You are on page 1of 5

KEIMANAN RATU BALQIS ( PEREMPUAN )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Terima kasih pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang
setia dengan jam randiknya seterusnya para hadirin dan hadirat sekalian.
Kisah Anbiya zaman berzaman,
Di dalam al-Quran ada disebutkan,
Keimanan Ratu Balqis tajuk pilihan,
Kisah menarik mari dengarkan.
(syair)
Kawan-kawan mesti mahu tahu kan Siapakah sebenarnya RATU BALQIS..
Ratu Balqis adalah seorang ratu yang memerintah kerajaan Kuno Saba yang terletak di
negara Yaman.
1.Kepimpinan Ratu Balqis
Kawan-kawan,
Ratu

Balqis

merupakan

permaisuri

yang

bijak

dan

cerdik.

Beliau

mempunyai

singgahsana agung yang dihiasi dengan intan permata. Namun begitu, Ratu Balqis dan
kaumnya masih tidak beriman dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al-Naml ayat 24:

24. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah
Pengajarannya di sini kawan-kawan
Janganlah kita mensyirikkan Allah. Ikutilah program-program keagamaan seperti anta
tanya ana jawab yang banyak memberi panduan kepada umat islam.

2.Ratu Balqis menerima surat


Kawan-kawan sekalian,
Mendengarkan berita tentang penyembahan Matahari Ratu Balqis, maka Nabi
Sulaiman telah mengirimkan surat kepada Negeri tersebut.
Terbanglah Hud-Hud keluar mencari,
Menyampai pesanan raja negeri,
Balqis terima dengan sendiri.
Dipanggil pembesar untuk selidiki.
(Nasyid)
Sepertimana firman Allah dalam surah An-Naml ayat 32 :

Berkata dia (Balqis): "Hai para pembesar berilah Aku pertimbangan dalam urusanku .32
(ini)
Pengajarannya,
Sebagai seorang pemimpin, kita harus bermesyuarat dahulu sebelum membuat
keputusan.
perdana menteri kita yang sentiasa meminta pendapat daripada ahli kabinet dalam
menyelesaikan masalah negara.
3.Ratu Balqis menghantar Hadiah
Setelah berbincang dan berfikir, Ratu Balqis membuat keputusan untuk membalas surat
tersebut dengan hadiah dan bukannya dengan peperangan. Perkara ini tercatat dalalam
surah an-Naml ayat 35 :


Maksudnya : Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka,.. (Surah
Al-Naml : 35)
Maka setelah itu menujulah para utusan Ratu Balqis ke istana Nabi Sulaiman
dengan membawa hadiah. Kawan-kawan, rasanya adakah Nabi Sulaiman terpedaya
dengan harta benda Ratu Balqis itu?
Datangnya rombongan hadiah dibawa
Untuk Sulaiman sebagai taruhannya
Disangkanya mereka baginda terpedaya
Namun hampa kecewa akhirnya.

(Pantun)

Haaaaaa! Sudah dengar pantun tadi? Jawapnnya pastilah tidak kan??? Ini kerana hadiah
yang diberikan kepada Nabi Sulaiman itu seolah-olah rasuah yang pastinya mesti kita
jauhi.
Kawan kawan sekalian
Rasuah adalah haram disisi Islam. Isu penahanan yang melibatkan 4 orang pegawai
kerana menerima rasuah dari pelombong bauksit tidak berlesen amat kita kesali .
4.Keimanan Ratu Balqis
Kawan-kawan,
Setibanya Ratu Balqis di istana nabi Sulaiman, Nabi Sulaiman mengajak Ratu Balqis
untuk mengelilingi istananya.

Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman


Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu

KERANA
yang kau pijak itu bukannya Air
kemilau sinarannya
(SAJAK)

Kawan-kawan , Akhirnya, Ratu Balqis terpedaya dengan kenindahan istana


Sulaiman itu Hidayah Allah telah meresap kedalam jiwa Ratu Balqs.
Firman Allah dalam surah al-Naml ayat 44 yang berbunyi :


44. Berkatalah Balqis: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya Aku Telah berbuat zalim terhadap
diriku dan Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam".
Pengajarannya di sini kawan-kawan, jika masyarakat kita beriman dengan sebenar-benar
iman pada hari ini, maka pastilah tidak akan berlaku nya kes-kes gejala sosial seperti
pembuangan bayi. Alangkah sayunya apabila seorang si ibu sanggup mencampakkan
bayinya dari tingkat 18 .
Kawan kawan..
Mariklah kita bertakwa kepada allah.Agar gejala social seperti ini dapat dielakkan.
Wahai kawan-kawan,
Marilah kita contohi,
Kisah Ratu Balqis dan keimanannya sendiri,
Walaupun berharta,
Namun tetap tunduk pada illahi
Marilah contohi kisah Ratu Balqis ini. !
Sekian, Wabilahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

You might also like