You are on page 1of 21

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBMT4203_V2
(TEACHING OF UPPER SECONDARY MATHEMATICS PART I)

PENDEKATAN DEDUKSI DAN INDUKSI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK


MENENGAH ATAS BAGI TAJUK JUJUKAN DAN SIRI

NAME :
WARDATUL FADILAH BT KAMARUZAMAN
MATRIC NUMBER : 841118065034001
NRIC: 841118 06 - 5034
TELEPHONE NUMBER : 017 - 9255884
EMAIL ADDRESS : wardiela_kss@yahoo.com

TUTORS NAME :
PUAN HAFAZA BT AWANG
LEARNING CENTRE :
MENTAKAB LEARNING CENTRE
MEI 2016

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKASURAT

1.0
2.0

PENGENALAN
CARIAN ARTIKEL ARTIKEL PENGGUNAAN PENDEKATAN
DEDUKSI DAN INDUKSI

35
6 12

3.0

PERBINCANGAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENDEKATAN


DEDUKSI DAN INDUKSI DI SEKOLAH MENENGAH

13 14

4.0

RANCANGAN PENGAJARAN BAGI MENGAJAR TAJUK JUJUKAN


DAN SIRI DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN DEDUKSI DAN

15 20

INDUKSI
5.0

PENUTUP

21

6.0

RUJUKAN

22

1.0

PENGENALAN

Kaedah induksi merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam
pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon Sang,
2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan
satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir
maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti
Hajar Abdul Aziz, 2004). Hilda Taba mempercayai bahawa pelajar membuat generalisasi hanya
setelah maklumat dapat diorganisasi dengan sempurna. Taba adalah lebih dikenali dengan model
pengajarannya yang melibatkan pemikiran induksi. Menurut beliau, dengan menggunakan
pelbagai strategi, pelajar boleh dibantu menyelesaikan masalah dengan jayanya. Strategi induktif
ini mengalir dalam proses kognitif dan memerlukan pelajar menggunakan teknik soalan-soalan
ringkas (Hilda Taba, 1962).
Pengajaran berasaskan gaya pemikiran deduksi adalah satu pendekatan mengajar yang
mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep. Konsep deduksi boleh ditakrifkan
sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus,
prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh
yang khusus (Mok Soon Sang, 2003). Seperti dalam pendekatan induksi, ia juga menggunakan
proses penaakulan yang tinggi. Kaedah deduksi berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah
mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang
mendalam dan pengetahuan yang cukup. Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek
matter, pendekatan deduksi melibatkan pelajar-pelajar mempelajari peraturan-peraturan atau
diberi maklumat tertentu sebelum mereka diminta melakukan penganalisisan bahan yang hendak
dipelajari itu.
Kaedah ini menjadi pilihan, kerana pelajar terlibat secara aktif dalam kumpulan dan dapat
melatih mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar lemah dapat berinteraksi dengan
pelajar pandai. Selain itu mereka dapat melatih diri untuk berkomunikasi dan bergaul dengan
pelajar yang pelbagai latar belakang.

1.1

KONSEP PENDEKATAN INDUKSI


3

Pendekatan Induksi memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri


mengenai sesuatu konsep ataupun benda. Ianya mengutamakan contoh-contoh pada awal
pengajaran dan dibuat generelisasi daripadanya. Pendekatan Induksi ini juga tidak digalakan
memberi definisi penerangan dan kandungan pelajaran dan ianya lebih mengutamakan
mengemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk contoh serta kesimpulan diberikan
kemudian.
Diantara konsep pendekatan induksi ialah :
1.

Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum

2.

Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.

3.

Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu.

4.

Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran.

5.

Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum.

6.

Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan.

7.

Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan


pengetahuan.

8.

Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untu menguasai sesuatu


kemahiran.

9.

Menekankan pengajaran berbentuk konkrit.

10.

Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di bawah bimbingan guru.

11.

Menekankan penglibtan murid secara aktif.

12.

Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

13.

Banyak menekankan aspek lisan.

