You are on page 1of 8

LAPORAN PROGRAM IHYA RAMADHAN

SK PULAU GAYA
TAHUN 2015
Tarikh

: 17 Jun- 14 Julai 2015

Tempat

: SK Pulau Gaya

Kehadiran

: Semua guru SK Pulau Gaya

Sasaran

: Semua pelajar Tahap 1 dan 2 SK Pulau Gaya

Anjuran

: Panitia Pendidikan Islam

Aktiviti

:
1.
2.
3.
4.
5.

1.0

Pertandingan
Pertandingan
Pertandingan
Pertandingan
Kuiz

Melukis
Mewarna
Teka Silangkata
Kolaj

Pendahuluan
Bulan Ramadhan adalah anugerah dari Allah untuk umat Islam seluruhnya
bagi

menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang

dijanjikanNya.

Justeru,

program

ini

dilaksanakan

demi

mencapai

keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilaksanakan sepanjang


bulan ramadhan ini mendapat keberkatan dariNya.Oleh itu, beberapa
aktivti agama yang dirancang telah berjaya dilaksanakan selama sebulan
sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.
2.0 Objektif
2.1 Melahirkanwarga sekolah yang memiliki sahsisah diri yang mulia,
berbudi pekerti dan cintakan ajaran Islam khususnya di bulan Ramadan AlMubarak.
2.2 Mewujudkan susasana keakraban dan seronok beramal ibadat dalam
bulan Ramadhan.
2.3 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman
dalam menghayati keberkatan, kepentingan dan tuntutan serta cabaran
beramal sepanjang Ramadhan

3.0

Pertandingan Melukis dan Mewarna


Pertandingan ini telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 25 dan 29

Jun 2015. Semua murid tahap 1 dan 2 terlibat dalam menjayakan


pertandingan ini. Ia dilaksanakan selama 2 jam selepas rehat. Pertandingan
dimulai dengan pendaftaran murid mengikut kelas yang diketuai oleh ustaz
Syukri. Murid kemudiannya diberikan sehelai kertas untuk mewarna serta
bebas menambah lukisan pada lembaran yang disediakan. Dalam lembaran
mewarna tersebut telah diselitkan kata-kata yang dapat menyuntik semangat
murid untuk terus beramal ibadah dengan seronok dalam bulan Ramadhan
yang mulia ini. Hakim bagi pertandinga mewarna ini telah diadili oleh ustazah
Khalilah dan ustazah Nabilah Farhanah. Kesemua Hadiah telah diberikan
semasa majlis penutupan ihya Ramadhan yang lalu. Pertandingan ini tamat
pada jam 12 tengahari.
4.0
1.
2.
3.

Kekangan
Bencana alam yang menyebabkan pertandingan terpaksa ditangguhkan
Tiada kelengkapan warna yang mencukupi
Tempat mewarna yang terhad

5.0
Penambahbaikan
1. Guru akan memastikan tarikh dan masa yang dirancang tidak menggangu
perjalanan program
2. Guru akan memaklumkan awal kepada murid tentang program yang
dijlankan sepanjang ihya ramadhan
3. Guru akan menyediakan kemudahan serta tempat yang baik untuk
keselesaan murid mewarna
6.0 Penutup
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam
perlaksanaan program ini. Semoga kerjasama ini memberi kesan yang positif
kepada semua pihak yang terlibat. Seterusnya akan menjadi garis panduan
kearah perkembangan dan peningkatan kualiti murid-murid Islam di sekolah
kita, serta memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan Negara. Semoga
program

yang

telah

diadakan

mendapat

dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

keberkatan

dari

Allah

dan

Disediakan oleh :

____________________________
NABILAH FARHANAH BINTI NOH
Penolong Setiausaha
Panitia Pendidikan Islam
SK Pulau Gaya

Disemak oleh :

_________________________
NOORAIDA BT ABU BAKAR
Ketua Panitia
Panitia Pendidikan Islam
SK Pulau Gaya

Disahkan oleh :

__________________________
JASMEN BIN ELAHAN
Guru Besar Cemerlang
SK Pulau Gaya

LAMPIRAN

Murid-murid dibahagikan kumpulan mengikut kelas


masing-masing dengan diketuai oleh fasilitator
bagi setiap kelas.

Bermulanya
pertandingan
Mewarna
memeriahkan bulan Ramadhan yang mulia

bagi

Murid-murid tekun mewarna dan melukis pada


lembaran yang diberikan

Murid-murid seronok
mereka kepada guru.

menunjukkan

hasil

kerja

Hasil Kerja murid dalam pertandingan mewarna

You might also like