You are on page 1of 1

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengeluarkan

saman ke atas anggotanya yang didapati menggunakan telefon bimbit


semasa memandu kenderaan jabatan itu. JPJ menyatakan, saman berkenaan
dikeluarkan sendiri oleh Pengarah Penguatkuasa jabatan itu selepas gambar
anggota berkenaan menggunakan peralatan itu viral di media sosial.
"Siasatan serta-merta mengenai perkara itu dibuat dan jabatan mengesahkan
kebenaran maklumat itu. "Anggota itu juga sudah ditukarkan ke bahagian lain
serta dirujuk kepada lembaga tatatertib kerana mencemarkan imej jabatan
untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. JPJ
menyatakan, jabatan itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu
dalam kes kesalahan undang-undang jalan raya. "Jabatan sentiasa
mengingatkan anggota JPJ supaya sentiasa menghormati undang-undang
jalan raya dan menjadi contoh kepada pengguna jalan raya lain," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/186972

You might also like