1.2

KONSEP PENDEKATAN DEDUKSI

Dalam pengajaran yang bermodelkan pendekatan ini guru memainkan peranan


penting untuk menerangkan atau mengajarkan dan diasaskan kepada hoskut tertentu,
manakala murid hanya mendengar dan mengikutinya. Walaubagaimanapun, kefahaman
mereka dinilai melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi. Untuk
menentukan bahawa pengajaran ini mendatangkan kesan yang lebih mendalam, guru
haruslah memastikan bahawa generalisasi yang hendak diajarkan itu dihuraikan dengan
jelas, difahami dan contoh-contoh penerapan generalisasi di dalam ayat-ayat mestilah
mencukupi dan benar-benar menepati rumus-rumus tersebut. Guru tidak digalakkan
untuk dimasukkan contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan, terutamanya
pada awal pengajaran. Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi boleh
juga diminta daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru
dikemukakan. Dalam aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan haruslah beraneka
jenis dan dalam konteks yang bermakna. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada murid menerapkan rumus dalam situasi yang baru. Pendekakatan menggunakan
deduktif dicirikan dengan pelajar mempelajari berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu
menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh AplikasiContohRumus/Generalisasi
Diantara Konsep Pendekatan Deduksi ialah :
1.

Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum.

2.

Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum.

3.

Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi.

4.

Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.

2.0

CARIAN ARTIKEL ARTIKEL PENGGUNAAN PENDEKATAN DEDUKSI DAN


INDUKSI

2.1

Artikel 1: Detailed Lesson Plan Of Similar Triangle- Menggunakan Pendekatan


Induksi
2.1.1

Rujukan:

http://www.slideshare.net/jesnienadatel/detailed-lesson-plan-of-similar-triangle
Dalam artikel ini, guru menggunakan kaedah pendekatan induksi untuk mengajar
subtopik Similar Triangle.
2.1.2

Prosedur Dan Pendekatan

i)

Guru memulakan pengajaran dengan bertanyakan pelajar objek yang mereka


boleh lihat di sekeliling. Para pelajar akan menyebut apa sahaja objek yang

ii)

mereka boleh lihat seperti tiang bendera, pokok, bangunan dan sebagainya.
Guru seterusnya mengutarakan soalan bagaimana menyukat tinggi pokok tanpa

iii)

memanjatnya. Guru menunggu respon ingin tahu pelajar.


Guru menayangkan satu video pendek yang berkaitan seterusnya bertanya kepada
pelajar bagaimana seseorang menentukan ukuran tinggi pokok tanpa memanjat
pokok itu. Kebanyakan pelajar memberi bermacam-macam jawapan yang
berdasarkan apa yang mereka lihat sahaja. Guru mendengar semua jawapan
pelajar dan menunggu sehingga jawapan perkaitan konsep yang sesuai digunakan
itu disebut oleh pelajar. Setelah seorang pelajar menyebut konsep nisbah dan
kadar, guru memuji pelajar itu dan membimbing pelajar membuat kesimpulan
iaitu tayangan video yang dilihat itu merupakan aplikasi bagi konsep nisbah dan

iv)

kadar.
Dalam sesi perkembangan, guru akan memberi contoh dua segitiga dan meminta
pelajar membuat pemerhatian. Dalam sesi ini guru ingin pelajar dapat melihat
hubungan antara dua segitiga itu dan dapat memerhati bahawa sisi bagi segitiga

v)

yang besar adalah adalah dua kali sisi yang sepadan bagi segitiga yang kecil.
Seterusnya guru bersama-sama pelajar berbincang dalam menyelesaikan dua
soalan yang berkaitan dengan pengaplikasian pengetahuan konsep yang dijana
6

oleh pelajar sebentar tadi. Soalan kedua lebih kepada pengaplikasian konsep pada
vi)

susunan objek yang berbentuk segitiga.


Guru akhirnya memberi beberapa soalan kepada pelajar untuk menguji
kefahaman konsep.

2.2

Artikel 2: Product Rule for Exponent-Like Terms with Exponent- Menggunakan


Pendekatan Deduksi
2.2.1

Rujukan:
www.slideshare.net/jesnienadatel/detailed-lesson-plan-40148767?related=1
Dalam artikel ini, guru menggunakan kaedah pendekatan deduksi untuk mengajar

subtopik Product Rule for Exponent-Like Terms with Exponent.


