You are on page 1of 6

Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru

ketika mengambil tindakan. Kemelut yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah
yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi apabila akhbar-akhbar perdana negara
sering memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa
segan-silu. Hal ini bukan sahaja menyusahkan pelbagai pihak malah imej negara kita
akan tercalar. Jadi, sebelum mencari jalan penyelesaiannya, kita perlulah mengenal
pasti sebab musabab yang menjadi akar umbinya sebelum kemelut ini menjadi barah
kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk
menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa
hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses
ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa.
Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari
rakyat. Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta dan
ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini menunjukkan peri pentingnya didikan
agama dan moral dalam kehidupan kita supaya kehidupan tidak menjadi terumbangambing seperti kapal tanpa nakhoda. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi
didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dengan
menyuruh anak-anak tidak mengabaikan solat kerana bersolat itu dapat mencegah
daripada melakukan kemungkaran. Cara ini adalah efektif untuk mewujudkan
masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini yang disebabkan oleh banyak faktor
mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk diatasi jika dikaji secara telus. Pelbagai
pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan
mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut
akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara
sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak
adalah amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama-sama
didaki, ke lurah sama-sama dituruni.Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk
melahirkan masyarakat yang sihat dan terbilang dari segi lahiriah dan rohaniah dapat
direalisasikan.

TUGASAN 2
GEJALA sosial merupakan satu amalan tidak sihat yang sering dikaitkan dengan remaja
pada masa kini. Gejala atau masalah yang ketara yang dapat kita lihat dalam masyarakat
kita pada hari ini adalah seperti masalah atau gejala samseng atau gangsterisme, seks bebas,
pembuangan bayi, merempit atau lumba haram, penyalahgunaan dadah, minum arak dan
ponteng sekolah.
Gejala-gejala seperti ini dapat mendorong seseorang remaja terjebak ke lembah yang boleh
merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Seringkali kita dengar berbagaibagai berita buruk yang sering disiarkan dikaca-kaca televisyen, di corong-corong radio
mengenai masalah ini terutamanya kes pembuangan bayi, kes gangster (buli), dadah,
ponteng sekolah dan lain-lain lagi.
Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada
zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam
kehidupan mereka.
Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk
melakukan pelbagai perkara tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Oleh sebab itu, tidak
mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke lembah gejala sosial yang tidak sihat ini.
Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah
terjebak dalam kancah gejala sosial. Antara punca-punca berlakunya masalah ini adalah
kurangnya didikan agama dalam keluarga, ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan harian
mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa terhadap anakanak.
Selain itu, berpunca daripada pergaulan bebas, kurangnya kasih sayang ibu bapa dan
sebagainya. Hal ini, menyebabkan remaja sekarang terlalu bebas untuk melakukan apa
sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu sama ada perkara yang dilakukan itu baik ataupun
buruk.
Oleh itu, masalah ini haruslah dibendung daripada sekarang agar tidak menyesal
dikemudian hari terutamanya ibu bapa. Ibu bapa perlulah meluangkan lebih banyak masa
bersama anak-anak di rumah, memberikan perhatian yang penuh kepada anak-anak agar
mereka lebih berasa disayangi.
Selain itu, pendidikan agama juga haruslah ditekankan dalam hidup anak-anak supaya
mereka berakhlak mulia dan tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Oleh
itu, masalah ini perlu dikawal sejak dari rumah dan perlu diterapkan sejak kecil lagi agar
dapat melahirkan generasi yang elok perangai dan akhlaknya pada masa hadapan bak

mengikut peribahasa Melayu iaitu sediakan payung sebelum hujan.


