You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)

KALI PERTAMA TAHUN 2016


SK KENDAIE LUNDU.
Tarikh

: 05 MEI 2016

Masa

: 12.30 tengahari

Tempat: Pusat Sumber

AHLI YANG HADIR


1.

En.Maack Rose Ak Watt

Pengerusi
2.

Mohd Syafiq Bin Md Nor


Pegawai Aset sekolah

3.

En. Bohari Bin Manan


Pegawai Stor sekolah

4.

En. Charles Edward


Lembaga Pemeriksa

5.

En. Ruzaman Bin Rosdi


Pegawai Pemeriksa

6.

En. Leman Ak Dadang


Pegawai Aset Tak Alih

7.

Pn Julia Bt Hashim
En Saut Ak Nowil

Pegawai stor Bekalan Am

TIDAK HADIR
Tiada

1.

UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK
ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Ke-1 Bil. 1/2016.

2.

MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Minit mesyuarat disahkan oleh En. Bohari Bin Manan dan disokong sebulat suara.

3.

PELAPORAN ASET
3.1

Aset Semasa
Unit Aset dalam proses mengenal pasti dan melengkapkan senarai aset alih kerajaan
yang tidak mempunyai punca maklumat untuk tindakan pendokumentasian dan
tindakan pelupusan sekiranya perlu. Senarai ini perlu diselesaikan pada atau sebelum
26 Nov 2016.
Tinadakan : Pegawai Aset

3.2

Pendaftaran Aset
KEW-PA2 & KEW-PA3 telah lengkap diisi dengan maklumat harga mengikut nilaian
semasa.
Makluman

3.3

KEW.PA-4 dan 5
Tindakan menyelaraskan jenis aset dan mencetak semula KEW.PA-4 dan 5 sedang
dilakukan. Ruang yang masih belum mempunyai KEW.PA-4 dan 5 telah dikenal pasti
dan dalam tindakan. Unit Aset perlu menyelesaikan perkara ini segera.
Tindakan : Pegawai Aset

3.4

Aset Sumbangan
Surat Akuan Penyumbang bagi aset sumbangan perlu dilengkapkan semasa
penerimaan aset sumbangan berkenaan. Bagi penerimaan sumbangan koleksi, mohon
Ketua Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi membuat pindaan yang
sesuai bagi Surat Akaun Penyumbang dan emailkan Surat Akaun Penyumbang
berkenaan kepada pemantau untuk diguna pakai.
Tindakan : Penerima Aset

3.5

Pengurusan Stor
Unit Aset & Senggara perlu melengkapkan maklumat perolehan semua stok bekalan
pejabat yang terdapat di Pejabat. Mohon diselesaikan perkara ini.
Tindakan : Pegawai Stor

4.

MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN


4.1

Penerimaan Aset Alih Januari-Disember 2016


Rujuk lampiran

4.2

Pendaftaran Aset
Unit Aset telah menerima 1 perolehan Harta Modal dan 12 perolehan inventori.
Semua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3.
Tindakan susulan Unit Aset ialah mengemaskini rekod KEW PA 7 di Bahagian/Unit
yang menerima aset berkenaan.

4.3

Selenggara Aset
Unit Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan borang aduan
kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Aset tiada menerima aduan kerosakan
dari kakitangan.

4.4

5.

Kehilangan Dan Hapus Kira


Tiada kehilangan terkini aset alih dilaporkan.

LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN


Tiada

6.

LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN


Satu mesyuarat Lembaga Pengarah akan diadakan bagi memutuskan Kuasa Melulus bagi
tindakan pelupusan dan hapus kira jabatan.
Makluman

7.

LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB


Tiada.
Makluman

8.

MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH


KERAJAAN
Semua masalah aset alih dan stok bekalan pejabat telah dibincangkan dan dalam proses
tindakan.
Makluman

9.

HAL-HAL LAIN
9.1

KEW-PA2 & KEW-PA3


JK akan mengambil semula KEW-PA2 dan KEW-PA3 dari semua unit. Mohon
kerjasama pemantau untuk mengumpulkan KEW-PA2 & KEW-PA3 dan diserahkan
kepada Unit Aset Dan Senggara pada atau sebelum 26 Nov 2016.
Tindakan : Semua Pegawai Pemeriksa

9.3

Carta Alir Kerosakan Aset Alih Kerajaan


Borang Kerosakan akan dihantar pada Ketua Jabatan untuk mendapat pengesahan
dan akan diserahkan untuk tindakan susulan.
Makluman

9.4

Pergerakan Aset Alih Kerajaan


Setiap pergerakan aset alih kerajaan di bilik-bilik khas perlu direkodkan kepada Unit
Aset untuk tujuan pemantauan.
Makluman : Semua Pegawai/Pemantau

9.5

Kehilangan Dan Hapus kira


Tiada laporan
Makluman

9.6

Agihan Stok Bekalan Pejabat


Mesyuarat bersetuju agar agihan stok bekalan pejabat dilakukan 2 kali seminggu iaitu
pada setiap hari Selasa dan Khamis.
Makluman

9.7

Penyimpanan Daftar / Rekod Aset


Semua dokumen KEW PA 1 hingga KEW PA 5 perlu disimpan dalam fail kulit keras
dan disimpan dalam kabinet berkunci di Unit Aset. Unit Aset akan menyimpan daftar
asal dan salinan dokumen perlu di simpan di lokasi penempatan. Setiap bahagian dan
unit yang terlibat dengan penerimaan aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan
maklumat aset tersebut bagi memudahkan pemeriksaan aset dilakukan.
Tindakan : Pegawai Stor

9.8

Penempatan Aset
Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar
pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan perlu
dilaporkan kepada Unit Aset Sekolah.
Makluman

9.9

Pelabelan Aset
Unit Aset perlu membuat semakan label kepada semua aset jabatan dan mengambil
tindakan melabel kepada aset yang masih belum dilabel. Ini bertujuan untuk
memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan aset.
Tindakan : Unit Aset

9.10

Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan


Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset
perlu diberikan penerangan secara khusus berkaitan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5
Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak
langsung dapat memperbaiki kelemahan semasa menguruskan aset jabatan. Unit Aset
dipohon untuk mendapatkan kelulusan taklimat ini daripada Guru Besar.
Tindakan : Unit Aset

PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada
jam 1.30 ptg.

Minit disediakan oleh,


(MOHD SYAFIQ BIN MD NOR)
Setiausaha/Pegawai Aset
Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK)
Disahkan oleh,
(EN. MACK CROSE AK WATT)
Guru Besar
SK Kendaie Lundu.

You might also like