You are on page 1of 11

ABSTRAK

PENGENALAN
FOKUS KAJIAN
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
PESERTA KAJIAN
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
DAPATAN KAJIAN
REFLEKSI
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
RUJUKAN

PENGGUNAAN KIT VIDAMPET UNTUK MENIGKATKAN KOSA KATA ARAHAN AM


DALAM BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH
Oleh :
TUAN AKHTAR BT TUAN OTHMAN
DR. HAJAH HASLINA BT HANAPI
akhtarothman93@gmail.com
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kosa kata arahan am dalam
bahasa Inggeris dalam kalangan murid prasekolah

melalui penggunaan Kit

Vidampet. Fokus kajian adalah untuk menilai sejauh mana penggunaan Kit
Vidampet dapat membantu meningkatkan kosa kata arahan am dalam bahasa
Inggeris dalam kalangan murid prasekolah. Objektif kajian yang dirancang
melalui kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kosa kata arahan am
dalam

bahasa Inggeris dengan menggunakan Kit Vidampet serta membantu

meningkatkan kebolehan murid untuk memberikan arahan mudah dalam bahasa


Inggeris dengan penggunaan Kit Vidampet. Peserta kajian terdiri daripada empat
orang murid prasekolah yang telah dikenalpasti mempunyai masalah ketara
dalam memahami arahan am dalam bahasa Inggeris. Kaedah yang digunakan
untuk pengumpulan data ialah temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen
seperti lembaran kerja, video dan foto sepanjang kajian dilaksanakan. Manakala
kaedah

yang

digunakan

untuk

menganalisis

data

pula

ialah

dengan

menggunakan jadual , graf dan juga kaedah naratif. Cara menyemak data yang
telah dipilih adalah triangulasi sumber yang menggunakan pemerhatian, temu
bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan
Kit Vidampet telah mampu membantu peserta kajian untuk meningkatkan kosa
kata arahan am dalam bahasa Inggeris dan meningkatkan
untuk

memberi

arahan

am

dalam

bahasa

Inggeris

kebolehan murid
serta

membantu

meningkatkan amalan pedagogi guru di dalam kelas. Penggunaan Kit VIdampet


juga telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah yang boleh digunakan untuk
meningkatkan kosa kata arahan am dalam bahasa Inggeris dalam kalangan
murid prasekoah, Tindakan susulan yang dicadangkan ialah kajian tindakan yang
telah dilaksanakan perlu di sambung dan di tambah baik serta di tambah lagi
kosa kata arahan am dalam bahasa Inggeris.

Kata kunci : Kosa kata, arahan am,amalan pedagogi.

PENGENALAN
Mengimbas kembali pengalaman mengajar sepanjang
menjalani prektikum dari fasa 1 hingga fasa tiga saya mendapati terdapat
beberapa orang murid prasekolah yang menghadapi masalah dalam
memahami arahan mudah dalam bahasa Inggeris. Masalah ini jelas dapat
dilihat bukan sahaja pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris namun ia juga boleh dilihat pada sesi rutin dan perbualan
pagi dimana apa-apa sahaja arahan mahupun soalan diajukan kepada
murid dalam bahasa Inggeris, jawapan yang mereka biasa berikan adalah
sunny day

dan yes teacher. Justeru itu, dapat saya simpulkan disini

bahawa mereka hanya menghafal tiga perkataan tersebut dan tidak


memamahami kosa kata yang disebut walaupun kosa kata arahan am
dalam bahasa Inggeris itu kerap diulang semasa aktivitii pengajaran dan
pembelajaran slot Komunikasi Bahasa

Saya berasa kesal dan kecewa

dengan tindak balas tersebut.