2.2.2

Prosedur Dan Pendekatan

i)

Guru memulakan pengajaran dengan meminta pelajar untuk membentuk


kumpulan yang mempunyai lima orang ahli dan dalam kumpulan pelajar diminta

ii)

membuat bulatan
Guru seterusnya memberi arahan bagi aktiviti yang akan dijalankan dan setiap
kumpulan diminta untuk mengambil bahan bantu mengajar iaitu cip dari guru.
Cip-cip itu mempunyai dua warna iaitu kuning dan hijau. Dalam arahan itu,
apabila guru memberi dua nombor contohnya nombor 4 dan 5, pelajar diminta
untuk menyusun cip kepada 4 baris dan 5 kumpulan. Ini bermaksud nombor yang
pertama merujuk kepada bilangan baris manakala nombor yang kedua merujuk
kepada bilangan kumpulan. Cip yang berwarna kuning mewakili nombor genap
manakala cip berwarna hijau mewakili nombor ganjil. Sekiranya hasil tambah
kedua-dua nombor yang diberi adalah nombor genap, maka pelajar diminta
memilih cip yang berwarna kuning dan apabila hasil tambah kedua-dua nombor
adalah nombor ganjil maka pelajar diminta untuk memilih warna hijau. Aktiviti

iii)

ini bertujuan untuk mengukuhkan konsep nombor asas dan kuasa.


Aktiviti yang dijalankan itu mengambil masa selama 10 minit. Selepas selesai
menjalankan aktiviti, guru mengucapkan terima kasih kepada pelajar kerana
melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti tadi.
7

i)

Dalam sesi seterusnya, guru meminta pelajar untuk memberitahu konsep yang
dipelajari dalam kelas sebelum ini dan pelajar menjawab bahawa konsep pelajaran
sebelum ini berkaitan dengan asas dan kuasa. Kemudian guru memberi soalansoalan spontan yang mudah berkaitan dangan asas dan kuasa dan dijawab secara
spontan oleh pelajar. Tujuan guru bertanya mengenai konsep pelajaran sebelum
ini adalah untuk dikaitkan dengan pelajaran hari ini mengenai hukum pendaraban

v)

bagi kuasa yang mempunyai sebutan yang sama.


Guru memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan pelajaran hari ini seterusnya
membuat kesimpulan konsep iaitu hasil darab bagi hukum kuasa adalah apabila
mendarab dua nombor kuasa yang mempunyai asas yang sama, kuasnya mestilah

vi)

ditambah.
Guru akhirnya memberi beberapa soalan kepada pelajar untuk mengukuhkan
kefahaman konsep.

2.3

Perbandingan Pendekatan Kaedah Pengajaran Induksi dan Deduksi Serta


Implikasi Pendekatan terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Menengah Atas
Berikut adalah beberapa perbezaan pendekatan yang dapat dilihat selepas meneliti artikelartikel yang dipilih.
a) i)

Dalam Artikel 1 mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran secara

induksi. Kaedah ini akan memberi pengetahuan baru kepada pelajar. Guru memberikan
beberapa contoh ataupun situasi dan pelajar berusaha untuk mendapatkan kesimpulan
atau prinsip. Contohnya, pelajar dapat membuat kesimpulan iaitu meneliti contoh-contoh
ataupun situasi yang diberikan oleh guru dan menjana konsep akan dipelajari (Nisbah dan
Kadar).
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah dapat melatih pelajar supaya berfikiran secara kritis agar lebih
memahami konsep daripada menghafal rumus

ii)

Dalam Artikel 2,

mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran secara

deduksi. Dalam kaedah ini, pelajar tidak memperolehi pengetahuan yang baru. Guru
menerangkan konsep secara terus dan pelajar cuma menggunakan konsep yang diberi.
Contohnya, guru menerangkan bahawa hukum pendaraban nombor kuasa adalah
sekiranya asas bagi dua nombor yang didarab itu sama, maka kuasa kedua-dua nombor
itu boleh ditambah.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah pelajar tidak dapat dilatih untuk berfikir secara kritis dan lebih
cenderung kepada menghafal rumus daripada memahami konsep.
b) i)

Dalam Artikel 1, guru bertindak menjana pemikiran melalui contoh-contoh dan

teknik soalan yang berkesan kepada pelajar ke arah pembinaan konsep pelajaran. Pelajar
terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, semua pelajar
berpeluang untuk memberikan idea dan jawapan kepada pertanyaan dari guru.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah dapat meningkatkan minat dan penglibatan semua pelajar dalam
aktiviti PdP. Pembelajaran dengan kaedah ini tidak membosankan pelajar. Pelajar lebih
yakin daripada konsep yang mereka bina sendiri.
ii)

Dalam Artikel 2,

guru bertindak memberi penerangan konsep dan pelajar

memberi perhatian bagaimana pengaplikasian konsep yang diberikan. Dalam kaedah ini,
aktiviti pembelajaran lebih berpusatkan guru dan

pelajar tidak terlibat secara aktif.