Kurangnya Nilai atau Pendididikan Agama
Kurangnya nilai dan pegangan agama yang kukuh maka tidak mustahillah iman seseorang
itu akan goyah terutamanya insan yang baru hendak mengenal selok-belok kehidupan di
dunia ini yang penuh dengan segala cabaran dan dugaan hidup.
Ajaran agama perlulah diterapkan sejak dari rumah lagi. Ibu bapa bertanggungjawab dalam
memberikan ajaran agama yang sempurna untuk membentuk akhlak anak-anak supaya
lebih baik dan dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
Jika ibu bapa tidak menerapkan ajaran agama dalam diri remaja, sedikit sebanyak remaja
tersebut kurang panduan dalam menghadapi cabaran sosial yang serba mencabar ini.
Pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri remaja sejak kecil lagi.
Ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis sebenarnya sudah cukup menyeluruh
untuk dijadikan panduan hidup dalam menerangi kegelapan. Islam sudah menerangkan
secara jelas tentang bahana atau hukuman setiap gejala sosial jika dilakukan oleh orang
Islam.
Jika panduan agama ini dijadikan satu pegangan yang kukuh dalam diri maka, secara tidak
langsung gejala sosial tidak akan wujud dalam negara dan ia dapat dibendung dengan baik
sekali.
Hal ini tidak hanya berfokuskan kepada penganut agama Islam sahaja, agama-agama lain
juga seperti agama hindu, buddha, kristian dan lain-lain mencegah sekeras-kerasnya
penganut mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik yang boleh menimbulkan
kerumitan dalam hidup.
Sekiranya ajaran atau didikan agama yang sempurna maka, hidup manusia dalam keluarga,
masyarakat dan negara akan aman dan bebas daripada segala gejala sosial yang timbul
seperti lumba haram, dadah, bergaduh dan sebagainya.
Ibu Bapa Yang Terlalu Sibuk
Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan tugas masing-masing merupakan salah satu punca
berlakunya gejala sosial ini. Majoriti pada zaman sekarang ibu bapa boleh dikatakan 80%
bekerja kedua-duanya sehinggakan kualiti masa untuk bersama dengan anak-anak di
rumah tiada, menyebabkan kehidupan seharian anak-anak terabai dan secara tidak
langsung nilai kasih sayang juga berkurangan.
Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak
mereka. Paling penting ibu bapa tahu peranan dan mengamalkan masa yang berkualiti
dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan

mengambil tahu perihal anak-anak mereka.


Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka.
Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai
rujukan jika berdepan dengan masalah.
Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan
tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum.
Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Tetapi dunia hari
ini, disebabkan kesibukkan itu ibu bapa semakin merasakan berada di zon selesa.
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan insan yang paling terdekat dengan anak-anak atau remaja. Ibu bapa
haruslah meluangkan lebih banyak masa dengan anak remaja mereka di rumah.
Menerapkan nilai-nilai kasih sayang yang mencukupi serta ajaran atau didikan agama yang
sempuran untuk membentuk keperibadian yang sempurna dan mulia.
Selain itu juga, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada
mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka
sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.
Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan
tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum.
Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.
Selain itu, ibu bapa juga perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu,
sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat
dipastikan dengan siapa anak kita berkawan.
Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang
tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk
kesejahteraan hidup anak-anak dan juga ia membawa keberkatan dalam hidup seharian.
Peranan Sekolah
Peranan pihak sekolah terutamanya guru-guru merupakan satu langkah yang perlu diambil
serius. Guru-guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus
menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa
berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya.
Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai pemerintah dan tidak didekati.
Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan
pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak
mempunyai minat terhadap proses pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah pandai

mengambil hati murid-murid mereka juga agar suasana yang sihat dapat diwujudkan.
Kesan Ke atas Individu
Kesan ke atas individu itu sendiri iaitu remaja yang terlibat. Seseorang insan yang
dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ia terpulang
pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya.
Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan
tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan
dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.
Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya
dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya,
kebanyakan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya,
sebaliknya memalukan agama, bangsa dan negara.
Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam
pada diri seseorang remaja itu sehingga boleh membawa kepada kerosakkan diri sendiri
akibat daripada tindakan bodoh yang dilakukan itu.
Kesan Kepada Keluarga
Seterusnya, kesan kepada keluarga. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia
datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab
itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke
atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan
pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan
terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya
berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah,
pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kita semua haruslah bertindak dengan lebih pantas dan tuntas
dalam menangani masalah gejala sosial ini agar tidak terus merebak menjadi lebih parah
lagi. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu
bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.
Dengan kata lain, walauapapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa
kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Seseorang individu (remaja)
mestilah memikirkan terlebih dahulu apa yang hendak dilakukan dan kesan yang bakal
mereka hadapi agar tidak menyesal dikemudian hari.

Masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana para remaja merupakan
aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang akan datang. Justeru, semua
pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah
sosial supaya para remaja tidak terjerumus dalam gejala sosial tersebut.
Sekirannya negara bebas daripada segala gejala sosial ini maka, negara dapat melahirkan
generasi yang bersih daripada segala masalah dan generasi yang dilahirkan ini dapat
menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020 serta dapat membentuk sebuah negara yang
aman, damai dan harmoni.
Selain itu, kehidupan seharian dapat dijalankan tanpa ada sedikit perasaan risau atau
bimbang dengan masalah-masalah yang akan berlaku. Oleh itu, semua pihak perlu
berganding bahu tanpa menunding jari kepada satu pihak sahaja untuk menangani masalah
gejala sosial ini. Muafakat bersama akhirnya akan membawa berkat dalam kehidupan kita.

You might also like