Namun begitu, saya mengakui bahawa mungkin saya tidak
memberikan tunjuk ajar dengan baik pada pengajaran sebelumnya
ataupun strategi pengajaran yang saya gunakan tidak sesuai dengan
minat dan perkembangan mereka. Mereka terlalu bergantung kepada guru
dan rakan-rakan yang lain untuk memberikan jawapan setiap kali diajukan
soalan kepadanya. Masalah ini juga dihadapi oleh majoriti rakan-rakan
saya yang berpraktikum di sekolah-sekolah lain di kawasan Hulu Besut.
Penggunaan Bahasa Inggeris murid-murid prasekolah ini sangat lemah
terutamanya dari segi memahami dan memberi arahan am dalam bahasa
Inggeris.

Murid

persekitaran

prasekolah

mesra

dengan

seharusnya
bahasa

perlu

Ingeriss,

diterapkan
guru

perlu

dengan
sentiasa

membiasakan murid prasekolah dengan perkataan perkataan bahasa


Inggeris. Hal ini demilkian menurut Hart & Risley, Huttenlocher dan Snow
(dalam Helen Bee, 2007) ini disokong oleh B.F. Skinner (dalam Mok Soon
Sang, 2009) di mana B.F. Skinner berpendapat perkembangan bahasa
adalah dipengaruhi oleh faktor alam sekitar. Justeru itu kegagalan

menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani dengan lebih awal agar
masalah

ini

tidak

bertambah

dan

berlarutan

sehingga

mereka

menjejakkan kaki ke kelas arus perdana.


Saya telah menjalankan satu slot pengajaran berdasarkan
standard BI 1.4.2

Listen to and follow simple instructions iaitu murid

dapat mendengar dan mengikut arahan mudah. Slot pembelajaran ini


menumpukan kepada kemahiran mendegar dan berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris. Setelah selesai slot ini saya mendapati seramai 4 orang
murid mengalami masalah dalam memahami arahan am dalam bahasa
Inggeris. Namun begitu, sebagai permulaan saya ingin menumpukan
kepada 5 arahan am dalam bahasa Inggeris sahaja. Arahan am ini dipilih
kerana arahan ini adalah arahan asas dan arahan yang sering di gunakan
dalam bilik darjah iaitu arahan stand up, sit down, clap your hand, put up
your hand dan put down your hand. Saya mendapati terdapat sebahagian
murid apabila ditujukan arahan am secara tersusun mereka dapat
memberikan respon yang betul tetapi apabila diberi arahan secara rawak
respon yang diberikan adalah amat mengecewakan. Namun terdapat juga
sebahagian dari murid tersebut yang langsung tidak memberikan respon
kerana tidak memahami setiap arahan yang telah diberikan. Pemerhatian
dan temu bual telah digunakan sebagai alat pengumpulan data awal.
Bagi mengumpul data awal saya telah menggunakan pemerhatian,
senarai semak dan temu bual sebagai alat kajian. Pemerhatian telah
dijalankan

setelah

murid

selesai

menjalani

slot

pengajaran

dan

pembelajaran BI 1.4.3 Listen to and follow simple instructions. Di mana


saya memberikan 5 arahan am kepada murid dan saya meminta mereka
untuk memberi tindak balas mengikut arahan yang telah diberikan. Selain
itu pemerhatian juga turut dijalankan semasa morning circle dan routine
dalam bilik darjah. Selepas melakukan pemerhatian, saya telah membuat
satu senarai semak mengenai respon yang diberikan murid setelah setiap
kosa kata arahan am dalam bahasa Inggeris diberikn kepada mereka. Temu
bual bersama guru prasekolah turut dijalankan bagi mengumpul data awal.
Berdasarkan temu bual tersebut, guru prasekolah merumuskan punca
muridnya tidak dapat menguasai arahan am dalam bahasa Inggeris adalah
kerana mereka tidak memahami kosa kata arahan itu sendiri.