Sebagai contoh, pelajar hanya melihat dan cuba memahami bagaimana penyelesaian bagi
contoh-contoh soalan yang diberikan menggunakan konsep yang diterangkan oleh guru.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah pelajar tidak dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi
pembelajaran dan pelajar cenderung untuk merasa bosan untuk belajar. Kebanyakan
pelajar tidak berminat untuk menghafal rumus yang terlalu banyak.
c) i)

Dalam Artikel 1, aktiviti PdP mengambil masa yang lama di mana objektif

pembelajaran tidak akan tercapai selagi mana pelajar gagal membentuk konsep daripada
contoh-contoh yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh, sekiranya pelajar tidak dapat
9

mengaitkan contoh-contoh yang diberikan oleh guru dengan konsep Nisbah dan Kadar,
guru perlu memikirkan beberapa lagi contoh berturutan yang bersesuaian sehingga
pelajar dapat membuat generalisasi konsep.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah masalah menghabiskan silibus. Apabila aktiviti PdP mengambil
masa yang lama, kemungkinan besar guru dan pelajar sukar menghabiskan silibus yang
telah ditetapkan. Guru dan pelajar juga mungkin tidak berpeluang untuk mengulangkaji
semua konsep yang telah dipelajari kerana kekangan masa.
ii)

Dalam Artikel 2, aktiviti PdP boleh dilakukan dengan cepat kerana kurang

aktiviti yang dilakukan untuk mencapai objektif. Guru memberi penerangan konsep
secara terus disertai oleh beberapa contoh dan pelajar akan mengaplikasi konsep tadi
dalam menjawab soalan atau latihan-latihan pengukuhan yang akan diberikan oleh guru
kelak. Sebagai contoh, selepas guru menerangkan konsep pendaraban nombor kuasa yang
mempunyai asas yang sama berserta dengan beberapa contoh, pelajar hanya
menggunakan konsep yang diberikan itu untuk menjawab soalan-soalan latihan
kemudiannya.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah menjadi mudah bagi guru dan pelajar untuk menghabiskan silibus
atau sukatan pelajaran yang ditetapkan. Ini akan memberi peluang kepada guru dan
pelajar untuk mengulangkaji keseluruhan konsep yang dipelajari untuk mengukuhkan
lagi pemahaman pelajar.
d) i)

Dalam Artikel 1, aktiviti PdP memerlukan bahan bantu mengajar yang pelbagai.

Proses PdP akan menjadi lebih berkesan dengan penggunaan alat bahan bantu yang
pelbagai dalam menjana pelajar berfikir, membuat pemerhatian seterusnya membina
konsep. Proses menjana kemahiran berfikir pelajar secara kritis dapat dipermudahkan
dengan penggunaan contoh-contoh dan bahan bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai.
Sebagai contoh, penggunaan ICT melalui tayangan video sangat membantu pelajar dalam
membuat pemerhatian, mengumpul maklumat dari apa yang mereka lihat seterusnya
membuat generalisasi.

10

Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik


menengah atas dapat meningkatkan kebolehan pelajar membuat pemerhatian, mentafsir
maklumat dan membuat analisis. Melalui pendekatan ini juga secara tidak langsung
dapat menjana keupayaan berfikir aras tinggi di kalangan pelajar.
ii)

