa beliau belum mendapat maklumat lagi
mengenai Pertandingan Becerita Tahap 1 Peringkat Kebangsaan yang dijangka diadakan
pada bulan september ini.
Tindakan : Makluman
4. Latihan dan Pemilihan Pasukan Permainan Sekolah dan Ko Akademik
4.1 Pengerusi memaklumkan latihan dan pemilihan bagi pasukan sekolah dan juga ko
akademik akan bermula bulan september sehingga november.
4.2 Guru penasihat dan pembimbing yang terlibat boleh menggunakan jadual latihan seperti
yang terdapat dalam takwim.
4.3 Pengerusi memaklumkan En. Amenuddin telah menyediakan jadual latihan bolin tenpin
berserta dengan pemain yang telah di pilih. Beliau berharap guru-guru pasukan lain juga
boleh berbuat demikian dan dihantar sesalinan jadual kepada pengerusi.
Tindakan : semua guru pasukan sekolah

5 Sijil Dan Buku Rekod Laporan


5.1 Pengerusi menegaskan kepada ssemua guru penasihat ko kurikulum agar menyediakan
sijil-sijil peserta dan murid dengan kadar segera terutama murid tahun 6. Ini
memudahkan murid-murid untuk membuat permohanan ke sekolah terpilih.
5.2 Pengerusi meminta semua guru penasihat mengemaskini buku rekod pelaporan aktiviti
mingguan..
Tindakan : Semua guru
6. Karnival Ko Kurikulum
6.1 Pengerusi mencadangkan Karnival Ko Kurikulum diadakan pada bulan Oktober.
Mesyuarat dan Taklimat akan diadakan pada akhir bulan september ini.
6.2 Pengerusi meminta agar semua guru dapat bersama-sama melibatkan diri dan memberi
kerjasama untuk program tersebut yang akan berlangsung selama 2 hari.
Tindakan : Makluman
7. Hal-hal Lain
7.1 Pengerusi meminta semua pengurus pasukan dan SU program agar menghantar laporan
dan laporan pencapaian yang telah diedarkan bulan Jun untuk rekod dan data Ko
Kurikulum dan dihantar ke PDD.
Tindakan : Pengurus Pasukan Sekolah
7.2 Pengerusi juga memaklumkan Jamuan Merdeka /Raya yang akan diadakan pada
30/08/2013 ini berkonsepkan 'Rumah Terbuka Aidilfitri SKHM' dimana murid dan
warga emas serta mantan guru SKHM adalah tetamu.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh

....................................................................
(PN HASMAH BT USMAN)
Setiausaha KoKurikulum
SK Hutan Melintang

Disemak oleh:

.........................................................
( PN HANIZAH BT HJ HISHAM)
PK Ko Kurikulum
SK Hutan Melintang

You might also like