FOKUS KAJIAN
Pengumpulan data awal yang telah dilaksanakan menunjukkan bahawa
murid murid Prasekolah Indah masih lemah dalam penguasaan
memahami kosa kata arahan am dalam bahasa Inggeris. Kebolehtadbiran
Kit Vidampet ini dilihat berupaya untuk menangani masalah dan ekangan
yang dihadapi sepanjang pemerhatian yang dibuat terhadap murid
murid tersebut.
Masalah masalah yang dihadapi oleh murid prasekolah pada
peringkat awal persekolahan dapat diatasi dengan menggunakan Kit
Vidampet ini. Kit ini mengambil kira setiap masalah yang dihadapi murid
terutamanya murid yang tidak pernah didiedahkan dengan penggunaan
bahasa Inggeris.
Perkongsian ilmu berkaitan dengan kaedah penggunaaan Kit
Vidampet dapat memberi nilai tambah terhadap amalan pedagogi guru.
Dengan

penggunaan

kit

ini

guru

dapat

mempelbagaikan

kaedah

pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah selain itu, kit ini juga
mampu menarik minat murid untuk lebih fokus semasa mengikuti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Kebolehgunaan kaedah penggunaan Kit Vidampet ini boleh
diaplikasikan ke dalam bidang tugas guru sebagai satu kaedah baru untuk
membantu murid murid menguasai kosa kata arahan am dalam bahasa
Inggeris. Penyediaan kit yang mudah dan ringkas tidak memberi sebarang
masalah

kepada

guru

untuk

mengaplikasikan

penggunaan

kit

ini

sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran tidak kiralah di dalam


mahupun di luar bilik darjah.
Fokus kajian ini adalah berdasarkan kolaborasi yang telah dijalankan
bersama

guru

mendapatkan

Prasekolah
maklumat

Indah.
yang

lebih

Kolaborasi
jelas

ini

dan

dijalankan
sahih

bagi

mengenai

permasalahan yang dihadapi guru berkaitan dengan penguasaan arahan


am dalam bahasa Inggeris dalam kalangan muriid prasekolah. Selain
daripada pemerhatian, peserta kajian juga dipilih berdasarkan kolaborasi
bersama guru prasekolah.

Kit Vidampet ini telah dicipta berdasarkan pemerhatian dan kolaborasi


bersama guru prasekolah. Di mana setelah menganalisis data awal, saya
mendapati punca bagi masalah ini adalah mereka tidak memahami kosa
kata arahan am dan tidak berminat dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris. Setelah berhempas pulas memikirkan cara
dan kaedah yang mampu menyelesaikan masalah ini, akhirnya terciptalah
Kit Vidampet. Kit Vidampet ini adalah gabungan penggunaan video,
permainan dam dan boneka puppet.

Saya yakin penggunaan Kit

VIDAMPET mampu meningkatkan kosa kata arahan am murid dalam


bahasa Inggeris. Hal ini demilkian, Kit VIDAMPET ini telah merangkumi
kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang mampu menarik
minat murid oleh itu murid dapat menumpukan seluruh perhatian mereka
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, memadangkan Kit
VIDAMPET ini menggunakan pendekatan belajar sambil bermain ia mampu
menarik minat murid serta mengukuhkan lagi kefahaman murid. Menurut
Albert Anak Menter dalam kajiannya yang bertajuk Menambahkan
Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan Prasekolah
Menggunakan Kaedah Bermain Dengan Perkataan Bahasa Inggeris MARI
BERMAIN RIANG, melalui teknik bermain dengan perkataan Bahasa
Inggeris, penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid prasekolah dapat
dipertingkatkan kerana keseronokkannya murid untuk belajar kerana
mereka lebih suka jika unsur permainan diselitkan di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran mereka.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk :
i.

Meningkatkan kosa kata arahan am dalam bahasa Inggeris dengan

ii.

menggunakan Kit ViDamPet


Meningkatkan kebolehan murid untuk memberikan arahan mudah

iii.

dalam bahasa Inggeris dengan penggunaan Kit VIDAMPET


Meningkatkan amalan guru dalam keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran

Soalan Kajian
Kajian ini akan memfokuskan kepada permasalahan berikut:

i.

Bagaimanakah

penggunaan

Kit

VIDAMPET

dapat

membantu

ii.

meningkatkan kosa kata arahan am dalam bahasa Inggeris?