Dalam Artikel 2, aktiviti PdP tidak memerlukan bahan bantu mengajar yang

pelbagai. Ini kerana penerangan konsep secara terus lebih kepada arahan-arahan ataupun
hanya menunjukkan langkah-langkah bagaimana sesuatu konsep digunakan untuk
menyelesaikan masalah, Tugas pelajar hanya memahami penggunaan konsep. Sebagai
contoh, guru pada kebiasaannya menunjukkan contoh-contoh penyelesaian bagi soalan
pada papan putih.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah tidak dapat mengembangkan keupayaan pelajar untuk membuat
pemerhatian, mentafsir maklumat dan seterusnya membuat analisis. Keseronokan suasana
PdP juga dikaitkan dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar yang digunakan. Pelajar
cenderung untuk lebih seronok dan berminat untuk belajar apabila guru menggunakan
alat bahan bantu mengajar yang pelbagai.
Berikut pula adalah beberapa persamaan bagi kedua-dua pendekatan

selepas meneliti

artikel-artikel yang dipilih.


a) Kedua-dua kaedah pendekatan memerlukan guru yang aktif, kreatif dan berkebolehan
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
b) Kedua-dua kaedah akhirnya menjurus kepada pengaplikasian konsep yang diberi atau
diperolehi untuk menjawab soalan

11

3.0

PERBINCANGAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENDEKATAN DEDUKSI


DAN INDUKSI DI SEKOLAH MENENGAH
3.1

PENDEKATAN INDUKSI
i) Kebaikan
Dapat mengasah kemahiran berfikir di kalangan murid kerana murid sendiri
membina konsep pelajar hasil daripada penelitian, pengamatan dan pentafsiran

contoh yang diberikan oleh guru


Dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran kerana interaksi
dua hala antara pelajar dan guru mampu menghidupkan suasana pembelajaran

yang menyeronokkan
Meningkatkan kemahiran lisan pelajar kerana pendekatan induksi ini memerlukan

perbincangan yang banyak dalam bilik darjah


Pelajar tidak dibebani dengan banyak rumus pada peringkat awal pembelajaran.
Ini mengurangkan kebosanan pelajar

ii) Kelemahan
Pendekatan PdP memerlukan masa yang panjang untuk membimbing pelajar

sehingga menemui konsep


Dalam sebuah kelas yang mempunyai ramai pelajar, penjurusan fikiran ke satu
arah sukar dibuat kerana tingkat fikaran dan pemahaman yang berbeza-beza di
kalangan pelajar

3.2

PENDEKATAN DEDUKSI
12

1. Kebaikan
Memudahkan tugas guru kerana guru menerangkan konsep asas manakala pelajar

hanya menggunakan konsep yang diberikan itu


Murud tidak perlu menghafal rumus atau konsep sebab akan diberikan terus oleh

guru
PdP tidak memerlukan masa yang panjang untuk dijalankan
Pembelajaran dapat meninggalkan kesan yang memuaskan di kalangan pelajar
kerana tidak berhadapan dengan risiko mendapat hasil yang salah atau tidak
sempurna

2. Kelemahan
Pendekatan PdP mungkin membosankan kerana pelajar perlu menghafal rumus

rumus yang diberi


Tidak dapat menjana kemahiran berfikir kritis pelajar tidak dibebankan untuk

membina konsep atau pengetahuan baru


Penglibatan pelajar kurang aktif kerana guru lebih banyak memainkan peranan

dalam PdP
Tidak menjamin ingatan kekal pelajar terhadap rumus-rumus yang diberikan
kerana pelajar hanya menghafal rumor-rumus itu.

13

4.0

RANCANGAN PENGAJARAN BAGI MENGAJAR TAJUK JUJUKAN DAN SIRI


DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN DEDUKSI DAN INDUKSI
Mata Pelajaran
Tingkatan
Masa
Tajuk
Sub Tajuk

:
:
:
:
:

Matematik Tambahan
Tingkatan 5 Sains
60 minit
Jujukan dan Siri
Janjang Aritmetik

Objektif pengajaran dan pembelajaran


Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat

i.

Menyelesaikan masalah yang melibatkan J.A

ii.