Bagaimanakah penggunaan Kit VIDAMPET dapat membantu murid

iii.

memberi arahan am dalam bahasa Inggeris?


Sejauhmanakah Kit VIDAMPET dapat meningkatkan amalan guru
dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di ajarkan di sebuah sekolah di daerah Besut,
Terengganu yang melibatkan murid prasekolah SK.

INDAH. Prasekolah

tersebut terdiri daripada 25 orang murid dan semuanya berbangsa Melayu


iaitu 15 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Kedudukan
sekolah ini terletak di sebuah pekan kecil di hulu besut. Murid dalam kelas
tersebut mempunyai pelbagai latar belakang keluarga seperti kakitangan
awam, swasta, bekerja sendiri dan petani. Murid murid berbasikal ke
sekolah dan ada juga yang dihantar dengan motosikal oleh ibubapa dan
terdapat sebilangan kecil yang datang berjalan kaki ke sekolah. Seramai 4
orang murid Prasekolah Sk Indah telah dipilih sebagai subjek kajian. Kesemua
subjek kajian ini berumur dalam lingkungan 6 tahun. Pemilihan subjek kajian
ini dibuat berdasarkan pemerhatian awal

sewaktu slot pengajaran dan

pembelajaran bahasa Inggeris BI 1.4.2 Listen to and follow simple, morning


circle dan routinie Subjek kajian yang dipilih ini boleh dikatakan rata rata
mereka mempunyai masalah kekurangan kosa kata arahan am dalam bahasa
Inggeris dan mengalami kesukaran dalam memahami arahan am dalam
bahasa Inggeris.
5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
Saya merancang kajian tindakan ini dengan menggunakan Model Stephen
Kemmis (1983). Model Stephen Kemmis terdiri daripada 4 peringkat iatu
perancangan,

tindakan,

pemerhatian

dan

refleksi.

Model

berkenaan

dilaksanakan secara berulang-ulang sehinggan masalah yang dihadapi dapat


diselesaikan sepenuhnya.
5.1 Langkah-Langkah Tindakan
Lingkaran 1

Kit ini terdiri daripada tiga aktiviti. Di mana aktiviti pertama, guru menayangkan
tayangan video arahan mudah dalam bahasa Inggeris. Murid telah diminta untuk
menonton kemudian mengulang setiap arahan yang diberikan di dalam video.
Kemudian bagi aktiviti kedua, guru mengajar arahan am menggunakan boneka Julia.
Setelah itu murid diminta untuk memainkan Julia mengikut arahan yang diberikan guru
kemudian guru meminta murid memainkan Julia secara berpasangan, di mana seorang
murid memberi arahan dan seorang lagi memainkan Julia mengikut arahan yang
diberikan. Aktiviti seterusnya memperkenalkan Permainan Dam Maya kepada murid.
Guru menerangkan dan membuat demostrasi cara permainan dam maya. Murid diminta
untuk bermain dam maya. Murid mesti bergerak mengikut bilangan yang ditunjukkan di
buah dadu. Murid diminta peka akan bunyi yang dikeluarkan sepanjang permainan dam.
Murid diminta melakukan seperti diarahkan dan menyebut arahan am sekiranya gambar
ransangan diberikan. Jika murid salah murid dikehendaki kekal dimana mereka
berada,tetapi sekiranya betul murid diberi peluang untuk membaling dadu lagi.

Lingkaran 2

Di mana aktiviti pertama, guru menayangkan tayangan video dan lagu arahan mudah
dalam bahasa Inggeris. Murid telah diminta untuk menonton kemudian mengulang
setiap arahan yang diberikan di dalam video. Guru membimbing murid melakukan
pergerakan sambil menyanyi dan menyebut arahan. Kemudian bagi aktiviti kedua, guru
mengajar arahan am menggunakan boneka Julia. Setelah itu murid diminta untuk
memainkan Julia mengikut arahan yang diberikan guru kemudian guru meminta murid
memainkan Julia secara berpasangan, di mana seorang murid memberi arahan dan
seorang lagi memainkan Julia mengikut arahan yang diberikan. Aktiviti seterusnya
memperkenalkan Permainan Dam Maya kepada murid. Guru menerangkan dan
membuat demostrasi cara permainan dam maya. Murid diminta untuk bermain dam
maya. Murid mesti bergerak mengikut bilangan yang ditunjukkan di buah dadu. Murid
diminta peka akan bunyi yang dikeluarkan sepanjang permainan dam. Murid diminta
melakukan seperti diarahkan dan menyebut arahan am sekiranya gambar ransangan
diberikan. Jika murid salah murid dikehendaki kekal dimana mereka berada,tetapi
sekiranya betul murid diberi peluang untuk membaling dadu lagi.
5.2 Kaedah Kumpul Data

Antara kaedah yang digunakan untuk mengumpul data ialah melaksankan


pemerhatian berstruktur terhadap murid prasekolah. Kaedah kedua adalah temu
bual bersama guru prasekolah, manakala kaedah ketiga analisis dokumen bagi
mengenalpasti sejauh mana pencapaian murid dalam kemahiran memahami 5
arahan am dalam bahasa Inggeris. Pengkaji analisis lembaran kerja, foto dan
video bagi mengetahui tahap penguasaan 5 kosa kata arahan am dalam bahasa
Inggeris.
5.3 Cara menyemak data
Cara yang digunakan untuk menganalisis data ialah dengan menyediakan
jadual untuk mengenalpasti jumlah arahan am yang difahami murid dan dapat
murid memberi respon yang betul serta mengenalpasti jumlah arahan am yang
dapat murid tuturkan dengan betul.

Data juga dianalisis dengan menggunakan

graf bagi mengetahui peningkatan penguasaan kosa kata arahan am pada


pemerhatian awal, lingkaran 1 dan lingkaran 2, manakala bagi mengetahui tahap
penguasaan murid dalam memberi arahan am dalambahasa Inggeris turut
dianalis dengan menggunakan graf. Data yang telah dikumpul juga akan
dianalilsis melalui cara naratif iaitu mencerikan semula kejadian yang berlaku
sepanjang proses pengumpulan data dilakukkan.

6.0 Dapatan kajian


Pemerhatian telah digunakan sebagai alat kajian. Dimanaa pemerhatian telah
dijalankan bagi setiap lingkaran. Berikut merupakan analisis pemerhatian
menggunakan borang senarai semak bagi keempat-empat murid dalam kajian
ini. Jadual 1,2 dan 3 adalah unutk menjawab soalan kajian 1. Dimana
pemerhatian 1 adalah pengumpulan data awal manakala pemerhatian 2 dan 3
adalah pemerhatian lingkaran 1 dan 2.
Soalan Kajian 1

Bagaimanakah penggunaan Kit VIDAMPET dapat membantu meningkatkan kosa


kata arahan am dalam bahasa Inggeris?
Jadual 1

Rumusan pemerhatian Penguasaan Murid Memahami Kosa Kata Arahan Am


Dalam Bahasa Inggeris.
Perkataan
Pemerhatian
Stand up
Sit down
Clap your hand
Put up your hand
Put Down your
hand
Jumlah perkataan
yang dikuasai

Murid
P1

Nizam
P2

P1

Adam
P2

P3

P3

P1

Zurif
P2

P3

P1

x
x
x
x
x

x
x
/
x
x

/
/
/
/
/

x
x
x
x
x

x
/
x
x
x

/
/
/
/
/

/
x
x
x
/

x
/
/
x
x

/
/
/
/
/

x
x
x
x
x

x
x
x
x
x

/
/
x
/
/

5
4.5
4
3.5
3
2.5
Bilangan arahan am dalam bahasa Inggeris

2
1.5
1
0.5
0

Syawal
P2

P3

DAPATAN KAJIAN
REFLEKSI
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
RUJUKAN

You might also like