Menyelesaikan masalah di dalam kehidupan seharian dengan menggunakan J.A

Kemahiran Generik
Penerapan nilai

Ketekunan
Kegigihan
Kerjasama

KBKK
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

:
Menghubung kait
Menganalisis
Mentafsir maklumat
Merancang strategi dan menyelesaikan masalah
Berkongsi idea
Menjana idea

Kecerdasan Pelbagai
:
i.
Intrapersonal
ii.
Kecerdasan Interpersonal
iii.
Logik Matematik
iv.
Kecerdasan ruang / imaginasi
Media Pengajaran
:
i.
Power point
ii.
Lembaran kerja
Pengalaman Sedia Ada
:
i. Pelajar telah mempelajari subtopik awal yang terdapat di dalam tajuk
janjang
ii. satu jujukan yang diberi adalah J.A
iii. mencari sebutan ke-n bagi J.A
iv. mencari hasil tambah n sebutan pertama dengan menggunakan rumus
14

v. mencari sebutan ke-n menggunakan rumus


Tn = Sn Sn-1
vi. mencari hasil tambah sehingga sebutan yang cukup besar bagi J.A

15

Langkah - langkah pengajaran


Langkah / Masa

Hasil Pembelajaran

Set Induksi

Rumus rumus yang

( 5 minit )

telah dipelajari dalam

Mengimbau

sub topik awal

pengetahuan

jujukan dan siri .

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran


Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
1. Guru mengimbau semula Pelajar membuat catatan dalam KBKK :
bahagian bahagian Janjang buku latihan.
Aritmetik
2. Guru menerangkan idea awal

Menghubungkait
ABM :

pelajaran baru

sedia ada
Menyampaikan

Menjana idea

Slaid powerpoint
KECERDASAN

objektif

PELBAGAI :
Kecerdasan
Interpersonal
Kecerdasan

Langkah 1

Menggunakan rumus-

1. Guru menerangkan langkah

Perkembangan

rumus penting dalam

langkah yang terlibat dalam

( 30 minit )

Janjang Aritmetik

menyelesaikan Janjang
Aritmetik
i) Memahami masalah
ii) Merancang strategi
penyelesaian
iii) Melaksanakan strategi
penyelesaikan
16

1) Pelajar mendengar dan

Intrapersonal
KBKK

memberi perhatian

Menjana idea

terhadap pengajaran guru


2) Dengan bimbingan guru di
hadapan pelajar
menyelesaikan contoh
masalah yang diberikan .

Menghubungkait
Mentafsir
maklumat
Menganalisis
Merancang strategi
Menyelesaikan

iv) Menyemak semula.


Setiap langkah adalah berkaitan .
2. Guru menggunkan contoh
masalah yang terdapat dalam
kehidupan seharian untuk

Jawapan yang dijangkakan :

masalah

a) 580 m
b) m = - 61
3
atau
n. > 20
selepas 20 minit

ABBM :
Slide powerpoint
KECERDASAN
PELBAGAI :

menerangkan langkah

Kecerdasan logik

langkah penyelesaian .

Matematik

Contoh :

Kecerdasan

Semasa ujian landasan kereta

Intrapersonal

disebuah kilang , seorang penguji


memandu kereta sejauh 40m pada
minit pertama , 100m pada minit
kedua , dan jarak seterusnya
bertambah 60m pada setiap minit
Langkah Penyelesaian :
Guru menerangkan di dalam langkah
pertama iaitu memahami soalan
bahawa :
Jarak kereta pada setiap minit
merupakan janjang aritmetik .
40,100,180,. dengan a=40 dan d=60
Guru bertanyakan kepada pelajar:
17

Kirakan jarak kereta pada

minit kesepuluh ?
Bilakah jumlah jarak kereta
melebihi 12.2km pada kali

pertama ?
3. Guru memberikan beberapa
Penilaian

Pengukuhan terhadap

( 20 minit )

pengajaran

contoh lain kepada pelajar


1) Guru mengedarkan Lembaran
Kerja 1 dan meminta pelajar
melengkapkannya secara
individu .
2) Guru menetapkan masa
selama 10 minit untuk
melengkapkan lembaran
tersebut .
3) Guru memantau pelajar dan
membimbing pelajar yang
tidak dapat menjawab soalan.
4) Selepas masa tamat , guru
memilih beberapa pelajar
secara rawak untuk
membentangkan hasil kerja
mereka di hadapan kelas.
5) Guru memberikan ganjaran
kepada pelajar yang dapat
18

1) Pelajar melengkapkan

KBKK :

Lembaran Kerja 1 .
2) Pelajar melengkapkan

Menghubungkait

lembaran tersebut dalam


tempoh masa yang telah
ditetapkan .
3) Pelajar yang tidak dapat
menjawab soalan akan
bertanya kepada guru .
4) Pelajar yang terpilih

Mentafsir
maklumat
Menganalisis
Merancang strategi
Menyelesaikan
masalah
ABM :

membentangkan hasil

Lembaran Kerja 1

kerja mereka di hadapan

KECERDASAN

kelas.
5) Pelajar yang dapat
menyelesaikan semua
soalan tersebut dengan
betul akan mendapat
ganjaran daripada guru .

PELBAGAI :
Kecerdasan Logik
Matematik
Kecerdasan
Intrapersonal

menjawab semua soalan


Penutup

dengan betul .
1) Guru merumuskan pelajaran

( 5 minit )

hari tersebut dan meminta


pelajar membuat rumusan
pelajaran .
2) Guru bertanyakan kepada
pelajar sekiranya terdapat
pertanyaan mengenai pelajaran
yang diajar .
3) Guru menamatkan sesi
pengajaran dan pembelajaran
dengan memberi salam kepada
pelajar

1) Pelajar mendengar
rumusan pelajaran yang
dibuat oleh guru .
2) Sekiranya terdapat
sebarang pertanyaan ,
pelajar bertanyakan soalan
kepada guru .
3) Pelajar menjawab salam
guru .

KBKK :
Kemahiran
membuat rumusan
dan refleksi
Kemahiran
komunikasi
ABM :
Slide powerpoint
Buku Teks
KECERDASAN
PELBAGAI :
Kecerdasan
linguistik
Kecerdasan
Interpersonal

19

5.0

PENUTUP
Pembelajaran ilmu matematik bukanlah bergantung pada pembelajaran konsep

danpenghafalan rumus semata-mata. Banyak kemahiran lain yang lebih rumit yang perludikuasai
oleh individu jika ingin menjadi pakar dalam bidang matematik. Menguasaikemahirankemahiran asas seperti mengenal, menulis dan mengira angka mungkin bolehdikuasai dengan
mudah oleh pelajar, namun untuk mempunyai daya pemikiran matematik yang tinggi ianya
bukanlah suatu tugas yang mudah. Bagi mencapai semua itu, guru dan pelajar perlu saling
memainkan peranan penting.
Guru perlu bijak memilih kaedah pembelajaran yang berkesan dan merancang aktiviti
pengajaran yang berkualiti manakalapelajar pula perlu mempunyai inisiatif yang tinggi untuk
berusaha meningkatkan pengetahuandan kemahiran mereka. Kerjasama yang jitu dari kedua-dua
belah pihak akan dapat menjaminmutu pengajaran dan pembelajaran matematik, seterusnya
membentuk kemahiran penaakulanmatematik dan statistik yang menjadi prioriti bidang ini.
Dengan adanya usaha yang gigihdan ketekunan yang tinggi, kejayaan pasti dapat dicapai walau
sesukar mana pun sesuatu cabaran yang dihadapi

6.0

RUJUKAN
1. Clements, D. H., and Battista, M. T.: 1992, 'Geometry and spatial reasoning', in D A.
Grouws (Ed.), Handbook of research on mathematics teaching and learning (pp. 420464). New York: Macmillan.
2. Johnson-Laird, P. N. and Byrne, R. M. J.: 1991, Deduction. Hillsdale, NJ:
Erlbaum.Krummheuer, G.: 1995, 'The ethnography of argumentation', in P. Cobb, & H.
20

Bauersfeld (Eds.), The emergence of mathematical meaning: Interaction in classroom


cultures (pp. 229-269). Hillsdale, NJ: Erlbaum.
3. Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik darjah. Tanjung Malim :
Quantum Books.
4. Hajah Noresah (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
5. Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Strategi Pengajaran Pembelajaran Matematik
Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Bahagian Pendididkan Guru.
6. Mohamad Rashidi Razali (1991). Halatuju Pendidikan Sains Matematik Untuk
Meralisasikan Wawasan 2020. Johor Bahru: Jabatan Matematik UTM.
7. Tamby Subahan Mohd Meerah (1996). Strategi Pengajaran Untuk Meningkatkan
Prestasi Sains dan Matematik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
8. http://www.slideshare.net/jesnienadatel/detailed-lesson-plan-of-similar-triangle
9. www.slideshare.net/jesnienadatel/detailed-lesson-plan-40148767?related=1

21

You might also like